Kes aktif terkini melebihi 21000 dan kes harian hampir 2000. Pakar kesihatan dan DS Ismail Sabri maklumkan sesuatu berkenaan sambutan Tahun Baharu 2021

berita Uncategorized

Suasana sambutan Tahun Baharu kali ini pastinya cukup berbeza dek pandemik Covid-19 yang melanda.TAHUN Baharu 2021 nampaknya bakal membuka tirai dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang.Malah, sambutan Tahun Baharu juga bagaikan satu kemestian buat kita semua, disusuli bunga api yang menghiasa langit malam.

Namun tahun ini, suasana sambutannya pasti cukup berbeza dek pandemik Covid-19 yang melanda.Menurut Prof Madya Dr Malina Osman dari Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, tidak sesuai jika sambutan itu diteruskan pada tahun ini.

“Kes aktif terkini melebihi 21,000 dan kes harian hampir 2,000. Kita tak patut dedahkan diri kepada risiko jangkitan,” ujarnya.Malah katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilonggarkan demi ekonomi negara, bukan untuk rakyat berkumpul beramai-ramai.

Belia turut menggesa orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan vaskin masih belum tersedia di negara ini.Dalam pada itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan sambutan Tahun Baharu 2021 yang diadakan secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan.Ia kerana acara atau aktiviti secara perhimpunan masih lagi tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan berikutan penjarakkan sosial sukar dikawal.- The Star.

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Hilangkan masalah kulit berjerawat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak jaga kulit wajah ni, tak susah mana. Korang hanya perlu gunakan produk Cetaphil, tak perlu risau dah lepas tu. Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit muka. Bukan setakat membersih tapi produk Cetaphil sangat membantu melembutkan kulit.

Sebagai rutin kecantikan harian, kami syorkan korang untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak kisah la kulit muka korang jenis normal, berminyak, kering malah sensitif sekali pun. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat dipercayai oleh pakar dermatologi untuk kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakannya setuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Bagi korang yang selalu mengenakan solekan ringan, boleh guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka korang tu. Pencuci muka ni bersifat tak comedogenic jadi ia tak la menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Kandungan bahan di dalam Cetaphil Gentle Skin Cleanser dijamin selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya. Pencuci muka ni takkan memedihkan mata. Paling penting, ia bebas dari wangian dan sabun. Nak guna pada badan pun boleh.Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Lepas ni boleh pakat dengan keluarga kat rumah tu untuk bertukar kepada produk Cetaphil!Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh klik sini. Gunakan Cetaphil supaya kulit muka korang kembali bersih dan flawless. Semoga masalah maskne korang akan hilang dengan Cetaphil!

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Isu Pemakaian Purdah Dan Niqab Bagi Elak Dijangkiti Koronavirus. Dr Noor Hisham Ulas Lebih Lanjut Kebenaran Berkenaan Pemakaian Pelitup Muka Bagi Berpurdah

Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti),” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

“Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *