Jari telunjuk tangan kiri dan jari hantu di tangan kanan rasa sakit dan kebas. Joey Daud dedah sakit yang dia alami sehinggakan jari macam tak selesa dan susah nak gerak

artis

Joey Daud alami kesakitan pada bahagian jari menyebabkan pergerakannya terhad.SUKAR melakukan pergerakan pada bahagian jari, pelawak Joey Daud memaklumkan dia mengalami sindrom tr1gger finger iaitu salah satu masalah berkaitan saraf pada anggota tubuh itu.

Menurut Joey atau nama sebenar Zulkifli Daud, 47, dia disahkan menghidap sakit tersebut sejak tiga bulan lalu dan mengakui aktiviti hariannya mula terganggu.”Saya kena tr1gged finger di jari telunjuk tangan kiri dan jari hantu di tangan kanan… bahagian itu rasa sakit dan kebas. Mungkin sebab banyak melukis mural sebelum ini menyebabkan ada bahagian saraf pada tangan terganggu.

“Saya mula kesan sakit selepas sertai program lukisan mural selama tiga bulan di Johor, selepas itu sambung ride pula… daripada situ mula rasa bahagian jari macam tak selesa dan susah nak gerak.”Doktor kata kalau nak sembuh segera kena buat operasi kecil di tapak tangan tapi kita tengok dulu keadaan. Bayangkan nak bangun pagi susah nak buka tapak tangan, kena kawal minda buka perlahan-lahan, memang kebas dan bisa-bisa,” katanya kepada mStar.

Barisan pelakon filem 10 Tips T1pu Bini yang akan ditayangkan di Astro First bermula 7 Januari tahun depan.Joey ditemui semasa sidang media filem 10 Tips Tipu Bini yang diadakan di MaTIC, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.Tr1gger Finger adalah satu sakit jari yang am dialami disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penympitan sarung retinacular.

Mereka yang menderita sakit ini akan mengalami kesakitan, bunyi pop, dan pergerakan jari yang terjejas.Dalam pada itu, Joey berkata dia tidak mengikuti sebarang rawatan khusus, sebaliknya melakukan fisioterapi kendiri dan mengawal pemakanan bagi mengurangkan kesakitan.

Joey bersama kumpulan JBorn yang turut dianggotai oleh Man dan Khir Rahman sedang bersaing di pentas Muzikal lawak Superstar 2020.“Saya ada buat fisio sikit dan kawal pemakanan, saya cuba kurangkan gula sebab orang kata boleh kurangkan rasa kebas.

“Ada orang ingat sakit ni sebab masalah jantung tapi buat pemeriksaan tiada sebarang masalah. Sebenarnya ada orang kena lebih teruk, macam saya mulanya tiga jari tapi satu lagi dah baik.”Sekarang ini aktiviti membabitkan tangan dan jari agak terhad, tak boleh nak genggam sesuatu dengan kuat. Walau bagaimanapun saya masih melukis macam biasa mengikut keselesaan jari,” ujarnya.

Watie (Elite) & Joey Nikah Dalam Diam

PETALING JAYA: Ketika orang tertanya-tanya sejauh manakah hubungan pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dengan Zulkifli Daud (Joey), 38, pasangan tersebut rupa-rupanya dilaporkan sudah berumah tangga dalam diam.mStar Online dimaklumkan mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu.

Watie yang dihubungi bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut.”Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu.

“Kami mahu keadaan ‘panas’ yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.”Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah ‘berdua’,” katanya.

Tambah Watie, dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi.Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir.

Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu.Begitu juga dengan Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu.Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

Sementara itu, kata Watie, dia bersyukur, walaupun terpaksa berdepan dengan kontroversi, kerjaya lakonannya masih lagi tidak terjejas.”Alhamdulillah, sejak tahun lalu hingga sekarang, tawaran lakonan yang saya terima tidak putus-putus. Cuma, kerjaya Joey yang menerima kesan yang banyak.”Bagaimanapun, saya berharap, tahun 2012 memberi satu sinaran buat kami agar bahagia dan serta menjadi pembuka rezeki untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Selepas bergelar pelakon dan penyanyi, Cik B cuba nasib jadi pelawak pula! Sahut cabaran di ‘Muzikal Lawak Superstar 2’

SELEPAS menceburi bidang lakonan dan nyanyian, selebriti remaja popular Cik B mencuba nasib sebagai pelawak dengan menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang bakal berlangsung 18 Disember ini.

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida ini memberitahu, penyertaan itu adalah cabaran untuk dia melakukan sketsa komedi sambil menyanyi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, turut teruja apabila ibunya memberikan sokongan penuh untuk dia bersaing dalam pertandingan tersebut.

“Saya gembira kerana bukan senang untuk masuk ke Muzikal Lawak Superstar ini, lagipun ibu beri galakan dan sokong apa juga keputusan saya.”Saya sahut cabaran dalam bidang ini dan nak tonjolkan kelainan dengan serlahkan sisi komedi selain menyanyi dalam program ini,” katanya kepada mStar.

Cik B akan bergandingan dengan pasangan pelawak iaitu Chiwan dan Achok Chilok membentuk kumpulan baharu yang diberi nama ABC.ProgramMuzikal Lawak Superstar musim kedua bakal bersiaran pada Jumaat, pukul 9 malam di Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127).

Selain itu, pelakon popular iaitu Nur Fazura, Zul Ariffin dan Datuk Awie berperanan sebagai juri tetap program lawak itu.Fazura dan Zul Ariffin bergelar juri tetap program Muzikal Lawak Superstar musim kedua.MLS 2 menampilkan sebanyak 13 kumpulan bertanding bagi merebut gelaran juara.

Sementara itu, juara musim pertama iaitu kumpulan J-Born yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Vicha turut memberikan saingan.Namun, Vicha tidak dapat memberikan komitmen terhadap pertandingan ini dan tempatnya digtntikan dengan pelawak Man Raja Lawak.

MLS 2 masih mengekalkan format ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan.Antara selebriti yang terlibat pada musim ini adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas.

Setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan tiga hingga lima minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya.

Selari dengan tagline ‘Dalam Komedi Ada Nyanyi’, pemberian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan.

Markah setiap peserta akan dinilai menerusi 50 peratus daripada penilaian juri tetap dan selebihnya daripada undian peminat.Juara MLS 2 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 beserta trofi serta akan mendermakan RM10,000 kepada badan kebajikan yang terpilih.Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75,000 dan RM50,000.Manakala tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana akan menerima RM25,000.

13 kumpulan bersaing dalam Muzikal Lawak Superstar 2:UNI – Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC,J-BORN – Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman.STAMP – Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura.GOJES – Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor

ABC – Chiwan Chilok, Achok Chilok, Cik B.HEART – Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers.TERUNA – Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari.ZOMBI – Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn.VIRAL – Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman.ZUZUZU – Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF

MASHUK – Syuk, Achey Bocey, Mark Adam.LEKLU – Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo.JAGO – Chot XOXO, Yus Skool of Lawak, Fiza Thomas.PUPPET – Shariff Zero, Rul Puppet, Wan Puppet.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *