Dulu member sanggup kata muka jalan tak siap dan badan macam tong. Pemuda ini tampil buat transformasi yang ramai tak jangka

Viral

Perubahan wajah Akim yang berjerawat (kiri) pada 2019 dan terkini.SEORANG pemuda tidak menyangka mempunyai seorang teman baik yang sanggup mengeluarkan kata-kata buruk mengenai dirinya dengan orang lain.Tanpa mempedulikan kata-kata cacian itu, dia nekad untuk melakukan transformasi dan berkongsi perubahan dirinya dalam tempoh setahun sejak akhir 2019.

“Dulu member kritik belakang, muka macam jalan tak siap, badan macam tong. Hari ini saya harap korang dapat berhenti dari melukakan hati orang lain. Struggle is real,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.Pemuda berkenaan, Muhammad Mustakim Abdul Mohd Zaki mengakui wajahnya agak teruk kira-kira setahun lalu kerana dipenuhi jerawat kira-kira setahun lalu.

Bentuk badan Akim yang berisi.Namun, anak muda berusia 20 tahun ini menjelaskan keadaan itu bukan disebabkan penggunaan produk penjagaan muka yang salah.”Tapi, ia mungkin disebabkan hormon saya yang tidak menentu menyebabkan wajah penuh dengan jerawat.”Bukan setakat berjerawat, malah badan saya juga agak berisi ketika itu dengan berat 76 kilogram (kg),” katanya kepada mStar.

Kulit wajah Akim semakin baik.Lebih mesra disapa Akim, anak kelahiran Bukit Mertajm, Pulau Pinang itu tidak menyangka keadaan fizikalnya itu dijadikan topik perbualan oleh seorang teman rapat.”Saya tidak kisah menerima kritikan lebih-lebih lagi ia adalah komen jujur, tetapi biarlah dilakukan dengan cara berterus-terang. Cara itu adalah lebih baik.

“Bila disampaikan kepada orang lain dengan penggunaan kata-kata yang tidak sepatutnya, saya tak boleh terima dan rasa down (sedih) sangat,” ujarnya dengan nada kesal.Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, mempunyai banyak masa di rumah termasuk mengikuti kelas secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu membuatkannya mempunyai lebih waktu untuk melakukan transformasi.

Badan Akim susut dari 76kg kepada 63kg.Namun, dia menegaskan bahawa misi itu bukan dilakukan semata-mata kerana kritikan rakannya, tetapi mahu memperoleh keyakinan yang lebih tinggi dengan imej baharu.”Saya mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringan di rumah. Saya juga menjaga pemakanan seperti kurangkan pengambilan gula dan nasi.

“Kuantiti makanan juga lebih sikit. Setakat ini saya okay, cuma agak mencabar dari segi kandungan gula kerana saya sebelum ini gemar mengambil minuman manis,” katanya sambil menambah turut mengguna produk penjagaan wajah yang bersesuaian.Pelajar Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di sebuah kolej di Kuala Lumpur memberitahu, dia berjaya menurunkan badan kepada 63kg.

Akim kini lebih yakin dengan wajah baharu.Malah kata Akim, jerawat wajahnya semakin berkurangan susulan pengambilan diet yang sihat serta meminum air putih.”Saya kini lebih yakin dengan diri saya. Tidak dinafikan dahulunya saya tak jangka kritikan itu disuarakan oleh teman baik dengan membelakangi saya.

“Kami tidak putus kawan, tapi tidak serapat dahulu. Saya sekarang lebih berhati-hati dalam persahabatan. Biarlah kita kecilkan circle kawan-kawan, asalkan tidak menykitkan hati.”Circle sebegini lebih memberi sokongan kepada kita. Setiap teguran kita ambil secara positif untuk perubahan yang lebih baik kepada diri sendiri, bukannya untuk orang lain,” katanya.

Ada Yang Bangga Hilang 50 Kg Dalam Masa 3 Bulan. Pakar Diet Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Diet Yang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ada Keburukannya

Salah satu perkara yang ramai orang kita impikan adalah memiliki tubuh badan yang ideal, pasti akan ter inspired bila tengok kebolehan individu yang mampu turun kan berat badan dalam masa yang singkat bukan?Tapi sebenarnya, pakar diet Jazeera Julaili berkata cara itu bukan makin menyihatkan malah akan memudaratkan lagi diri tau!

Memandangkan dah musim-musim hujung tahun dan ramai dah tanam azam nak kurus, hadamkan perkongsiannya ini supaya dapat membuka mata kita semua bahawa penurunan berat badan secara drastik ini bahaya kerana….Boleh rosakkan jantung!

Menurut Jazeera, ada sebab kenapa dietitian/nutritionist menasihatkan seseorang yangt ingin menurunkan berat badan itu, dilakukan secara perlahan-lahan dan teratur. Turun berat tapi tambah sakit lain, untuk apa?”Kata Jazeera, cara dietyang salah boleh membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan sekaligus boleh menghilangkan lemak dan secara langsung akan menghilangkan jisim otot juga (muscle mass).

Kesannya, salur darh akan jadi rosak dan membuatkan kadar denyutan jantung (heart rate) akan semakin menurun.Jantung susah nak pump darh, cardiac arrest, jantung in a very fragile mode. kita pulak pergi gym, buat exercise lebih dari HR. Sebab nak turun berat cepat. Push beyond limit katanya.”

Disebabkan itu, risiko untuk menghadapi kegagalan jantung berfungsi amatlah tinggi. Katanya, lagi cepat turun berat, lagi cepat jugalah kena. Maka lagi banyak komplikasi pada kesihatan korang.“Kita bukan sembang saja saja lose 0.5-1.0kg/week berat badan tu. Ada sebab.

This is one of the reason. 500 x 7 hari. = 3500Kcal deficit = 1kg weight lost. Kita nak make sure, lose weight tp nutrient cukup. Tak bagi pressure kat you. Mntal health, physical health terjaga.”Disebabkan itu, Jazeera menasihati untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, lakukanlah dengan secara teratur dan tak perlu nak terburu-buru.Remember this.

Qoute this if you need this. GREAT THINGS TAKE TIME. Losing weight faster than the other does not make you superior. It does not make you a warrior, oh one more losing weight bukan penyebab you boleh jadi coach orang tiba tiba.”Apa yang boleh dirumuskan diri adalah cara kita ‘catu makanan’ dan bersenam melampaui had kemampuan kita itu sebenarnya boleh memudaratkan kita.Jadi, Jazeera ada pesan adalah lebih baik kalau kita makan secara calorie deficit yang betul. Malah, pesannya lagi, kita boleh membuat pemeriksaan darh dan ujian penanda jantung (cardiac marker).

Dianggarkan Kira Kira RM5000 Untuk Buat Rawatan Gigi. Usahawan Muda Sanggup Buat Rawatan Gigi Selepas Warganet Seringkali Kritik Gigi Bahagian Depannya

JIKA sebelum ini heboh dengan isu bdy shaming, sehinggakan muncul juga gigi shming yang turut memberi kesan terhadap mereka hingga menjadi bahan ejekn serta kritikan.Situasi itu dialami usahawan muda yang dikenali sebagai Zafirkaripap apabila giginya di bahagian depan sering mendapat perhatian dan pandangan negatif ramai.

Enggan masalah itu berpanjangan, pemuda berusia sekitar awal 20-an ini membuat kata putus untuk menjalani rawatan gigi setelah sekian lama berdepan dengan komen-komen negatif.Ketika dihubungi mStar, Zafir yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu berkata dia telah membuat rawatan gigi di Klinik Pergigian Aifden, di Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor pada Khamis lalu selepas dicadangkan kenalannya.

Setakat ini, dua kali temu janji telah dipenuhinya bersama Dr Arif Aizudin untuk menjalani rawatan akar dan crown giginya yang bermasalah itu.”Kebanyakan reviu klinik ini nampak menyakinkan, sebab itu saya pilih.”Pada temu janji pertama saya buat rawatan akar dan seterusnya buat crown dan kecilkan gigi bagi membuka sedikit ruang pada gigi sebelum ke sana dua minggu lagi untuk appoitment ketiga yang semuanya dianggarkan kira-kira RM5,000,” katanya kepada mStar.

Zafir menjalani rawatan gigi di Klinik Pergigian Aifden, Kota Damansara Petaling Jaya, Selangor.Bercerita pengalaman dirinya, Zafir berkata, sudah setahun lebih dia berdepan dengan isu gigi shaming ini sehingga berasa warganet semakin menjadi-jadi kebelakangan ini kerana ramai yang mengkritik dan mempermainkan giginya.

“Saya tak pernah terfikir nak buat gigi sebelum ini, memang baru-baru ini sahaja buat keputusan dan terus pergi jumpa doktor.”Walaupun dalam live saya tak tunjuk bila baca komen-komen tu, tetapi saya ni manusia biasa tentulah terasa hati juga. Rasa down pun ada juga kadang tu,” ujarnya.

Tambah Zafir lagi, keputusan untuk mengubah penampilan dengan menjalani rawatan gigi dibuat bukan kerana krtikan ramai terhadapnya, tetapi mahu meningkatkan keyakinan dirinya.”Saya tak kisah sangat komen-komen yang dilontarkan kepada saya, cuma saya rasa kurang keyakinan diri sebab itu saya mengambil keputusan untuk buat gigi.

“Selepas dua kali temu janji dengan doktor gigi, saya tak sabar nak pasang gigi baharu yang ditempah dari makmal Korea tu. Mungkin lepas ini saya lebih yakin untuk bercakap dan buat live,” katanya yang ketika ini memakai crown sementara.”Saya pelik masa tak buat saya dikritik dan sebagainya. Bila dah buat ada pula cakap kenapa saya pergi buat gigi dan sebagainya.

Zafir nampak kemas dan tampan ketika photoshoot produk makanan yang dijualnya.“Yang sedihnya ada juga yang cakap ‘ala lepas ni dah tak boleh gigi shaming lagi.”Bagi saya, mereka tak faham apa yang saya rasa. Kecil bagi mereka besar bagi saya,” jelasnya.Kini Zafir nampak lebih tampan dan semakin bersemangat menguruskan perniagaannya iaitu bisnes ‘Popkon G1la’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *