Dikatakan malas jaga zuriat sendiri sampai lepas tangan kepada pembantu rumah. Mawar Rashid tampil beri jawapan padu untuk kenyataan tersebut

artis

Mawar mempunyai sebab menghantar anaknya yang masih kecil ke prasekolah.TINDAKAN pelakon Mawar Rashid menghantar anak sulungnya yang belum mencecah usia dua tahun ke prasekolah mengundang kritikan warganet.

Mawar menerusi Instastory berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menganggap aktres itu seakan-akan malas menjaga anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael sejak kecil lagi.Malah, individu tersebut juga mendakwa pelakon berusia 25 tahun itu seperti tidak menyukai anaknya sehingga menyerahkan tanggungjawab penuh kepada pembantu rumah dan ibunya sendiri.

Antara mesej negatif dan positif yang diterima Mawar.“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi, baru setahun. Perasan juga daripada Rafael kecil, Mawar macam tak jaga dia.”Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak… tapi sibuk bunting lagi,” tulis individu tersebut.

Sebelum ini, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi video di Instastory memperlihatkan anak sulungnya itu kelihatan teruja untuk melakukan aktiviti di sebuah prasekolah.Mawar juga pernah menjelaskan dia terpaksa menghantar anaknya ke prasekolah kerana mahu mencari rezeki seperti menguruskan perniagaan dan kerja dalam bidang seni.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syitan berkenaan berkata dia sudah memaafkan dan mendoakan agar Allah membersihkan hati individu tersebut.Biarpun menerima kritikan dan mesej negatif, namun isteri kepada Raf Yaakob ini tetap meluahkan rasa syukur kerana masih ramai peminat yang memberi kata-kata positif kepadanya.

“Astaghfirullah… semoga Allah bersihkan hati awak. Apa-apa pun, saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat dan cakap tentang kebaikan.”Semalam dapat DM negatif ini tapi satu ini saja la yang negatif macam ini. Semua DM lain sangat positif. Terima kasih semua,” balas Mawar yang kini sedang hamil lapan bulan.

Mawar sekeluarga tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri RaysaaChanela yang berusia lima tahun.

Mawar Rashid Bakal Menimang Anak Perempuan Tak Lama Lagi. Dia Akui Kini Dia Selalu Mengidam Barang Kemas Dan Gemar Buat Sesuatu Ini Walaupun Di Rumah.

Pelakon Mawar Rashid yang bakal melahirkan cahaya mata perempuan tidak lama lagi berkata dia melalui pengalaman pelik apabila terlalu obses dengan perhiasan emas. Pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berkata dia gemar memakai barang kemas dari kepala hingga kaki walaupun hanya berada di rumah sahaja.Bahkan, pelakon berusia 25 tahun itu juga sempat berkejar ke kedai emas untuk membeli perhhiasan tersebut untuk diri sendiri dan bayi perempuannya yang dijangka lahir dalam beberapa hari lagi.

Mawar berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya pada Sabtu. “Mengidam nak pakai emas… daripada sebelum dapat tahu hamil lagi. Walaupun kat rumah, daripada kepala hingga ke kaki pakai barang kemas. Ini beberapa hari sebelum bersalin, cepat-cepat lari ke kedai emas. Belikan emas untuk my baby girl dan mommy dia… lebih kepada mommy dia sebenarnya. Baca kapsyen sebelum gambar ini. Hamil kali ini, suka betul dengan emas, bunga dan wangian. Ok, sekian update terkini,” katanya.

Menerusi laman Instagram milik isteri kepada pelakon Raf Yakoob itu turut berkongsi foto dan video memakai barang kemas bersama kakaknya di sebuah kedai emas. Rata-rata warganet juga berkongsi pengalaman mereka dan ahli keluarga yang melalui situasi mengidam perkara yang sama seperti pelakon telefilem Penaklukan Sy4itan itu.

“Sama maca adik saya, mengndung tahun ini mengidm emas. Setiap bulan pergi kedai emas… tak beli pun tak apa, janji dapat tengok emas. Lain macam mengidam dia, rupa-rupanya keluar b@by girl, Alhamdulillah sekarang tengah berpantang. Sama la juga dengan saya yang tengah hmil… kadang-kadang itu tak beli sangat pun tapi saja nak tengok-tengok. Kadang-kadang ada juga yang sangkut terkenan. Mungkin baby girl juga keluar ini nanti. Sama la kita Mawar… saya pun suka sangat pakai emas waktu mengndung kali ini,” komen beberapa pengikutnya di laman sosial.

Sebelum ini, Mawar mendedahkan dia dan suaminya iaitu Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan selepas beberapa hari berteka-teki di laman sosial. Mawar berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik video memperlihatkan majlis ‘gnder reveal’ yang diadakan bersama ahli keluarga dan rakan rapatnya pada 13 Disember lalu.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

Sumber via MediaKL

Mawar Rashid Sarat Mengandung Lapan Bulan Dan Telah Memberitahu Jantina Anaknya Yang Bakal Lahir Itu. Mawar Juga Turut Mendoakan Diberi Rezeki Anak Dan Kahwin Cepat.

Mawar muat naik video dia dan suaminya mengumumkan mereka bakal timang bayi perempuan. Setelah beberapa hari berteka-teki di laman Instagram, pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan dia dan suaminya iaitu Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berkongsi berita gembira itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube pada Isnin. Menerusi video berdurasi hampir 4 minit itu memperlihatkan majlis ‘gender reveal‘ yang diadakan pelakon berusia 25 tahun itu bersama ahli keluarga dan rakan rapatnya pada Ahad.

Mawar bersama suami dan anak-anak.

Tetamu mula bersorak apabila Mawar dan suaminya meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu menandakan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan.

Dalam ucapannya, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan itu turut mendoakan pasangan suami isteri yang masih menunggu dikurniakan zuriat dan rakannya yang belum bertemu jodoh diberikan rezeki itu.

“Yang sedang menunggu (pasangan suami isteri), saya doakan agar dikurniakan zuriat dan yang belum kahwin saya doakan supaya kahwin cepat-cepat,” kata Mawar.

Sebelum ini, saya memang sangat aktif tapi sekarang saya perlahankan sikit.

Sebelum ini, Mawar yang juga adik ipar kepada Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu memuat naik kapsyen mengenai teka-teki jantina anak keduanya di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Mawar ketika dihubungi mStar sebelum ini memberitahu dia kini mahu memberi tumpuan kepada kandungannya yang sudah mencecah lapan bulan.

“Sebelum ini, saya memang sangat aktif tapi sekarang saya perlahankan sikit. Saya sendiri dah tak larat macam awal kehamilan. Dah rasa berat nak bawa perut tapi Alhamdulillah saya okay.

Mawar dan Raf menantikan kelahiran anak kedua mereka.

“Sekarang saya fokus pada bayi dalam kandungan sebab sebelum ini asyik sibuk dengan menguruskan perniagaan produk Mawarose. Tak lama lagi nak bersalin, saya dah kena buat persediaan mental dan fizikal serta barang baby,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

Mawar Pegang Kuat Kuat Aunty Tu. Sebak Mawar Rashid Mengalirkan Air Mata Kesyukuran Selepas Apa Yang Terjadi Kepadanya. Mawar Kongsikan Satu Kisah Ini Kepada Warganet.

Dalam titisan air mata kesyukuran, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid merakam kembali memori indah ketika menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. Jelas Mawar dalam menerusi kapsyen pada pautan video lama yang dimuat naik, dia mengakui rasa rindu selain turut berkongsi pengalaman menitipkan doa di Hijir Ismail.

“Rindu yang teramat… Time ni, Mawar sorang2 nak g doa kat Hijr Ismail. Raf tengah solat. Berdebar2 nak masuk kat situ. Semua nak g doa kat situ kan. “Tapi… Mawar mmg nekad nak doa jugak kat situ, sbb tu Mawar cuba g jugak kat situ. Memang ramai sgt berhimpit tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan,” tulisnya.

Kongsi ibu hamil ini lagi, dia bertemu dengan dua jemaah yang turut sama berhajat untuk menitipkan doa di lokasi sama. “Bertemu ngn 2 org aunty yg sama2 berjuang untuk nak berdoa kat Hijr Ismail. Mawar nampak 2 org aunty ni, pastu Mawar tanya.. “cik.. boleh ke Mawar nak masuk skali ngn cik.. sebab Mawar sorang ni”.

“Aunty2 tu terus tarik mawar, and suruh Mawar pegang kuat2 aunty tu. Alhamdulillah, lama jugak dapat pegang kucup kain Kaabah, sambil doa, sampai senget2 tudung. Rinduuuuu. “Ingat lagi, antara doa Mawar ialah untuk @mawarosehq dan untuk rumah tangga Mawar, syukur.

“Alhamdulillah, betul-betul sebelum pkp bulan 3 dulu, sempat buat umrah. Kali pertama Mawar menjejak ke tanah suci. ”Tak sabar nye nak pergi sana lagi, agak-agak next time, Mawar akan dapat pergi ngn siapa ya,” tulisnya panjang lebar. Sementara itu, Mawar menerusi posting terdahulu turut menitipkan ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua pengikutnya yang beragama Islam.- MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *