Air kolam berminyak dan pelanggan kena bayar beratus ringgit gara gara kotoran yang tercalit pada cadar berkenaan. Suami isteri ini tampil dedahkan pengalaman mereka

Viral

Bagi korang yang sedang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga, seeloknya periksa dahulu maklum balas (review) hotel atau tempat percutian tersebut agar tidak menyesal di kemudian hari.Bukan setakat perkhidmatan dan layanan pihak hotel sahaja perlu diambil kira, malah kualiti dan tahap kebersihan juga perlulah diperiksa terlebih awal supaya percutian yang santai itu tidak berubah menjadi mimpi ‘buruk’.

Terpdaya tagline ‘luxury’Seperti perkongsian sepasang suami isteri ini di laman Facebook, mereka dikatakan telah menempah penginapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Mereka memilih untuk menginap di situ disebabkan terpdaya dengan tagline ‘luxury’ milik hotel tersebut.

Namun, kemewahan yang disangkakan rupanya hanya ‘indah khabar dari rupa’ apabila ternyata tahap kualiti hotel tersebut rupanya nan hado sajo saat mereka menjejakkan kaki ke situ.Memandangkan tagline hotel ini ‘luxury’, maka harapan kami juga adalah tinggi. Namun harapan itu hancur musnah apabila kami melangkah masuk.

Bukan setakat layanan buruk yang diterima, malah tahap kebersihan hotel tersebut juga sangat ‘mengrikan’!Dedahnya lagi,“Seawal check in lagi, kami telah diberi peringatan untuk tidak mengapa-apakan barang hotel ini atau berdepan dengan denda yang menanti. Ternganga kami mendengarnya. Awal-awal lagi dah bagi bad impression.”

Menurut wanita itu, perkara mengejutkan terjadi apabila mendapati bilik penginapan mereka itu berhabuk dan kualiti kebersihannya tidak memuaskan. Bukan itu sahaja, sarapan yang disediakan oleh pihak hotel itu juga hanya ala kadar sahaja tak sama seperti konsep ‘luxury’ yang ditayangkan kepada umum.Baca review lain (Google Review), siap ada nampak lipas berlari kat makanan. Kalau berlaku di depan saya, boleh muntah terus kot. 

Air kolam berminyak, dinding pula merekah.Mimpi buruk itu tidak berakhir di situ apabila sesudah sarapan sahaja, pasangan suami isteri itu menjengah pula ke kawasan kolam renang untuk bermandi-manda. Namun, insiden menjijikkan pula ‘menjamu mata’ setelah mendapati air kolam tersebut berminyak disertai pula dinding kolam yang telah rosak dan merekah.

“Selepas breakfast, ingatkan nak pergi mandi di kolam. Bila pergi, tu diaaa!”Air kolam berminyak, geli! Dinding kolam pula siap merekah, jem! Tak ada selera terus. Menurut wanita itu lagi, bukan setakat kualiti dan tahap kebersihan sahaja yang tidak memuaskan, malah layanan yang diberikan juga agak menjengkelkan.

“Balik semula ke bilik. Ketika tengah duduk berehat, kami menerima panggilan peringatan untuk check out pada jam 12 tengah hari. Tak sabar betul nak menghalau pelanggan.”Mimpi buruk pasangan itu tidak berakhir di situ sahaja apabila kejadian yang lebih ‘mengerikan’ terjadi pula sewaktu hendak mendaftar keluar. Mereka berdua disuruh pula untuk menunggu sebentar di kaunter sementara staf hotel berkenaan memeriksa keadaan bilik yang ditinggalkan.

“Selepas sekian lama menunggu, kami dipanggil datang ke kaunter. Dengan muka serius tanpa sebarang senyuman, cadar bilik ditebarkan di atas meja kaunter, di hadapan pelanggan lain.” Kena bayar denda ratusan ringgit pulak.Terdapat sedikit kotoran yang tercalit pada cadar berkenaan dan apa yang mengejutkan, mereka perlu membayar pula denda sebanyak ratusan ringgit sebagai ganti rugi kotoran berkenaan.Suami saya mula berbalah mempertahankan hak kami sebagai pelanggan. Selama ini, hotel jauh lagi hebat kami inap pun tak pernah buat begini.

Disebabkan enggan membayar ganti rugi yang tidak masuk akal itu, mereka berdua disuruh pula untuk membawa cadar tersebut untuk dihantar ke dobi untuk dibasuh dan dikembalikan semula.“Akhirnya kami bawa cadar ke bilik air lobi hotel untuk dibasuh sendiri. Sekejap saja kotoran itu dapat dihilangkan.”

Selesai membasuh, mereka membawa semula cadar tersebut untuk diserahkan di kaunter. Namun, ada lagi masalah yang timbul apabila mereka menunjuk pula tuala yang diambil dari bilik hotel yang mempunyai kesan gincu. Mereka nak denda lagi, apa lagi suami saya jadi rimau.

Mujur terdapat seorang staf yang agak baik membantu mereka untuk menyelesaikan masalah itu. Tambahnya, staf tersebut turut mengadu tidak tahan untuk menghadap ‘situasi’ yang sama seperti itu setiap hari.Walaupun ‘buruk’ dengan pengalaman menginap di hotel tersebut, wanita ini ternyata tidak sampai hati untuk mendedahkan ‘nama’ hotel berkenaan kepada khalayak.“Tapi kalau ada banyak permintaan, saya akan beritahu. Semoga orang lain tidak terkena seperti kami.”

Tidak Sangka Keropok Lekor Yang Dijual Boleh Viral. Pemuda Ini Gigih Juga Buat 2 Kerja Sepanjang Harinya Hanya Untuk Lakukan Ini.

Tawfiq berniaga keropok lekor secara sambilan sejak dua minggu lalu untuk meraih pendapatan sampingan dan mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga. PandemikCovid-19 yang menyerang sejak penghujung tahun lalu meninggalkan impak yang bukan calang-calang, terutama daripada segi ekonomi.

Buktinya, ketika ini ramai yang kehilangan sumber mata pencarian dan terpaksa bergelut melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah ada yang sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk meraih pendapatan sampingan, sebagaimana pemuda bernama Tawfiq Azmi ini.

Terdahulu, beberapa gambarnya yang menyarung poster ketika sedang menunggang motosikal menjadi tular selepas dikongsikan warganet di media sosial. Poster itu yang mempromosikan keropok lekor ‘crispy’ menjadi perhatian ramai kerana ia turut menyelitkan ayat ‘nak cari duit kahwin’. Berkongsi cerita dengan mStar, Tawfiq berkata dia sendiri hanya mengetahui gambarnya tular di media sosial selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan.

Tawfiq berniaga keropok lekor asli dari Terengganu secara sambilan untuk meraih pendapatan sampingan dan mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya hampir dua minggu dah saya berniaga keropok lekor crispy ini dan menyarung poster yang dibuat sendiri. Tapi hanya Isnin lalu saya tahu gambar itu viral. Ia diambil oleh pengguna jalan raya ketika saya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Bangi. Sejak berniaga, saya sarungkan poster setiap kali nak ke tempat kerja… kiranya ‘marketing’ secara tak langsung. Tak sangka pula viral,” kata pemuda berusia 26 tahun ini.

Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan… tak menang tangan juga nak balas setiap mesej yang masuk. Saya minta maaf jika ada terpaksa ambil sedikit masa untuk balas satu persatu.

Menurut Tawfiq, keadaan ekonomi ketika ini membuatkannya tergerak hati untuk berniaga secara sambilan bagi mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga.

Tawfiq melakukan perkhidmatan penghantaran keropok lekor di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Desa Pinggiran Putra mengikut kelapangan selepas waktu bekerja tamat.

“Sejak gambar tersebut viral, saya terima banyak mesej memandangkan pada poster itu saya selitkan nombor telefon untuk mudahkan orang buat pesanan. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan… tak menang tangan juga nak balas setiap mesej yang masuk. Saya minta maaf jika ada terpaksa ambil sedikit masa untuk balas satu persatu. Selain ada orang order, ada juga yang niat bersedekah… mereka bank-in wang dan minta saya sedekahkan kepada insan lain. Namun tak kurang juga ada yang tanya bila nak kahwin dan turut mendoakan agar urusan saya dipermudahkan,” ceritanya sambil menambah, dia masih belum menetapkan tarihk perkahwinannya buat masa ini.

Dalam pada itu, Tawfiq mengakui pada peringkat permulaan dia sendiri berasa agak segan untuk menyarung poster berkenaan. Namun perasaan itu diketepikan kerana memikirkan tujuannya yang hanya mahu mencari rezeki, selain kaedah itu bukan lagi asing pada ketika ini.

Antara komen warganet yang rata-ratanya memuji usaha Tawfiq mencari rezeki.

“Ada juga yang pandang-pandang… tapi buat tak tahu saja, sebab saya pakai topi keledar, jadi orang tak kenal sangat. Ada juga abang-abang motor bertanya kalau sama-sama sedang tunggu lampu isyarat. Selain poster, saya juga buat hebahan menerusi akaun media sosial peribadi. Mungkin selepas ini saya akan buat akaun khas untuk bisnes keropok lekor. Pendek kata, sambutan agak menggalakkan dan saya bersyukur untuk itu. Bagi saya, ketika ini waktu sesuai ‘all out’ untuk mencari rezeki, memandangkan masih muda dan bertenaga,” katanya lagi.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *