Sharnaaz Ahmad luah rasa kecewa dengan cara layanan JKR . Dikatakan ini semua berkaitan kekayaan dan darjat.

artis ISU SEMASA Kehidupan

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai kejadian kecil berlaku kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaludin Abu Bakar yang jatuh terlanggar lubang ketika menunggang basikal. Selepas kejadian tersebut, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat pemohanan maaf kepada beliau sebelum menurap jalan yang rosak itu dengan kadar segera. Seakan-akan berlaku diskriminasi, justeru pelakon hebat Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hatinya di Instastory, lapor Kosmo! Online.

Hal ini kerana, menurut pelakon drama Bukan Drama Aku Tak Cinta itu, dia menganggap isu ini masih berkaitan dengan darjat dan kekayaan. Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, golongan kenamaan di negara ini diberikan layanan atau perkhidmatan begitu, berbanding sekiranya berlaku kepada rakyat marhaen sehingga membahayakan nyawa.

“Aku yang melambung naik motor hari-hari dekat masjid Wilayah ini apa cerita? Ini semua pengampu orang kaya. Geng-geng aku yang bawa Grab tak mahu minta maaf ke?,” luah Sharnaaz. Malah, tindakan agensi kerajaan tersebut telah mengundang kemarahan warganet di platofrm media sosial dengan pelbagai posting perlian. “Motosikal rakyat guna untuk cari rezeki hari-hari langgar lubang tiada siapa peduli. Antara dua darjat,” kata seorang pengguna Twitter.Sumber: Kosmo! Online (Mohd Haikal Isa)

Sharnaaz Ahmad Jalani Satu Pembedahan Ini Di Hospital Swasta. Warganet Turut Mendoakan Sharnaaz Agar Cepat Sembuh.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani pembedahan sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani pembedahan itu.

“Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah (dar4h) sikit. Saya tak boleh cakap lama, dar4h akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakit,” katanya.
 

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan dar4h mengalir.

@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.”@acheykintangkintung: Selamattt matttt. “@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan darah tu, nanti cepat dar4h tu berhenti. “@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada dar4h hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu. “@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin,” antara komen-komen yang ditulis. Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar. “Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin,” kongsinya di Instagram Stories. 

Baru Je Mahkamah Putuskan Tentang Tuntutan Nafkah. Terkejut Ini Pula Respon Dari Sharnaaz Ahmad Bila Nabila Dah Setuju Dengan Benda Ni.

”Insya-Allah, ini hari terakhir datang mhkamah. Selepas ini tak datang lagi sini. ”Benda pun dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni. Saya dan Sharnaaz pun baik dan kami buat benda itu untuk anak kami.” Demikian kata-kata bekas isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor NabiIa Mohd Noor, 36, mengenai tuntutan nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nuusyuz yang berjaya diselesaikan dengan baik di Mhkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Sharnaaz selaku defendan juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan nuusyuz yang difailkan terhadap NabiIa. Selain itu, defendan juga bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan. Ini termasuk nafkah sebanyak RM1,200 sebulan dan diberi akses berjumpa anak mereka sehingga usianya mencapai empat tahun.

Sharnaaz turut bersetuju mengeluarkan namanya sebagai pemilik bersama untuk sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. NabiIa yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa berkata, dia lega kerana tidak perlu lagi hadir ke mhkamah untuk perbicaraan kes mereka.

”Proses perpisahan, hak anak dan datang ke mhkamah adalah benda-benda yang memenatkan. Ia mengambil energi serta emosi saya terganggu.”Setiap kali nak datang saya berat hati. Jangan ada dendm dan marah kerana ia akan bawa kita ke belakang. ”Paling tak bagus kerana apabila bangun tidur anda akan masam, m4rah dan berdndam. ”Anda akan cari perkara yang boleh untuk kenakan bekas suami. Ia tak baik lagi-lagi untuk anak kita,” katanya.

Ini pula respon Sharnaaz Ahmad

Sementara itu, Sharnaaz, 37, berkata, dia bersyukur kerana peguam kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan menyelesaikan kes dengan baik. ”Buat NabiIa saya ucapkan terima kasih kerana kita dapat kata sepakat. Ada benda yang selama ini tak jelas, diperjelaskan dan diletakkan dalam kertas supaya semuanya takkan jadi masalah suatu hari nanti.

”Hari ini saya sangat bersyukur kerana bagi kami keutamaan kami ialah pada Jebat. ”Walaupun saya dengan NabiIa tak dapat teruskan sebagai suami isteri, tapi saya tetap kawan dia,” katanya. Menurutnya NabiIa seorang kawan yang baik dan dia ingin meneruskan hubungan ini.

” Saya kenal dengan dia dulu pun sebagai seorang kawan. Tak guna nak brbalah kerana yang rugi ialah Jebat. Saya tak nak perkara ini berlaku. Tumpuan kami 100 peratus pada Jebat,” katanya.

Sharnaaz dan NabiIa berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mhkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.asiakini.com

Kes Perpisahan Sharnaaz Dan Nabila Selesai. Ini Komen Mengejutkan Noor Nabila Di Luar Mahkamah. Sampai Macam Tu Sekali Yang Dia Cakap.

Kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, usahawan Noor Nabila berakhir apabila kedua-duanya bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam satu perjanjian. Persetujuan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Antara persetujuan tersebut termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah. Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Nabila sebagai plaintif berkata, persetujuan itu dibuat menerusi satu proses mediasi (bagi membincangkan penyelesaian saman) yang dilakukan secara awal tahun ini.

Dalam prosiding di mahkamah itu, Zainul telah membaca tuntutan-tuntutan tersebut dan antaranya adalah nafkah edah perlu dibayar Sharnaaz sebanyak RM500 sehingga tiga kali suci (tiga bulan). Selain itu, Sharnaaz juga bersetuju membayar nafkah anaknya, Jebat Jayden sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz difailkan oleh defendan.

Sharnaaz juga bersetuju penjagaan anak diberikan kepada Nabila mengikut syarak. Selain itu Sharnaaz juga diberi akses lawatan secara komprehensif terhadap anaknya selama empat tahun termasuk sebuah rumah yang terletak Taman Tun Dr. Ismail juga dipersetujui untuk dipindah milik kepada plaintif.

Pada masa sama, peguam mewakili Sharnaaz, Ummi Kartini Abdul Latif mengesahkan bersetuju dengan terma-terma yang dikemukakan pihak plantif. Sementara itu, Sharnaaz dan Nabila ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka apabila kemelut rumah tangga dapat diselesaikan secara aman.

Menurut Nabila, dia lega apabila kes dapat diselesaikan secara baik. “Saya lega sebab proses perpisahan, hak anak, datang mahkamah ini dia ambil kita punya tenaga. “Emosi pun agak terganggu juga setiap kali nak datang mahkamah, berat hati.

“Tapi Insya-Allah ini kali terakhirlah saya datang ke sini,” katanya. Pada masa sama, Sharnaaz turut berterima kasih kepada Nabila kerana dapat mencapai kata sepakat. “Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila ada anak kami Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 19 September lalu. Untuk makluman, nusyuz membawa maksud seorang isteri yang ingkar terhadap perintah suami.

BACA : “Sebab Utama Adalah Untuk…”- Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Nabila

Sekadar info, Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : GEMPAK

Mengejutkan Sharnaaz Ahmad Pergi Bercuti Dengan Bekas Isterinya. Jadi Tanda Tanya Pada Warganet. Akhirnya Terbongkar Rupa Rupanya Ini Hubungan Sharnaaz Dan Nabila Sekarang.

Meskipun pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah berpisah sejak 9 Julai lalu, hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian warganet. Malah sebelum ini, Noor Neelofa turut melahirkan rasa kagum dengan sikap profesional Noor Nabila dan Sharnaaz demi kebahagian anaknya Jebat Jayden.

Terbaru, Sharnaaz dilihat bercuti di Langkawi bersama keluarga Noor Nabila menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagram milik Jebat Jayden. Untung Jebat dapat rasa kasih sayang kedua-duanya sekali. Warganet doa semoga mereka berdua bersatu kembali.

Comelnya..

Perkongsian itu menarik perhatian warganet yang rata-ratanya tumpang gembira dengan kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak. Tak kurang juga mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih. Terdahulu Noor Nabila pernah memberitahu hubungan mereka kini lebih tenang dan matang. Malah mereka berdua sangat baik demi anak-anak.

Alhamdulillah hubungan kami makin elok

Saya dan Sharnaaz menangani masalah ini. Alhamdulillah makin lama, makin elok. Kita berkerjasama apa terbaik untuk Jayden. Saya banyak  berkomunikasi dengan Sharnaaz . Kebelakangan ini lebih baik dan tenang berbanding sebelum ini banyak ketegangan.

Menurutnya, dia tidak menafikan pada awal perkahwinan hubungannya dengan Sharnaaz agak tegang. Namun demi anak dia berdua mencapai kata sepakat berdamai. Dan kini hubungan mereka semakin baik. Kita lebih betulkan di minda dan dekat hati. Kita buang yang lepas. I taknak brbalah, taknak berdend4m dengan Sharnaaz. I taknak Jebat dibesarkan dalam suasana macam itu, vibe itu.

So far now, tiada lagi perkara yang menimbulkan ketegangan. I nak Jebat luangkan masa dengan ayah dia. I nampak dia lebih ayah ayah, senyum dan tenang.Nabila turut mendoakan kebahagiaan Sharnaaz memandangkan Sharnaaz seorang yang manja. Dia turut meminta agar orang ramai mendoakan kebahagian dia dan juga bekas suaminya.

Sumber : TV9MALAYSIA Official, Jebat Jayden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *