Penularan kes covid 19 di Kedah semakin membimbangkan. Kali ini ada pula kes berpunca orang luar yang bercuti dan balik kampung di Kedah.

Amalan Covid 19 Dunia Hiburan ISU SEMASA Uncategorized

Musim cuti hujung tahun dan sudah boleh rentas negeri mahupun daerah telah membuatkan segelintir masyarakat mula merancang untuk pergi bercuti ke serata negara kerana bosan terperuk lama di rumah. Walau bagaimanapun, agenda untuk ‘cuti-cuti Malaysia’ tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana penularan COVID 19 di negara kita dalam situasi yang sangat membimbangkan.

Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, penularan COVID 19 di Kedah kini agak membimbangkan kerana terdapat kes berpunca penduduk luar yang balik bercuti ke kampung masing-masing. Allahu…  Malah menerusi pengalamannya di Langkawi, dia agak terkejut melihat orang ramai bersesak-sesak menaiki feri tanpa menghiraukan penjarakan sosial.

Semalam saya ke Langkawi, saya nampak ketika mahu naik dan turun feri orang terlalu ramai dan bersesak-sesak, memang agak susah hendak kawal, sekarang masing-masing kena jaga diri,” katanya. Meskipun Kedah kini tiada kluster baru, namun Kluster Kolam yang berpunca daripada Orang Kena Tahan (OKT) pada 12 Disember lepas masih lagi aktif.

“Kita memang bimbang, kelmarin saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ishak Hussain dan beliau beritahu ada kes disebabkan individu dari zon merah pulang ke kampung di sini dan ia menyebabkan kes di negeri ini naik sikit. Kemudian ada kes individu dari Pulau Pinang membawa virus ke kampung, lepas itu mereka pergi bercuti, pergi kedai makan dan rumah kenduri,” katanya lagi.

Tambah Dr Mohd Hayati lagi, pihaknya sangat berharap penduduk setempat dan mereka yang pulang ke kampung untuk sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Rakyat Kedah juga pada masa yang sama harus menjadikan kes penularan COVID 19 di Selangor sebagai pengajaran sehingga kerajaan terpaksa lanjutkan PKPB sehingga 14 Januari 2021.

“Kalau boleh tangguhkan dulu majlis perjumpaan rakan sekolah atau jamuan makan, jika ada kenduri kahwin ikutlah SOP. Kita tak mahu berlaku seperti di Kelantan, kes meningkat kerana aktiviti balik kampung semasa musim cuti,” katanya. Harap masyarakat kat luar sana dengarlah nasihat KKM ini. 

Tular Video Seorang Lelaki Ini Minum Peluntur Untuk Mencegah Covid 19. Lalu Tampil Seorang Doktor Tepis Kenyataan Tersebut.

Tidak dinafikan ramai pihak bimbang dengan kewujudan virus Covid-19 yang melanda serata dunia. Tambahan pula, sehingga kini, vaksin bagi virus tersebut masih belum diedarkan dan disuntik kepada orang ramai. Namun, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan info yang tidak masuk akaI, dengan mendakwa seseorang itu mampu sembuh daripada penyakit C0vid-19 jika air yang diminumnya dicampur dengan cecair peIuntur. Wow an0ther level p0wer betul!

Campur dengan air.

Menerusi video yang berdurasi satu minit 16 saat itu memaparkan tindakan seorang lelaki, mencampurkan cecair peluntur ke dalam dua cawan air minumnya. Selepas peluntur itu dimasukkan, dia bertindak mengacau air tersebut bagi melarutkan air tersebut. Selepas air itu dikacau, lelaki itu bertindak minum air tersebut dengan sekali teguk. Haish lain macam! Walau bagaimanapun, video tersebut telah mengundang ratusan komen yang mengkritik tindakan lelaki itu.

Dikongsi di Whatsapp.

Seorang doktor dikenali sebagai Nimalesh, berkongsi tangkap layar mesej di Whatsapp, di mana seseorang itu mampu sembuh daripada virus Covid-19 jika minum air yang dicampur dengan peIuntur. Menerusi mesej tersebut juga menjelaskan peluntur mampu dijadikan ubat bagi sakit teruk yang lain seperti knser. Namun, doktor tersebut menjelaskan tindakan minum peluntur sama sekali tidak dapat menjadi ubat kepada badan seseorang itu, malahan memudaratkan kesihatan seseorang itu.

Wanita Ini Positif Covid 19 Ketika Sedang Sarat Mengandung. Akhirnya Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Di Hospital.

Di Twitter, seorang wanita hamil dikenali sebagai ShaaAjis, menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19. Menerusi thread yang dibuatnya, dia menceritakan prosedur hospital yang perlu diikuti olehnya sehingga dia selamat melahirkan anaknya.

Positif Covid-19 semasa mengandung

Wanita itu menceritakan dengan terperinci akan pengalamannya melahirkan anak di saat dia positif Covid-19. Pada mulanya, dia tidak menyangka simptom-simptom yang dialaminya merupakan simptom Covid-19. Risau dengan apa yang terjadi, dia tampil ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

“13 Dec 2020, badan start mengigil, batuk kering. Since i pregnant 38 weeks dah, jadi rasa memang meluak-luak since Sha bawa lagi 1 nyawa inside me. Malam tido pon tak lena sebab nafas laju. Jupi cuba pujuk, try tido tapi kejap je, the sampai pagi I can’t sleep. For your information, Jupi baru baik dari demam, kemungkinan i berjangkit dengan dia, yelah tido pun 1 katil.  14 Dec 2020. Sampai je terus dapat ward 1 orang, tak boleh share sebab Sha kes PUI (cepat berjangkit). Hanya bersendirian di dalam bilik tersebut ditemani katil tanpa ada sebarang tingkap, kipas, mahupun pendingin hawa. I cried whole night sebab badan dah penat sangat, tapi tak boleh tidur sebab penat sangat.”

Susulan daripada simptom yang dialaminya, keesokan harinya, Sha mengajak suaminya untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang dihadapinya. Namun, dia didapati mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan selanjutnya. Setelah dimasukkan ke hospital, pelbagai prosedur hospital yang terpaksa dia turuti demi keselamatan dia dan kandungannya. Malahan, sepanjang berada di hospital, dia beberapa kali mengalami tanda-tanda akhir sebelum bersalin ditambah pula dengan usia kandungannya yang sudah cukup bulan.

Kemungkinan yang terjadi

“18 Dec 2020, 10 am, pakar datang, dia cakap maafkan kami, ini jalan yang terbaik untuk selamatkan nyawa mama dan baby, awak akan masuk OT jam 1 petang. Banyak kan doa moga semuanya dipermudahkan. Doktor bagitahu apa yang akan terjadi atau bakal terjadi masa dalam OT seram? Semestinya sebab dia akan guna cecair merah yang sedia ada, dan kemungkinan dapat HIV tu tinggi. Macam-macam lah dia explain, masa ni Sha dah redha, Sha cuma harap kalau betul aku tak selamat, moga Allah selamatkan zuriat aku. Pada mulanya doktor yang merawatnya, sempat menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dia hadapi di saat melahirkan bayinya. Tambahan pula, pada tarikh yang sama, bayinya selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Jika bayinya lambat dikeluarkan, besar kemungkinan anaknya mendapat jangkitan p4ru-p4ru. Jelasnya lagi, dia amat risau dengan keadaan bayi ditambah pula keadaannya yang masih sakit.

Masih ada Covid-19

Walaupun, dia dah selamat melahirkan bayinya, wanita itu masih positif Covid-19 dan anaknya perlu membuat ujian calitan kedua. Kini, dia masih menjalani rawatan selanjutnya dan paling menyedihkan apabila keluarganya yang lain semua turut positif Covid-19. Di hujung tersebut, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat kepadanya.

Sumber: ShaaAjis

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *