Kecoh suasana di Bulatan Puchong apabila MBSJ tindak mahu robohkan gerai peniaga kecil. Ini luahana dari salah seorang peniaga dan punca sebenar perkara ini boleh berlaku.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Keluarga Uncategorized

MALAYSIA: Kecoh suasana di Bulatan Puchong Permai pagi semalam apabila Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bertindak mahu merobohkan gerai mereka. Ada yang bergelut dengan pihak penguatkuasa, dan ada juga yang sampai menangis. Mana taknya, ada antara mereka yang dah usahakan perniagaan dekat kawasan situ sejak 20 tahun lepas.

Bahkan sebahagian dari mereka juga akan terus hilang sumber rezeki jika gerai itu dirobohkan. Salah seorang peniaga, Khadijah Che Lah, 62, telah meluahkan rasa sedihnya terhadap tindakan MBSJ.

“Tolonglah, mana kami nak cari rezeki kerana ini sahaja mata pencarian kami sejak 20 tahun lalu. Saya merayu, bantulah kami. Kebanyakan di sini adalah ibu tunggal yang hanya bergantung harap dengan berniaga.”- luahnya. Kalau ikutkan, memang MBSJ dah arahkan mereka untuk berpindah ke tempat baru

Saya merayu, bantulah kami. Kebanyakan di sini adalah ibu tunggal yang hanya bergantung harap dengan berniaga.”- luahnya. Kalau ikutkan, memang MBSJ dah arahkan mereka untuk berpindah ke tempat baru.

Tapi menurut presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah, tapak baru itu sangat kecil. Hanya sekadar 10 x 10 kaki, dah macam reb4n ayam. Jadi, ia sangat tidak sesuai buat para peniaga

“Saya sudah maklum kepada pegawai MBSJ kita minta jumpa (Datuk Bandar) sekali sebab tempat baru ini macam reb4n ayam. Tapak dia kecil sangat. Bagi penjaja, tapak itu tidak sesuai. Jadi pegawai bahagian operasi MBSJ minta saya berbincang dengan bahagian pembangunan untuk selesaikan masalah ini.” – katanya

Kalau korang nak tahu, pagi semalam semua peniaga siap bawa plakad tau yang tertulis pelbagai jenis mesej buat MBSJ. Antaranya, MBSJ Jangan Bertindak Zalim Semasa Covid-19, Menteri Besar Mohon Campur Tangan Isu Ini dan juga MBSJ Tangguh Dulu Perobohan – Ibu Tunggal Berniaga. Sedih sangat bila baca luahan diorang. Namun, operasi meroboh gerai dapat dihentikan selepas IKHLAS membuat perbincangan dengan Persatuan Usahawan Primawalk Puchong (Puspep).

Pengerusinya, Datuk Ismail Awang berkata, semua peniaga di kawasan tersebut diberi tempoh sehingga tujuh hari untuk robohkan sendiri gerai masing-masing. Puspep juga akan cuba merayu dari MBSJ dan Menteri Besar Selangor untuk terus kekalkan kawasan perniagaan di situ. Harapnya, isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Berilah peluang untuk dengar sendiri apa yang ingin diluahkan oleh para peniaga. Mesti ada sebab diorang taknak pindah ke tempat baru.

Sumber: Oh Media via Rentas Asia

Pembeli Ini Borong Semua Baju Yang Dijual Hingga Mencecah Ribuan Ringgit. Lebih Menyedihkan Apabila Peniaga Itu Sehinggakan Menangis Ketika Live Di FB.

Sewaktu negara dikejutkan dengan pandemik C0vid-19 yang meragut ribuan nyawa pada tahun 2020 ini, ramai yang hilang punca pendapatan apabila diberhentikan kerja akibat kerugian yang dialami sesebuah syarikat. Ramai yang beralih ke arah bidang perniagaan, terutamanya jualan secara maya untuk mencari rezeki bagi terus melangsungkan kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga.

Cari rezeki jual ‘bundle’

Salah satu perniagaan yang semakin berkembang adalah jualan ‘bundle’ atau nama lainnya, jualan pakaian terpakai. Walaupun dilabelkan sebagai pakaian terpakai, ia semakin mendapat tempat di hati pembeli kerana bukan sahaja harganya mampu milik, malah masih lagi berkualiti untuk dipakai.

Situasi seperti itu boleh dikaitkan dengan seorang peniaga ‘bundle’, Niyyar Bakri yang juga merupakan seorang anak tunggal dan yatim piatu. Untuk mencari rezeki, Niyyar sering mempromosikan jualan pakaian bundlenya secara siaran langsung di Facebook dimana setiap hari dia bersemangat berinteraksi di hadapan kamera bagi mencuri tumpuan pelanggan. Pada satu Subuh yang hening dalam salah satu siaran langsung, dia telah mengalirkan air mata di hadapan ratusan warganet yang menonton sesi penjualan tersebut.

Eh kenapa menangis?

Niyyar mengalirkan air mata kerana seorang pembeli yang baik hati telah membeli pakaian dengan harga RM3000. Itulah kali pertama seseorang membeli barang jualannya dengan harga yang sangat tinggi. Dia sendiri tidak menyangka akan tindakan pembeli tersebut sehingga dia menangis atas rasa syukur dengan rezeki yang diperolehnya pada hari itu.

Apa yang lebih mengusik jiwa, Niyyar memberitahu bahawa hasil jualan yang diperoleh itu bukanlah digunakan untuk berbelanja buat dirinya sendiri sebaliknya dijadikan modal untuk dia pulang ke kampung di Indonesia bagi menziarahi pusara kedua ibu bapanya. Sebak sungguh tatkala mengetahui kisah dan kejujurannya itu. Korang boleh baca posting seorang pengguna Facebook, Azarinah Binti Awang yang menjelaskan tentang kisah Niyyar selanjutnya di bawah.

“Rezeki tidak pernah salah alamat, selagi Allah berkehendak selagi itu rezekimu tidak akan berhenti mencurah-curah,” tulis Azarinah dalam postingnya. Kritikan atau segala tohmahan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sudah tentu ada sahaja yang memberi tanggapan negatif terhadap peniaga bundle seperti Niyyar. Namun begitu, dia menepis segala tanggapan negatif warganet dan tetap berusaha menjalankan perniagaannya itu.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual.

Bagaimanapun ujarnya, hanya ada satu perkara yang membuatkannya terus bertahan untuk berniaga kuih muih. “Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik? Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora. Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” tulis pelayar itu lagi sebagaimana luahan peniaga berkenaan.

Komen warganet yang turut sependapat dengan perkongsian pelayar berkenaan.

Tambah pelayar itu lagi, tindakan peniaga tersebut jelas memeranjatkan pelanggan wanita berkenaan, namun jawapan yang diberikan lebih membuatkan mereka terpana. “Kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita. RM0.50 sebiji adik kata mahal, tak mampulah tu,” tulis pelayar itu lagi sambil menambah, peniaga berkenaan kelihatan benar-benar ikhlas bersedekah.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 393 shares. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mempertikaikan harga kuih-muih tradisional. “Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual,” komen seorang warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *