Awie bakal timang anak keenamnya di usia 52 tahun. Dia kena jaga kesihatan supaya kekal cergas dan tidak mahu digelar atuk bila anak dah mula membesar nanti.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Awie bersyukur dikurniakan anak keenam di usia 52 tahun. Penyanyi Datuk Awie berkata dia mula menitikberatkan mengenai kesihatan diri sebagai persediaan menimang cahaya mata keenam yang dijangka lahir pada Januari depan. Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman berharap dia dikurniakan kesihatan yang baik bagi memastikan dirinya mampu membesarkan anak kecil itu meskipun usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang saya anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingannya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan saya supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia… itu paling penting, nanti orang tanya tu atuk kau ke? Malu nanti!” katanya kepada mStar. Awie ditemui semasa sidang media filem 10 Tips Tipu Bini yang diadakan di MaTIC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Barisan pelakon filem 10 Tips Tipu Bini yang akan ditayangkan di Astro First bermula 7 Januari tahun depan.

Pada 12 November lalu, vokalis kumpulan Wings ini berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, sudah hamil tujuh bulan. Dalam pada itu, Awie memberitahu dia kini mementingkan penjagaan pemakanan bagi memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan kekal bertenaga.

Paling penting jaga pemakanan kerana isteri pun masih muda, dapat anak kecil lagi… jadi kena nampak sealiran la!

“Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil, saya banyak psiko diri untuk jadi positif. Saya kena jaga kesihatan, kena sentiasa berhati-hati dan kuatkan semangat untuk kekal fit. Paling penting jaga pemakanan kerana isteri pun masih muda, dapat anak kecil lagi… jadi kena nampak sealiran la! Nanti kalau kita sakit dah susahkan isteri pula, jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup, ” ujarnya.

Awie bahagia bersama isteri dan anak-anak.

Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand dan ini merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka. Sebelum itu, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah pula dengan Rozana Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon Haliza Misbun pada tahun 2006. Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah, 11, Putra Ahmad Rezzki, 10, dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Pernah Menjadi Pasangan Yang Heboh Diperkatakan Warganet. Erra Fazira Titipkan Ucapan Khas Sempena Ulang Tahun Awie Di IG

Suatu ketika dulu mereka merupakan pasangan yang hangat diperkatakan. Di saat kemuncak mereka di dalam karier masing-masing sebagai penyanyi dan pelakon, mereka kelihatan sangat secocok.Tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan. Masing-masing membawa haluan sendiri apabila percintaan mereka puts di tengah jalan. Apatah lagi laluannya tidak ‘cantik’ sehinggakan mereka tidak bertegur sapa.

Tapi itu dulu! Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini,  primadona Erra Fazira dan raja rock Datuk Awie sudah mula membina kembali persahabatan mereka.Dalam satu entri di Instagram milik Erra Fazira, dia memuat naik gambar dan video pendek ketika di set penggambaran bersama Awie.

“Hadiah belated birthday kepada kekanda yang budiman @awieofficial. “Alhamdulillah segala onak dvri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Datuk @awieofficial satu nama besar di persada seni tanah air. Alhamdulillah,” tulis Erra.

Pada masa yang sama, Erra turut mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri, Datin Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.“Tahniah buat Datuk dan Datin yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

“Semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah, berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat,” doa Erra.Erra Fazira turut berlakon dalam telefilem yang dihasilkan oleh syarikat produksi milik Awie, Rumah Produksi Merah, dan selain turut berlakon Awie juga bertindak sebagai penerbit.

Telefilem komedi seram yang diberi judul Sue-On itu bakal ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.  Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman dan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016.Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006.Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Tular Kononnya Erra Fazira Mengadakan Pernikahannya Tanpa Pengetahuan Orang Ramai. Erra Fazira Tampil Jelaskan Hal Sebenar Disebalik Majlis Pernikahan Itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakari memuat naik ucapan tahniah kepada Erra Fazira dan suaminya pagi tadi ketika beliau mengadakan tinjauan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) majlis akad nikah oleh pihak berwajib. Tempiasnya, artis popular tanah air ini, Erra Fazira mendakwa tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon berkenaan majlis akad nikah itu.

Memetik laporan portal media tempatan, sebilangan besar daripada pemanggil yang merupakan kaum keluarga, sahabat karib dan wartawan menghubunginya bagi mengucapkan tahniah di atas ‘pernikahan’ yang berlangsung pada hari ini.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek yang pada awalnya tergamam kerana beliau menerima ucapan tahniah bertalu-talu itu akhirnya dimaklumkan khabar gembira itu berkaitan dengan seorang lagi wanita yang mempunyai nama yang sama dengannya yang mengikat tali perkahwinan.

Kata penyanyi dan pelakon masyhur itu, sekalipun bukan dia yang bernikah, namun berita gembira mengenai wanita itu yang kebetulan sama nama dengannya itu disambut dengan penuh kesyukuran.“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai. Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi ‘Érra Fazira’ lain. Lucu juga bila diingatkan semula,” katanya.

Erra yang pernah melonjak kemasyhuran menerusi filem Sembilu itu, Maria Mariana dan banyak lagi berkata demikian sebagai mengulas laporan berita seorang wanita yang bernama Erra Fazira melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi.

Menurut Erra yang juga popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu, sebagai saudara muslim, dia secara peribadi mendoakan perkahwinan ‘Érra Fazira’ dan suaminya itu akan dirahmati oleh Allah SWT.“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kegembiraan serta saling kasih-mengasihi antara satu sama lain.“Semoga ‘Erra Fazira’ dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT,” ujar Erra, 46, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.Kredit : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *