Siapa sangka jalan pintas ke rumah pelanggan menyebabkan rider sampai ke hutan. Sehinggakan rider itu kata macam ni sekiranya ada binatang buas muncul.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga

SIAPA sangka seorang penghantar makanan berhadapan cabaran ketika mahu menghantar pesanan ke rumah pelanggan. Seperti trek sukan ekstrem motocross, pemuda berkenaan terpksa melalui lorong-lorong kecil bertanah merah dan berlmpur yang dikelilingi semak-samVn dan berlukar.

“Aku tak tahulah aku hantar makanan ke aku pergi motocross. Hujung sana hutan dah… motor ni boleh naik ke woi!?” luah pemuda itu menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial menunjukkan keadaan jalan tanah merah yang berbukit. Penghantar makanan tersebut, Muhammad Irsyad Azhar berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu, ketika menghantar pesanan dari Johor Bahru ke Gelang Patah di Johor.

Terp4ksa melalui kawasan hutan untuk ke rumah pelanggan.

Berkongsi pengalaman, remaja berusia 17 tahun itu memberitahu, lokasi penghantaran yang berpandukan aplikasi navigasi, s1stem kedudukan global (GPS) adalah sejauh 21 kilometer (km).

“Laluan bagi pilihan pertama tu saya rasakan agak jauh, jadi saya memilih pilihan lain yang lebih dekat iaitu hanya 15 km. Mungkin sebab kena pusing jauh di lebuh raya. Walaupun jalan yang saya pilih ni masanya lebih singkat, tapi saya fikir mungkin sebab jalan sesak. Kalau naik motor tak ada hal, selit-selit macam biasa,” katanya kepada mStar.

Kawasan lopak air. -foto ihsan Muhammad Irsyad Azhar

Lebih mesra disapa Irsyad, katanya, namun ketika pertengahan jalan di Gelang Patah, laluan menerusi pilihan GPS tersebut membawanya ke satu jalan berlvmpur.

“Mula-mulanya saya fikir laluan lori sebab ada kilang berdekatan. Tapi lama-kelamaan jalan semakin smpit, sesuai untuk dijadikan laluan motosikal. Rumah pelanggan di kawasan perumahan biasa, bukannya dalam hutan. Tengok jalan berlumpur memang ada kesan tayar motosikal, tapi betul ke jalan ni,” ujarnya yang berasal dari Skudai, Johor.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak bercadang untuk berpatah balik bagi menggunakan laluan lain kerana perjalanan akan mengambil masa lebih panjang.

Kesan tayar motosikal yang disaluti lumpur selepas dibasuh.

“Nak tak nak, saya teruskan juga. Saya kena naik dan turun bukit dua kali, melalui lopak air dan laluan sempit sehingga motosikal saya terkena ranting semak-samun. Paling tak dapat dilupakan apabila motosikal saya terper4ngkap dalam lvmpur sehingga tayar berpusing. Tapi saya ingat tips jangan pulas enjin kalau tayar masuk lumpur, tapi tolak motosikal perlahan-lahan dari kawasan lumpur tu.

Nak tak nak, saya teruskan juga. Saya kena naik dan turun bukit dua kali, melalui lopak air dan laluan sempit sehingga motosikal saya terkena ranting di semak-samvn. “Memang berlvmpurlah tayar motosikal dan kasut, dah macam main motocross. Tiga kali juga lalu jalan berlvmpur mungkin disebabkan hujan sehari sebelumnya,” katanya sambil menambah bertugas sebagai penghantar makanan sejak November lalu. Menurut Irsyad, perjalanan di dalam hutan ibarat trek motocross sepanjang kira-kira tiga kilometer itu akhirnya berjaya dilepasi sebelum tiba ke destinasi dengan selamat.

Irsyas menjadi penghantar makanan di Johor Bahru dan kawasan sekitar. “Kemudian saya lalu jalan biasa untuk balik semula ke Johor Bahru. Saya dah s3rik. Masa tu terfikir kalau ada harim4u atau ul4r di sebalik sem4k-s4mun tu. Sampai saya terfikir, kalau harim4u bah4m ni, orang tak jumpa saya. Yang tinggal hanya motosikal je. Syukur alhamdulillah selamat,” katanya.

Malah kata Irsyad, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan perjalanan menggunakan aplikasi navigasi agar kejdian tidak berulang. “Kalau siang terfikir harim4u dan ul4r yang keluar, kalau malam memang confirm saya patah balik sebab terbayangkan ponti5nak pula yang muncul,” ujarnya secara berseloroh.

Sumber via Mediaviralbbn

Makcik Rider Dianiaya. Tak Tentu Arah Dibuatnya Tapi Tetap Setia Tunggu Pelanggan Ghaib Di Lobi Bangunan.

Video memaparkan seorang rider wanita menunggu pelanggannya yang tak kunjung tiba tular di aplikasi TikTok. Kewujudansyarikat-syarikat yang menyediakan khidmat penghantaran makanan terus ke rumah pelanggan ternyata memudahkan kehidupan masyarakat.

Malah, ia juga membuka banyak peluang pekerjaan buat mana-mana individu yang kini mencari pendapatan dengan bergelar rider penghantar makanan. Namun, acap kali tular pelbagai kisah mengenai golongan itu termasuklah yang dianiaya pelanggan dan sebagainya.

Terbaharu, tular pula rakaman menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan gerak geri seorang rider wanita sehingga meruntun emosi warganet. Dalam rakaman berkenaan, rider wanita bertudung itu kelihatan sedang menunggu pelanggannya di lobi sebuah bangunan. Dia juga dilihat menggunakan telefon bimbit, dipercayai membuat panggilan kepada pelanggan berkenaan yang masih belum muncul.

Tidak lama kemudian, dia yang sebelum itu mundar-mandir dilihat berjalan keluar dari kawasan lobi kerana telah lama menunggu pelanggan berkenaan tetapi tidak turun mengambil makanan yang dipesan.

“Siapa yang order makanan, please guys jangan buat mereka macam ni. Tersentuh hati aku tengok makcik ni. Lama dia tunggu,” tulis Fahmi Rezeki yang berkongsi video itu di TikTok.

Kesiannya. Dah order tengoklah telefon selalu, jangan biar orang tertunggu-tunggu.

Dikongsi pada Khamis, video itu sehingga kini menerima hampir 20,000 tontonan. Lebih menambah rasa pilu apabila video itu turut disunting dengan muzik latar lagu dalam bahasa Arab yang cukup mendayu-dayu.

Dalam pada itu, hampir 200 warganet turut membanjiri video itu dengan pelbagai komen. Malah, rata-rata mereka menzahirkan rasa sayu, tak kurang juga yang memberi nasihat agar mana-mana individu tidak menyusahkan urusan rider setiap kali memesan makanan.

“Aku kalau notification dah masuk yang rider tu dalam perjalanan, aku gelabah cari tudung nak tunggu kat luar siap-siap. Korang ingat rider ni hamba korang ke nak buat macam tu. Kesiannya kat rider kena tunggu lama. Mereka mencari rezeki pelbagai halangan nak ditempuhi di luar sana. Pernah sekali rider tertunggu-tunggu sebab call tak dapat. Rasa bersalah tu, Ya Allah, tak tahu nak cakap. “Kesiannya. Dah order tengoklah telefon selalu, jangan biar orang tertunggu-tunggu,” tulis beberapa warganet.

Dalam perjalanan hantar order, rider nak menitis air mata baca notifikasi di telefon… terus berhenti tepi – “Sepanjang jalan rasa sejuk je…”

Perkongsian Malik mengenai hal itu menjadi tular di laman Twitter. (Gambar Hiasan)

Dalamrezeki kita, ada rezeki orang lain. Mungkin itulah yang terbuku dalam hati seorang pelanggan lelaki apabila dia menghadiahkan juadah buat seorang rider penghantar makanan pada malam hari pertama Ramadan baru-baru ini. Kisah perkongsian rezeki yang dimuat naik oleh Malik Abdul Matin Rosli, 21, menerusi Twitter ternyata menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular. Mesra disapa Malik, dia mengakui tidak menyangka akan menerima pemberian berkenaan dan berasa cukup terharu sehingga hampir menitiskan air mata.

“Selepas Maghrib saya dapat order. Dah siap, saya bergerak ke rumah customer. Sewaktu dalam perjalanan, dapat notifikasi kata pelanggan ni belikan makanan untuk saya. Sepanjang jalan rasa sejuk je, rasa nak nangis dengan rezeki yang diberikan.

Posting di laman Twitter Malik.

“Saya pun berhenti tepi jalan sekejap untuk balas mesej customer tu dan ucapkan terima kasih,” ujarnya kepada mStar. Menurut jejaka yang menetap di Tampines, Singapura itu, dia tidak pernah mengharapkan apa-apa pemberian daripada pelanggan. Namun, kejadian yang berlaku itu seolah-olah menunjukkan nilai kemanusiaan masih ada dalam masyarakat hari ini, menyebabkan dia terpanggil untuk berkongsi di Twitter.

Sepanjang jalan rasa tergerak hati dan sejuk je. Ada rasa nak nangis sikit dengan rezeki yang diberikan.

“Dengan itulah saya share kat Twitter yang humanity itu masih ada lagi. Di Singapura pula ada banyak news yang muncul, pasal pelanggan belikan makan untuk delivery riders ataupun orang lain secara sedekah. Saya pun tak harap apa-apa tapi bila benda ni berlaku just nak share yang ada orang masih ‘kisah’ di luar sana untuk sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain walaupun kecil atau besar,” ujarnya lagi.

Baru menghabiskan pengajian di sebuah politeknik, Malik bekerja secara sambilan sebagai penghantar makanan untuk mencari wang simpanan. Kata Malik, dia juga mempunyai saudara-mara di Malaysia seperti Johor Bharu dan Perak. Malah katanya, situasi Covid-19 yang melanda juga pastinya menyebabkan saudara-maranya itu tidak dapat menziarahi Singapura pada lebaran tahun ini.

Mesej yang diterima Malik daripada pelanggannya baru-baru ini.

“Sekarang dengan lockdown, sedih mereka tak boleh datang untuk menyambut Aidilfitri. Di Singapura dipanggil circuit breaker. Orang masih boleh keluar untuk beli barang di pasar atau makan tapi banyak kedai seperti retail, pawagam semua dah tutup,” ujarnya.

Sehingga kini, posting Malik mengenai hal itu menerima hampir 10,000 ulang kicau di Twitter (Retweet). Malah, ramai yang turut meninggalkan komen, meminta orang ramai agar lebih menghargai mereka yang bertugas sebagai rider dan runner.

Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

Kisah mengenai Suhaimi menjadi tular di laman Twitter

Bagi mereka yang tugasnya ‘bergelumang’ dengan makanan, cabaran kerja pasti bertambah khususnya di bulan Ramandan. Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad Suhaimi Hussin, 18, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar ibu kota. Namun, penat lelah kerjanya seakan-akan terubat apabila wujud pelanggan yang menghargai dirinya.

Mesra disapa Suhaimi, dia mengakui terharu apabila pelanggan berbangsa Cina yang ditemuinya pada Isnin lalu menghadiahkan sepucuk surat buatnya. Malah, individu itu turut memberi sedikit wang di dalam sampul sebagai tanda penghargaan di atas usaha Suhaimi menghantar makanan dalam bulan puasa.

“Apabila saya hantar makanan di sebuah rumah, saya tengok ada empat orang. Ada budak dan guru, mereka tengah belajar. Salah seorang budak tu yang ambil makanan dan serahkan surat kepada saya. Masa jalan ke lif, saya baca dan senyum sahaja. Lepas tu baru saya perasan mereka selitkan RM5. Saya agak terkejut, walaupun nilai kecil, saya tetap terharu sebab dia hargai kerja saya,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Khamis.

Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari.

Suhaimi membuat perkongsian mengenai peristiwa itu di laman Instagram sebelum rakannya, Alif Haikal memuat naik semula ke laman Twitter. Ia pantas menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 15,000 ulang kicau(Retweet).

“Terima kasih untuk penghantaran makanan, selamat berpuasa. Terima kasih atas kerja keras dan sentiasa cemerlang dalam pekerjaan,” tulis individu itu menerusi surat yang dimuat naik oleh Suhami.

Kisah mengenai Suhaimi dimuat naik semula ke Twitter oleh sahabatnya, Alif Haikal (@ahaipong)

Kata Suhaimi, dia terasa seperti ingin menangis kerana dihargai atas kerja yang dilakukannya. Malah, ia juga membuktikan perpaduan kaum dan bangsa di negara ini masih lagi utuh dan harmoni.

“Pada saya tak ada sesiapa yang bersifat perkauman. Semua kita saling menghargai tak kira kaum. Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari,” katanya lagi.

Suhaimi yang menetap di Hulu Langat, Selangor mula menjadi penghantar makanan sejak Januari lalu. Dia yang menamatkan persekolahan pada tahun lalu bekerja secara sambilan sementara menunggu panggilan menyambung pelajaran. Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meninggalkan komen menerusi posting itu.

“Bila dapat pelanggan yang memahami ni terharu dia lain macam do,” tulis @emannsrn. Janganla racist. My Chinese friend siap nak call kan bangun sahur tau start esok sebab aku asyik bangun lambat je diaorang kesian sebab takut aku lapar,” tulis seorang lagi warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *