Pemuda ini kantoi dengan isteri beli basikal cecah harga RM45k. Sekali ini respon pengguna twitter untuk backup suaminya.

berita Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Memang tak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini, sukan berbasikal seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, golongan ini juga sanggup berbelanja besar sehingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki basikal yang berkualiti. Tetapi kali ini lain pula yang jadinya apabila seorang wanita seakan ‘terkejvt’ dengan harga basikal yang telah dibeli oleh suaminya.

Suami tak bagi tahu harga basikal

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Cik Nils ada memuat naik satu ‘screenshot’ di Twitternya yang memaparkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin bersama basikalnya yang berjenama Pinarello. Dalam kenyataan itu, pihak Pinarello telah menawarkan untuk membuat penggantian semula basikal KJ yang bernilai RM45,000. Difahamkan, penggantian itu dilakukan selepas KJ terjatvh dari basikal akibat melangg4r lub4ng.

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila Cik Nils seakan ‘terkejvt’ melihat basikal yang digunakan oleh KJ adalah sama seperti basikal yang dimiliki oleh suaminya. Apa yang lebih mengejvtkan lagi adalah harga basikal tersebut mencec4h RM45,000 sedangkan wanita ini memaklumkan bahawa sebelum ini suaminya itu tidak pernah memberitahunya mengenai harga basikal tersebut.

‘Copy ori tu’

Lebih menarik perhatian adalah respon yang ditinggalkan oleh golongan lelaki di ruangan komen tersebut. Mereka dilihat menggunakan hashtag #brocode dan #donebackup sebagai tanda ‘sokongan’ buat suami Cik Nils.

Malah mereka juga dengan nada bergurau kononnya memberitahu harga basikal itu tidaklah semahal harga basikal KJ kerana basikal suami Cik Nils adalah copy ori. Memang ‘brotherhood’ sungguh ye korang!

Beli dekat Shopee 12.12

Tidak terhenti di situ, ada juga yang berseloroh memberitahu suami Cik Nils telah membeli basikal itu semasa jualan 12.12 di Shopee jadi sudah pasti harganya sangat murah selepas diskaun. Perkongsian itu telah mendapat 16.6k Retweets dan 17.2 Likes

Suami Sengaja Kononnya Lupa Birthday Isteri Sebab Nak Buat Prank. Sekali Tak Sangka Ini Reaksi Isteri.

Walaupun sibuk dengan tuntutan tugas sehingga tengah malam, tidak bermakna hari istimewa yang dinanti-nantikan seorang isteri dilupakan oleh suaminya. Begitulah yang dialami seorang lelaki yang sebenarnya telah merancang kejutan demi kejutan sempena hari ulang tahun isteri tersayang. Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, lelaki berkenaan membuat kejutan dengan menghadiahkan telefon bimbit tetapi selepas kotak dibuka, ‘isi’ di dalamnya hanyalah fon telinga dan pengecas. Isteri yang begitu teruja membuka kotak tersebut kemudian menitiskan air mata, tanpa mengetahui hadiah sebenar telah disembunyikan di bawah katil di bilik tidur oleh suaminya.

Prank yang berupa kotak telefon yang mengandungi fon telinga dan pengecaj.

Muhammad Syahmi Azhari berkata, prank itu dirancang sempena hari ulang tahun isterinya ke-25 pada 18 Disember (Jumaat). Lebih dikenali sebagai Syahmi, katanya, menjelang sambutan hari jadi isterinya, dia berpura-pura lupa, seolah-olah tidak mengingati tarikh istimewa tersebut. “Sehari sebelum hari jadi isteri memang saya sibuk dengan kerja sampai lewat malam. Sepanjang minggu tu saya langsung tak sebut pasal rancangan untuk sambut hari jadi dia. Tapi kira-kira seminggu sebelum tu, saya terlebih dahulu belikan hadiah telefon bimbit untuk dia dan disembunyikan di bawah katil untuk buat kejutan,” katanya kepada mStar.

Hadiah sebenar yang diterima isteri.

Dalam kesibukan kerja, Syahmi yang berusia 25 tahun juga sempat membuat pesanan kek hari jadi menerusi khidmat penghantaran ke lokasi tempat dia bekerja. “Bila saya sampai rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam, saya buat surprise kek hari jadi. Isteri memang tak sangka ada kejutan untuk dia. Itulah kejutan yang pertama. Yang kedua pula prank… bila saya bagi kotak telefon tapi tiada telefon di dalamnya. Bila saya keluarkan hadiah yang sebenar dari bawah katil, dia lagi tak sangka betul-betul hadiah telefon sampai menangis,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini.

Makan malam bersama isteri.

Menurut pemuda berasal dari Alor Setar, Kedah itu, telefon bimbit isterinya mengalami masalah sehingga banyak fungsi tidak dapat digunakan. “Saya sendiri berkebolehan untuk membaiki telefon tapi telefon isteri ni memang tak boleh baiki kecuali tukar motherboard (papan induk) tapi kosnya mahal.

Isteri marah sebab telefon tu harganya mahal. Dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa.

“Pasal hadiah, isteri sebenarnya tak marah terkena prank tapi dia marah sebab lain… isteri marah sebab telefon yang saya beli tu harganya mahal. Sedangkan dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa,” katanya. Syahmi yang merupakan seorang jurugambar memberitahu, sambutan ulang tahun disusuli dengan makan malam bersama isteri pada hari yang sama.

Syahmi (kiri) dan isteri mendirikan rumah tangga awal tahun ini.

“Antara masalah telefon isteri sebelum ini adalah pengimbas cap jari dan kamera. Bila kamera bermasalah, isteri tak boleh scan (imbas) kod MySejahtera dan terpaksa mendaftar secara manual kalau nak masuk mana-mana premis. Sekarang ni isteri dah boleh scan kod MySejahtera,” katanya yang merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk memasuki premis berikutan pandemik Covid-19.

Isteri Sebak Nampak Baju Putih Yang Dikibarkan Suami Dari Jauh. Satu Video Ini Memaparkan Selat Tebrau Sebagai Saksi Pertemuan Pasangan Ini Tatkala Usia Anak Baru 44 Hari

Aisya bersama anak ‘bertemu’ suaminya di tepi Selat Tebrau .BUKAN mudah menjalinkan hubungan jarak jauh, hanya orang yang kuat semangat sahaja yang mampu mengharungi dugaan itu.Sukarnya rasa apabila rindu mula menebal kerana berjauhan, terutama dengan penutupan pintu sempadan Malaysia-Singapura sejak pandemik Covid-19.

Menerusi satu video, dapat dilihat satu ‘pertemuan’ yang menyentuh emosi selepas Selat Terbrau sebelum ini menjadi pemisah kepada sepasang suami isteri.Si isteri melihat baju putih yang dikibarkan suaminya dari jauh di satu lokasi di Singapura, manakala panggilan video membolehkan suami menyaksikan isteri dan anaknya yang berusia lima bulan yang berada di Johor Bahru, Johor.

Aisya (kiri) dan suami berkahwin selama satu tahun empat bulan.Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aisya Khayrul memberitahu, ‘pertemuan’ itu dibuat pada Selasa, selepas empat bulan suaminya kembali bertugas di Singapura.Wanita berusia 26 tahun itu berkata, suaminya, Shah Fardaus, 27, bekerja di negara Republik itu sejak lima tahun lalu dengan berulang-alik dari Johor Bahru setiap hari.

“Namun, pintu sempadan negara terutama Malaysia-Singapura ditutup sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19. Ketika itu saya sedang hamil anak pertama.”Jadi, suami ambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji menjaga dan berada di sisi saya sehingga bersalin kerana bimbang sukar untuk bertemu kerana tempoh dan kos kuarantin yang perlu ditanggung,” katanya kepada mStar.


Suami Aisya (kanan) ketika berangkat ke Singapura pada 18 Ogos 2020.Aisya yang berasal dari Johor Bahru berkata, dia bersalin pada awal Julai lalu sebelum suaminya diminta untuk kembali bertugas di Singapura pada Ogos.”Masa suami dapat panggilan yang memintanya masuk bekerja di Singapura, genap ulang tahun perkahwinan kami yang pertama dan bayi berusia 44 hari pada 17 Ogos lalu.

“Betul-betul genap 44 hari saya selesai berpantang. Esoknya suami ke Singapura untuk mula bekerja dan tempat tinggal disediakan oleh majikan,” katanya sambil menambah suaminya bekerja sebagai pemandu lori.Menurut wanita itu, pada awalnya suaminya tinggal di rumah sewa di Punggol di tengah Singapura sebelum berpindah ke lokasi baharu dekat Woodlands, baru-baru ini.

Suami membantu menjaga anak sepanjang tempoh Aisya berpantang.“Lokasi Woodlands menghadap Johor Bahru, sementara tempat kerja lama saya pula di Johor Bahru dekat Stulang yang menghadap Singapura.”Sejak suami berpindah ke Woodlands, dia akan ke tepi Selat Tebrau untuk buat panggilan video dengan saya dan anak. Sebab itulah kami merancang untuk ‘bertemu’ di tepi Selat Tebrau, saya di Johor Baharu dan suami di Woodlands,” tambahnya.

Pada mulanya, Aisya mengakui berasa amat teruja saat tiba di lokasi yang dirancang untuk membuat panggilan video bersama suaminya, kira-kira pukul 4 petang.”Hati saya berbunga-bunga macam first date dengan suami, cuma kali ini bersama anak. Saya nervous! Bila nampak baju putih yang dikibarkan suami dari jauh, saya sebak.

“Terbayangkan anak yang masih kecil tak ada ayah di sisi, dan fikirkan suami yang berjauhan tidak dapat melihat anak membesar depan mata,” katanya.Aisya berharap pandemik segera berakhir bagi menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa.

Tambah Aisya, selepas ‘pertemuan’ itu hujan mula turun membuatkannya bergegas masuk ke dalam kereta untuk berteduh.”Masa buat video call tu saya okay lagi, dah masuk kereta tu saya menangis. Anak pula kemudian meragam dan menangis. Memang tiga kali ‘hujan’ petang tu.

“Semoga pandemik Covid-19 ini berakhir dengan segera untuk mempertemukan semula saya, suami dan anak. Suami kata balik nanti nak saya masak kari kambing untuk dia,” katanya sambil menambah suaminya merancang untuk pulang bercuti pada April tahun depan.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *