Disebabkan wajahnya mirip dengan Ashraf Sinclair ada warganet yang pinta dia untuk berjumpa BCL. Sekali bila tengok mukanya ramai pula warganet kata ada yang macam Aeril Zafrel Izzue Islam dan Jonny Depp pun ada.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Wajah Fauzi dikatakan mirip Allahyarham Ashraf Sinclair (kiri) dan Johnny Depp (kanan). Pasti ramai yang pernah mendengar kata-kata bahawa setiap manusia mempunyai tujuh kembar di dalam dunia. Sejauh mana kebenaran kata-kata ini, tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

Namun begitu, kemunculan seorang jejaka berambut paras bahu lengkap dengan misai dan janggut, mencuri tumpuan ramai apabila wajahnya dikatakan mempunyai iras pelakon popular kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair. Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram dan TikTok, jejaka ini turut menyertakan gambarnya dan Allahyarham untuk dinilai sendiri warganet.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, jejaka bernama Fauzi Ismail berkata, video berkenaan dimuat naik secara suka-suka sebagai menjawab komen yang diterimanya daripada seorang pelayar yang bertanya mengapa wajahnya mirip suami kepada selebriti terkenal, Bunga Citra Lestari (BCL) itu.

“Sejujurnya, saya merupakan peminat Allahyrhm Ashraf. Saya mula menonton lakonannya dalam filem Gol dan Gincu. Saya suka dengan personalitinya, pembabitannya dalam bidang seni dan bisnes, serta kehidupan berkeluarga. Namun, saya secara peribadi tidak nampak persamaan di antara kami. Bagi saya sendiri, Allahyarham adalah jauh lebih baik jika nak dibandingkan dengan saya,” kata pemudia berusia 26 tahun ini.

Ramai kenalan dan pengikut Fauzi mengatakan wajahnya mirip Allahyarham Ashraf Sinclair.

Menurut Fauzi, dia mula ditegur mengenai persamaan wajah itu ketika masih menuntut di sekolah menengah. Malah, perkara itu berlanjutan apabila dia mula menjejakkan kaki ke dalam bidang pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Fauzi (kanan) secara peribadi amat meminati bakat lakonan serta personaliti Allahyrhm Ashraf.

“Selepas saya graduate, saya ada bekerja dengan sebuah syarikat di Bangsar South, dan di situ saya ditempatkan di bahagian Uber Indonesia di mana saya bertemu ramai sekerja dari negara itu. Satu ofis panggil saya Ashraf berbanding nama sebenar saya. Sekarang walau dah tak bekerja di situ, kalau terjumpa bekas rakan sepejabat, mereka tetap panggil Ashraf. Di komen-komen pula, ada yang sampai suruh saya bertemu dengan BCL. Sebenarnya saya sendiri dulu ada impian nak bertemu dengan Allahyrhm Ashraf tapi tak ada rezeki,” kata Fauzi yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman (F&B) serta dandanan rambut, sejak hampir dua tahun lalu. Selain disamakan dengan Allahyrhm Ashraf, Fauzi berkata ada juga warganet yang mendakwa wajahnya mempunyai persamaan dengan selebriti Malaysia seperti Aeril Zafril dan Izzue Islam.

“Tapi yang saya tak sangka, ada kata wajah saya ada persamaan dengan Johnny Depp. Mungkin sebab stail rambut… kadang-kadang penampilan saya berbeza-beza. Bila ditegur ada persamaan dengan mana-mana selebriti, saya tak tahu nak beri respon. Lagipun bukan saya sendiri yang kata, tapi orang lain yang kata,” kata jejaki yang berasal dari Muar, Johor ini.

Tujuan saya muat naik itu sekadar suka-suka, biar warganet yang buat penilaian sendiri. Namun daripada situ, saya dapat melihat perbezaan reaksi yang pelbagai.

Dalam pada itu, Fauzi mengakui dia turut tidak terkecuali menerima komen negatif selepas video yang dimuat naik itu menjadi tular. “Ada yang kata ‘perasan’. Tapi saya tak ambil hati pun sebab saya sendiri tak pernah cakap dan tak rasa wajah kami sama. Tujuan saya muat naik itu sekadar suka-suka, biar warganet yang buat penilaian sendiri. Namun daripada situ, saya dapat melihat perbezaan reaksi yang pelbagai. Dan saya juga dapat melihat bagaimana perbezaan komen antara warganet Malaysia dan Indonesia,” katanya. Bercerita mengenai sedikit mengenai salasilah keluarga, anak keempat daripada enam adik beradik ini berkata, dia sememangnya mempunyai beberapa darah kacukan.

Fauzi kini menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman (F&B) dan juga dandanan rambut.

“Datuk di sebelah ayah berdarah Pakistan, nenek saya pula orang Singapura berdarah Bugis. Manakala moyang saya berkahwin dengan sorang wanita Indonesia dan saya ada ramai kaum kerabat di sana,” ujarnya. Sebagai seorang peminat kepada Ashraf Sinclair, Fauzi mengakui kehilangan mengejut pelakon itu pada 18 Februari lalu turut memberi kesan kepada dirinya. Sejujurnya, saya sangat terkejut dan seharian saya tak ceria kerana masih tak percaya. Bagi siapa-siapa yang kata wajah saya mengingatkan mereka kepada Allahyrhm, atau setiap kali teringat kepadanya, hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Itulah yang sebaik-baiknya,” katanya lagi.

BCL Mengenang Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan Bersama Suaminya. Psara Ashraf Sinclair Ditabur Dengan Kelopak Mawar

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mengenang tarikh ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Ashraf Sinclair semalam. Jika Ashraf masih ada, pasangan romantis ini sepatutnya merayakan ulang tahun ke 11 mereka pada tanggal 8 November.

Menerusi Instagram, Bunga yang sudah jarang memuat naik aktiviti atau foto terkininya sejak pemergian Ashraf berkongsi beberapa foto dan video momen manis yang pernah dirakam bersama suaminya. Ia kemudian diikuti sekeping foto dirinya mengunjungi tempat psara Ashraf yang telah pergi pada Februari lalu.

“Selamat ulang tahun,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen di sebuah entri yang memaparkan dirinya menziarahi tempat psara Ashraf dan memenuhinya dengan kelopak mawar.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut berasa sayu melihat foto tersebut, mereka juga mengucapkan selamat ulang tahun dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada suaminya. Terdahulu, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta, Indonesia. Ashraf dilaporkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Sayu Sahaja Ucapan Ulang Tahun BCL Buat Noah. Ternyata Perkongsian Ini Meraih Perhatian Warganet Sehinggakan Terbongkar Perkembangan Terkini BCL

Hari ini genap 10 tahun usia Noah Aidan Sinclair, permata hati Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.Pastinya buat seorang ibu, satu perkara yang cukup menggembirakan melihat anak membesar di depan mata, tetapi tanpa suami di sisi, kegembiraan tersebut bukanlah boleh disambut dengan lebih ceria.Pada satu entri di Instagram miliknya, Bunga Citra Lestari memuat naik satu ucapan berbentuk lirik lagu buat yang cukup sayu buah hatinya itu.

“Kulihat dia tersenyum,Dalam kehilangannya yang begitu besar,Berusaha menerima,yang Tuhan takdirkan untuknya.”Semoga bisa bahagia
Harapku untuknya,Apapun jalannya,Ku kan berjuang untuknya.”Separuh diriku,separuh dirimu,Bersatu dalam jiwa,malaikat kecil penyelamat hidupku

“Betapa dia penuh harapan,Betapa dia penuh percaya,Betapa dia penuh cinta,Dalam hidupnya yg baru saja berubah.”Tangan kecilnya memegangku
Suaranya menyentuh hatiku,senyumannya menenangkanku
Dialah malaikat kecilku.”Tuhan hanya kuminta,Berikanlah waktu panjang untukku merawatnya,Dia layak bahagia,dan mendapatkan yg terbaik untuk hidupnya

“Selamat Ulang Tahun Noah..” tulis Bunga Citra Lestari yang cukup untuk membuat orang yang membacanya mengalirkan air mata.Bunga Citra Lestari berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. Mereka kemudiannya dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair pada 22 September 2010.Pada 18 Februari 2020, Ashraf Sinclair pergi buat selamanya akibat sakit jantung pada usia 42 tahun.

BCL Nampak Sedikit Susut. BCL Ambil Kesempatan Ziarah Tempat Persemadian Ashraf Sinclair Selepas Jakarta Umumkan Sesuatu Ini Dan Ternyata Ini Perkembangan Terkini BCL

BCL menziarahi tempat persemadian Ashraf sebelum Jakarta laksanakan PSBB. Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menziarahi tempat persemadian suaminya Ashraf Sinclair selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan kembali melaksanakan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) bermula hari ini.Ibu BCL, Emmy Syarif memuat naik foto menemani penyanyi itu dan cucunya Noah Sinclair menziarah tempat persemadian Ashraf pada Sabtu lalu. Ashraf yang pergi buat selamanya pada 18 Februari lalu memberikan kesan yang mendalam buat BCL apabila dia kerap mengubati kerinduan dengan menziarahi tempat persemadian suaminya itu di San Diego Hills.

“#Alfatihah utk dady Ash#menjelang psbb#,” tulis Emmy. BCL bersama anak dan ibu bapanya menziarahi tempat persemadian Ashraf.Menerusi foto tersebut BCL kelihatan sedikit susut duduk di samping tempat persemadian Ashraf, dia hadir lengkap mengenakan pelitup muka dan face shield mengikut SOP ditetapkan kerajaan negara itu. Foto lain juga memperlihatkan Noah duduk sambil menadah tangan membacakan doa untuk bapanya. Indonesia membuat keputusan melaksanakan PSBB kembali di Jakarta selama dua minggu mulai esok berikutan kes positif COVID-19 yang meningkat semakin mendadak di provinsi itu.-mstar

Warganet minta BCL tutup aurat

Sehingga kini masih berehat daripada media sosial namun Youtube channel BCL makin mendapat penonton malah jumlah tontonan video-videonya meningkat sejak pemergian Ashraf. Ramai masih bersedih dan menonton video keluarga bahagia itu di Youtube BCL. Tapi, melalui video sambutan hari lahir BCL yang ke-36ramai warganet membanjiri bahagian komen dengan menasihatinya untuk berpakaian lebih sopan.

“Semoga segera berhijab untuk meringankan hisab suaminya.” Ramai yang menegur cara pemakaian BCL di dalam video itu kerana menampakkan bahagian atas serta perutnya. Rata-ratanya meminta dan berdoa agar BCL akan berusaha untuk menutup auratnya selepas ini.

Pada usia yang hampir 40 tahun, warganet berpendapat BCL sudah patut tahu batasan aurat dan pergaulan antara lelaki yang bukan mahramnya. Bukan semuanya boleh dipeIuk cium. Suami tercinta telah pergi semoga BCL & anak lebih menghampiri Allah.” Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook.

Sumber : Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *