Ada yang mengatakan Sharifah Sakinah jadi orang ketiga di dalam hubungannya bersama kekasihnya. Kini dia tampil untuk menjelaskan isu tersebut.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

KUALA LUMPUR: Kisah percintaan pelakon ‘gil4-gil4’, Sharifah Sakinah, 31, dengan kekasihnya yang juga warga Sweden, Michael Hansen, 41, bukan rahsia lagi. Malah, mereka sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei, tahun depan. Di sebalik foto mesra pasangan dua sejoli yang sering diperkatakan, timbul pula dakwaan menuduh pelakon drama Girlfriend Aku Dari Ner4k4 itu peramp4s dan pemusn4h rumah tangga orang.

Timbul pelbagai versi cerita yang kurang enak didengar di laman maya, namun Sakinah menegaskan, dia paling pantang ‘mencaras’ suami lain. Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu berkata, dia masih waras dan teguh dengan prinsip hidupnya tidak mengambil suami orang.

“Saya tak boleh nak mengenai lelaki yang masih berkahwin. Saya tahu Hansen pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata berusia lapan dan lima tahun, sejak awal perkenalan kira-kira empat bulan lalu. Saya kenal Hansen sudah bergelar duda. Dia berpisah dengan bekas isterinya sudah lama ketika bekerja di Singapura, sebelum berpindah ke Malaysia. Warganet suka membuat tuduh4n melulu kononnya Hansen sanggup tinggalkan isteri dan dua anaknya kerana mahu berkahwin dengan saya. Saya pernah menghubungi bekas pekerja yang tahu kisah sebenar untuk mengetahui kesahihan cerita. Saya nak buktikan saya bukan perampas. Jika ada sesiapa nak tanya bekas pekerja berkenaan pun dipersilakan,” katanya kepada BH Online.

Adik kepada Sharifah Shahira itu berkata, Hansen sudah terbang ke Sweden untuk menyambut perayaan Krismas bersama dua cahaya matanya, beberapa minggu lalu. Selain itu, katanya, dia pulang ke Sweden untuk menyelesaikan urusan dengan bekas isteri.

“Apabila merancang mahu berkahwin, Hansen kena uruskan beberapa urusan membabitkan dokumen perpisahan. Adat dan cara orang putih selepas berpisah bukan jenis terus tinggalkan pasangan mereka. Ada beberapa prosedur perlu diselesaikan. “Kita sendiri orang Melayu pun jika berpisah ada perkara yang perlu diselesaikan,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua.

Sakinah berkata, mengikut perancangan mereka akan berkahwin pada 28 Mei tahun depan. “Ini rancangan kami, tetapi jika boleh dipercepatkan juga baik. Tarikh 28 Mei adalah ulang tahun kami. Saya dan Hansen berkongsi tarikh lahir sama. Bagaimanapun, kita tak tahu pandemik COV-19, apa sahaja boleh terjadi. Saya harap urusan untuk Hansen pulang ke Kuala Lumpur akan dipermudahkan,” katanya.

Sakinah berkata, dia dan Hansen merancang majlis ringkas sahaja. “Cukup akad nikah bersama majlis resepsi pada hari sama. Saya tak buat majlis besar-besaran pun. Undangan pun sekitar 200 tetamu. Paling penting, majlis ringkas yang bermakna dalam hidup saya,” katanya. Bagi Sakinah, mungkin perkenalan agak singkat tetapi dia percaya soal keserasian lebih utama.

“Pusat senaman menemukan saya dan Hansen. Kami suka bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hansen juga yang boleh terima kenakalan dan perangai gila-gila saya. Saya pula disleksia tahap ringan. Hansen juga seorang yang gil4-gil4, hinggakan kakak, Sharifah Sharifah boleh melayannya. Hansen tegas dan bersikap seperti bapa. Bagi saya, tak timbul soal saya bertemu pengganti jejaka asing atau sebaliknya. Pada akhirnya, ia berbalik kepada keserasian dan kebahagiaan apabila berada bersama orang disayangi,” kata ibu kepada Anais Adha yang kini berusia tiga tahun itu.

Sumber : berita harian online

Bakal Menamatkan Zaman Jandanya Pada 28 Mei Tahun Hadapan. Sharifah Sakinah Mengesahkan Sesuatu Tentang Majlis Perkahwinannya Dan Buka Mulut Tentang Penerimaan Keluarga

Pelakon yang sinonim dengan watak ‘selamba’ Sharifah Sakinah kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka mat saleh dan telah pun mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya dengan Michael Hansen pada 28 Mei tahun hadapan.

Menerusi  program hiburan Melodi TV3 pada Ahad lalu, Sakinah telah mengesahkan perkara tersebut namun dia kini masih dalam perancangan sama ada majlis perkahwinannya itu bakal diadakan di Kuala Lumpur ataupun di Sweden memandangkan halangan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Ketika diminta untuk mengulas penerimaan kedua belah pihak keluarga, Sakinah sambil berseloroh berkata bahawa dia tetap akan berkahwin walaupun ahli keluarga tidak merestui dan menghalang perhubungan antara dia dan Michael. Namun begitu, dia merasa sangat bersyukur kerana kedua-dua belah pihak menyokong segala keputusan hidupnya terutama dalam soal perhubungan dan teman hidup.

“Sekarang ni kita bukan kahwin dengan keluarga dia, dia pun tak kahwin dengan keluarga saya, kalau keluarga saya cakap tak boleh, kita tetap akan kahwin. Sebab kita orang dah besar, masing-masing dah 31 dan 41 tahun. Alhamdullilah, keluarga saya okay dan keluarga dia pun okay.”

Meskipun berbeza adat dan budaya, Sakinah berkata, untuk perkahwinan kali keduanya itu, dia tidak mengimpikan majlis secara besar-besaran namun hanya ingin mengadakannya secara sederhana sahaja. Yang penting buatnya kali ini adalah majlis akad nikah sebagai acara utama dalam perjalanan menghalalkan mereka sebagai suami isteri.

Sharifah Sakinah Berkongsi Video Kekasihnya Membaca Alif Ba Ta Dengan Lancar Dan Buatkan Dirinya Dan Warganet Terkejut. Sekali Ini Respon Dari Warganet.

Memandangkan ramai sudah mempertikaikan tentang status hubungan antara pelakon Sharifah Sakinah bersama dengan kekasih hatinya dari Sweden itu, pelakon tersebut masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali menyuruh warganet untuk tunggu beberapa bulan lagi sebelum beliau mengumumkan sesuatu.

22 Disember lepas, pelakon tersebut ada memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau sedang mengajar kekasihnya iaitu Michael Hansen untuk membaca alif ba ta. Tanpa disangka Michael dapat menyebut setiap huruf dengan lancar sehingga Sakinah sendiri terkejut dengan perkara itu.

“Wah, you quite good eh. Laju, bagus dia!” Hanya segelintir sahaja yang gembira dengan perkara itu manakala selebihnya lagi mengkritik Sakinah dengan menganggap beliau hanya menunjuk-nunjuk.

Terdahulu Sharifah Sakinah mendedahkan akan menamatkan zaman j4ndanya dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan. Memilih tarikh berkenaan kerana memiliki keistimewaan tersendiri, Sakinah bagaimanapun berkata tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

“Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Covid-19 yang masih belum reda,” katanya.

Menerusi satu temu bual program televisyen, Sakinah berkata meskipun sudah berumah tangga dia akan tetap meneruskan kerjaya seninya dan tidak berhasrat untuk berpindah ke Sweden.

“Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini. Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya. Dalam pada itu, Sakinah yang dihubungi Kosmo! Online tidak menafikan apa yang dikongsikan menerusi temu bual itu dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat. “Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” ujarnya

Sumber via MediaKL

Tular Gambar Mesra Sharifah Sakinah Bersama Kekasihnya. Sharifah Sakinah Seolah-Olah Memberi Bayangan Sudah Pun Bernikah.


Selepas berpisah dengan suami Afif Adha Jamil, pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang trainer mat saleh yang dikenali sebagai Michael Hansen.Meskipun Sakinah belum pernah dengan jelas mengesahkan hubungan tersebut, namun terbaharu foto mesranya di dalam kolam renang bersama jejaka tersebut telah menarik perhatian warganet.

Michael menerusi Instagram (IG) miliknya memuat naik foto mereka berdua dengan memberitahu ia satu petang yang menyeronokkan.“Evening fun (finally a pool to swim in),” tulisnya.Menerusi tinjuan Gempak di dalam komen entri tersebut, rata-rata warganet menyangka pasangan itu sudah bernikah.

“Rasanya Sakinah ni dah kahwin. Cuma tak nak cakap,” teka salah seorang pengikutnya.“Kahwin lah kak Sakinah,” pinta salah seorang warganet.“Jangan mengundang ftnah,” tegur salah seorang warga maya.Sakinah tidak berdiam diri, malah dalam salah satu komen yang memintanya berkahwin, pelakon Bikin Filem itu seolah-olah mengiyakan.

“Maried bro,” pinta salah seorang warganet itu.“Already (gambar cincin),” jawab Sakinah.Jawapan adik kepada Shahrifah Shahira membuatkan sesetengah pengikut di Instagram terkejut dan ada juga yang megucapkan tahniah.“Wah! If it’s true, congratulations Kinah,” kata salah seorang warganet.“Alhamdulilah,dah sah patut posing gitu,” jawab salah seorang pengikutnya.Sakinah berpisah dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
 

Tak Pernah Ada Perasaan Ni Sesama Adik Beradik. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar Hubungan Adik Beradik Antara Sharifah Sakinah Dan Sharifah Shahirah Yang Dibongkarkan Baru Baru Ini.

Baru-baru ini, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah, mereka ada membincangkan topik perasaan hasad dengki sesama adik-beradik bersama pendengar. Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shahirah ada mendedahkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon, Sharifah Sakinah. Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.

“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kami dua jarak jauh. “Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak. Jadi memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsi Shahirah. Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.

Oh rupanya itu yang terjadi. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *