Tawar perkhidmatan lengkap untuk sambut tahun baru.Tular pemuda ini sanggup tawarkan pakej sehinggakan terima ribuan pesanan dan ini responnya

Viral

Seorang pemuda dari Jawa tengah, Indonesia menjadi tular di media sosial apabila menawarkan pakej perkhidmatan lengkap untuk teman sambut tahun baru.Pemuda yang bernama Khoirul Anam itu menyatakan bahawa selepas foto sepanduk itu menjadi tular, dia telah mendapat ribuan mesej di aplikasi Whatsapp.

Pemuda tersebut mengesahkan bahawa dia telah membuat sepanduk yang tertulis tawaran pakej teman sambut tahun baru itu pada 20 Disember 2020.“Anda bakal mendapat satu pakej yang lengkap: makan malam, berpegangan tangan, swafoto bersama, melayan bunga api bersama, hantar pulang ke rumah,” tulis kapsyen di sepanduk itu.

Dia difahamkan telah membuat dua sepanduk yang dipasangkan di tiang elektrik serta pokok di kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.Lelaki yang berusia 28 tahun itu mengakui bahawa dia membuat sepanduk yang mengandungi tawaran perkhidmatan itu hanyalah untuk hiburan semata-mata.

“Motif saya bukanlah untuk menjadi tular. Ia sebenarnya dibuat bagi menghiburkan orang ramai.”“Ya, siapa tahu setelah menjadi tular dapat dipertemukan dengan jodoh,” kata Anam.Menurut Anam, idea tersebut muncul ketika dia mendengar rintihan daripada rakannya yang menyatakan bahawa rakannya itu tidak mempunyai pasangan untuk menyambut tahun baru.

Single pada malam sambutan tahun baru seakan tidak kena. Itulah sebabnya saya terfikir untuk membuat sepanduk ini. Secara kebetulan, saya juga masih single, manalah tahu ada yang mahukan saya nanti,” tambahnya.Menurut Tribun, selepas foto sepanduknya itu menjadi tular di media sosial, beribu mesej telah masuk ke aplikasi Whatsapp-nya.Sehingga 27/12/2020, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 13 ribu Likes dari pengguna media sosial.Sumber: Tribun

Adik Sanggup Carikan Jodoh Buat Kakak Di Twiiter. Akhirnya Juga Dengan Salah Seorang Jejaka Dan Ini Pula Respon Kakaknya Berkenaan Hal Tersebut

Maisarah memuat naik hebahan itu di Twitter sehingga ia menjadi tular.KALAU sudah sampai ‘seru’, mulalah seseorang itu terfikir soal jodoh dan berasa sudah bersedia untuk berkongsi kehidupan dengan pasangan sehidup semti.Bagi mereka yang belum mempunyai calon terutamanya yang sudah berusia, sudah pasti hati risau memikirkan nasib hidup membujang sampai ke tua.

Dalam sesetengah situasi, bukan empunya diri saja yang bimbang sebaliknya ibu bapa dan adik beradik lain turut berasa tekanannya.Begitulah yang dialami seorang gadis bernama Maisarah yang bingung memikirkan nasib kakaknya yang sehingga kini belum bertemu jodoh.

Maisarah yang berusia awal 20-an berkata kakaknya masih belum menjumpai lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami walaupun sudah cuba menjalinkan hubungan serius dengan beberapa jejaka.”Saya dah penat tengok kakak saya kenal dengan ramai lelaki tapi selalu tak jadi.

”Bukan dia memilih, saya fikir mungkin belum jumpa jodoh. Kesian juga saya tengok dia, ” katanya kepada mStar.Tweet yang dimuat naik oleh Maisarah.Sebagai usaha, Maisarah mengambil keputusan membuat hebahan di Twitter bagi membantu mencari jodoh untuk kakaknya.Tweet itu tular dan disambut baik oleh warganet dengan pelbagai komen dan perkongsian diterima.”Tak sangka pula ramai yang senasib dengan kakak saya.

”Ramai lelaki yang DM (direct message) nak kenal-kenal dengan kakak dan ada juga yang cuba satukan abang atau adik lelaki mereka dengan kakak saya, ” katanya.Dalam pada itu, Maisarah mengakui dalam ramai-ramai lelaki yang berminat untuk berkenalan dengan kakaknya, ada seorang jejaka yang telah meraih tumpuannya.

Bagaimanapun kata Maisarah, dia menganggap ini bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya mencari calon suami, tetapi tetap percaya bahawa jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan.“Ada juga minat seorang ni… tapi saya fikir belum tiba masanya lagi.

Lagi paparan skrin tweet gadis itu.”Memang susah juga nak percaya lelaki yang kenal online, tapi saya yakin ada je yang baik-baik dan boleh dipercayai. Sama macam orang lain, mereka pun dah tentu inginkan jodoh yang baik-baik juga,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi kakaknya sebaik mengetahui tweet tentang dirinya tular, Maisarah berkata kakaknya tidak menunjukkan tanda-tanda marah atau kurang senang dengan tindakannya.“Kakak saya sebenarnya tak kisah sangat pun tak jumpa jodoh walaupun usia dia dah lanjut.”Dia sporting je, saya bagi dia baca semua DM dekat Twitter dan dia juga tengok gambar-gambar mereka yang nak kenal tu.”Sabar jap, kami kena tapis-tapis dulu,” ujarnya berseloroh.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *