Tak menang tangan terma tempahan sehingga terpaksa tolak beberapa permintaan pelanggan. Eksekutif bank ini dedah pengalamannya mula memasak

Viral

Nik mula membuat kek sewaktu awal PKP pada Mac lalu.BERMULA sekadar mengisi masa terluang di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini dia tak menang tangan melayan permintaan pelanggan.Begitulah kisahnya mengenai Nik Mohd Shariff Nik Abdul Rahman, 28, yang kini laris menjalankan perniagaan kek batik.

Bercerita kepada mStar, pegawai eksekutif di sebuah bank itu mengakui tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang masakan, apatah lagi pembuatan kek mahupun pastri.”Masa bulan Mac tu saya baru balik dari Turki. Jadi saya kena kuarantin. Saya cuti dalam sebulan lebih juga.

“Pada waktu itu saya mula memasak. Ada juga cuba buat kek. Banyak yang tak menjadi sebenarnya.”Selepas itu saya mula bawa ke pejabat. Tapi nak promosi pada kawan-kawan pun rasa malu. Dapat feedback memuaskan, kawan-kawan minta jual. Jadi bermula dari situ saya buat kek secara sambilan,” ujarnya yang mesra disapa Nik.

Nik bersyukur dengan penerimaan pelanggan yang berpuas hati dengan kek hasil air tangannya.Menurut anak kelahiran Kelantan yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur itu, dia bersyukur dengan penerimaan pelanggan yang berpuas hati dengan kek hasil air tangannya.

Malah, dia kini tak menang tangan menerima tempahan sehingga terpaksa menolak beberapa permintaan pelanggan kerana faktor masa.”Alhamdulillah. Macam minggu ni, ada yang saya terpaksa tolak sebab tempahan dah penuh.”Ada pelanggan sama yang repeat oder sampai lima ke enam kali dalam sebulan. Sambutan yang overwhelming. Saya teruja nak buat kek.

“Yang penting orang suka. Penat pun berbaloi. Orang suka, kita pun lega,” ujarnya yang biasa membuat kek pada waktu malam selepas seharian bekerja.Menurut Nik lagi, ilmu berkaitan penghasilan kek hanya dipelajari melalui YouTube sahaja.Malah, dia juga menolak tanggapan sekiranya ada yang menganggap kerja itu hanya bersesuaian untuk golongan hawa sahaja.

Antara kek batik yang dihasilkan jejaka itu.“Saya tak pernah buat kek. Belajar masa mula-mula PKP je. Tercetus kerana PKP.”Ada pelanggan yang tak sangka saya buat kek. Mereka tanya, betul ke saya yang buat?”Pada saya ia tak mengenal jantina. Kalau minat, teruskan je. Saya pun tak sangka serius nak jual kek.”Masa awal-awal PKP, duduk rumah tengok movie. Rasa buang masa. Dari situ saya mula belajar buat kek,” ujarnya lagi.Dalam pada itu, Nik turut berkongsi hasil air tangannya itu menerusi laman Twitter.

Persis Seorang Remaja Biarpun Usia Sebenarnya Menghampiri Angka 30. Jejaka Awet Muda Ini Dedah Rahsia Dia Rajin Ke Dapur

AKSI bersahaja jejaka ini memasak sambil tersenyum ternyata mengundang perhatian ramai.Selain Facebook dan Instagram, Mohd Shafiq Zulkarnain, 28, turut berkongsi video-video masakan ringkas menerusi aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, penjawat awam yang bertugas di ibu negara itu mengakui sudah meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah lagi.”Saya bukan tukang masak, ia sekadar hobi. Saya suka kongsi dengan orang cara memasak yang mudah, khususnya untuk orang bujang.

“Apa yang saya tunjukkan biasanya masakan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Cmpak-cmpak je.Shafiq mula belajar memasak sejak kecil lagi.“Memang dari kecil diajar memasak dan berdikari. Sewaktu saya usia 10 tahun, ayah jatuh sakit. Mak pula keluar bekerja, jadi saya kena masak sendiri. Mak ajar saya memasak,” ujarnya.

Dengan ilmu itu, dia dengan sendiri meneroka bakat yang ada sehingga mampu menghasilkan pelbagai resepi.Ujar Shafiq, sambal garing hasil air tangannya cukup digemari rakan-rakan sehingga ada yang meminta untuk membelinya.

“Paling disukai sambal garing saya. Saya buat dan bagi pada kawan-kawan pejabat, ada pula yang minta supaya dijual.”Walaupun jual, saya tetap tak lokek kongsi resipi sambal tu dengan mereka. Saya banyak hasilkan lauk-pauk kampung.”Antaranya asam pedas. Kek buah dan biskut pun saya buat. Masa raya hari tu, saya buat dalam 20 jenis biskut,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Sains DNA Forensik.

Selain aneka juadah yang mudah, video yang dikongsi jejaka berasal dari Melaka itu turut meraih tumpuan ramai kerana paras rupanya.Ada segelintir pelayar media sosial turut mengusik mengenai rupa paras dan status dirinya.Kata Shafiq, dia tidak terlepas menerima usikan manja yang bertanyakan mengenai status dirinya.

“Ada yang puji paras rupa, kata saya ada pakej lengkap sebab boleh memasak.”Saya juga terima mesej-mesej yang nak kenalkan saya dengan anak mereka, kakak mereka dan sebagainya.”Saya juga tak terlepas menerima kritikan. Ada yang tegur sebab memasak pakai seluar pendek. Ada pula yang tegur sebab saya tak pakai sarung tangan.

“Tapi saya ambil kritikan dari sudut positif, saya tak ambil hati,” ujarnya yang masih bujang.Dalam pada itu, Shafiq juga sering ditanya mengenai petua awet muda memandangkan wajahnya kelihatan persis seorang remaja biarpun usia sebenarnya menghampiri angka 30.”Tak ada rahsia. Saya jalani kehidupan dengan gembira dan ceria. Saya suka senyum. Itu sahaja amalan saya.”Sewaktu masak pun saya suka senyum sambil pandang kamera,” ujarnya lagi.

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Pemergian Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *