Nak jual gelaran Pencetus Ummah. Gurauan PU Rahmat mendapat perhatian kerana secara kebetulan isu Neelofa dan PU Riz jadi sebutan orang ramai

artis

Semenjak dua menjak ini, banyak berita yang tidak sedap didengar mengenai beberapa pendakwah selebriti tempatan.Disebabkan isu tersebut, ada yang beranggapan bahawa gelaran mereka perlu ditarik semula kerana ia bagaikan memalvkan golongan pendakwah selebriti yang lain.

Tertarik dengan isu yang terjadi, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan kini dikatakan mahu ‘menjual’ gelaran tersebut.Gurauan PU Rahmat telah mendapat perhatian kerana secara kebetulan twit tersebut dimuat naik ketika isu Neelofa bersama dengan PU Riz menjadi sebutan ramai.

Dalam masa yang sama, ada segelintir yang mendoakan supaya PU Rahmat kekal sebagai seorang pendakwah selebriti yang tidak pernah membuat kontr0versi.Diharapkan apa yang berlaku kepada barisan pendakwah selebriti pada tahun ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Terlalu Leka Dengan Gajet Sehingga Menganggu Waktu Tidur. PU Rahmat Kongsikan Tips Kepada Ibu Bapa Bagi Menghadkan Masa Anak Anak Dengan Gajet.

Pada zaman kini, anak-anak kecil juga tidak boleh lari daripada menggunakan gajet sebagai alat ‘permainan’ baharu mereka. Ada yang suka main game, ada yang suka tengok kartun di Youtube, malah ada yang sudah ada akaun Instagram sendiri lagi.

Walaupun nampak macam ok, tapi hakikatnya pasti ada ibu bapa yang bimbang dengan kegiatan ini kerana anak mereka masih kecil, takut kesan buruk pula menanti. Sebenarnya, ada ‘trick’ macam mana kita nak hadkan anak-anak kecil daripada menggunakan gajet hingga terlebih masa. Apa kata kita baca dulu perkongsian oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan ini. Mungkin ia membantu.

Tengah kusyuk menulis, tiba-tiba terdengar jeritan kecil. “Alamak!”. “Alahhhhhh”. Terkejut mak! Ingatkan kenapa. Rupanya telefon masing-masing dah kena block sebab saya dah setkan masa sampai pukul 11 malam. Dalam hati saya tahan tawa. Saya buat bodoh, buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku.

Tapi pelik juga. Kenapa lagi seorang tak ada respon. Pelan-pelan saya capai phone dan buka apps untuk check setting. Oh, rupanya seorang lagi terlepas setting block pukul 11.30 malam. Jadi saya terus tukar setting ke pukul 11.00 malam juga.

Tak sampai beberapa saat, terdengar jeritan dari bahagian atas rumah. Kali ini lebih kuat dari jeritan pertama dan kedua tadi. “Alahhh ibuuuuu”. Hahaha. Kali ini jeritan Kak Long yang tak puas hati telefon kena block ketika tengah syok menyanyi sambil dengar headphone ketika dia tengah gosok baju.

“Alah ibu. Kak Long nak dengar lagu je pun. Bukannya guna internet,” dia bersuara lagi, tak puas hati. “Ibu tak buat apa-apa la Kak Long. Memang setting dia macam tu,” jawab si adik yang phone dah kena block lebih awal. Saya tak menjawab apa. Diam je sambil mata konon-konon terus menghadap laptop.

Lepas tu si Abang bersuara, “Abang nak tengok tv la ibu. Nanti Abang naik,” “Nak ibu pasang apps kat tv keluaq time for bed jugak ka? Ka nak bagi keluaq time to go to school?” tanya saya selamba. Hahaha. Pecah berderai ketawa dua beradik tu. Yang lagi seorang kat atas tu entah apa cerita. Dah jadi muncung cencerut agaknya.

Saya memang tak bagi anak-anak pegang telefon pada hari persekolahan, kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dirasakan munasabah. Mereka cuma akan dapat telefon pada hari sabtu atau cuti umum, dan kena pulangkan semula pada hari ahad malam sebelum pukul 11.

Ataupun pada hari mereka perlu keluar tanpa saya atau suami, saya akan berikan telefon tapi syaratnya, kena pulangkan semula sebaik sahaja mereka sampai ke rumah. Itu pun selalunya terlajak jugak. Bila mintak, jawapannya kejap, kejap. Bila ibu dah jadi hijau barulah masing-masing kelam kabut nak bagi balik. Haha.

Bagus juga ada apps ni. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang. Ini apps yang korang boleh cuba install:

1) Pergi ke Play Store dan cari Google Family Link for Parents. Install ikut arahan. 2) Pastikan telefon anak yang nak di link ada dengan korang dan korang tahu apa email yang mereka guna untuk log in Google beserta dengan password. Kalau tak ada password pastikan korang minta dengan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ada hak untuk tahu password setiap akaun yang mereka ada. 3) Pada telefon anak – buka Play Store dan install Google Family Link for Children & Teenagers. Masa ni email dan password akaun anak diperlukan.

Bila dah siap install, korang dah boleh mula setting apa yang patut dan boleh add bilangan akaun sekiranya ada lebih dari seorang anak atau telefon. Kelebihan apps ni pada saya memudahkan untuk set masa penggunaan telefon anak-anak.

Antaranya limit penggunaan berapa jam sehari, waktu penggunaan telefon dan mengenalpasti lokasi anak melalui GPS. Walaupun apps ni tak boleh nak kawal penggunaan telefon anak-anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kata orang, bolehlah dari tak ada langsung. Kan?

Tular Kisah Kamal Adli Melamar Uqasha Semasa Live AME2020. Sekali PU Rahmat Tampil Minta Melamar Secara Terang Terangan Dihentikan Hanya Sebab Ini.

Anugerah Meletop Era (AME) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam nampaknya mendapat tumpuan dari lebih ramai peminat pada tahun ini. Bukan sahaja pakaian selebriti tanah air yang menjadi tumpuan peminat, namun nampaknya ada highlight lain yang berjaya mencuri spotlight anugerah tersebut.

Kamal Adli ambil langkah berani m4ti

Diganding bersama sebagai penyampai anugerah, Kamal Adli yang kini dikaitkan dengan pelakon Uqasha Senrose dikatakan mengambil langkah berani mati dengan melamar kekasihnya itu dihadapan peminat serta artis ketika anugerah tersebut ditayangkan secara langsung.

Menjadi pasangan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tindakan Kamal Adli melutut untuk melamar Uqasha pada mulanya dianggap sebagai promosi kepada drama lakonan bersama mereka. Namun ternyata, Kamal yang sering dilihat mudah bergurau itu kali ini dikatakan serius untuk memikat hati kekasihnya.

‘Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan’ – PU Rahmat

Saat dilamar kekasih sebagai pasangan hidup merupakan salah satu momen yang paling indah buat sesetengah orang. Lamaran yang dibuat sebagai tanda berani dan ikhlas lelaki untuk menghalalkan hubungan yang terjalin. Walau bagaimanapun, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan menerangkan secara ringkas mengapa agama Islam tidak menggalakkan lamaran secara terangan-terangan dilakukan.

Dari sudut Islam

Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Amin. Hanya sedikit nasihat saya yang memahami sedikit hukum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoran mahu pun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki. Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan. Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya. 2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.

Jangan diikut trend barat

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga. Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

Tumpang Gembira

Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak meng3cam. Saya menerangkan bukan menyerang. Akhukum Fillah, saudara mu dalam Islam, Rahmat Ikhsan

Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *