Ibu kepada 4 anak ini confident bawa bas seluruh pelusuk negara. Sampaikan ada juga penumpang yang kurang yakin memandangkan dia seorang wanita

Kehidupan Keluarga

Aksi wanita ini yang kelihatan tenang membawa bas ternyata meraih perhatian ramai.BUKAN mudah untuk seorang wanita menceburi bidang yang didominasi kaum adam.Namun, Nuratira Nordin, 25, yang juga ibu kepada empat cahaya mata membuktikan sebaliknya.

Menerusi beberapa video di laman TikTok, aksi bersahaja wanita itu memandu bas ternyata meraih perhatian ramai.Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Atira mendedahkan mula menjadi pemandu bas sejak tiga tahun lalu.

“Suami saya ada perniagaan sendiri, buat pakej sewa bas. Jadi bila suami dah ada bas sendiri, why not kita sendiri jadi pemandu?”Kali pertama bawa bas masa umur 22. Pada tahun itu juga saya ambil lesen. Selalu kalau bawa rombongan dengan bas, saya partner dengan suami.

Atira dan suami kerap membawa rombongan dengan bas ke serata Malaysia.“Biasanya kalau perjalanan jauh, kami bergilir-gilir bawa bas,” ujarnya sewaktu dihubungi.Menurut Atira, sepanjang tiga tahun berkecimpung serius, dia sudah membawa bas ke seluruh pelusuk Malaysia.Dalam pada itu, dia yang berkahwin seawal usia 16 tahun dengan Muhammad Hafis Ismail, 31, mengakui sering ditegur sepanjang mengendalikan bas mahupun van.

Ujarnya, ada juga penumpang yang kurang yakin memandangkan dia seorang wanita yang mana hal itu dianggap sebagai satu perkara di luar kelaziman.”Orang selalu tegur, ada yang takut nak naik dengan kita. Sebab selalunya lelaki bawa bas. Alhamdulillah setakat ini tiada lagi kejadian buruk berlaku.

“Memang mencabar bawa bas sebab ia besar. Tambahan pula kita bawa nyawa orang. Ada juga yang persoalkan.”Mereka kata kenapa tak duduk rumah jaga anak? Kenapa perempuan bawa bas? Saya hanya pandang positif.

Lagi foto Atira bersama suaminya.“Dalam masa sama, ramai juga kaum hawa yang mesej. Ada yang teringin bawa bas tapi takut.”Pada saya, kita kena yakin diri dan jangan dengar cakap orang. Sekarang zaman ekonomi teruk, cari je apa-apa kerja asalkan boleh jadi punca rezeki. Tak kisah bawa bas pun,” ujarnya lagi.Satu trivia menarik dirinya, Atira mendedahkan dia memiliki lesen memandu kereta dan bas, namun tidak pernah mengambil lesen motosikal.Namun katanya, dia boleh memandu motosikal tetapi tidak mengambil lesen kerana jarang menggunakan kenderaan ringan itu.

Empat Merupakan Anak Istimewa. Bapa Ini Kongsi Cabaran Demi Cabaran Yang Dia Lalui Sepanjang Menjaga Anak Anak Istimewanya

Video Amirul Haziq yang memberi penerangan tentang fungsi jantung menjadi tular baru-baru ini.TIDAK dinafikan anak-anak avtisme sering berjaya membuka mata masyarakat dengan keistimewaan, kemahiran dan kebolehan luar biasa yang dikurniakan kepada mereka.

Malah dunia kini yang mengakui golongan anak istimewa ini adakalanya lebih kreatif, bijak dan berbakat berbanding kanak-kanak normal.Bapa kepada empat anak austsme, Zaqkhwan Zawawi, 35, berkata tugas menjaga anak istimewa ini tidak mudah apatah lagi dirinya memegang status sebagai bapa tiri.

Bagaimanapun, selepas berdepan cabaran demi cabaran dia dan isteri seolah-olah tidak percaya melihat perkembangan positif yang ditunjukkan anak-anak mereka, khususnya anak kedua, Amirul Haziq yang kini berusia 14 tahun.Sejujurnya saya sangat bersyukur Amirul dapat sampai ke tahap ini kerana mula-mula saya kenal dia ketika berusia 8 tahun, tahap autsme Amirul boleh dikatakan agak teruk.

“Proses kami membesar dan mendidiknya bukan mudah, saya akui ia mencabar tapi Alhamdulillah kami puas hati dengan hasilnya,” katanya kepada mStar.Video Amirul Haziq tular baru-baru ini apabila dia memberi penerangan tentang fungsi jantung dengan penuh yakin, seolah-olah dirinya seorang doktor atau pakar jantung.

Lebih menarik perhatian, pelajar SMK Bandar Tasik Selatan itu menyampaikan penerangan itu dalam Bahasa Inggeris tanpa merujuk sebarang nota.Zaqkhwan menggalas tanggungjawab bersama isterinya membesarkan tujuh orang anak mereka.“Amirul tak berlatih banyak kali pun masa isteri saya rakam video tu. Dia dengan yakin sampaikan ilmu yang dia ada dan kami sebagai ibu bapa berasa sangat bangga.

“Tak sangka pula video tu akan tular. Semua perkongsian yang dibuat isteri saya bertujuan beri motivasi kepada ibu dan bapa lain untuk percaya dengan keunikan yang ada pada anak autsme,” katanya.Bercerita mengenai ahli keluarganya, Zaqkhwan berkata dia mempunyai tujuh anak yang terdiri daripada lima anak tiri dan dua anak kandung, hasil perkahwinan dengan isterinya, Afifah Azian, 35, pada 2014.

Daripada lima anak tirinya, empat merupakan anak autsme dan seorang daripada dua anak kandungnya menghidap sakit jantung berlubang.Selain Amirul Haziq yang menghidap autsme dan dyslexia, pasangan ini kini sama-sama menggalas tanggungjawab membesarkan Aida Amalina, 16, Arif Syarafudin, 12, (autsme, asperger), Aida Afrina, 10 (dyslexia), Ahmad Danish, 8 (autsme, ADHD), Ayra Elise Zara, 4, (jantung berlubang) dan Adam Tuah Zaqkhary yang berusia satu tahun.

Mengenai tanggungjawab besar yang sanggup digalas oleh Zaqkhwan, dia yang kini bekerja sendiri kerana masa menghabiskan banyak masa di rumah menganggap semua ini sebagai takdir dan bersedia sepenuhnya untuk menjaga kesemua tujuh anak.”Saya sedar apa yang perlu saya hadapi, tak mudah tapi inilah takdir.

“Saya sanggup terima isteri saya dan anak-anak kerana melihat tugas menjaga mereka sebagai satu peluang untuk saya membuat kebaikan, saya mencabar diri saya untuk menggalas tanggungjawab besar,” katanya yang kini menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman membesarkan Amirul Haziq, Zaqkhwan berkata bermacam-macam usaha telah dilakukan tetapi paling penting ibu bapa perlu melayan anak-anak ini dengan cara yang sesuai.”Jangan kita layan anak autsme ni macam budak-budak. Mereka bukan terencat akal, mereka ni autistik.

Sungguhpun merupakan remaja autsme dan disleksia, Amirul Haziq mengkagumkan ramai dengan pengetahuan ilmu Sains.“Mereka boleh jadi matang sejajar dengan umur jika diberi pendedahan sebaiknya. Bukan ajar anak umur 20 tahun macam budak tadika. Pemikiran mereka langsung tak akan berkembang kalau kita besarkan mereka cara macam tu,” katanya.

Tambahnya, Amirul Haziq juga tidak terlepas daripada berdepan pandangan serong masyarakat, malah pernah suatu masa dahulu dibvli oleh rakan-rakan di sekolah.Dari segi pembelajaran, anaknya amat mudah menerima ilmu dan berfikiran di luar kotak selain mampu menjawab soalan-soalan sukar berkaitan sains.

“Dulu, ada satu tahap saya masuk dalam kelas dia beri taklimat pendek. Saya kenalkan anak autsme saya ni, bagi murid-murid kelas Amirul hadiah dan sebagainya.”Tujuan saya buat macam itu nak mereka faham sememangnya anak autsme ini bukan cact. Mereka juga macam orang biasa, cumanya ditakdirkan ada simptom autsme dalam diri,” jelasnya.

Sayu Hati Ibu Bila Anak Istimewanya Ini Mahu Tinggi Seperti Ibunya Sebagai Hadiah Ulangtahun. Perbualan Ini Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Anak adalah amanah, juga ujian kepada setiap ibu bapa. Ada pasangan suami isteri yang diuji dengan kurnian anak istimewa.Pasti ada kesulitan namun sebenarnya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini tidak akan dipilih oleh Yang Maha Esa jika tidak mampu melainkan dalam kadar kemampuan mereka.

Perkongsian ibu kepada adik Syahmi ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat di luar sana untuk memahami kenapa anak-anak syurga ini dipanggil anak istimewa.Berikut perkongsian dari Azlindahani dari FB beliau sehingga tular dan mendapat 2.8 reaksi dari warganet

“Perbualan menyayat hati .. luluh hati ibu … sedih xterkateIbu : syahmi bulan 10 nnt birthday cami … cami nk ape ?Syahmi : cami nk tu .. sambil tunjuk tgn die …“Ibu dgn keadaan xpaham tanye lg .. ape die cami ?Cami : ala yg ibu ngan nabil same tu … sambil samekan tgn die

Ibu : ape die xpaham laa .“Rupenyee die nak same KETINGGIAN ngan ibu ngan abg … nak ade kaki ..“Ibu hanya mampu berkata : xpe kt syurga nnt insyaAllah stahmi ade kaki  syahmi akan tinggi dan hensem mcm ayah :..“Kt dunia ni syahmi ade ibu dan ayah yg akan jadi kaki syahmi :. Ibu janji akan jaga syahmi sebaik mungkin ke akhit hayat ibu .. itu janji ibu syg ::Y”a Allah kau kuatkanlah hati kami … permudahkanlah semua urusan syahmi …cekalkan hati nyee utk mengharungi kehidupan ..

Rata-rata warganet sangat tersentuh dengan perkongsian ini dan mendoakan kesejahteraan adik ini“Saymi anak yg sgt sempurna disisi Allah… acik doa kan cami jadi anak yg soleh pada ibu bapa cami ye“Inn shaa allah dik awak ank yg baik dan soleh semua akn syg adik…semoga diberikan kekuatan dan kesabaran ye dik..kuat ye

“Aamiin..sedih nya….anak kita ni klu birthday nk mcm2 mintak kan…tengok dia cuma teringin nk sama tinggi je…nk kaki je ..“Selamat hari lahir adik Syahmi semoga urusan adik di permudahkan dan diberikan kekuatan serta kesabaran ya adik.. you must strongSumber fb : azlindahani

“Pernah Tak Tertanya-Tanya Kenapa Anak-Anak Syurga Ini Dipanggil Anak Istimewa? Ibu Ini Terangkan Sebabnya…Pernah tak tertanya-tanya kenapa dipanggilnya Anak Istimewa? Tahukah anda?(Did you ever ask why they are called as ‘Special Kids’? Do you know?)

Istimewa sebab.1. Istimewa sebab dunia mereka sendiri dalam imaginasi lebih cantik daripada dunia kita sebagai orang dewasa. Mereka boleh berada Dunia istimewa yang mereka ciptakannya pada bila-bila masa. Mereka tahu dunia yang kita sedang hidup ini adalah susah bagi mereka.

Oleh itu mereka ciptakan dunia yang cantik untuk mereka sendiri. Dan kita tidak dapat masuk dan tidak akan menikmatinya.(Special because their very own world is more beautiful than our world as an adult. There can always be in their special world created by them. They know that they are living in the difficult world, that’s why they created a beautiful world for themselves. And we can never enter and experience their beautiful world).

2. Istimewa sebab mereka mempunyai bakat tersembunyi yang mana kita sebagai orang dewasa tidak dapat melakukannya.(Special because they have hidden talent that we adult could not have).3. Istimewa sebab kasih sayang yang mereka dapat dari ibu bapa adalah tersendiri di mana ia hanya untuk mereka sahaja.(Special because they get the love from parents that is so unique and only for them).

4. Last sekali, istimewa sebab merekalah yang paling dekat dalam hati kita berbanding dengan yang lain. Cuba tanya diri sendiri, betul ke tidak.
(Lastly, special because they are the closest one to our heart. Don’t you think so?)Bila kita lihatkan anak-anak kita, cuba renung-renungkan apa yang dicakapkan di atas secara positive.(When you are looking at your own kids, do think about it positively.)Sumber: Facebook Hamidah Tajudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *