Akui susah jadi DS Vida. Ternyata persembahan ABC dalam minggu kedua membuat penonton terhibur dan dia dedahkan sesuatu tentang penubuhan grup tersebut

artis

MENGUNGGULI tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung.

“Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya. Saya tak rasa langsung dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.”Cumanya, nama saya sekarang tengah trending… itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat.

ABC dianggotai Achok, Cik B, Chiwan.“Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?” katanya kepada mStar.Cik B ditemui pada majlis sidang media selepas MLS 2 minggu kedua selesai bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu.

Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum.

“Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik.”Jadi saya gunakangerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama)Aksi Cik B meniru ibunya jadi tumpuan penonton MLS 2.

“Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas.”Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan),” katanya.Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini.nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:

Baru Baru Ini Kecoh Apabila Cik B Menyertai MLS. Jawapan Mengapa Dia Menyertainya Langsung Tak Cover Sampai DS Vida Membalas Komen Yang Diberi.

Rancangan Muzikal Lawak Superstar musim kedua telah berlangsung malam tadi yang dibarisi juri hebat tanah air seperti Awie, Fazura dan Zul Ariffin. 14 kumpulan telah membuat persembahan dan hanya kumpulan ABC yang terdiri daripada Achok dan Chiwan (Chilok) serta Cik B mendapat lima bintang daripada pihak juri.

Dalam pada itu, kemunculan Cik B antara yang dinanti-nantikan oleh penonton. Baru sahaja masuk ke pentas, remaja berusia 15 tahun itu berjaya membuatkan orang ramai bergelak ketawa dan mendapat pujian juri. Menerusi posting Astro Gempak di Instagram, dapat dilihat sedutan pendek persembahan Cik B yang membuatkan satu dewan terhibur.

Meskipun Cik B agak sedikit pemalu, namun persembahan yang dilakukan membuktikan dia mampu mengorak langkah yang lebih dalam bidang ini. Selain itu, kekuatan dan kerjasama kumpulan pelawak Chilok turut membuatkan persembahan itu tidak bosan dan lebih menarik. Justeru, nama Cik B menjadi sebutan di laman Twitter kerana telatahnya yang kelakar dan comel itu sehingga menarik minat warganet. Selepas bergelar pelakon dan penyanyi, anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B kini mencuba nasib di pentas program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Kenapa Cik B tiba-tiba join MLS?

Sementara itu, menerusi satu rancangan bual bicara Gempak.TV, pengacara bertanyakan kenapa dia tiba-tiba menyertai Muzikal Lawak Superstar. “Ramai orang tak tahu kenapa saya sertai MLS ini.. Tapi saya join MLS ni sebenarnya sebab saya rasa..saya kena pergi sebab mama suruh.. (semua dekat set tergelak dengar jawapan Cik B)

Selain itu Cik B berkata bukan semua orang boleh masuk program ini jadi rasa gembira bila dapat menyertai dan menimba satu pengalaman yang baharu. “Saya dah bersedia dan saya juga harap dapatlah bertah4n sampai top 3,” ujarnya kepada Gempak.

Respon DS Vida

Sementara itu, menerusi satu entri di Instagram, Dato’ Seri Vida memberi respon kepada jawapan jujur anaknya itu. ” Ayooo Cik B, jawapan tak cover.. Saksikan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna 9 Malam. Cik B sebenarnya seorang yang pendiam dan manja tapi banyak karaktor Menurut Cik B dia dah bersedia dan berharap dapat bertahan sampai top 3. Selain Cik B, kumpulan ABC juga turut disertai oleh Chiwan dan Achok.

Reaksi warganet terhibur

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan jawapan jujur dan spontan Cik B bila ditanya tujuan dia masuk program tersebut ” Hahaha transparent…sebab mama yg suruh…lawaklh cik B ni…goh dear. ..teruskan jd dirimu…no copy-paste…mama suruh pun suruhlah…yg penting jd anak terbaik utk mama dsv” tulis Baby. Berulang tengok jawapan Cik B…comel….mama yang suruh…betui-betuii anak yang mendengar kata…” tulis Daniel

Sumber via limauais

Rupanya Cik B Menyertai MLS2 Itu Adalah Atas Permintaan Ibunya. Dan Ini Jawapan Sempoi Dari Cik B.

Selepas bergelar pelakon dan penyanyi, anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B kini mencuba nasib di pentas program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2). Menurut Cik B, ibu kesayangannya yang banyak memberi galakan dan semangat untuk menyertai MLS2. Dia menyertai pertandingan ini dengan menjadi salah satu anggota kumpulan ABC.

“Saya sertai MLS2 sebab mama yang suruh. Sebenarnya saya juga berasa gembira diberi peluang untuk sertai program berkenaan. Bukan semua orang boleh masuk program ini jadi rasa gembira bila saya dapat sertai. Satu pengalaman yang baharu. Saya dah bersedia dan saya juga harap dapatlah bertahan sampai top 3,” ujarnya kepada Gempak. Selain Cik B, kumpulan ABC juga turut disertai oleh Chiwan dan Achok.

Muzikal Lawak Superstar 2 kali ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Manakala pelakon Nur Fazura, Zul Ariffin dan Datuk Awie pula dipilih untuk menjadi juri tetap MLS2. MLS2 bersiaran bermula hari ini (18 Disember) setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107). MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Cik B Teruja Dapat Lihat Diri Sendiri Kat TV. Ternyata Luahan Cik B Tentang Lakonannya Di Twitter Raih Tumpuan Ramai Dan Mengejutkan Sekali Ben Amir Dan Mira Filzah Tinggalkan Komen

Siapa je kan yang tak kenal dengan anak kepada usahawan wanita terkenal Dato Seri Vida, iaitu Cik B?Untuk yang mengikuti perkembangan Cik B pasti tahu sekarang ini Cik B sudah mula berjinak di dalam dunia lakonan.Terbaharu, Cik B digandingkan bersama Naim Daniel dan Ismail Izzani di dalam sebuah drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta hasil adaptasi dari sebuah novel.

Wahhh bukan beshe-beshe lah Cik B sekarang!Melihat kepada ciapan-ciapan Cik B yang dimuat naik di Twitter, Cik B mengaku malu melihat dirinya di kaca televisyen.“Malu ahhh, sorry cikb tak reti berlakon korang jgn marah cikb” – tulis Cik B.Teruja melihat drama lakonan pertamanya, Cik B juga berkongsi video reaksi dirinya melompat gembira di laman sosial Twitter miliknya.Apa yang menarik perhatian adalah apabila Ben Amir pun turut join komen sekali!“Hopefully lepas ni dapat berlakon dengan cikb” – tulis Ben

OMG! Siapa je yang tak teruja bila pelakon kacak macam Ben ajak berlakon sekali kan? Cik B nampaknya terharu dan membalas komen itu dengan emoji terkejut berserta mini love.Bukan itu sahaja, Mira Filzah pun turut join membalas komen Ben mengatakan dia juga mahu berlakon bersama Cik B juga!“Eh sama!! Nak jugak!” – tulis Mira

Mira juga dilihat turut memberi kata-kata semangat kepada Cik B untuk teruskan berlakon.Alahai untung Cik B! Kami di Hot FM doakan semoga Cik B diberi lebih banyak peluang di dalam dunia seni, boleh lah Cik B teruskan bakat yang terpendam tu!Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Terkini Cik B Jadi Buah Mulut Warganet Gara Gara Imejnya. Sampai Ada Yang Minta Dato Vida Ambil Perunding Imej Untuk Cik B. Sekali Cik B Bersuara Memang Win Habis.

Usahawan muda Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, jadi perhatian wargamaya apabila gaya pemakaiannya menerima teguran ramai. Menerusi laman sosial Instagram, ibunya Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi foto terbaru anaknya itu untuk tatapan peminat.

“Tengoklah OOTD (outfit of the day) Cik B. Separuh-separuh dah. Hip hop + gils + bling dah,” tulis DSV di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu, Cik B mengenakan dress kuning yang dibutangkan senget di tengah dengan inner bewarna putih serta bercelana hitam. 

Tambah menarik, Cik B turut menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan.  Malah, Cik B turut tinggalkan ulasan tentang fesyennya di ruangan komen foto tersebut. 
“Yang tak tahu ni fesyen apa, ni fesyen ‘suka hatiku lah’,” balas Cik B. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan teguran tentang imej pilihan Cik B.  Namun, tidak kurang juga ada yang memuji pemakaian Cik B dan meminta dia untuk jadi diri sendiri. “Tiba-tiba nampak gambar ni di feed, speechless. Kesian pun ada,” komen seorang wargamaya.

“Nakal molek Cik B. Takpe Cik B, pelan-pelan. Ada duit semua boleh. Nanti dah dewasa cantik molek la tu,” sokong seorang wargamaya. “OMG, dia perlukan perunding imej dalam kadar segera,” tegur seorang wargamaya.
“Pakai macam orang ramai

ramai dah la, jangan pelik pada orang, sedih tengok,” kata seorang wargamaya. “Datuk, upahlah penata gaya untuk Cik B,” luah seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada warga Instagram. 

Tular Tentang Seorang Remaja Perempuan Yang Bawa Kereta Tanpa Lesen Sama Macam Cik B. Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Dato Seri Vida Tampil Bagi Respon Pada Buat Warganet Terkedu.

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini. Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018.  “Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak. Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu. “Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya. Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendkwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin. Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *