Ada segelintir warganet beranggapan Hael Husaini buat operasi kosmetik untuk nampak segak. Ini jawapan dari Hael Husaini sendiri berkenaan hal tersebut

artis

KUALA LUMPUR: Ibarat padang sasar yang sering dihujani pluru, begitulah diibaratkan situasi yang dihadapi penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini, ketika ini.Ramai yang memberi dakwaan penyanyi lagu Jampi dan Haram itu adalah anak emas TV3, hanya kerana tiga lagu nyanyian dan ciptaannya menempah kedudukan pada peringkat Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).

Bukan sahaja didakwa menjadi kesayangan stesen penyiaran berkenaan, tetapi hubungan baik antaranya dan orang kuat produksi anugerah muzik berprestij juga disalah tafsir apabila ada yang mengaitkan kejayaannya bergelar finalis AJL35 ada kena mengena dengan keakraban yang terjalin.

Menerusi laman Twitter, isu itu menjadi perdebatan warganet tidak berpuas hati dengan keputusan juri ketika episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) seperti yang diumumkan, baru-baru ini.Pada zahirnya lelaki kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu nampak tenang, namun jauh di sudut hati, terselit perasaan terkilan apabila warganet berterusan mempertikaikan pemilihan lagunya.

Malah, lebih membuatkan bekas pemenang trofi juara AJL dua kali berturut-turut pada 2017 dan 2018 itu terkesan apabila tindakannya menyokong bisnes makanan yang diusahakan kakitangan produksi berkenaan turut menjadi bahan kritikan warganet, perbuatannya seolah-olah ada udang di sebalik batu.”Orang boleh cakap atau nak syak wasangka apa sahaja, saya tak boleh nak halang mereka. Tetapi, jika nak kata saya anak emas, kenapa baru sekarang, bukannya dari 14 tahun lalu?

“Saya ada dengar dakwaan daripada beberapa pihak. Sejujurnya, saya agak kecewa dengan kenyataan ini. Bagi saya, tak eloklah untuk bercakap seperti memperkotak-katikkan bisnes orang lain hanya kerana saya menyokong perniagaan yang diusahakannya. Saya rasa perbuatan seperti ini tidak adil untuknya. Saya beli kek kerana anak saya sukakannya.

“Tiada istilah jika saya beli kek, akan dapat masuk AJL35. Jika betul saya beli kek dapat masuk AJL35, anda semua belilah kek ini dan semoga anda dapat masuk AJL juga,” jawab Hael secara sinis.Sejak lagu ciptaannya berjudul Jampi mengungguli trofi juara AJL, tiga tahun lalu, boleh dikatakan saban tahun pasti karyanya ciptaan atau nyanyiannya akan tersenarai ke peringkat akhir.

Menyusul kejayaan Jampi adalah lagu Haram yang dinobatkan sebagai juara AJL pada 2018, ia diikuti lagu Anta Permana yang menduduki tempat ketiga pada malam kemuncak AJL34, tahun lalu.Pada tahun ini, tiga lagu ciptaannya berjaya melepasi saringan dan layak ke AJL35. Lagu itu adalah Belenggu Rindu, dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Hati nyanyian Hael sendiri.

Kejayaannya secara tidak langsung membuktikan penyanyi berusia 33 tahun itu bukan sahaja mempunyai sentuhan emas dalam setiap hasil karya, malah namanya juga bagaikan satu lesen besar untuk penyanyi yang mahu bergelar finalis acara anugerah berprestij itu.Tergelak besar pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi ketika diajukan pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu. Menyifatkan peluang yang diberikan sebagai rezeki, Hael bagaimanapun menafikan, dkwaan nakal itu kerana pernah terjadi tuah tidak memihak kepada dirinya.

“Tak semua lagu ciptaan layak ke AJL. Ada juga yang tak lepas. Bagi saya, itu semua bergntung kepada rezeki. Saya bukanlah sesiapa yang boleh memberi jaminan setiap lagu yang dicipta boleh mara ke peringkat AJL. Malah, setiap kali menghasilkan lagu, saya tak pernah meletakkan sasaran untuk karya melangkah ke AJL.

“Ada 30 lagu yang bertanding untuk peringkat separuh akhir dan semuanya ada kekuatan tersendiri. Mungkin rezeki dan tuah memihak pada saya kali ini. Janganlah marah-marah. Lagipun, saya hanya menyanyikan satu lagu sahaja iaitu Hati. Siapa tahu tahun depan giliran penyanyi lain pula berjaya ke melangkah ke AJL,” jelasnya ketika ditemubual kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? baru-baru ini.

Selain berbakat besar dalam penciptaan lagu, Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali membuat persembahan. Malah, cita rasanya dalam berpakaian juga sangat tinggi, manakala penampilannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

Disebabkan sifatnya yang mahu kelihatan sempurna di mata khalayak, timbul spekulasi yang mengatakan pasangan duet penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi lagu Haram itu sanggup melakukan operasi kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk kelihatan segak.

Mengulas dakwaan itu, Hael berkata, ada perubahan pada wajahnya, tetapi bukanlah disebabkan operasi kosmetik seperti yang digembar-gemburkan.”Kacak sangat ke saya sampai dikatakan melakukan operasi wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.

“Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat operasi wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan. Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya ‘ori’ tau,” ujarnya sambil tertawa.

Beralih single baharu berjudul Lara yang menyaksikan Hael berkolaborasi dengan rakan baik, Haqiem Rusli dan Naim Daniel, bekas peserta Akademi Fantasia 2010 itu menepis tanggapan kononnya, lagu itu dihasilkan semata-mata untuk membuktikan vokal siapa paling hebat.

Tegas Hael, tiada istilah berlwan vokal, sebaliknya setiap penyanyi diberi peluang sama rata.”Ketika single Lara dihasilkan, saya tak terfikir langsung untuk menjadikannya sebagai platform untuk berlumba vokal. Struktur lagu ini disusun seimbang dan setiap penyanyi dapat mendendangkan dengan cara tersendiri tanpa perlu bersaing. Mereka juga berpeluang memberikan input setiap rangkap yang dinyanyikan.”Malah, Haqiem dan Naim juga menulis sendiri lirik untuk rangkap masing-masing supaya lebih menghayati, sekali gus menjadikan single Lara sempurna. Saya perlu bertindak adil, memandangkan ia disampaikan secara trio,” jelasnya.

Akan Bertunang Tak Lama Lagi Tapi Bukan Dengan Dayang. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Hael Hussaini Bongkarkan Sesuatu Tentang Dirinya Buat Ramai Terkedu.

BAHARU sahaja melancarkan single yang berjudul Bujang, penyanyi Hael Husaini berharap dapat menamatkan zaman bujang secepat mungkin. Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 33, berkata dia tidak berasa tertekan melihat rakan-rakannya yang mula melangkah ke alam perkahwinan bagaimanapun mengakui ingin merasai sendiri pengalaman berkeluarga dan berharap dapat ditemukan jodoh yang baik

“Tak ada la tertekan tapi kadang-kadang saya pun nak merasa juga sebenarnya… sebab umur pun dah meningkat. “Sebenarnya tak salah pun nak jadi bujang. Cuma saya tengok kawan-kawan dah bertunang, dah berkahwin dan sebagainya. Saya yang umur meningkat ni bila tengok kawan-kawan, saya terfikir seronoknya hidup berkeluarga.

“Tapi tak apa la, saya yakin akan ada juga jodoh itu nanti. Saya cuma kena mencari dan banyakkan berdoa semoga yang baik-baik datang,” katanya kepada mStar. Hael ditemui pada sidang media program nyanyian Immortal Songs yang diadakan di Farm Fresh Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Jampi ini menafikan dia bakal bertunang dengan penyanyi Dayang Nurfaizah, 39, dalam masa terdekat. Namun Hael berkata dia bakal mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya apabila sudah sampai masanya.

Hael menafikan bakal bertunang dengan Dayang Nurfaizah. “Tak ada… belum lagi. Saya tak nak jawab soalan ni. Saya tak mahu komen… bahaya soalan ini. “InsyaAllah kalau ada rezeki dengan sesiapa yang sudi dan kalau dah sampai jodoh, saya akan bertunang,” ujar Hael.

Hael dan Dayang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dilihat sering berkolaborasi di media sosial namun hubungan tersebut hanyalah antara sahabat. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kemenangan ‘manis’ Hael, Dayang

DINOBATKAN sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) baru-baru ini adalah kemenangan pertama Hael Husaini pada acara itu selepas 13 tahun pembabitannya dalam industri hiburan tempatan.

Walaupun sebelum ini dia sudah dua kali memenangi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL), namun kemenangan di ABPBH 32 sesuatu yang manis untuknya. Bukan saja satu pencapaian baru dalam karier nyanyian terutama dengan rakan duet, Dayang Nurfaizah, tapi juga kegembiraan terbesar bagi semua peminat yang mengundi iaitu kelab peminat, Haelers dan peminat Dayang.

“Ini adalah berkat undian dan kerja keras peminat saya dan Dayang. Mereka sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya. Hael menganggap kekalahan pada tahun sebelum ini walaupun tersenarai sebagai Top 5 adalah bukan rezeki.

Malah, secara berseloroh Hael menyifatkan peminatnya masih berehat dan tahun ini mereka kembali dengan semangat dan harapan yang besar. “Mungkin sebelum ini mereka berehat sebentar. Jadi sekarang mereka datang balik dan memberikan sokongan jitu dan mengangkat Dayang dan saya. Malah, sokongan mereka juga tak pernah berbelah bahagi.

“Sebelum ini mereka ada dan sokongan tak pernah lepas, tapi ini semua rezeki. Kalau kita sudah berusaha sekali pun, tapi kalau memang bukan rezeki, nak buat macam mana,” katanya. Ditanya pesaing terdekat bagi kategori itu, Hael berkata, pasangan duet Alif Satar, Siti Nordiana dan kumpulan Floor88.

“Saya berasakan semua calon Top 5 ini ada kelebihan masing-masing. Malah, semuanya ada peminat yang kuat. Jadi, sesiapa saja boleh dan layak menang. “Alif Satar, Siti Nordiana dan Floor88, mereka ada pengikut yang ramai. Malah, mereka juga popular dan ‘in’ dalam pasaran muzik kita.

“Jadi, saya terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang. Apa pun, saya bersyukur dan rezeki berpihak kepada kami,” katanya.Melihatkan kepada kejayaan itu, Hael berkata, kerjasama dengan Dayang tidak terhenti setakat itu saja.

“Insya-Allah akan ada banyak lagi kerjasama saya dengan Dayang. Jadi, kena tunggu,” katanya.Mengenai status siapa penyanyi lagu Anta Permana sekiranya lagu ciptaannya itu layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34, Hael berkata, dia masih mencari penyanyi yang layak.

Ia berikutan keputusan penyanyi asalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada acara itu. “Kami masih lagi berbincang untuk mencari siapa yang layak atau boleh menyampaikan lagu itu.“Insya-Allah, kalau sudah ada keputusan nanti, kita akan beritahu. Biar pihak Siti yang beritahu. Cuma, secara peribadi saya berasakan hanya Siti yang boleh menyanyikan lagu itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *