5 tahun menanti cahaya mata. Akhirnya impian terkabul pada usia 36 tahun dan dia dedahkan dia sanggup buat macam macam untuk dapatkan cahaya mata

tips

WANITA mana yang tidak gembira apabila penantian untuk menimang zuriat sejak bertahun-tahun lamanya, akhirnya dimakbulkan Tuhan.Begitu jugalah kisahnya dengan wanita bernama Hasni Farlina Mohd Sani apabila dia dikurniakan cahaya mata pertama selepas lima tahun menunggu.

Bergelar ibu pada usia 36 tahun, Hasni Farlina menganggap anugerah tersebut adalah ganjaran di atas doa usahanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa.”Di usia 36 tahun tahun baru Kakyong jadi seorang ibu, satu keajaiban. Satu perkara yang tidak disangka-sangka. Tapi ianya satu perkara yang tak pernah putus asa, doa. Dan satu perkara yang Kakyong yakin Allah akan bagi bila tiba masanya,” tulisnya pada satu perkongsian di Facebook.

Berkongsi cerita dengan mStar, Hasni Farlina berkata dia tergerak untuk membuat perkongsian di laman Facebook kerana mahu menggunakan medium tersebut bagi berkongsi pengalaman bersama kenalan serta pengikutnya.”Sebagai pemilik sebuah restoran, saya banyak kawan-kawan, kenalan dan customer yang ada masalah zuriat. Jadi, pada saya, Facebook paling sesuai jadi tempat untuk saya menulis dan share pengalaman,” katanya kepada mStar.

Menimang cahaya mata yang diberi nama Mateen Uwais Muhammad Haziq Firdaus pada Oktober lalu, wanita ini mengakui dia juga tidak terkecuali menerima soalan ‘cepumas’ berkaitan zuriat daripada orang sekeliling.Perkongsian Hasni Farlina mengenai isu zuriat di laman Facebook.

“Tiap kali hari raya atau ke kenduri kahwin mesti ada yang bertanya, ‘bila lagi nak ada anak?’. Dan lebih memeritkan bila orang terdekat mengatakan ‘gemuk sangat sebab tu tak boleh dapat anak’. Ya, saya seorang yang obes.”Selepas perkahwinan pertama gagal, saya perbaiki apa kelemahan saya. Wujudkan sebuah keluarga yang harmoni, happy, tiada stres dan tiada tekanan,” cerita pemilik restoran Kelapa Leleh Kampor Original yang terletak di Kampar, Perak ini.

Namun bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, wanita ini tidak pernah berhenti berikhtiar untuk dianugerahkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang bersama suami.”Saya ada pergi berurut kesuburan dan mendapatkan rawatan kesuburan di pakar sebab saya ada masalah haid. Selepas berubat, haid datang lancar. Dan atas nasihat doktor, saya kurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

“Selain itu, jangan stres. Cukupkan rehat. Saya akui, sebagai owner bisnes, saya sangat sibuk. Untuk dapatkan zuriat, semua ni tak boleh. Minda dan badan kita perlu relaks dan tidak stres.”Selain itu, jangan putus doa. Niat di hati perlu ada. apa yang di katakan dalam hati, akan menjadi satu doa. Pada saya, kebahagiaan rumah tangga juga main peranan untuk mendapatkan zuriat,” ujarnya.

Berkat sabar dengan ujian, wanita ini disahkan hamil pada Mac lalu selepas lima tahun penantian.”Mulanya rasa tak sedap badan, rasa nak tidur je, makan tak lalu. Dan saya acuh tak acuh je check UPT, sebab takut kecewa. Tapi tengok-tengok naik double line. Syukur tak terkata.”Malam tu juga saya call mak dan yang terdekat beritahu saya hamil. Siapa yang tak terharu, penantian lama dan saya menutup mulut-mulut orang yang mengatakan gemuk tak boleh mengandung,” ceritanya lagi.

Hasni Farlina turut berkongsi tip buat pasangan yang sedang menantikan cahaya mata, berdasarkan pengalamannya sendiri. Gambar hiasan. Memahami betapa perit bagi setiap pasangan yang berdepan dengan masalah zuriat, Hasni Farlina turut menitipkan kata-kata semangat agar mereka tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki Allah.

“Penantian itu satu ujian. Sabar, usaha dan doa. Betulkan diri kita, bebaskan diri kita dari stres dan bahagiakan diri kita. Sediakan diri kita untuk menanti zuriat. Bila kita dapat pada masa yang tepat, kita akan betul-betul menghargai.”Usaha berubat. Kedua-dua suami isteri buat rawatan. Jangan salah menyalah.”Individu luar, hentikan menuding jari pada wanita, isteri atau menantu sekiranya tak ada zuriat. Kita perlu tahu zuriat adalah anugerah Allah. Kita perlu positif dan bukan beri tekanan atau gelaran seperti mandul. Kita patut buang sikap negatif,” katanya lagi.

2 Tahun Berusaha Dan Akhirnya Berjaya. Pemuda Ini Berjaya Hilangkan 60 Kg Berat Badan Dengan Hanya Melakukan Aktiviti Ini Sahaja Dan Tanpa Ragu Kongsi Tips Untuk Kurus

Tak ada yang mustahil, itu lah yang ditunjukkan oleh pemuda ini dalam misinya untuk menurunkan berat badan. Yang menariknya, pemuda ini menggunakan hobi menari lagu K-pop sebagai exercise! Siapa kata lelaki tak boleh menari?Gunakan hobi suka menari lagu K-pop sebagai senaman untuk kurus

Menurut Wawan, menari lagu korea tu memang hobi dia.2 tahun misi, bermula dari Oktober 2018 sampai September 2020. 2019 tu typo, actually dari Oktober 2018 sampai September 2020. Dalam video itu, kita boleh lihat perubahan yang ketara setelah hampir 2 tahun dia memulakan misi menurunkan beratnya.Bukan sekejap tau!

Berjaya turun 60 KG!Bermula dari 154KG sehingga 94.7KG! Walaupun begitu, pemuda ini masih lagi meneruskan misinya bagi mendapatkan berat badan ideal.Saya amalkan diet, sebab pemakanan 82%, exercise 20%. Kalau menari sahaja tak jaga makan, tak boleh kurus.”

Kena kuatkan semangat.Bukan senang nak jadikan sesuatu kebiasaan lebih-lebih lagi diet dan exercise sebab sekarang ramai yang nak kurus tapi nak ambil jalan mudah. Min respect dengan Wawan ni!“Jangan putus asa, aku pun pernah jatvh dan malas nak diet,lagi-lagi masa pkp haritu. Tapi kena kuatkan semangat juga demi apa pun!”

Dia juga telah memuat naik video perbandingannya dahulu dan sekarang.Jauh beza kan?Video berdurasi 1 minit 32 saat yang tular di Twitter itu telah ditonton oleh 229,400 pengguna, 5,600 ulang kicau, dan 12,300 tanda suka.Ramai yang telah memberikan semangat agar pemuda ini tidak berputus asa.Korang boleh tengok perjalanan diet dia dengan lebih terperinci kat Instagram shah.rizuann. Goodluck!P/s : Penulis telah mendapatkan kebenaran dari posting asal untuk menyiarkan artikel-lobakmerah

“Macam tak caye je!” – Hilang 18kg Dalam 3 Bulan, Ramai Yang Terinpirasi Dengan Cara Diet & Workout Ameng Spring

Pepatah ada mengatakan, siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas nampaknya telah memberi perubahan besar kepada penyanyi Ameng Spring apabila dia muncul dengan penampilan lebih kurus dari terdahulu. 

Menerusi perkongsian di Instagram Ameng, isterinya Sabariah Zakaria, mengakui tidak percaya dengan perubahan drastik suaminya itu.meng katanya telah turun 18kg hasil daripada pengawalan makanan dan workout yang dilakukannya selepas kerajaan melonggarkan PKP. “Kita terinspirasi dengan perubahan Encik Hubby kita. Siapa sangka kan… kita sendiri pun tidak terjangka. Macam tak percaya saja. 

“Sejak awal PKP 18 Mac sehingga sekarang Encik Hubby nekad… kawal sendiri polar makanan dia. Tiga bulan pertama tak boleh ke gym sebab PKP.“Tapi bila kerajaan umum gym dah boleh buka hingga sekarang Encik hubby tak pernah terlepas workout,” katanya.“Makin encem Abg Ameng kite dah kurus”  

Perubahan yang dilakukan Ameng itu mendapat pujian waganet yang terkesima dengan semangat yang dimiliki penyanyi tersebut.Ada juga yang mengatakan Ameng terlihat lebih kacak dengan penampilan terbaru ni.Berikut antara gambar-gambar Ameng yang dah ketara semakin kurus. Fuh tetiba pulak admin rasa nak diet sekarang ni!Jom diet dan kurus macam Abang Ameng! -lobakmerah

“Saya merayu kepada rakyat M’sia, jangan cuba apa jenis pun ubat kurus. Semuanya SAMPAH”- Dr Rafidah

Dr Rafidah sememangnya dikenali dengan individu yang lantang dan terbuka berkongsi pandangan dan ilmunya mengenai dunia perubatan khususnya di laman twitter.Terbaharu dia ada berkongsi satu posting seorang individu di twitternya mengenai pengalaman individu tersebut setelah mengamalkan produk kurus.

Saya merayu kepada rakyat Malaysia agar jangan cuba apa jenis pun “ubat kurus”. Semuanya SAMPAH.Menjelas lanjut Dr Rafidah berkata ubat kurus yang menyebabkan individu boleh berasa berdebar, berkemungkinan mengandungi bahan terlrang sibtrmine.

Justeru Dr Rafidah meminta kepada semua rakyat Malaysia untuk tidak mengamalkan atau mengambil sebarang jenis ubat kurus kerana ia tidak baik untuk kesihatan.Rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan diberikan Dr Rafidah malah ada antara mereka yang berkongsi pengalaman masing-masing.-lobakmerah

Nak Kuruskan Badan Dalam Masa Singkat, Syaratnya Jangan Buat 7 Kesilapan Ini!

Apabila berat naik, cara mudah untuk menurunkan berat badan ialah dengan melakukan diet. Dalam keghairahan berdiet, pastikan anda elak buat kesilapan-kesilapan ini agar anda miliki badan kurus dalam masa singkat.Bagi memastikan misi diet anda berjaya, pastikan anda tak buat 7 kesilapan ini. Kalau tak disiplin, macam mana badan nak kurus?

1. Tidak menghitung kalori dalam minuman.Jangan lupa untuk menghitung berapa jumlah kalori dalam minuman yang anda ambil. Tanpa anda sedar, kopi atau minuman manis yang anda ambil mungkin mengandungi beberapa ratus kalori. Begitu juga dengan jus buah dan minuman bersoda.

Dengan mengambil pelbagai minuman ini, rasa lapar anda tidak akan berkurangan dan anda tetap perlu makan sehingga akhirnya anda mengambil lebih banyak kalori daripada yang telah dirancang.Daripada anda meneka-neka berapa jumlah kalori yang ada di dalam minuman bersoda atau kopi anda, lebih baik anda memilih air putih. Ini kerana air putih merupakan salah satu elemen penting untuk membkar kalori.

Jika anda mengalami dehidrasi, metabolisme tubuh juga akan menurun dan membuat penurunan berat badan anda lebih lambat. Minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas atau lebih air putih setiap hari untuk membkar lebih banyak kalori.

2. Abaikan pengambilan kalsium.Abaikan setiap saranan yang meminta anda untuk menghindari susu penuh krim, keju dan aiskrim ketika berdiet. Tubuh membkar lebih banyak lemak apabila anda mengambil cukup kalsium setiap hari, sekali gus menghasilkan lebih banyak lemak apabila anda kekurangan kalsium.Mengambil suplemen kalsium seperti tidak memberikan kesan yang sama dengan mengambil susu dan produk tenusu. Apabila anda risau lemak yang ada di dalam susu penuh krim, gantikanlah dengan susu rendah lemak.

3. Sering mengambil makanan segera.Waktu makan tengah hari yang terbatas ada ketikanya membuatkan anda mengambil jalan pintas dengan makan makanan segera. Seseorang yang mengambil makanan segera lebih daripada dua kali seminggu akan mengalami peningkatan berat badan sebanyak lima kilogram lebih banyak daripada orang yang hanya mengambil makanan segera kurang daripada satu kali setiap minggu.

Apabila anda sangat sibuk sehingga waktu makan tengah hari terbatas, ini adalah alasan yang kuat untuk menyiapkan bekalan makan tengah hari anda dari rumah. Jika anda terpaksa makan tengah hari di luar pejabat, kurangkanlah saiz hidangan makanan anda menjadi setengah saja atau pilihlah menu masakan yang rendah kalori serta tinggi protein.

Anda juga boleh memenuhi meja kerja dengan makanan sihat seperti roti gandum, kismis, sayuran kering, kacang-kacangan dan buah-buahan sebagai snek waktu petang atau sebelum makan tengah hari. Dengan snek sihat ini akan mengurangkan anda untuk mengambil makanan lain yang mungkin tidak sesuai untuk diet.

4. Menetapkan sasaran terlalu tinggi.Menetapkan sasaran yang terlalu tinggi dapat membuatkan anda kecewa ketika tidak berhasil mencapainya, bahkan membuatkan anda menangguhkan-nangguhkan diet kerana tahu bahawa hal itu mustahil.Sesiapapun berhak untuk menetapkan sasaran dan memperoleh berat badan yang ideal. Tetapi jangan lupa bahawa diet lebih kepada perubahan gaya hidup untuk mencapai kualiti kesihatan yang lebih baik. Diet bukanlah tentang perlumbaan atau mencapai kesempurnaan.

Kunci diet yang berhasil ialah dengan menetapkan sasaran-sasaran kecil yang mampu anda raih dalam tempoh tertentu secara konsisten. Misalnya anda menetapkan untuk menurunkan berat badan dua kilogram dalam satu bulan. Apabila anda konsisten dalam mencapainya, maka berat badan anda akan turun sebanyak 24 kilogram dalam setahun.Hal ini lebih mudah dilakukan kerana ia terjadi secara berperingkat dan tidak memberikan bebanan mntal yang terlalu besar kepada anda. Jauhi penurunan berat yang mendadak kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

5. Tidak bersenam

Jangan bergantung hanya pada diet semata-mata. Apabila anda bersenam dan lebih aktif, maka akan lebih banyak kalori yang dibkar untuk mendorong penurunan berat badan.Senaman selama 60-90 minit, tiga hingga empat kali seminggu wajib anda lakukan. Paduan aerobik berupa joging dan berjalan kaki masing-masing berselang-seling setiap tiga minit, cukup efektif untuk membkar lemak. Jika anda tidak sempat, berjalan kaki sekeliling rumah atau ruang pejabat selama lima minit setiap selang satu jam kerana ia boleh membkar 200-300 kalori.

6. Memilih produk ‘rendah lemak’.Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabelkan sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan serta boleh membantu menurunkan berat badan. Hakikatnya, produk ini mempunyai nilai kalori yang tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi.Pengeluar produk sebegini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambahkan kandungan gula untuk membuatkan produk jadi lebih sedap. Kajian sains mendapati, lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 daripada ikan baik untuk menurunkan berat badan.

7. Memilih minuman ‘diet’.Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.

Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut sudah penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan berat walau sedikit pun.-maskulin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *