Tular gambar yang dikongsi oleh gadis ini yang terhumban dalam longkang. Sekali ini respon dari mak ciknya buatkan semua terhibur dengan kejadian yang berlaku.

Amalan Kehidupan Keluarga

Amira berkongsi detik-detik lucu sebelum dia dan ibu saudaranya terhumban ke dalam longkang. Kenangan lucu yang tidak akan dilupakan sehingga bila-bila. Mana tidaknya, keterujaan menaiki basikal ala beca bersama ibu saudara, berakhir dengan kejadian lucu apabila kedua-duanya terhumban ke dalam longkang.

“Mula-mua berlagak, last-last kecundang,” demikian ciapan yang ditulis oleh seorang gadis pada perkongsian di Twitter bersama dua keping gambar ‘sebelum dan selepas’ insiden lucu berkenaan. Posting itu sehingga kini meraih 25,300 retweet selain ratusan komen warganet yang terhibur dengan perkongsian tersebut. Berkongsi cerita bersama mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Amira itu berkata, ‘kejadian’ itu berlaku beberapa hari lalu ketika dia berkunjung ke kampung ibu saudaranya yang terletak di Raub, Pahang.

Amira bersama Mak Ngah sempat bergambar sebelum kedua-duanya terhumban ke dalam longkang.

“Masa sedang bersantai-santai di rumah ibu saudara yang saya panggil Mak Ngah, saya ternampak basikal roda tiga ala beca tu dekat rumah sepupu yang terletak berdekatan. Basikal tu sepupu yang ubah suai, kebetulan dia ada bengkel. Saya pun teruja nak naik… saya ajak ibu naik tapi dia menolak. Saya pun ajak pula Mak Ngah. Mak Ngah pun tak berlengah terus capai tudung dan naik dekat tempat penumpang. Ibu pula duduk di tepi jalan sambil ambil gambar kami yang sememangnya teruja. Masa awal-awal kayuh okay saja… tapi beberapa puluh meter mengayuh, entah macam mana basikal tu hilang kawalan lalu ‘mereng’ ke tepi dan terus masuk longkang,” cerita Amira.

Amira sememangnya rapat dengan Makngah dan menganggap ibu saudaranya itu seperti ibu kandung sendiri.

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, mujurlah longkang tersebut tidak terlalu dalam dan apa yang paling penting, dia dan ibu saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mujur Mak Ngah tahan guna tangan dia… saya seorang saja yang termasuk dalam longkang, Mak Ngah steady dalam tempat penumpang. Masa mula-mula jatuh, saya terus tanya keadaan Mak Ngah untuk pastikan dia okay ke tidak. Tapi Mak Ngah sporting je siap gelak-gelak. Saya terus minta maaf pada dia. Ketika itu tak sempat nak rasa malu pun… semuanya ketawa berdekah-dekah. Mujur tak ramai yang menyaksikan kejadian memalukan itu,” cerita penuntut Ijazah Sains (Matematik) di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini.

Mujur Mak Ngah tahan guna tangan dia… saya seorang saja yang termasuk dalam longkang, Mak Ngah steady dalam tempat penumpang.

Tambah Amira, dia sememangnya pandai mengayuh basikal namun disebabkan ia diubah suai seperti beca, sukar untuk dikawal kerana tidak seimbang.

“Tak sangka, niat saja-saja nak share perkara lucu dengan kawan-kawan tapi jadi viral pula. Saya gembira ramai yang terhibur… sedikit sebanyak boleh membuatkan orang tersenyum. Tapi ada juga satu dua komen negatif… ada yang kata ‘kalau perempuan bawak apa pun memang macam tu’. Tapi saya tak ambil hati pun. Benda tu saya share untuk hiburkan hati saja,” katanya yang berasal dari Kuala Lipis.

Warganet terhibur dengan perkongsian lucu Amira di Twitter.

Bercerita serba sedikit mengenai Mak Ngah, Amira berkata dia sememangnya rapat dengan adik kepada ibunya itu. “Rumah ibu dengan rumah Mak Ngah tak jauh pun… dalam 40 kilometer saja. Selalu kami bertandang rumah masing-masing dan saya memang anggap Mak Ngah seperti ibu sendiri. Selepas ini kalau datang lagi ke rumah Mak Ngah, mesti kalau dia tengok muka saya, automatik teringat semula kejadian lucu jatuh longkang. Nak kata serik bawa basikal tu tidak, tapi mungkin tak bawak orang naik beca dah,” katanya lagi.

Gadis Ini Kongsi Video Sayu Bumbung Rumahnya Habis Terbang Akibat Ribut. Sekali Tergamak Warganet Kata Itu Semua Edit.

Remaja itu turut berkongsi kejadian yang berlaku di aplikasi TikTok sehingga meraih perhatian ramai. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah gambaran rasa sayu tatkala menonton rakaman video memaparkan keadaan sebuah rumah yang rosak teruk dalam kejadian ribut kuat di Melaka pada Rabu lalu. Menurut Elysha Nur Safia Abdullah, 17, dia terkejut apabila 70 peratus bumbung kediamannya rosak teruk akibat diterbangkan angin sewaktu kejadian.

“Mula-mula ribut biasa, lepas tu petir mula sambar-menyambar. Pada awalnya elektrik terputus, tiba-tiba bunyi dentuman kuat. Saya ingat buah kelapa jatuh atas atap, rupa-rupanya atap dah terbang. Tercampak ke luar rumah. Rumah kami yang paling teruk, rumah lain bumbung terangkat je. Kejadian pukul 3.30 petang, masa tu saya dengan nenek je ada kat rumah,” ujarnya kepada mStar.

Keadaan kediaman itu dari pandangan luar selepas ribut melanda.

Mesra disapa Elysha, dia yang menetap di Kampung Kandang, Melaka Tengah mengakui masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku. Malah, ia turut menyebabkan beberapa kelengkapan dan perabot dalam kediaman berkenaan rosak dan tidak boleh digunakan. “Barang dalam rumah rosak. Peti ais, mesin basuh… perabot reput. Baru je angkat dah reput.

Saya share je, tak sangka viral. Sangat terharu dengan sokongan yang diberikan.

“Rumah kami ada kandang itik, kandang itik pun hancur separuh, itik pun hilang tak tahu ke mana,” ujarnya lagi. Kata Elysha, dia menetap bertiga di kediaman itu bersama datuknya, Ramli Muhamat, 59, dan neneknya, Surhana Harun, 58. Ibunya bekerja di Singapura manakala dia sudah lama kehilangan bapanya.

Dalam pada itu, kisah kediaman itu turut menjadi perhatian ramai selepas Elysha berkongsi mengenainya di aplikasi TikTok. Kata Elysha, dia juga tak terlepas menerima kritikan segelintir individu dalam aplikasi itu.

Kata remaja itu, dia tidak terlepas menerima kata-kata jahat di Twitter oleh segelintir individu.

“Saya share je, tak sangka viral. Sangat terharu dengan sokongan yang diberikan. Tapi biasalah tak semua orang suka. Ada yang kritik kata benda ni edit. Ada yang cakap saya boleh beli telefon tapi tak boleh baiki bumbung. Benda tu baru berlaku, mana nak cari duit. Atuk saya hanya pemandu lori sampah. Nenek saya pula Orang Kelainan Upaya (OKU). Kaki tak kuat sebab pernah kemalangan. Nenek setakat mampu jaga itik dan jaga rumah je,” kata Elysha.

Malah ujar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia terbuka sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu sumbangan disalurkan kepada keluarganya. Elysha boleh dihubungi di talian 011-70797765.

Setahun 8 kali banjir… air melimpah bapa selamba duduk atas kerusi, nak hias rumah pun tawar hati – “Dah habis RM60,000 upgrade”

Bapa Azri selamba duduk atas kerusi tatkala air mula memasuki kediaman mereka sehingga ia mencecah paras pinggang menerusi kejadian pada Selasa. Sepanjang 23 tahun menetap di kediaman keluarganya, kejadian banjir pada Selasa petang disifatkan sebagai yang paling teruk pernah berlaku.

Menurut Ahmad Nur Azri Ahmad Nuri, 23, yang menetap di Lorong Kiri, Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kejadian banjir itu juga bagaikan sudah menjadi kelaziman buat dia serta beberapa kediaman sekitar. Malah, video kejadian terbaharu itu turut mengundang simpati ramai setelah ia tular menerusi laman Twitter.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Azri mengakui sedih kerana masalah itu sudah berpanjangan sejak sekian lama. Malah dakwa Azri, masalah itu semakin meruncing selepas anak sungai berdekatan dinaik taraf menjadi longkang monsun sekitar tahun 1990-an.

“Di kawasan rumah saya, biasanya ada lima rumah yang akan kena. Rumah ini merupakan yang paling dekat dengan anak sungai tu. Bulan ini sahaja dah dua kali banjir. Bulan lepas sekali. Saya boleh kata dalam anggaran lima ke lapan kali dalam setahun. Dalam rumah saya, ada datuk dan nenek, ibu bapa saya, saya dan isteri termasuk kakak dan anaknya. Kejadian terbaharu pada Selasa petang, paling teruk saya rasa. Sebelum ni air masuk melalui tingkap. Semalam lebih 2 inci dari paras tingkap,” ujarnya kepada mStar.

Permandangan biasa setiap kali kediaman itu dilanda hujan lebat.
Bukan sahaja kediaman Azri, malah air yang melimpah turut memberi kesan buat beberapa kediaman sekitar.

Menerusi video tular, kelihatan dia sedang memindahkan barangan dalam rumah tatkala air banjir mula memenuhi segenap ruang pada paras pinggangnya. Turut mencuri tumpuan tentunya bapa Azri yang kelihatan selamba duduk atas kerusi, seolah-olah tidak hairan dengan apa yang sedang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *