Tajul Arif akui emosinya terganggu kerana anak. Dan hampir melakukan sesuatu ini semasa rakam lagunya.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Tajul mengakui kurang tidur kerana anak meragam. Gara-gara perselisihan faham ketika sesi rakaman single baharu, penyanyi Tajul mendedahkan hampir bertmbuk dengan pencipta lagu terbaharunya berjudul Izinkan Aku iaitu Tuah Adzmi.

Bagaimanapun, pemilik nama Tajul Arif Noor Md. Shari ini mengakui insiden tersebut berlaku disebabkan kesalahan mereka sendiri yang tidak mahu memahami keadaan satu sama lain ketika itu.

Penyanyi berusia 22 tahun ini memberitahu, dia tidak dapat melakukan rakaman dengan baik kerana keadaan kurang sihat dan tidak dapat tidur dengan cukup disebabkan anaknya iaitu Adriana Carisa meragam.

Tajul minta maaf pada Tuah Adzmi.

“Sebenarnya saya tak nak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak berm4sam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional. Ya, saya mengaku ada silap saya tetapi bila dia tak nak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa… saya tak boleh terima. Kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana malam sebelum itu anak saya meragam, sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung,” kata Tajul kepada mStar. Buat pertama kali, adik kepada penyanyi Achik Spin itu menyanyikan lagu ciptaan Tuah Adzmi yang dilancarkan di saluran Youtube pada Khamis lalu.

Apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Nurul Shamieza pada tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun. Dalam pada itu, penyanyi lagu Rindu Dalam Benci ini mendedahkan kesabarannya menjadi semakin tipis apabila Tuah Adzmi mengeluarkan kata-kata tidak enak didengari dan memaksanya untuk menyelesaikan sesi rakamn tersebut. Pergaduhan antara mereka akhirnya terlerai dan saling memohon maaf selepas menerima panggilan daripada Mr. Ho yang merupakan pengarah syarikat rakaman FMC Sdn Bhd.

Tajul tampil dengan lagu terbaharu berjudul Izinkan Aku.

“Saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sesi rakaman tetapi dia tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal tu dan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap saya dengar dan mencabar tahap kesabaran saya. Saya dah pun minta maaf pada Tuah. Saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi. Sudah nak masuk tahun baharu, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negatif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya. Apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua” ujarnya.

Inspirasi Dari Kisah Tular Adlina Marie Cetus Idea Buat Haqiem Rusli Hasil Lagu Baru. Dia Buka Mulut Dedah Status Dengan Budak Itu Pada Khalayak Ramai

Haqiem Rusli seorang penyanyi dan komposer muda yang berbakat besar. Sebelum ini, dia telah menghasilkan lagu-lagu yang terbaik sehingga layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu termasuk Tergantung Sepi, Jatuh Bangun dan Lembah Kesepian. Terbaru, hasil ciptaan dan nyanyiannya sendiri menerusi lagu terbaru iaitu Adlina Marie juga mendapat perhatian ramai pendengar sehingga trending di alam maya. Adlina Marie diinspirasikan dari sebuah petikan video yang pernah viral dan video tersebut juga undang sebak warganet.

Inspirasi dari kisah benar

Muzik video Adlina Marie ini baru saja dimuatnaik menerusi akaun FMC Studios dan mencecah tontonan melebihi 102 ribu.Pembukaan muzik video ini memaparkan video asal perbualan antara seorang ibu dan anak perempuan yang berada di tempat persemadian. Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak tersebut sering menanyakan mengenai ayahnya yang sudah pergi menghadap Illahi.

Berdasarkan situasi demikian, Haqiem Rusli menghasilkan sebuah lagu istimewa untuk kanak-kanak itu. Dipercayai ayah kepada Adlina Marie terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan pergi buat selama lamanya. Rakaman video dari ibunya ini pernah tular di media sosial menyaksikan kanak-kanak tersebut sering bertanyakan mengenai ayahnya.-Oh Bulan

Ziarah tempat persemadian suami, isteri tergamam anak tanya soalan ‘ikhlas dari hati’… jawab sambil menangis undang sebak

Demikian soal seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kepada ibunya, Siti Sukainah Rahim sejurus dia melawat tempat persemadian bapanya pada Rabu lalu di Sendayan, Negeri Sembilan. Video melibatkan kanak-kanak comel, Adlina Marie Adli Soul itu kemudiannya dikongsi menerusi Twitter oleh ibu saudaranya, Nadia Anne Mokhtar, 24, sebelum menjadi tular dan mengundang sebak warganet.

Menurut Anne, Adlina merupakan satu-satunya anak kepada abangnya, Adli Soul Mokhtar yang pergi buat selama lamanya akibat suatu kejadian tak diduga di jalan raya pada tahun 2017. “Masa abang saya telah pergi, Adlina baru umur dua tahun. Jadi pada hari Rabu lepas mereka sekali lagi ke tempat persemadian. “Kakak ipar saya hantar video tu kepada kami. Masa tu saya tengah drive, mak saya yang buka video tu. Perkongsian Anne di Twitter.

“Kami berdua pun menangis juga. Saya pun rapat dengan Adlina. Setiap kali hujung minggu dia datang tidur di rumah atuk dan neneknya,” ujar Anne kepada mStar. Menurut Anne lagi, Adlina merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan menyenangkan. Malah katanya, sikap kanak-kanak itu juga saling tak tumpah seperti bapanya.

Susah masa tu, dia rapat dengan ayah dia. Kalau nangis je mesti cara ayah dia. Lama-lama baru dia faham

“Dia ceria, kelakar. Macam perangai ayah dia, suka buat benda pelik-pelik. “Suka menyanyi, suka menari. Kalau kat rumah, dia selalu ajak saya menari, main mekap,” katanya lagi Mengimbas semula situasi sekitar tahun 2017, Anne menganggap ia satu fasa yang sukar buat mereka sekeluarga.

Adlina bersama bapa dan ibunya. Ujarnya, mereka sering berendam air mata, tambah-tambah lagi Adlina masih lagi kecil dan tidak mengerti punca ketiadaan bapanya pada waktu itu. “Susah masa tu, dia rapat dengan ayah dia. Kalau nangis je mesti cara ayah dia. “Lama-lama baru dia faham. Dia tahu ayah dah tak ada, tapi kadang-kadang dia tanya juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, video yang memaparkan celoteh Adlina sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan di Twitter. Dalam video sama, dia turut bertanya kenapa bapanya tidak keluar sewaktu dia menziarahi tempat persemadian , sekali gus mengundang rasa simpati warganet. “Tapi ayah tak keluar pun?” soal Adlina kepada ibunya. Posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen warganet yang mana rata-ratanya menyuarakan rasa simpati ke atas nasib kanak-kanak itu.-Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *