Kini cikgu Bahasa Arab buang rasa malu dan cari jodoh di laman twitter. Cikgu ini akui dirinya terlalu memilih.

Amalan Kehidupan Keluarga

Faiez berharap dapat menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun. Jika disoroti laman Twitter sehari dua ini, kita dapat melihat ramai individu yang ‘mengiklankan diri’ menerusi platform itu.

Tidak terkecuali, Muhammad Faiez Ghazali, 28, turut menggunakan kaedah sama dalam usaha untuk mencari jodoh secara dalam talian. Bercakap kepada mStar, guru bahasa Arab yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mengakui segan, namun terpaksa menahan malu demi mencapai hasrat yang dihajati.

“Yang pertamanya faktor umur. Adik saya pun dah kahwin dan ada seorang anak. Sikit sebanyak saya rasa tercabar. Tapi saya agak risau kena kritik ikut trend ni sebab saya berasal dari Kelantan. Selalu pasal Kelantan yang buruk-buruk je. Saya ni orang biasa, tak biasa kena kritik. Itu yang saya takut. Tapi Alhamdulillah, setakat ini semua komen saya boleh terima,” ujarnya yang berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Melaka.

Tweet yang dikongsi Faiez.

Menurut Faiez, dia juga tidak menyangka menerima mesej individu yang mahu berkenalan selepas memuat naik tweet ‘mencari jodoh’ pada Jumaat. Malah katanya, dia tidak menetapkan sebarang kriteria khusus untuk bakal isterinya, namun seboleh-bolehnya mahu wanita yang berasal dari negeri sama. “Ada ramai juga yang mesej, ada yang saya tak sempat nak balas. Risau pula orang kata sombong.”

Ramai segan. Saya sendiri pun segan. Kepada sesiapa yang betul-betul mencari, kena lawan perasaan malu.

“Sebenarnya saya single sampai sekarang kerana terlalu memilih. Jadi saya fikir saya tak boleh letak syarat dah. Saya nak berkahwin sebelum usia 30 tahun. Saya tiada kriteria tertentu, asalkan sedap mata memandang. Tapi kalau diberi pilihan, saya mahu isteri dari Kelantan atau yang bekerja sebagai guru, sama macam saya,” ujarnya lagi. Menurut Faiez, dia tidak melihat tindakan mencari jodoh secara dalam talian sebagai satu tindakan yang salah.

Berasal dari Kelantan, dia kini berkhidmat di sebuah sekolah di Melaka.

Tambahnya, individu senasib dengannya juga tidak perlu berasa malu untuk menampilkan diri dalam usaha untuk mencari pasangan hidup. “Ramai segan. Saya sendiri pun segan. Kepada sesiapa yang betul-betul mencari, kena lawan perasaan malu. Pedulikan kata-kata orang, kita tahu kita tak buat benda salah. Kita cuma nak dirikan masjid,” ujarnya.

Boleh Menikmati Pemandangan Sambil Mencari Jodoh. Syarikat Penerbangan Taiwan Tawar Khidmat Cari Jodoh Di Awan Biru Dengan 3 Pakej

Pernah tak tengok babak dalam filem di mana ada pasangan berjumpa di lapangan terbang dan bermulalah bibit-bibit cinta mereka. Ha love story sangat kan.Kalau nak tahu, sekarang syarikat penerbangan Taiwan, EVA Air telah memperkenalkan peluang pencarian jodoh di awan biru yang dinamakan Fly! Love is in the Air!

Dengan bayaran berharga TW $ 8,388 (RM1,200) penumpang dapat menikmati pemandangan indah sambil mencari jodoh mengikut pakej yang ditawarkan.Flight To Nowhere!Menerusi kempen terbaru EVA Air, penumpang akan menaik pesawat selama tiga jam di ruangan udara Taiwan tanpa hala tuju!

Mereka yang terdiri daripada golongan bujang akan diberikan tempat duduk secara rawak menerusi cabutan bertuah.Bagaimanapun, penumpang pesawat ini masih lagi dibenarkan berjalan-jalan untuk berkenalan pasangan lain sewaktu makan di darat.

Perkenalkan 3 Pakej.EVA Air memperkenalkan sebanyak tiga pakej iaitu Pakej Krismas dimana penumpang akan disajikan dengan  minum petang  selepas pesawat mendarat.Pakej Malam Tahun Baru pula membolehkan penumpang untuk menikmati sajian makan malam sebelum penerbangan bermula. Menerusi pakej yang sama, penumpang juga akan membuat count down 2021, bersama-sama. Wahh ada candlelite dinner! 

Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan ini turut menyediakan pakej Tahun Baru yang membolehkan pasangan menikmati sarapan pagi bersama-sama.Penerbangan ini bagaimanapun terhad kepada 40 orang penumpang, dengan 20 daripadanya ialah lelaki dan baki 20 orang lagi ialah perempuan.

EVA Air turut menetapkan syarat kepada penumpang seperti mestilah terdiri daripada golongan bujang, menetap di Taiwan dan sekurang-kurangnya memiliki ijazah. So kalau rasa ada kriteria ni, boleh la cuba-cuba nasib.

Di akhir penerbangan, penumpang dibenarkan untuk membuat pengakuan mengenai crush baru mereka. Harap-harap tak kena reject la…Bagaikan movie!Menurut jurucakap You and Me, Chiang Tsung-Wei, idea untuk mewujudkan perkhidmatan ini adalah untuk memenuhi keinginan penumpang untuk terbang sewaktu pandemik lapor CNN Travel.

Kerana Covid-19, EVA Air mengatur pengalaman ‘perjalanan palsu’ bagi memenuhi kehendak penumpang untuk terbang. Apabila seorang lelaki dan wanita bujang melancong, selain dari menikmati keseronokan, mereka juga ingin bertemu seseorang yang baru macam babak dalam filem  

Kesan daripada penyebaran pandemik Covid-19, kempen penerbangan tanpa tujuan ini mendapat sambutan penumpang di Taiwan, Brunei dan Australia.40 tempat duduk habis dibeli dalam tempoh seminggu pertama dengan persaingan daripada 400 penumpang.Kalau ada dekat Malaysia. korang nak pergi tak?

Lukis Pelitup Muka Pelanggan Sampai Tak Perasan Ia Merupakan Pelitup Muka. Lelaki Ini Secara Tak Langsung Raih Perhatian Ramai Dengan Hasil Kerjanya

Dalam keadaan dunia masih lagi melwn dengan COVID-19, seorang lelaki di Brazil menggunakan kreativiti dan bakat seninya untuk mencipta pelitup muka dengan gambaran wajah sebenar seseorang.Jorge Roriz sebelum ini menghiasi sebarang karnival di Rio de Jeneiro dengan kostumnya yang berwarna-warni.

Menurut Economic Times, dia melukis pelitup muka yang sangat tepat dengan wajah pelanggannya sehingga membuatkan orang lain tidak perasan bahawa ia merupakan pelitup muka.“Saya menggunakan pelitup muka ini agar tidak kehilangan identiti saya,” katanya.Dia melukis bahagian bawah wajah seseorang ke atas pelitup muka putih dengan menekankan perincian pada bibir dan warna kulit.

Pelitup muka tersebut menjadi terkenal dalam kalangan orang yang tidak mahu menyembunyikan wajah mereka ketika menggunakannya.“Adalah sangat penting bagi setiap orang menjaga diri mereka, ia sesuatu yang bagus apabila mereka memakai pelitup muka,” katanya.Sumber: Economic Times

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *