Doktor ini pelik nampak budak perempuan berumur 8 tahun masih disuap makan bubur. Tak sangka rupanya ini kisah sebenar budak itu sehinggakan buat doktor rasa sayu.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Seorang doktor berkongsi kisah seorang wanita menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak. Kita mungkin dapat melihat sesuatu perkara yang berlaku dengan membuat tafsiran secara zahirnya, tetapi hanya mereka yang melaluinya mengetahui hal sebenar.

Bersangka baik, mempunyai empati dan simpati itu adalah sebaik-baiknya yang perlu ada dalam diri kita untuk keselesaan orang lain. Seorang doktor berkongsi pengalamannya menyaksikan gelagat dua beranak sewaktu menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan.

“Orang tak ramai sangat. Nampak di meja depan saya, ada wanita warga emas sedang menyuap bubur kepada seorang budak perempuan. Saya agak umurnya dalam tujuh atau lapan tahun. Macam dah tak sesuai disuap lagi. Tapi saya tahu budak tu seakan budak istimewa. Ada features pada wajahnya yang menunjukkan dia istimewa,” tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook beliau.

Wanita itu senyum, dan ia dibalas dengan senyuman sebelum beliau menyambung menjamu makanan yang sudah dihidangkan. Namun kata Dr Sakinah, wanita itu memaklumkan sesuatu kepada beliau sewaktu beredar bersama kanak-kanak berkenaan.

“Dah nak habis saya makan, saya perasan wanita tu dah bangun, memimpin tangan budak perempuan itu melintasi meja saya. Kami balik dulu ya. Dia ni budak istimewa, tu yang kena disuap, dia bersuara. Saya angguk, senyum,” ujar Dr Sakinah mengimbas kembali perbualan tersebut. Wanita itu kemudian meneruskan kata-kata yang mengejutkan, sekali gus menjawab persoalan statusnya bersama kanak-kanak itu.

Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.

“Dah mak bapa tak nak jaga tak apalah, nenek yang jaga. Dia menyambung lagi. Nadanya sayu. Saya diam tak mampu nak balas.Saya tahu berdasarkan feature anak ini, IQnya tidak tinggi. Mungkin dia ada masalah sawan juga,” ujarnya.

Memang sukar untuk menjaga anak syurga begini. Memang ada ibu ayah yang tak sudi atau mungkin tak mampu nak menjaga

Dr Sakinah yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia dapat menilainya berdasarkan cara kanak-kanak itu duduk dan berinterasi seperti berusia tiga dan empat tahun walaupun fizikalnya sudah membesar.

“Terfikir saya, memang sukar untuk menjaga anak syurga begini. Memang ada ibu ayah yang tak sudi atau mungkin tak mampu nak menjaga. Diserahkan kepada nenek atau datuk yang sudah tua. Kasih sayang datuk dan nenek inilah yang menyebabkan mereka dijaga, walau susah macamana pun. Sayu hati saya,” katanya.

Kisah seorang nenek yang menjaga cucu istimewanya.

Sebak dengan apa yang disaksikannya, Dr Sakinah terdetik dalam hati mendoakan urusan nenek tersebut agar dipemudahkan dan kanak-kanak itu sentiasa dipelihara. “Biarlah satu hari nanti, dia mampu makan dan mengurus diri sendiri tanpa bantuan. Tak dapat saya bayangkan kalau nenek itu sudah tiada satu hari nanti. Ya Allah, peliharakanlah anak ini,” ujar beliau yang mendoakan kanak-kanak istimewa itu.

Budak Petah Berkata Jual Mangga Ini Terus Senyap Apabila Ditanya Siapa Yang Potongkan Mangga. Takpelah Saya Doakan Supaya Budak Ini Menjadi Someone Special.

Seorang kanak-kanak bersongkok menjual mangga potong. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun ada yang sudah mula berniaga secara kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka banyak berkorban tanpa merasai peluang yang dinikmati oleh kebanyakan kanak-kanak lain yang seusia. Tidak berniaga, tiadalah duit, mungkin itu yang terdetik di hati kecil mereka. Seorang guru berkongsi pengalamannya didatangi oleh seorang kanak-kanak yang bersongkok ketika makan malam di sebuah restoran.

Assalamualaikum bang, belilah buah mangga saya… Tot tet, tot tet dia promosi beli buah mangga potong. Biasanya kalau ada budak datang jual barang, biasanya saya akan bual dengan dia dulu sebelum beli. Datang dari mana dik? Jauh tu dik! Saya macam terperanjat dengan jawapan dia sebab tempat yang dia beritahu tu agak jauh dari kawasan tempat saya makan ni,” tulis guru berkenaan di laman Facebook Muhammad Yusof.

Satu demi satu soalan ditanya guru berkenaan atas rasa ingin tahu terhadap kanak-kanak yang rajin mencari rezeki ketika rakan-rakan sebayanya sedang berehat di rumah. “Datang dengan siapa? Datang dengan ayah. Naik apa? Jauh rumah tu dik? Naik motor. Masa tu risau juga saya dengan musim-musim hujan ni naik motor,” ujar Muhammad Yusof. Namun, soalan berikutnya membuatkan kanak-kanak yang petah bercakap itu terus senyap tanpa sebarang kata.

“Siapa potong mangga ni dik? Mak yang potong ke? Dia yang tadi tot tet, tot tet bercakap terus senyap. Perlahan dia beritahu mak saya dah meninggal bang, kena sakit kanser. Allahu, kasihan adik ni. Muda-muda lagi dah diuji macam ni dik,” katanya yang kemudian mengubah topik perbualan dengan membeli mangga potong yang dijual kanak-kanak itu.

Perlahan dia beritahu mak saya dah meninggal bang, kena sakit kanser. Allahu, kasihan adik ni

Menurut Muhammad Yusof, kanak-kanak itu tidak lagi banyak bercakap selepas itu, sebaliknya hanya mendiamkan diri. “Teringat kat arwah mak agaknya. Saya macam bersalah juga masa tu. Saya bagi duit lebih sikit kat dia, buat duit belanja. Barulah dia senyum sikit. Sebelum dia balik, saya tanya dia. Lepas ni nak pergi mana dik? Dia jawab saya nak pegi sembahyang Isyak dulu bang. Cikgu kat sekolah pesan jangan tinggal sembahyang. Ayah pesan tunggu kat surau depan sana. Dia pun jual mangga sama, nak cari duit bang,” katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama kanak-kanak itu.

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Situasi itu ternyata menyentuh perasaan Muhammad Yusof, apatah dia sendiri bergelar pendidik. “Sebagai seorang cikgu, hati saya sangat tersentuh hari ni. Walaupun diuji dengan kesusahan, tapi pesan cikgu dia tak lupa. Saya kadang-kadang nak marah juga bila pagi-pagi buat kelas tapi yang masuk berapa kerat je. Kita mungkin tak tahu di sebalik kisah budak-budak semasa pandemik ni, mungkin ada yang malam-malam kerja part time basuh pinggan atau tolong jadi runner makanan yang mak mereka masak sebab nak tambah pendapatan keluarga, kita pun tak tahukan. Saya doakan budak ni akan jadi someone special satu hari nanti. Moga dia jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Tular Di Twitter Seorang Peniaga Air Tebu Ini Tidak Dapat Sambutan Orang Ramai. Menarik Sekali Usaha Anaknya Sanggup Sebarkan Menggunakan Satu Cara Ini Dan Dapat Perhatian Orang Ramai.

Perniagaan bapa Wani merosot dek cuaca tak menentu, ditambah pula dengan pelaksanaan PKPB. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah kisah tular di Twitter mengenai seorang gadis yang sedih melihat perniagaan bapanya merosot sejak beberapa hari lalu. Lebih pilu, Shazwani Farzana, 21, kini menetap di Negeri Sembilan sementara bapanya pula, Saharudin Rajab, 52, pula berada di Kedah.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Wani mendedahkan perniagaan minuman seperti air tebu dan cincau kurang mendapat sambutan kerana cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu. Keadaan juga bertambah sukar memandangkan tidak ramai pelanggan datang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Besryarat (PKPB) yang kini sedang dilaksanakan.

“Lebih kurang tujuh tahun lepas ayah mula berniaga air minuman, sebelum tu ayah kerja kilang. Ayah ada di Kedah, manakala saya menetap dengan mak di Negeri Sembilan sebab mak kerja di sini.

Wani juga akan membantu bapanya sekiranya di pulang ke Kedah.

“Jadi setiap hari ayah biasanya akan update mengenai gerai dalam group WhatsApp. Terbaharu, dia kongsikan mengenai keadaan semasa, cuaca hujan lebat… dengan PKPB lagi. Nak dapat seorang pelanggan pun susah,” kata Wani.

Ujar penuntut bidang Rangakaian dan Keselamatan Komputer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu, jauh di sudut hati dia sedih dengan nasib menimpa bapanya. Malah, dia turut mendapat ilham untuk membuat hebahan di Twitter dan sama sekali tidak menyangka akan menerima sokongan ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *