Viral di media sosial remaja ini menunjal kepala orang tua ini. Warganet meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakannya.

Amalan Dunia Uncategorized Viral

Viral di media sosial tindakan remaja mmbuli orang tua yang sedang melalui satu kawasan, kejadian ini dikatakan berlaku di Singapura. Dalam video yang berdurasi seminit itu, ada rakaman menunjukkan remaja tersebut menolak dan menunjal kepala seorang lelaki warga emas itu. Dalam video ini juga, dapat didengari remaja tersebut menggunakan kata-kata kesat kepada warga emas tersebut selain menunjukkan footage mereka berpeleseran sambil bermain skate board dan menggunakan isyarat lucah.

Greatest content I’ve ever did”. Malah, remaja tersebut juga ada membuat mengemukakan alasan bahawa video yang diberikan ini bukan untuk tatapan umum. Dia juga bangga dengan mengatakan mana-mana pihak yang kongsikan semua videonya itu sebagai satu penghargaan kerana dia dah hasilkan greastest content.

“Video saya bukan untuk semua orang, macam saya selalu cakap, 2020 ni dipenuhi dengan orang-orangs sensitif tapi tak apa lah. Saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membela saya, walaupun saya tak tahu siapa korang. Satu penghargaan kepada mereka yang melaporkan akaun saya dan letak watermark mereka sendiri. Korang tak payah berterima kasih dengan saya yang memberikan kandungan terbaik saya pernah buat untuk korang.”

Sumber: Twitter

Ramai warganet jadi bengang apabila menonton video pembulian remaja kepada warga emas ini. Disrespectful id*ots – warganet

Kisah Hidup Makcik Zaiton Mula Tular Di Kalangan Warganet. Makcik Ini Sanggup Keluar Jual Tempe Demi Sara Cucu Dan 2 Orang Anak Berstatus Ibu Tunggal

Zaiton berkata dia sebolehnya tidak mahu orang ramai mengetahui nasib dan kesmpitan hidup yang sedang ditempuhi keluarganya. KESMPITAN hidup yang dilalui seorang warga emas membuatkan dia sanggup keluar mencari rezeki walaupun hanya mendapat untung antara RM0.20 ke RM0.50 sen untuk tempe dan cendawan yang dijualnya.

Kisah hidup wanita bernama makcik Zaiton ini tular apabila seorang pemuda, Mohd Hazrin Achik berkongsi gambar-gambarnya dari arah belakang bersama motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki.Menerusi posting tersebut, pemuda itu sempat berkongsi kisah makcik ini yang berusaha mencari rezeki dan meminta orang ramai yang berkemampuan untuk membantunya.

Bercerita kepada mStar, Zaiton Enbok Bolong berkata dia sebolehnya tidak mahu orang ramai mengetahui nasib dan kesmpitan hidup yang sedang ditempuhi keluarganya.Bagaimanapun, entah bagaimana dia telah bercerita serba sedikit tentang kesusahan yang dialami kepada pemuda tersebut yang mendekatinya untuk membeli tempe dan cendawan yang dijual sebelum membuat perkongsian di Facebook.

Selain tempe dan cendawan dia juga menjual sabun dengan hasil yang tidak seberapa tetapi mampu mengisi perut mereka berempat.”Tiba-tiba datang pemuda yang ramah ini untuk membeli. Mungkin sebab terlalu memendam rasa, saya terluah perasaan dekat dia.

“Ya, memang saya susah tapi saya kalau boleh tak nak susahkan orang lain. Tak sangka pula cerita saya akan tular,” katanya.Bercerita lanjut, makcik Zaiton yang berusia 60 tahun ini kini tinggal bersama cucu dan dua anaknya yang berstatus ibu tunggal di Taman Rinting, Masai, Johor.

“Memang keluarga saya susah. Suami saya sudah lama tiada sejak tahun 2012. Sekarang saya tinggal bersama dua anak perempuan dan cucu. Kedua-dua mereka ni berstatus janda.”Bukan mereka tak keluar cari kerja, tapi disebabkan Covid-19 ini, tahu sajalah bukan senang nak dapat kerja, ” katanya sambil menambah umur dua anaknya itu lingkungan 30-an.

Menurut makcik Zaiton, selain tempe dan cendawan dia juga menjual sabun dengan hasil yang tidak seberapa tetapi mampu mengisi perut mereka berempat.Zaiton yang berusia 60 tahun ini kini tinggal bersama cucu dan dua anaknya.

“Saya cuma tolong jual sahaja. Contoh macam tempe saya untung RM0.20 sekeping, kalau cendawan RM0.50 sebungkus.“Untung tak banyak, tapi cukuplah untuk kami sekeluarga makan, ” katanya sambil menambah turut menerima sumbangan dan bantuan daripada jiran sekeliling.

Sementara itu, Muhammad Shahid Saiful Bahari, 24, memberitahu bahawa makcik Zaiton sering berkunjung ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.Posting yang tular di media sosial.“Saya tinggal dengan atuk saya, kenal sangat makcik Zaiton ni… dia selalu singgah jual macam-macam. Kadang tu ada juga dia kongsi cerita dengan atuk dan nenek saya.”Hidup dia memang susah. Atuk saya pengerusi surau. Mereka banyak juga bantu dia dan anak-anaknya.”Tak sampai hati tengok kehidupan mereka, tapi kami pun hanya boleh bantu setakat mampu saja,” ujarnya.

Sembilan Tahun Diselubungi Rasa Sedih. Akhirnya Impian Anak Istimewa Ini Tercapai Akhirnya Selepas Ada Artis Prihatin Ingin Membiayai Kos Kaki Palsu Tersebut

Syahmi dan keluarganya bersyukur dan terharu apabila ramai pihak termasuk artis popular berbesar hati ingin menaja kaki palsu buatnya.SEMBILAN tahun diselubungi perasaan sedih, namun tahun ini adalah tahun yang paling bermakna buat adik Syed Daniel Syahmi Syed Mohd Yusuf sekeluarga.

Tidak disangka-sangka, rintihan anak istimewa itu di hari ulang tahun kelahiran mendapat perhatian ramai. Lebih menggembirakan lagi ada artis popular berbesar hati ingin menaja kaki palsu buat Syahmi.Menurut Azlinda Hani Othman, 38 iaitu ibu kepada Syahmi meluahkan rasa syukur kerana terlalu ramai yang prihatin terhadap perjalanan hidup anaknya itu.

“Di usia empat bulan kandungan, saya pernah di minta untuk hilangkan kandungan anak syurga ini kerana dikesan ada tanda-tanda OKU.”Bila saya berkeras nak lahirkan juga anak ini sebenarnya saya sedih kerana dapat rasakan seperti saya menyksa dirinya. Malah sembilan tahun jugalah saya hidup dalam serba salah.

“Tetapi berkat sabar dan doa, saya tak sangka dengan semua ketentuan dan rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga pada hari ini.”Bukan hanya orang ramai yang prihatin malah bantuan dari media terutama mStar membuatkan ada artis berhasrat untuk sponsor kaki palsu,” katanya kepada mStar.

Kisah Syahmi yang dikongsi oleh ibunya menyentuh hati ramai warganet .Laporan yang disiarkan mStar mengenai hasrat Syamil untuk memiliki kaki sempena hari lahirnya ternyata menarik perhatian pelbagai pihak.Sebelum ini, ibu Syahmi juga memaklumkan ditawarkan bantuan alatan sokongan daripada salah satu syarikat sumber luar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Pada Sabtu lalu, keluarga kecil ini ke PPUM seperti yang telah ditetapkan tarikh untuk bertemu dengan doktor pakar di sana.

“Kami satu keluarga teruja dan gembira hari itu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.”Alhamdulillah.. siapa sangka rezeki adik Syahmi. Salah seorang pakar pembuatan kaki dan tangan palsu memberitahu mereka dapat bantu Syahmi,” katanya yang mulanya risau berdepan kekecewaan jika gagal memenuhi impian anaknya.

Katanya, pakar berkenaan terus menunjukkan contoh kaki palsu individu lain di mana kakinya lebih teruk lagi daripada Syahmi.Syahmi di PPUM ketika bertemu pakar perubatan.“Pakar itu memaklumkan pada saya dan suami bahawa Syahmi akan mengikuti beberapa proses seperti pemasangan kasut pada kaki, kemudian pemasangan kaki palsu pada kasut dan juga hal berkaitan sendi lotot sehingga dia dapat berdiri seperti orang normal.

“PPUM juga memaklumkan mereka akan berusaha mencari dana dengan kerjasama kami,” katanya.Katanya, betullah orang cakap rezeki tidak salah alamat kerana selepas berita disiarkan mStar, ramai yang DM dan hubungi saya untuk membantu.”Mujur ada artis yang simpati dan prihatin mahu membiayai kos kaki palsu itu, juga ada seseorang yang enggan dikenali turut menyatakan hasrat mahu menaja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *