Tular ucapannya pada 10 tahun lalu yang berharap tahun 2020 adalah tahun yang aman tanpa sakit. Kini dia mohon maaf atas impiannya yang tak tercapai itu.

Amalan Dunia ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

Jika mengimbas semua masa beberapa tahun dahulu, kita mesti pernah mengimpikan bahawa tahun 2020 ini akan menjadi tahun yang hebat, kan? Malah negara kita juga pernah ada satu ‘cita-cita agung’ yang diilhamkan ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri Keempat ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu ‘Wawasan 2020’.

Apa yang terlintas dalam imaginasi ialah bandaraya moden, pembangunan pesat, teknologi yang semakin canggih dan banyak lagi. Begitu juga impian yang pernah ditulis oleh seorang pemuda dari India, Kevin Singh seperti di bawah ini. Sama seperti insan lain, Kevin pernah menulis kata-kata harapan untuk tahun 2020 dalam buku profil sekolahnya pada 2010 lalu.

Ucapannya itu berbunyi:

“Ramalan saya untuk tahun 2020 ialah bahawa semua orang akan hidup dengan aman damai dan mereka akan sembuh daripada penyakit,” Bagaimanapun hakikatnya, tahun 2020 yang kita semua – termasuk Kevin hadapi hari ini tidaklah seindah seperti yang diimpikan.

Pejam celik pejam celik, berbaki empat hari lagi 2020 akan tamat dan 2021 pula menjelma, tapi hampir setahun ini kita lebih banyak masa ‘terkurung’ akibat pandemik COVID-19. Akur dengan impian yang tidak terlaksana, Kevin dengan rendah hati ‘memohon maaf’ kepada semua kerana berasakan ‘ramalannya’ itu hanya sia-sia belaka.

Ciapan Kevin itu menjadi perbualan hangat di Twitter hingga meraih kira-kira hampir 500,00o ‘likes’ serta lebih 53,000 ‘retweet’. Rata-rata warganet yang membalas ciapan Kevin itu turut memahami ‘kekecewaan’ yang dialaminya, maka mereka pun bersama-sama berkongsi apa yang dirasai. Malah ada juga yang suruh meramalkan sesuatu yang lain pada tahun depan pula.

Ada juga yang menyalahkan rakan di atasnya, Steven kerana memberi kata-kata yang dikatakan ‘mengarut’.

“Jangan salahkan Kevin..Steven tu yang patutnya kena penjara sekarang,”

Sumber: Kevin Singh

Tular Video Pelanggan Ini Minta Tulis Karangan Di Atas Keknya. Baker Ini Habiskan Masa Hampir Sejam Untuk Tulisan Ini.

Kek dengan ucapan panjang yang ditempah seorang pelanggan menjadi tular selepas dimuat naik oleh Fuad di Facebook. Bukan sepotong dua ayat, sebaliknya ia ucapan panjang yang dikarang oleh seorang anak sempena sambutan hari lahir bapa tersayang! Itulah tugasan yang perlu dilunaskan oleh seorang pembuat kek ini demi memenuhi permintaan pelanggannya yang mahu agar ucapan tersebut ditulis di atas kek tempahannya.

Melihat kepada beberapa keping gambar kek berkenaan yang tular di media sosial baru-baru ini, pujian seharusnya diberikan kepada si pembuat kek kerana berjaya merealisasikan permintaan pelanggannya. Bukan sahaja cantik, malah tulisan setiap bait-bait ayat disusun kemas dan kelihatan seimbang. Menurut pembuat kek berkenaan, Fuad Ismail Iskandar, 31, dia mengakui tugasan tersebut paling mencabar sepanjang hampir tiga tahun berkecimpung dalam bisnes bakeri.

Fuad (kiri) bersama rakan karibnya Awal (tengah) dan Tamizi mengasaskan Shafwad Cheesecake sejak hampir tiga tahun lalu.

“Pelanggan ni sebenarnya dah pernah tempah kek dengan saya… kali ini dia tempah untuk sambutan hari jadi ayahnya. Mula-mula masa dia buat permintaan untuk tulis ‘wording’ tersebut atas kek, saya terkejut juga sebab panjang. Tapi demi kepuasan pelanggan, saya cuba berikan yang terbaik. Dan pelanggan tu pun kata, dia percaya team saya pasti dapat realisasikan permintaannya. Alhamdulillah, pelanggan tersebut berpuas hati dan itu juga kepuasan untuk saya dan team,” katanya kepada mStar.

Senang disapa sebagai Fuad, lelaki ini berkata tugasan tersebut perlu dilakukan dengan penuh fokus agar tidak berlaku kesilapan ejaan dan sebagainya.

“Boleh dikatakan ini yang paling mencabar. Perlu beri tumpuan 100 peratus.. lengan, posisi badan pun mainkan peranan. pertama sebab tulisan ini panjang, dan kedua, ia ditulis di atas permukaan ‘chocolate ganache’ yang lembut. Ini kalau salah eja, memang habis sebab kena simbah semula lapisan coklat di atas kek. Saya ambil masa kira-kira 45 mint untuk siapkan wording tu. Memang lenguh jugalah,” katanya sambil berseloroh.

Aneka jenis kek keju tempahan pelanggan yang dihasilkan oleh Fuad dan rakan-rakan.

Tambah Fuad, dia sekadar suka-suka membuat perkongsian di laman Facebook Masak Apa Tak jadi Hari Ni kerana sering memuat naik hasil dekorasi kek di laman sosial.

“Tak sangka boleh viral… Saya tahu pun selepas team saya dan pelajar yang ikuti kelas baking online yang beritahu, Alhamdulillah, selain dapat komen positif, kami juga dapat mesej daripada baker-baker lain yang nak sertai kelas online,”katanya. Bercerita serba ringkas mengenai perniagaan bakerinya, Shafwad Cheesecake Johor Bahru, Fuad berkata ia diasaskan bersama dua rakan karibnya, Awal Ibrahim, 39, dan Tamizi Sarbini, 39, sejak hampir tiga tahun lalu.

Kami mula dapatkan feedback dari ahli keluarga dan kawan-kawan. Bila semua bagi feedback positif, baru kami berani ambil order.

“Awal tahun 2017, kami dah mula buat kek sendiri dan kek pertama yang kami buat adalah Japanese Cheesecake. Kami buat keputusan berhenti kerja untuk lebih fokus dalam baking sejak 2018. Kami mula dapatkan feedback dari ahli keluarga dan kawan-kawan. Bila semua bagi feedback positif, baru kami berani ambil order. Bermula dari situ kami banyak explore segala jenis kek yang wajib ada cheese seperti Japanese cheesecake, basque burnt, oreo cheesecake, mango cheesecake… kami adjust rasa dan tekstur ikut mata dan tekak kami,” katanya sambil menambah, Shafwad HQ berpengkalan di Kulai, Johor Bahru.

(Kiri) Japanese Cheesecake, (kanan) tempahan kek yang disiapkan untuk kerabat Johor.

Tambah Fuad, dia dan dua rakannya mula mengorak langkah dengan mengadakan kelas secara dalam talian bermula Oktober 2019. “Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, terlalu ramai yang sertai kelas kami sama ada dari dalam mahupun luar Malaysia seperti Singapura, Dubai, Brunei, United Kingdom dan yang terbaru Mexico. Meraban kami nak buat bilangual segala resepi. Tapi best bila ada ahli yang jadikan resepi kami punca pendapatan. Yang ni memang terharu sangat-sangat,” ujarnya.

Fuad dan rakan-rakan menyimpan impian untuk membuka kedai kek setaraf dengan kedai kek terkenal.

Meskipun rata-rata perniagaan terjejas dek pandemik Covid-19, Fuad dan rakan-rakannya bersyukur kerana perniagaan mereka masih mampu bertahan sehingga kini. “Sehingga kini kami hanya bekerja di rumah je. Belum berani lagi untuk buka kedai sebab ilmu belum cukup untuk handle bisnes di kedai and modalnya juga besar. Semestinya kami nak jadi setaraf dengan kedai-kedai kek yang famous dan berkualiti sekarang ni. Tapi buat masa ini, kami nak kongsi kegembiraan menerusi cheesecake,” katanya lagi.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik.

“Dia orang Kelantan, memang rajin masak. Dulu kat universiti, saya dengan dia pernah masuk pertandingan memasak. Kami jadi juara. Saya pun boleh masak tapi tak sehebat dia. Minta masakan apa pun mesti dia boleh buat. Memang hobi dia. Dia nak masak apa-apa, kadang-kadang tak perlu tengok resepi. Rasa bertuah sangat, apa yang kita nak makan, mesti dia boleh masak. Dia belajar dengan mak dia. Antara yang paling saya suka, ayam percik Kelantan dengan spaghetti carbonara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syahmi berkata dia sama sekali tidak menyangka posting mengenai sahabatnya itu akan tular sehingga menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet). Selain komen pujian, ramai warganet turut berkongsi kisah suka duka bersama rakan serumah masing-masing.

Paparan perbualan WhatsApp antara Farizuan serta rakan serumah yang lain tular di Twitter.

“Saya pun terkejut bila ia viral. Saya cerita pada Farizuan, ada orang di Twitter minta resepi dan sebagainya. Dia seorang yang pemalu, Twitter pun dia tak ada. Hanya ada Facebook. Ramai juga yang komen cerita perangai housemate masing-masing. Semua cerita yang dikongsi tu saya anggap sebagai satu pengalaman baharu bagi saya,” ujarnya lagi.

Malah, Syahmie juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar dapat hidup harmoni bersama rakan-rakan serumah. “Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik. Semua berbalik pada diri kita sendiri. Kalau kita prihatin, InsyaAllah mereka juga akan prihatin dengan kita,” ujarnya lagi.

Persis Seorang Remaja Biarpun Usia Sebenarnya Menghampiri Angka 30. Jejaka Awet Muda Ini Dedah Rahsia Dia Rajin Ke Dapur

AKSI bersahaja jejaka ini memasak sambil tersenyum ternyata mengundang perhatian ramai.Selain Facebook dan Instagram, Mohd Shafiq Zulkarnain, 28, turut berkongsi video-video masakan ringkas menerusi aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, penjawat awam yang bertugas di ibu negara itu mengakui sudah meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah lagi.”Saya bukan tukang masak, ia sekadar hobi. Saya suka kongsi dengan orang cara memasak yang mudah, khususnya untuk orang bujang.

“Apa yang saya tunjukkan biasanya masakan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Cmpak-cmpak je.Shafiq mula belajar memasak sejak kecil lagi.“Memang dari kecil diajar memasak dan berdikari. Sewaktu saya usia 10 tahun, ayah jatuh sakit. Mak pula keluar bekerja, jadi saya kena masak sendiri. Mak ajar saya memasak,” ujarnya.

Dengan ilmu itu, dia dengan sendiri meneroka bakat yang ada sehingga mampu menghasilkan pelbagai resepi.Ujar Shafiq, sambal garing hasil air tangannya cukup digemari rakan-rakan sehingga ada yang meminta untuk membelinya.

“Paling disukai sambal garing saya. Saya buat dan bagi pada kawan-kawan pejabat, ada pula yang minta supaya dijual.”Walaupun jual, saya tetap tak lokek kongsi resipi sambal tu dengan mereka. Saya banyak hasilkan lauk-pauk kampung.”Antaranya asam pedas. Kek buah dan biskut pun saya buat. Masa raya hari tu, saya buat dalam 20 jenis biskut,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Sains DNA Forensik.

Selain aneka juadah yang mudah, video yang dikongsi jejaka berasal dari Melaka itu turut meraih tumpuan ramai kerana paras rupanya.Ada segelintir pelayar media sosial turut mengusik mengenai rupa paras dan status dirinya.Kata Shafiq, dia tidak terlepas menerima usikan manja yang bertanyakan mengenai status dirinya.

“Ada yang puji paras rupa, kata saya ada pakej lengkap sebab boleh memasak.”Saya juga terima mesej-mesej yang nak kenalkan saya dengan anak mereka, kakak mereka dan sebagainya.”Saya juga tak terlepas menerima kritikan. Ada yang tegur sebab memasak pakai seluar pendek. Ada pula yang tegur sebab saya tak pakai sarung tangan.

“Tapi saya ambil kritikan dari sudut positif, saya tak ambil hati,” ujarnya yang masih bujang.Dalam pada itu, Shafiq juga sering ditanya mengenai petua awet muda memandangkan wajahnya kelihatan persis seorang remaja biarpun usia sebenarnya menghampiri angka 30.”Tak ada rahsia. Saya jalani kehidupan dengan gembira dan ceria. Saya suka senyum. Itu sahaja amalan saya.”Sewaktu masak pun saya suka senyum sambil pandang kamera,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *