Sebelum ini tular gosip cinta Hun Haqeem. Ayu Puteh juga sedar ramai mahu try Wanna Ali dan ini respon darinya.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Ayu Puteh percaya Wanna bijak dalam menentukan pasangan hidup. Keserasian pasangan pelakon Hun Haqeem dan Wanna Ali dalam drama Angkara Cinta menerima pujian penonton sehinggakan ada yang berharap mereka menjalinkan hubungan cinta luar lokasi.

Melihat keterujaan peminat mahu mereka disatukan sebagai pasangan kekasih, ibu kepada aktres itu iaitu Datuk Ayu Puteh berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menentukan masa depan mereka termasuklah soal jodoh.

“Biasalah gosip… tak tahulah sebab yang nak memilih tu nanti Wanna. Saya serahkan sepenuhnya pada Wanna, biarlah mereka fikir apa yang terbaik. Sebelum ini pun pernah timbul gosip Wanna dengan PU Riz kerana bergandingan dalam filem Ada Apa Dengan Dosa, tapi sebenarnya mereka dah macam adik-beradik… tak bercinta pun.

Barisan pelakon drama Angkara Cinta; Dari kiri Meerqeen, Wanna Ali dan Hun Haqeem.

“Tentang jodoh, kita tak tahu… mungkin artis atau bukan artis, saya sedar artis pun ramai cuba-cuba nak dekati Wanna. Kalau Wanna tu bukan anak produser sekalipun ramai yang gilakan dia,” katanya kepada mStar.

Selain Wanna dan Hun Haqeem, Angkara Cinta turut dibintangi oleh Meerqeen, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Alif Muhaimin dan Nina Juren. Angkara Cinta arahan Michael Ang ditayangkan di Astro Prima pukul 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung kan? Zaman sekarang ni no money no cinta!

Sementara itu, Ayu yang juga pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records percaya anak gadisnya berusia 23 tahun itu mampu berfikir secara matang dalam mencari teman hidup.

Ayu Puteh dan suami, Aiman beri kebebasan kepada anak-anak mencari jodoh.

“Kalau tanya saya sebagai ibu semestinya saya nak anak berkahwin dengan orang yang ada kerja tetap, ada gaji supaya masa depan anak kita terjamin. Bidang perniagaan ini ada turun naik, masa kita susah nanti tak ada orang nak tolong. Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung? Zaman sekarang ni no money no cinta! Saya percaya Wanna lebih pintar dan bijak menentukan pilihan hatinya, dia melihat sendiri perjalanan hidup saya sebelum ini. Apa-apa pun semuanya berbalik pada jodoh… kalau dah tertulis dia bercinta dengan artis, itu jodoh dia. Cuma setahu saya Wanna mungkin akan cari orang yang ada masa depan yang cerah,” ujarnya

Heboh Tentang Kapsyen Hun Haqeem Yang Mengatakan I Love You Kepada Seseorang Ini Sehingga Meraih Perhatian Warganet. Ini Reaksi Warganet Selepas Tular Gambar Mereka Bersama.

Nampaknya, drama Kampung People musim yang kedua juga berhasil mendapat perhatian umum dengan pelbagai babak lucu yang menghiburkan peminat drama tempatan. Sedia maklum bahawa drama popular itu telah mencetuskan fenomena baru dalam industri drama tempatan dan gara-gara hal itu permintaan penonton untuk menyaksikan drama terbabit disambung kembali sekali gus membuatkan orang ramai senang.

Biarpun begitu, selain lakonan ‘keluarga’ Razif iaitu dilakonkan oleh Rashidi Ishak manakala Elly Mazlein sebagai isteri dan dua watak anak mereka yang dilakonkan oleh Riena Diana dan Kamarul Eqifshah sebagai Laila dan Yummy. Ternyata, percintaan antara Jaafar dan Laila di musim kedua juga tidak mengecewakan peminat mereka apabila ada sahaja perkara yang melucukan berlaku.

Sedia tahu juga, bakat Hun Haqeem dan Riena Diana sebagai watak tersebut turut mendapat perhatian umum dengan lakonan mereka yang menjadi. Biarpun begitu, satu posting Hun Haqeem di Instagram ini bertambah membuatkan peminat mereka tak keruan.Ini kerana gara-gara kapsyen ‘I love you too Laila’ mencetuskan pelbagai reaksi antara mereka sehingga ada yang mengharapkan hubungan Hun Haqeem iaitu Jaafar dan Laila juga berlaku di dunia realiti. “Semoga betul-betul berlaku di realiti”. “Hahaha tak lama dah tu”. “Cute la korang…”

Sumber: HCL

Laman instagram Elly Mazlein meraih perhatian ramai bila dia bongkarkan tarikh berlangsungnya Kampung People 2. Berikut keistimewaan dalam musim kedua

Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, ini merupakan satu berita gembira untuk anda.Menerusi laman Instagram milik pelakon Elly Mazlein memaklumkan drama bersiri Kampung People musim kedua bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 17 September depan.

A K A N D A T A N G Kampung People 2 “Absolutely Correction”,“Mulai 17 September, jam 9 mlm ,Rabu hingga Jumaat, di Tv3,” tulisnya.Lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabat untuk menonton drama bersiri tersebut.Kampung People musim kedua dibintangi oleh pelakon Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Nam Ron dan ramai lagi.Drama ini bakal bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.Foto: Instagram Elly Mazlein

Adibah jadi emak ‘over’ dalam Kampung People 2

KUALA LUMPUR: Drama rantaian popular, Kampung People 2 yang sedang menjalani penggambaran, bakal menyaksikan kemunculan Adibah Noor memegang watak baharu dalam drama komedi itu.Pelakon dan penyanyi terkenal itu memberitahu, dia memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein, menerusi drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu.

“Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly.”Dari segi mencipta keserasian, saya rasa tiada masalah. Walaupun saya tidak pernah bekerja dengan Elly, tapi kami pernah beberapa kali berjumpa dalam beberapa acara hiburan.

“Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak ‘over’ daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu,” katanya kepada BH Online.Sebagai pelakon yang sering membawakan watak komedi, penyanyi Terlalu Istimewa ini mengaku tidak berdepan masalah untuk membawakan watak Dona.

“Lagipun saya memang penonton setia drama ini dan sudah faham daripada segi watak dan perwatakan pelakon lain serta konsepnya.”Jadi, rasanya, saya tiada masalah untuk membawa watak Dona itu,” katanya.Bulan lalu, produksi yang menerbitkan drama ini, KL Motion Pictures mengadakan proses uji bakat atas talian untuk mencari pelakon tambahan. Kampung People 2 yang mendapat pujian ramai ketika ditayangkan buat kali pertama di TV3, tahun lalu, mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.-bh

‘Tengok dulu, baru nilai’

SEJAK berkongsi pembabitannya dalam drama pilihan ramai, Kampung People 2 (KP2) yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi, peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan penyanyi, Adibah Noor dalam cerita itu.Apatah lagi, Adibah yang pernah berlakon dalam filem hebat seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan banyak lagi berjaya menjadikan penampilannya kekal diingati sehingga kini.

Malah, muncul sebagai watak baharu dalam KP2 dianggap satu lagi watak ikonik yang bakal dicipta Adibah.Bagaimanapun, Adibah yang popular menerusi lagu Terlalu Istimewa tidak mahu meletakkan harapan tinggi sebaliknya berharap peminat menonton dahulu dan baru membuat penilaian.

“Ikonik atau tidak, memberikan impak atau tidak, saya tak boleh nak cakap sekarang. Mungkin apabila ia ditayangkan kita boleh tengok hasilnya.”Tapi, watak saya dicipta untuk memberikan satu suntikan baharu dalam keluarga yang menerajui cerita KP2. Tengok dulu dan baru nilaikan,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam drama yang menggunakan dialog ‘broken English’ itu, Adibah berkata, ia bukan satu masalah kerana sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa dunia itu.”Saya secara peribadi berasakan walaupun skrip KP memaparkan watak yang menggunakan ‘broken English’, ia sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk tidak takut mempelajari dan mempraktikkan pengetahuan atau penguasaan bahasa Inggeris mereka.

“Apabila orang ramai tengok yang wujudnya karakter yang bercakap ‘br0ken English’ ini, secara tak langsung penonton akan berasa kurang takut untuk mencuba dan belajar untuk memperkasakan lagi bahasa Inggeris.’Sebagai contoh, dulu ada program Oh My English! Hasil daripada program itu, rata-rata orang ramai dan pelajar berasakan tidak mengapa jika buat kesalahan. Orang lain pun cakap tak betul dan tunggang terbalik juga, maka dengan itu ia memberikan inspirasi untuk orang belajar,” katanya.

Menurut Adibah, penggunaan bahasa yang diselangi dengan unsur komedi membangkitkan lagi keinginan penonton untuk terus memperbaiki diri.”Pada diri saya sendiri, ‘broken language’ atau ‘broken English’ dalam KP2 tidaklah memberikan kesan negatif, ia bukan sahaja menghiburkan malah membuatkan penonton mentertawakan diri sendiri akan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Secara tak langsung belajar bersama-sama.

“Apabila orang mendengar ‘broken English’ dalam KP, mereka tahu ia salah, secara tak langsung akan cakap pada diri sendiri bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik sebab tahu apa yang dituturkan dalam KP adalah salah,” katanya.Selain Adibah, Kampung People 2 masih mengekalkan pelakon asal iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana dan ramai lagi.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *