Pemuda ini tak sangka jumpa gelandangan yang seperti ini. Siap lakukan ini di tempat tidurnya.

Dunia ISU SEMASA Pengetahuan

Bersih… beginilah keadaan tempat tidur lelaki gelandangan warga emas yang ditemui Farid, di kaki lima sebuah kedai di Kulim, baru-baru ini. Bertemu dengan golongan gelandangan seperti sudah sebati dalam kehidupan sehariannya, tidak kira masa mahupun tempat.

Kalau tak bergerak dalam kumpulan sekalipun, dia sering kali menjadi insan terpilih untuk berjumpa dengan mereka yang kurang bernasib baik ini. Begitulah kisah seorang pemuda ini apabila seorang warga emas berbangsa Cina menghampirinya untuk meminta sedekah sebelum berkongsi cerita.

“Baru nak masuk kereta uncle ni datang minta duit bagi tahu nak makan dan tunjuk tempat tidur dia. Rupa-rupanya dia seorang gelandangan. Sebelum ini JKM dah bagi tempat tinggal tetapi dia tak nak. Semoga uncle sihat dan kembali ke rumah JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat),” tulisnya di laman Twitter. Foto dan tweet yang dimuat naik Mohamad Farid Yusoff itu menjadi tular dan rata-rata mendapat pelbagai pandangan dalam kalangan warganet.

Tweet yang dimuat naik oleh Farid mengundang perhatian ramai warganet.

Pemuda yang berusia 31 tahun itu berkata kejadian itu berlaku pada Selasa lalu kira-kira pukul 6.30 petang apabila dia berhenti membeli makanan buat ibunya di sebuah kedai nasi kandar di Kulim, Kedah.

“Banyak komen yang saya terima. Dari dulu saya bantu gelandangan memang akan ada komen positif mahupun negatif. Kritik itu perkara biasa. Kadang kita tak duduk di tempat mereka dan kita tak rasa. Selama saya berdepan dengan gelandangan, ini pertama kali saya jumpa gelandangan yang bersih, jaga tempat berteduh dia baik-baik walaupun hanya tidur di kaki lima,” katanya kepada mStar.

Lelaki gelandangan yang ditemui Farid baru-baru ini lebih selesa menjadikan kaki lima kedai di pekan Kulim sebagai tempat tinggalnya.

Anak jati Kulim itu berkata, botol-botol air yang disusun lelaki warga emas berusia 65 tahun itu di tempat tidurnya adalah bekalan mandi, juga kegunaan ketika membuang air kecil dan besar. Walaupun pernah dibantu JKM suatu ketika dulu dengan memberikan tempat tinggal tetapi dia menolaknya dan memilih untuk tinggal bebas di kaki lima. Uncle ini dipercayai tidur di kaki lima, rumah kedai di Pekan Kulim, Kedah.

Bagi saya masyarakat perlu faham, apa yang kita boleh bantu, kita bantu. Jangan terlalu negatif terhadap kerajaan mahupun gelandangan ini.

“Kerajaan tak pernah tak tolong, mereka dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin cuma ada ketikanya gelandangan ini yang tolak dan tak mahu tinggal di rumah kebajikan. Bagi saya masyarakat perlu faham, apa yang kita boleh bantu, kita bantu. Jangan terlalu negatif terhadap kerajaan mahupun gelandangan ini,” jelasnya. Farid juga akui ramai yang tidak senang dengan gerakan NGO yang dikendalikannya iaitu Ziarah Amal K2K kerana dikatakan memberi muka kepada golongan ini.

Farid merupakan penggerak sebuah badan NGO, Ziarah Amal K2K.

“Sejujurnya NGO ziarah ini ditubuhkan untuk mendekati dan memahami mereka, bukannya tolong dengan wang ringgit sahaja, banyak cara kita boleh bantu. Janji ikhlas sahaja. Maksudnya sambil kita pergi ziarah tu, kita berdakwah tunjuk akhlak yang baik,” ujarnya sambil menambah ada dalam kalangan gelandangan yang bekerja cuma nasib tidak menyebelahi mereka untuk hidup sempurna.

Kewujudan Manusia Perak Makin Meningkat Saban Hari. Agensi Ketenteraman Awam Jakarta Utara Akhirnya Dedahkan Punca Kewujudan Manusia Perak Ini Menjadi Tumpuan Media

Kewujudan manusia perak di Indonesia semakin meningkat atas dasar peningkatan jumlah COVID-19 yang semakin membimbangkan. Manusia perak dianggap sebagai manusia yang dilapisi cat logam perak bersama kotak untuk mendapatkan sejumlah sumbangan daripada orang awam.Hal ini tercetus ekoran krisis kewangan yang dihadapi oleh rakyat Indonesia untuk memperoleh pendapatan sepanjang musim pandemik berlangsung.

Namun begitu, kebanyakkan manusia perak bukan sahaja terdiri daripada remaja malah anak yatim dan gelandangan juga turut melibatkan diri dalam melakukan aktiviti tersebut.Kegiatan manusia perak telah menjadi tumpuan media serta Agensi Ketenteraman Awam Jakarta Utara setelah mendapat laporan dari orang ramai bahawa ia telah menganggu lalu lintas.

Hal ini, agensi tersebut terpaksa turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku serta membantu daripada pelbagai segi seperti perubatan dan sebagainya. Walau begitu, kehadiran mereka membuatkan manusia perak melarikan diri.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki hembuskan nafas terakhir 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah tiada akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melnggar perintah berkvrung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan sudah tiada dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.

Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”

Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.

Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan sudah hembuskan nafas terkahir dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun suaminya telah dibkr sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.

Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.-lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *