Kisah sedih tujuh beranak ini mendapat perhatian warganet. Rupanya mereka terpaksa catu makanan mereka sehingga anak beranak ini makan ini sahaja dalam hidup hariannya.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Gua Musang: “Kami tujuh beranak sudah 10 bulan terpaksa catu makanan dengan makan nasi sekali sehari kerana tiada duit,” kata Mat Zaid Sulaiman. Mat Zaid, 41, yang tinggal di rumah usang yang sudah separuh roboh di Kampung Jelaping, dekat sini, malu untuk meminta sedekah daripada penduduk sekampung walaupun terdesak. Katanya, dia berdepan dengan keadaan itu kerana upah menoreh getah terjejas teruk berikutan wabah pandemik Cov1d-19 dan disusuli musim hujan ketika ini.

“Saya lebih banyak mengajar lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun makan makanan ringan sepanjang hari termasuk biskut kering dicicah dengan teh ‘O’. Ada kalanya saya bersama isteri menit1skan air mata melihat anak diberi makanan seumpama itu sebagai menu harian walaupun kurang berzat. Malah, lauk untuk makan tengah hari pula bergantung kepada kemampuan terutama sekadar telur digoreng cicah kicap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Mat Zaid berkata, dia bingung memikirkan masa depan keluarganya dan ditambahkan pula sukar mencari peluang pekerjaan lain bagi menampung perbelanjaan. Katanya, dia tidak mengambil kisah tinggal di rumah usang itu asalkan keluarganya dapat makan setiap hari.

“Anak memahami hidup kami miskin dan terpaksa terima hakikat tidak mampu berbelanja seperti orang lain walaupun ada kalanya mereka minta lauk ayam. Paling merisaukan apabila sekolah dibuka awal tahun depan dan sudah tentu perbelanjaan besar diperlukan untuk tiga anak,” katanya.

Nak Tolong Orang Susah Dan Tak Suka Tengok Orang Susah. Adik Afi Sanggup Ambil Duit Tabung Dan Beli Sesuatu Dan Bapanya Tampil Dedah Mengenai Afi

KUALA LUMPUR, 24 Dis — “Nak tolong orang susah, tak suka tengok orang susah,” itu kata Muhammad Afizal Nor Afizan, seorang penyumbang cilik dari Petaling Jaya.Baru berusia sembilan tahun, Muhammad Afizal yang mesra dipanggil “Afi” bukan kanak-kanak biasa.

Kelmarin, beliau menyampaikan hasrat kepada bapanya yang juga ahli perniagaan Nor Afizan Ayub, 35, untuk turut sama menyumbang, membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Starex untuk dijadikan van jnzh wakaf Amal Valley.Untuk itu, Afi telah memechkan tabung simpanannya untuk membeli MPV yang akan diwakafkan sebagai van jnzh Amal Valley, yang juga badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat pengurusan jnzh secara percuma.

“Saya nak ikut walid (ayah), nak buat apa yang walid buat,” kata Afi ketika ditemubual Bernama di Teratak Amal Valley di Bandar Baru Bangi dekat sini, sempena simbolik penyerahan kunci van wakaf itu.Sekali imbas, Afi kelihatan seperti anak-anak biasa tetapi ketika mendengar cerita bapanya, ternyata anak sulung daripada dua beradik itu amat istimewa.

“Pernah dia balik rumah tanpa baju, bila saya tanya mana baju, Afi jawab dia bagi pada orang yang dia tak kenal.“Dia memang tak boleh tengok orang susah, orang tak cukup makan,” kata Nor Afizan yang mula mendedahkan anaknya (Afi) dengan kerja-kerja kebajikan (pengurusan jnzh) sejak usia empat tahun.

Tidak seperti kanak-kanak lain, Afi juga tidak merasa takut untuk membantu bapanya yang juga penyumbang utama dan sukarelawan Amal Valley, untuk menguruskan jnzh.“Kadang-kadang dia tunggu hingga malam, bantu saya uruskan jnzh,” kata Nor Afizan yang menyifatkan sikap anaknya itu berkemungkinan diwarisi daripada rutin keluarganya, termasuk bapanya Ayub Ghani yang selalu membuat kerja kebajikan setiap hujung minggu.

Nor Afizan berkata bapanya baru hembuskan nafas terakhir dua minggu lalu selepas selesai solat Subuh.Sepanjang sesi temu bual dengan Afi, penulis merasa amat terkesan dengan perkongsian dan hasrat Afi untuk membantu golongan susah dan memerlukan.Saat beliau bercerita tentang dua sahabat baiknya di sebuah sekolah di Kota Damansara yang dia cuma namakan sebagai Muiz dan Tawfiq, penulis dan bapanya mengalirkan air mata apabila melihat Afi sebak berkongsi tentang dua rakan karibnya itu.

“Muiz dia anak yatim, selalu tiada duit nak makan jadi saya belanja dia makan. Tawfiq samalah macam Muiz (orang susah),” kata Afi yang kelihatan sebak.Nor Afizan berkata beliau berkongsi cerita anaknya bukannya untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ingin membuktikan bahawa umur tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang itu membuat kebaikan.

Presiden Amal Valley Dr Azfar Hussin, yang menerima sumbangan van bagi pihak Amal Valley berkata, van wakaf bernilai RM60,000 yang sebahagiannya hasil sumbangan Afi itu, merupakan van ke-15 di bawah kendalian Amal Valley.Beliau turut menyifatkan sumbangan itu sebagai istimewa, kerana penyumbangnya baru berusia sembilan tahun tetapi sudah mahu mengikuti jejak bapanya sebagai penyumbang dan sukarelawan, bagi membantu golongan memerlukan.

“Dia (Afi) bukan saja mendengar cerita ayahnya bekerja sebagai sukarelawan tetapi berada di dalam, melihat dan membantu, menguruskan jnzh.“Anak ini tak takut, seterusnya bila dia memberi dia pech tabung sendiri itu yang kita nampak, elemen itu menyetuh hati kami sebagai sukarelawan. Sebenarnya apa kita buat bukan untuk orang lain, tetapi kembali kepada kita sendiri,” kata Dr Azfar.Sebelum mengakhiri sesi temubual dengan Afi, penulis bertanya apakah cita-cita beliau apabila dewasa kelak, Afi menjawab, ‘perdana menteri’.

Demam Pun Keluar Cari Line Internet. Atuk Sampai Tertidur Teman Cucu Cari Line Semata Nak Siapkan Tugasan Dan Ramai Luah Rasa Simpati Dengan Usaha Yang Dialami Oleh Gadis Tersebut

Gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini, bukan sahaja urusan pekerjaan, malah urusan pembelajaran juga dilakukan secara atas talian.Kedengaran menyeronokkan bagi sesetengah pelajar disebabkan tidak perlu lagi terlewat bangun untuk ke kelas atau tidak perlu bersusah payah berkejar untuk pergi ke kelas disebabkan kelas boleh ‘diakses’ melalui rumah masing-masing sahaja.

Namun, hakikatnya ‘jauh panggang dari ap1’ apabila tidak mudah sebenarnya untuk menjalani kelas online sekiranya line internet di kawasan perumahan pelajar mengalami masalah dan tidak berapa memuaskan terutama di kawasan kampung.

Namun, masalah capaian internet yang bermasalah ini sedikit pun tidak mematahkan semangat seorang gadis ini untuk tetap mengikuti kelas secara online yang diadakan oleh pensyarahnya.Masalah capaian internet di kampung

Klip video yang dimuat naik oleh seorang pemuda ini di akaun TikToknya @dhuanmilos_ mendedahkan bahawa anak saudaranya itu telah mengalami masalah untuk mengikuti kelas online gara-gara capaian internet di kampung mereka yang agak perlahan.Sumber: Instagram @Dhuan Yacob

Demam pun keluar cari line internet.Difahamkan walaupun berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat, namun gadis itu tetap gigih untuk keluar dari kampung semata-mata ingin mencari line internet untuk mengikuti kelas online. 

Lebih mengharukan, si gadis tidak berkeseorangan apabila dia turut ditemani oleh datuknya itu dalam misi ‘menjejak’ capaian internet tersebut sehinggalah mereka berhenti di tepi jalan yang dipenuhi semak samun untuk meneruskan kelas online.

Atuk sampai tertidur teman cari line .Mungkin penat selepas seharian memandu untuk mencari kawasan yang mempunyai capaian internet yang agak stabil, si datuk kelihatan tertidur pula sementara menunggu cucunya itu selesai dengan tugasannya.Sumber: TikTok @dhuanyacob

Alahai, atuk pun sweet je tunggu cucu siap kerja. Video ini akhinya tular di media sosial sehingga berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan ‘struggle’ yang dialami oleh gadis tersebut demi masa hadapannya.Tidak kurang juga ada yang turut memuji keberuntungan gadis tersebut yang memiliki seorang datuk yang gigih melakukan apa sahaja demi cucu kesayangan walaupun kudrat sudah tidak seberapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *