Jejaka ini tidak menyangka apa yang terjadi kampungnya. Dianggap ini ada kejadian terindah buatnya di tahun 2020 ini.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Megat bergambar dengan kereta miliknya selepas kemalangan berlaku. Kenangan terindah tahun 2020. Begitulah kata-kata ringkas seorang jejaka mengenai insiden kemalangan yang dialaminya pada Rabu lalu. Dalam kejadian itu, Perodua Myvi yang dipandu Megat Umar Ruslan, 21, terbabas sehingga jatuh ke dalam sawah padi. Mesra disapa Megat, dia juga sama sekali tidak menyangka kejadian yang berlaku di Arau, Perlis itu akan menjadi tular di media sosial.

“Saya balik kampung, cuti sampai tahun baharu. Masa tu saya dengan kawan di dalam kereta. Sibuk main telefon, berbual dengan kawan… sedar-sedar dah kat bawah. Kami tak cedera, keluar je terus gelak. Kemudian kakak saya post gambar kejadian tu di Twitter, tak sangka boleh viral,” ujarnya kepada mStar.

Sehingga kini, foto itu menerima lebih 9,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ia turut menerima pelbagai respon warganet termasuk yang memperkatakan mengenai kejadian-kejadian sebelum ini melibatkan kereta Myvi.

Saya balik kampung untuk cari ketenangan. Rumah di kampung pun dekat dengan sawah.

Ujar Megat, dia tidak kisah dengan segala komen yang ditinggalkan dan menganggap ia sebagai hiburan sahaja. Menurut juruteknik sistem fiber yang bekerja di ibu negara itu, keretanya juga tidak mengalami sebarang kerosakan teruk.

“Calar-calar manja je kereta tu. Kemudian tarik naik ke atas jalan dengan bantuan orang kampung, guna traktor sawah. Ini kejadian malang pertama. Kenangan terindah 2020,” ujarnya berseloroh.

Kereta Megat dibawa keluar dengan bantuan penduduk kampung.

Dalam pada itu, Megat mendedahkan dia mengambil cuti hujung tahun untuk pulang berehat seketika di kampung. “Sekarang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Duduk KL pun buat benda sama je. Saya balik kampung untuk cari ketenangan. Rumah di kampung pun dekat dengan sawah. Boleh memancing, petang-petang pusing sawah,” ujarnya lagi.

Sultan Johor Menghadiahkan Kereta Kepada Pegawai Dan Kakitangan Hospital. Hadiah Itu Diberi Atas Dasar Komitmen.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad Diraja HSA.

Pengarah HSA, Dr. Mohtar Pungut@Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd. Firdaus Shamsuddin masing-masing menerima sebuah Proton X70. Selain itu, Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman pula masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.

Posting di Facebook rasmi baginda memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka. Majlis tersebut disempurnakan oleh wakil kepada baginda, Dato’ Perdana Dalam, Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa.

Dikatakan Riak Hadiahkan Kereta Buat Pekerja. Ini Pula Reaksi Dari Suami Kepada Tya Ariffin Susulan Berita Pemberian Hadiah Tersebut Menjadi Bualan Ramai

Usahawan selebriti, Tya Ariffin yang kini menjalankan perniagaan makanan kesihatan sering mendapat perhatian daripada warganet selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah dan berjenama kepada pekerja di syarikat perusahaan bersama suaminya, Asyraf Khalid.

Terbaru, pelakon kelahiran dari Indonesia ini sekali lagi menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada pekerjanya. “TYA ARIFIN & ASYRAF KHALID HADIAHKAN KERETA PADA STAFF SEKALI LAGI ???,” tulisnya.Lalu, suami kepada Tya iaitu Asyraf memaklumkan niat murni ini sebagai tanda penghargaan yang ikhlas kepada pekerja yang telah bertungkus lumus menjayakan perniagaan miliknya.

“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini.“Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk sama sama mencapai impian yang disasarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf mengakui ada menerima kritikan dan komen negatif daripada warganet terhadap isterinya.Meski ada yang memberi kritikan, ada juga yang memuji niat murni usahawan berkenaan bersama pekerja. Video: Instagram Tya Ariffin

Terdahulu Tya Arifin Hadiahkan Kereta Buat Seorang Pekerja. Terbaru Dia Dan Suami Hadiahkan Dua Pekerja Ini Hadiah Yang Lumayan Atas Satu Sebab Ini

Asyraf dan Tya menghadiahkan kereta jenama Volkswagen kepada dua orang pekerja. LEBIH dua tahun menjalankan perniagaan jamu Mutyara Beauty, ahli perniagaan Asyraf Khalid dan isterinya pelakon Indonesia Tya Arifin berkongsi kejayaan dengan menghadiahkan kereta mewah kepada dua orang pekerja mereka.

Asyraf, 28, yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersyukur kerana dikurniakan kakitangan yang berdedikasi dan komited dalam usaha menjayakan perniagaan itu.“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited.

Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama-sama meneruskan empayar ini.“Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu.

Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergoleek.

“Alhamdulillah dulu kami hanya ada dua ke tiga orang staf saja. Kini ia bercambah seiring dengan peredaran masa, ” kata Asyraf.Dua orang kakitangan Mutyara iaitu Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, dihadiahkan kereta jenama Volkswagen berikutan prestasi serta dedikasi kerja mereka.

Dalam pada itu, Asyraf turut bercerita tentang pengalamannya menempuh kesukaran demi mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi.“Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ini. Ada antaranya turut kecundng di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergoleek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.

Kereta Volkswagen yang dihadiahkan kepada dua orang staf Mutyara Beauty.“Tiada jaminan dalam hidup ini. Ada ketikanya kita boleh berada di atas. Dan mungkin esok lusa, kita jatuh terduduk di bawah. Itulah putaran kehidupan.“Namun untuk saya memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan, ” ujarnya.Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 3, dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia setahun.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *