Wajah dipenuhi ruam merah selepas disahkan positif Covid19 . Akhirnya Dewi Perssik buat perkongsian tentang perkembangan terkini tentang dirinya

artis

SETELAH sebulan mengasingkan diri, akhirnya penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Perssik tampil mengakui dia kini dalam proses pemulihan selepas disahkan positif Covid-19 bulan lalu.Dewi Perssik atau nama sebenarnya, Dewi Murya Agung, 35, membuat pendedahan mengejutkan itu menerusi Instagram.

Bersama pengakuan itu penyanyi lagu Semua Karena Cinta berkenaan turut berkongsi foto menunjukkan ruam merah di bahagian wajah dan dadanya.”Saya sakit kena Covid-19. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk sihat, saya sudah sembuh sekarang.

Dewi Perssik berkongsikan pengalamannya dijangkiti Covid-19.“Saya salah seorang yang beruntung untuk sembuh, sudah periksa dua kali Alhamdulillah dan disahkan negatif. Sekarang sudah sembuh dan dalam proses pemulihan,” katanya.Bercerita mengenai kesan ruam yang kini mula menghilang itu, Dewi Perssik berkata ia merupakan gejala bagi individu yang terkena 20 peratus Covid-19.

“Kemerahan ini timbul daripada mereka yang 20 peratus dijangkiti Covid-19. Saya fikir semua ini adalah satu teguran daripada Allah dan untuk mengggurkan dosa saya.”Mungkin disebabkan jadual aktiviti seni yang padat sehingga kurang rehat menyebabkan diriku dijangkiti Covid-19,” ujarnya.

Dewi Perssik juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati dan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan pandemik itu daripada tersebar.Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini turut merakamkan penghargaan terhadap petugas barisan hadapan.

“Covid-19 adalah suatu perkara yang nyata (benar-benar berlaku). Sekurang-kurangnya saya tidak menjadi pembnh dengan menyebarkan virus itu ke mana-mana.”Gejala yang saya alami adalah gejala ringan… yang lebih berbahaya itu adalah orang tanpa gejala, kerana dia tetap merasa sihat dan berpotensi untuk menularkan terutama kepada golongan yang berisiko,” katanya.Dalam entri itu juga, Dewi Perssik menzahirkan ucapan penghargaan buat semua petugas barisan hadapan yang sentiasa bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan penularan Covid-19 dapat dihapuskan.

Pernah Mendapat Gelaran Lelaki Genius Ketika Usianya Baru Mencecah 17 Tahun. Lelaki Ini Kejutkan Orang Ramai Apabila Dia Pernah Meramal Kewujudan COVID19 Dan Berkongsi Cara Untuk Tamatkannya

Kalau dulu kita ada Nujum Pak Belalang yang ‘mahir’ meramal perkara tersembunyi, kini seorang ahli Matematik, Luthias McCash mengatakan dirinya telah meramal kewujudan pandemik Corona Virus.Bukan itu sahaja, menurut McCash dia juga telah meramal bahawa wabak ini tidak akan tamat melainkan kita mengambil langkah untuk melakukan l0ckdown.

‘Lelaki genius!

Lelaki yang berasal daripada Scotland ini pernah dianugerahkan dengan gelaran ‘Lelaki Genius’ ketika usianya baru mencecah 17 tahun.Apa yang menakjubkan McCash seawal usia 16 tahun telah memulakan penulisan ilmiah pertamanya mengenai model penyebaran barah.

Melihat kepada tahap kebijaksaan yang dimilikinya, rakan penyelidik di University of Leicester turut mengakui bahawa latar belakangnya dalam bidang matematik gunaan dan pemodelan matematik membolehkan McCash untuk memahami sifat pandemik Covid-19 ini.

“Boleh tersebar selama lebih kurang dua tahun”Bukan itu sahaja, McCash turut memberi amaran kepada negara-negara yang menamatkan perintah berkurung lebih awal daripada yang sepatutnya.Menurutnya, negara yang menamatkan ‘lockdown’ dengan lebih awal akan berhadapan dengan kitaran kebangkitan virus yang dijangka berlaku sekurang-kurangnya selama dua tahun lapor Mirror.Co.

Bercakap mengenasi vaksin virus yang sedang diusahakan oleh banyak negara, McCash akui mempunyai keraguan terhadap penciptaan vaksin itu.Sekurang-kurangnya empat perlima daripada penduduk perlu dikenakan vaksin itu dengan berkesan bagi membolehkan penyebaran wabak ini dibendung.

Menurut McCash lagi, segala perkara yang telah diramal adalah tepat setakat ini. Jadi bagi membendung penyebaran wabak ini, dia menyarankan agar invidividu menjalani kuarantin kendiri, sekurang-kurang untuk 12 bulan.

Dia juga dikatakan jarang ke luar dari rumah sejak Mac lalu,  melainkan untuk membawa haiwan peliharaannya ke pantai, dan membeli makanan.So korang rasa macam mana, boleh ke buat total l0ckdown bagi membasmi Covid-19 ni?

Tular Sekeping Foto Doktor Memeluk Seorang Pesakit Covid19. Dr Varon Dedahkan Situasi Sebenar Yang Berlaku Dengan Pesakit Tersebut Yang Membuatkan Warganet Turut Sebak

SEKEPING foto yang menunjukkan seorang doktor memeluk seorang pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) mengundang sebak.Doktor berkenaan, Dr Joseph Varon, yang merupakan ketua staf di United Memorial Medical Center di Houston di Amerika Syarikat berkata, dia menyedari pesakit itu terlalu beremosi pada hari Thanksgiving.

Dr Varon, yang mengetuai unit Covid-19 dan berpakaian lengkap PPE berkata, dia memutuskan untuk memeluk lelaki itu.Foto yang menyentuh perasaan itu dirakamkan oleh seorang jurugambar Getty sehingga menjadi tular.Bercakap kepada Good Morning America: “Dia sangat sedih kerana dia di dalam sebuah bilik dan tidak mengenali sesiapa.

“Kami datang berpakaian seperti angkasawan, walaupun terdapat gambar saya dibawa bersama apabila bertemu mereka, ia membuatkan pesakit sedih dan dia begitu beremosi.”Mendengar (emosinya), saya memeluknya,” katanya.Menurut Dr Varon, ketika kejadian dia bertugas pada hari yang ke-252 sejak pandemik, malah pernah bertugas sehingga 16 jam.

Tular Di India. Suami Ini Sanggup Bohong Isteri Kononnya Terkena Virus COVID19. Lebih Mengejutkan Apabila Terbongkar Rahsia Sebenar Di Sebalik Kata Kata Suaminya Itu

Covid-19 memang menaktkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ni (yang waras) nak diri mereka dijangkiti virus Covid-19. Tapi, lain pula cerita dekat India di mana seorang suami menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas. Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkiti Covid-19 dan ‘tak ada harapan’ untuk hidup lagi.

Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus tutupkan panggilan telefon tersebut. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang tiba-tiba macam itu kan? Apatah lagi dia dijangkiti virus yang membawa ke arah pemergian. Itulah perasan isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.

Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan. Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.

Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri. Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi sasaran jnyh.

Tapi, semuanya terbongkar apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya. Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah lelaki itu menjadi tular di media tempatan.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *