Rupa rupanya getah tayar dah terkeluar rim. Remaja ini terpaksa tolak motor sendirian dan tak sangka seorang uncle muncul dan beri bantuan

Viral

Perkongsian seorang remaja mengenai kisahnya dibantu lelaki India ketika tayar motosikalnya pcah, menjadi tular di Twitter.BAGI penunggang motosikal, situasi kehabisan minyak petrol atau motosikal mengalami kerosakan ketika sedang menunggang di lebuh raya adalah antara perkara yang menaktkan mereka.

Begitu jugalah halnya dengan remaja ini apabila tayar belakang motosikalnya pech ketika menunggang berseorangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).Bayangkan, lokasi kejadian ketika itu berjauhan dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) manakala susur tol paling hampir pula terletak kira-kira 10 kilometer jauhnya.

Namun siapa sangka, kehadiran seorang pemandu lori berbangsa India membuatkan remaja ini terhutang budi dengan pertolongan ikhlasnya.Mengimbas kembali peristiwa itu, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Danish berkata ketika itu dia dalam perjalanan dari Tapah ke Ipoh bagi mengambil tayar motosikalnya yang ditinggalkan di rumah sahabatnya.

“Rancangannya, saya ke rumah abang dulu di Ipoh untuk pinjam keretanya dan kemudian ke rumah rakan untuk ambil tayar. Tak sangka tayar motor yang saya naik tu pech. Ironi pula.Seorang lelaki India menawarkan bantuan untuk menghantar Danish ke bengkel dengan menaiki lorinya.

“Ketika menunggang, saya rasa goyang-goyang tapi bawak perlahan-lahan. Tapi makin tak boleh dikawal dan saya berhenti di lorong kecemasan. Rupa-rupanya getah tayar dah terkeluar rim.”Saya terus telefon polis peronda PLUS… 10 minit kemudian mereka tiba, tapi tak dapat bantu kerana di luar kemampuan mereka. Tiada pilihan, saya terpaksa tolak motor perlahan-lahan untuk ke susur Plaza Tol Gopeng yang terletak kira-kira 10 kilometer dari situ,” ujar remaja berusia 18 tahun ini.

Menurut Danish, kira-kira 10 minit menolak motosikalnya seorang diri, tiba-tiba sebuah lori berhenti di lorong kecemasan sejauh kira-kira 50 meter di hadapannya.”Saya ingatkan lori tu rosak… tapi pemandu dia tak keluar pun. Bila motor saya hampir, barulah pemandunya keluar. Dia tengok tayar motor saya dan offer untuk tolong hantarkan.

“Saya beritahu nak ke Ipoh. Dia pun beritahu nak ke lokasi sama. Saya mulanya segan sebab takut menyusahkan tapi dia tetap nak tolong.
Danish membuat ciapan di Twitter kerana mahu berkongsi kisah kemanisan perpaduan sebagai rakyat Malaysia.“Uncle tu walaupun dah berusia, tapi tenaganya memang kuat. Dia yang tolong angkat motor ke atas lori, saya pula jaga bahagian belakang.

“Syukur sangat uncle ni berhentikan lori dan offer bantuan. Sebelum tu saya tak tahan mana-mana kenderaan pun sebab tak nak menyusahkan orang,” katanya yang juga pelajar sebuah Kolej Matrikulasi di Kedah.Kata remaja ini lagi, lelaki berkenaan menghantarnya ke sebuah bengkel motosikal sebelum berlalu pergi kerana mempunyai urusan lain.

“Masa sampai di bengkel dan motor diturunkan dari lori, uncle tu macam nak bergerak. Mungkin ada urusan lain kot. Saya sempat hulur sagu hati kerana terharu dengan bantuannya.”Tapi Uncle menolak walau saya berkali-kali nak bagi. Dia kata ‘saya nampak awak tengah susah, saya cuma tolong saja’. Saya pun minta nak bergambar dengannya, saya beritahu nak tunjuk pada keluarga.

“Tapi saya tak sempat pula nak minta nombor telefon dia. Saya memang terhutang budi sangat dengan uncle tu,” kata Danish lagi.warganet turut sama melahirkan rasa terharu dengan kebaikan lelaki India yang membantu Danish.Tambah remaja ini, perkongsiannya di laman Twitter baru-baru ini kerana mahu berkongsi kisah ‘kemanisan perpaduan’ berdasarkan pengalaman sendiri.

“Tak sangka pula tular… mudah-mudahan kisah ini menjadi inspirasi untuk kita saling tolong menolong tak kira bangsa.”Dalam masa yang sama saya harap ia membuka mata orang ramai mengenai pentingnya nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa,” ujarnya lagi.Sehingga kini, perkongsian Danish di Twitter meraih 6,500 retweet dan 11,600 likes.

Suami Terlebih Bijak Sampai Basuh Motosikal Dalam Sungai. Isteri Geram Sebab Ramai Warganet Komen Negatif Tapi Ini Pula Yang Suami Dia Terima Keesokan Harinya

Seorang pemuda yang bernama Muhamad Shafiq dari Dunggun Terengganu dirakam isterinya sedang seronok membasuh motosikal di sungai. APLIKASI TikTok ini tidak asing dengan kandungan kreatif yang melucukan walaupun hakikatnya tak seindah yang dirasai.

Ada juga video-video menunjukkan kesedihan dan bukan niat merakam semata-mata untuk kandungan TikTok, tetapi menjadi sesuatu yang unik dan mencuit hati warganet apabila dimuat naik dan dikenakan dengan lagu tular di aplikasi tersebut.Ini termasuk satu video tular apabila seorang pemuda mengambil tindakan untuk membasuh motosikalnya di dalam sungai baru-baru ini.

“Nak basuh motor, last-last motor tak hidup,” tulisnya di kapsyen TikTok itu. Video yang tular tersebut adalah dari akaun TikTok isteri pemuda berkenaan yang merakam gelagat suaminya di Sungai Sura Hujung atau lebih dikenali sebagai Sungai Pacho di Dungun, Terengganu itu pada Jumaat lalu.

Nisa atau nama sebenarnya Anisa Suhaila Moktar berkata, asalnya video tersebut dirakam sekadar suka-suka dan tidak terfikir untuk di muat naik di TikTok.”Rakaman itu hanya biasa-biasa sahaja, tetapi apabila sebaliknya yang terjadi, saya sengaja masukkan dalam akaun TikTok saya dan kebetulan kena pulak dengan lagu Oh No tu,” kata gadis berusia 23 tahun itu.

Nisa dan suaminya baru sahaja berkahwin Ogos lalu.Berkongsi cerita kepada mStar, Nisa memberitahu dia terkejut apabila diajak suaminya untuk menemaninya membasuh motosikal di kawasan sungai. Sebelum itu katanya dia sudah menasihati suaminya kerana bimbang boleh menyebabkan motosikal itu rosak tetapi berdasarkan pengalaman motosikalnya tidak pernah berdepan masalah sekalipun meredah aliran air yang tinggi.”Setiap tahun banjir, motosikal suami saya tu memang tak pernah rosak walaupun air tinggi. Suami terlampau yakin dengan motosikal dia, dah lah terlebih bijak pula, itu yang basuh motosikal dalam sungai.

“Tengah seronok dok membasuh, tiba-tiba nak balik motosikal tak boleh hidup. Dah lah air tinggi dan nak tolak pun susah sebab berat sangat. Jadi saya lah kena tolong dia.”Nasib baik masa tu ada lagi seorang kawan perempuan saya, sesudah sahaja keluar dari sungai tu, kawan saya pun tolong tunda motosikal kami sampai ke rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nisa berkata, suaminya itu memang suka buat benda-benda pelik yang tak masuk akal.”Suami saya memang macam tu, suka buat benda pelik, kadang terhibur kadang sakit hati juga. Contoh macam motosikal ni, tak fasal-fasal kena baiki beratus ringgit.

“Motosikal mula tu tak hidup terus, lepas dah dia baiki sikit, motosikal itu boleh juga hidup dan bergerak cuma sekarang dia hantar bengkel untuk check balik.”Saya tak larat nak bebel bebel dah,” Nisa sempat berseloroh.Paparan skrin dalam video tular itu.

Malah tambahnya, dia tidak kisah warganet tinggalkan komen-komen negatif kerana akui tindakan suaminya itu memang sesuatu yang jarang dilakukan sesiapa sahaja.”Banyak yang komen kata dia bod0h dan sebagainya, saya tahu mereka pun macam saya geram dengan dia.

“Saya ada cakap, kalau 40 kali orang kata bod0h. Nanti jadi bod0h sungguh baru tahu,” ujarnya.Bagaimanpun, Nisa mendedahkan bahawa keesokkan harinya, mereka menerima panggilan memaklumkan motosikal yang sudah lama mereka tempah sudah sampai.

“Kami memang dah lama booking motosikal jenis Ysuku, tak sangka lepas kejadian di sungai, motosikal tu pun sampai keesokkan hari. Nasib baik la.”Saya rasa suami saya ni dapat agak yang motosikal baru nak sampai, sebab tu dia buat hal,” ujarnya

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *