Pengantin lelaki langsung tak muncul semasa akad nikah. Berikut penjelasan dari pengantin lelaki berkenaan video tersebut

Viral

Sebelum ini, kisah mengenai seorang pengantin lelaki tidak muncul semasa majlis akad nikah mendapat perhatian warganet. Momen-momen tersebut telah dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pengantin perempuan. Apa yang menyed1hkan, apabila segala persiapan yang rapi telah dibuat, namun perkahwinan tersebut tidak berlangsung seperti mana yang telah dirancangkan.

Terbaru, menerusi ruangan komen keluarga kepada pengantin lelaki tampil menjelaskan perkara yang sebenar.Dah 2 tahun kahwin.Kakak ipar kepada pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Emily Dzawir, menerusi komen menjelaskan perkara sebenar apa yang telah terjadi. Jelas wanita tersebut, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dipercayai, dilakukan demi content buat orang ramai. Tidak berakhir di situ, suami ‘pengantin’ wanita itu juga pernah, memfailkan perpisahan kepadanya namum dihalang oleh keluarganya sendiri.

Bila disoal mengapa berbuat sedemikian, dia (pengantin) mendakwa video tersebut dibuat demi meraih like, views, dan untuk marketing perniagaanya.  Kini, kesemua video tersebut telah dipadam olehnya dan tidak dapat lagi dilihat bagi tontonan umum.Demi content sanggup

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan wanita tersebut yang dikatakan ‘mengejar’ populariti. Tambahan pula, warganet turut mempersoalkan tindakannya yang seolah-olah tidak menjaga perasaan suaminya sendiri dan melakukan perkara yang tidak ‘normal’ demi meraih simpati orang ramai.

Terdahulu, Atiqah memuat naik beberapa video di TikTok menceritakan ketabahannya diuji apabila bakal suaminya tidak menghadirkan diri semasa majlis akad nikah mereka berdua. Fuh tert1pu satu Malaysia ya!Sumber: Facebook

Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid Yang Muda 10 Tahun Daripadanya. Tular Cikgu Cantik Ini Berkahwin Dengan Anak Murid Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Siapa sangka seorang wanita yang sering disindir anak dara tua akhirnya bertemu jodoh dengan anak murid sendiri yang muda 10 tahun daripada usianya.Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir yang berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.

” Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.” Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok.Muhrianti berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas tempat remaja itu bersekolah namun hubungan pada waktu itu sekadar sebagai guru dan pelajar.

Mereka menjadi semakin rapat apabila sama-sama terlibat dalam satu karnival anjuran sekolah.” Secara kebetulan, guru kaunseling meminta suami untuk menolong saya di karnival itu.” Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan.

Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” jelasnya.Setelah Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri.

” Pada awalnya biasa-biasa saja, belum timbul perasaan lagi, kami berbual dan berbalas mesej pun seperti biasa saja ,” imbuhnya.” Semakin hampir dengan peperiksaan SMA, jadi makin dekat akhirnya.”” Tapi belum bercinta lagi, kerana masih menjaga hubungan sebagai seorang guru dan murid,” jelas Muhrianti.

Setelah Abdul tamat pengajian dan bekerja, dia akhirnya melamar wanita yang juga merupakan seorang Youtuber dikenali sebagai Miss Yanti itu.” Selepas tamat pengajian di SMA, dia mula mencari kerja.” Akhirnya dia melamar saya dan saya terima.

” Saya akhirnya sedar, saya juga suka sama dia,” luah Muhrianti.Dalam pada itu, kisah seorang guru wanita yang akhirnya berkahwin dengan pelajar sendiri pernah juga berlaku di negara kita.Sebelum ini, menerusi mStar Online pada 2018, Muhammad Hazim Shahidan menceritakan detik manis pertemuan bersama Cikgu Aishah.

Muhammad Hazim memberitahu perhubungan bermula hanya dengan usik mengusik di sekolah. Selepas tamat SPM pada 2015, episod cinta antara mereka mula hadir sewaktu dia mahu melanjutkan pelajaran ke sebuah koleh swasta di Bangi.” Isteri saya adalah cikgu subjek Fizik kelas saya. Saya suka mengusik dan bergurau dengan dia. Saya pernah kata suatu hari nanti saya akan menikahinya.

” Ada suatu ketika, saya pernah kata cikgu tunggu saya lima tahun je, masa tu saya berumur 21 tahun, saya akan masuk meminang cikgu. Dia dengan selamba menjawab, kalau nak tunggu kamu, tualah saya kalau macam tu.” Takdir Allah, benarlah kata-kata itu satu doa. Lima tahun kemudian, saya benar-benar meminangnya dan dengan restu kedua ibu bapa, kami bernikah dan bergelar suami isteri yang sah.” ujar Hazim.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Pernah Tular Gadis 18 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Berumur 62 Tahun. Pengantin Perempuan Ini Tampil Beri Ayat Padu Kepada Warganet

Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun Selepas Hampir Setahun Berkahwin Inilah 5 Foto Terbaru Yang Amat Memeranjatkan | Pada mulanya, foto ini dikongsi Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook,

Foto-foto itu tersebar luas di media sosial dah dikongsi oleh warganet dengan pelbagai tulisan yang kebanyakan menjadikan perkahwinan ini sebagai bahan lawakan. Ada yang mengatakan ia sepatutnya menjadi pasangan seperti seorang anak dan bapa, cucu perempuan dengan datuk.

Nur Nazirah Nazri18 tahun yang berumur 18 tahun. Allahu, kesakitan menembusi hati orang lemah. Hahahahaha, tulis halaman Lawak Picture Association dengan emosi tertawa tertawa. Menyedari perkahwinannya yang dianggap sebagai lelucon, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri menjawab.

Hina sangat muda berkahwin dengan ibu bapa? Perkahwinan saya adalah perkawinan sah, bukannya buncit (hamil) dahulu baru kawin, soal Nasirah kepada warganet.Nur Nasirah mengakui pada mulanya hanya senyap apabila foto perkahwinan foto tersebar di Instagram.

Tetapi orang ramai yang ups (jawatan masih di atas), jadi saya kehilangan k3sabaran. Bagi mereka yang ingin kebahagiaan saya, saya sangat berterima kasih dan saya ucapkan terima kasih, menulis Nasirah lagi.Tetapi ada juga orang warganet yang membawa kata-kata semangat kepada pasangan ini. Jangan rasa macamtu adik, saya gembira, Wallahi ,, Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah,

Saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab rare jer, Dalam Jannah, tak de beza umur dah, semua umur yang sama, kata Faten Nasyrah Zulkifli.Nur Nazirah Nazri Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan,

Bagus adik kawin awal, kakak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya ? Lihatlah kemudian, kata Aliah Amanee.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : apacerita

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *