Hanya bermodalkan RM370. Wanita ini yang dahulunya gaji RM1300. Terkini dia mampu capai RM300 ribu sebulan dalam sekelip mata

OH WANITA

Benar kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Setiap orang dikurniakan rezeki yang berbeza. Ada yang diberi rezeki kesihatan tubuh badan, rezeki dalam kebahagian rumah tangga, rezeki wang dan harta serta rezeki bertemu dengan orang-orang yang baik.Tak pernah terfikir akan berada diposisi seperti sekarang, wanita dari Sabah ini bersyukur hidupnya berubah 360 darjah sebaik bertemu orang-orang yang baik dan hebat.

Gaji lepas tolak semua tinggal RM300.Bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai seorang pembantu akaun, Quilin Madeyok dibayar RM1,300 untuk menyara hidup setiap bulan.Lebih parah, gaji itu setelah ditolak semua tanggungan, baki duitnya hanya tinggal RM300 sahaja.Mungkin bukan Quilin seorang yang menghadapi masalah yang sama, ada juga segelintir daripada kita berdepan situasi sama.Anak mana yang tak ingin bantu mak ayah? Keluarga? Apakan daya, gaji yang kecil membuatkan semuanya terbatas.

Kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita pelangi.Siapa sangka perancangan Allah lebih hebat.Segalanya bermula apabila Quilin bertemu dengan orang dan produk yang betul. Bermula sebagai pengguna tegar kerana ingin mengatasi masalah rambut gugrnya, lama-kelamaan, manfaat itu dirasakan perlu dikongsi sekaligus menjana pendapatanya.Selepas tiga tahun Quilin bersama Faith Fleur, dia kini antara orang hebat dibawah jenama tersebut.

Berbekalkan RM370 sebagai modal memulakan jualan sampingan, Quilin kini mampu menghasilkan lebih RM300,000 sebulan berbeza dengan apa yang dirasainya tiga tahun lalu.Berkat mentor yang selalu membimbingnya tanpa putus asa, hasrat Quilin menjadi orang berjaya tercapai. Siapa sangka dulu hanya makan gaji RM1,300 sebulan, kini pendapatannya beratus kali ganda.

Sama seperti orang lain, Quilin juga bermula dengan skala yang kecil. Jadikan rumah sebagai stor, sehinggalah mampu membuka pejabat urusan sendiri di Kuching.Usaha serta tekad ingin mengubah nasib keluarga, mendapatkan apa yang diinginkan dan melangsaikan hutang menjadi antara asbab Quilin tidak putus asa dan yakin bersama Faith Fleur.

Keberkesanan rangkaian produk Faith Fleur diakui puluhan ribu penggunanya.Mahu melihat lebih ramai orang berjaya mengubah kehidupan masing-masing, Quilin ingin mengajak wanita di luar sana menyertai pasukannya untuk bersama-sama menjana pendapatan menjadi dropship Faith Fleur.Jika Quilin mampu mengubah kehidupannya dan kini bergelar jutawan, anda juga pasti boleh melakukannya.Untuk maklumat lanjut, hubungi atau WhatsApp 012-5144251 atau layari www.faithfleur.my. Ikuti juga Faith Fleur HQ di Facebook dan Instagram.

Berjaya Beli Gelang Tangan Berharga RM36 000 Dan Iphone12 Serta Dua Motorsikal Buat Ayah Serta Tunangnya. Gadis 19 Tahun Ini Sudah Mampu Reward Untuk Diri Sendiri

Nur Afiqah Adlina berkongsi kisah kejayaannya yang meraih keuntungan berganda hasil perniagaan produk pemutih kulit.BUKAN senang nak senang, bukan susah nak ubah.Ternyata ramai anak muda yang berjaya dengan hasil gigih menjalankan perniagaan sendiri.Begitulah kisah gadis 19 tahun ini apabila dia berkongsi kejayaannya yang sangat luar biasa menerusi video di aplikasi TikTok.

“Belajar tak tinggi tak semestinya tak berjaya. Umur bukan penghalang untuk kita cuba sesuatu perkara. Alhamdulillah dah dapat kejar impian ku. Syukur,” tulisnya pada kapsyen TikTok tersebut.Sehingga kini perkongsian video tersebut telah meraih 43,000 likes dan 600 komen di aplikasi TikTok.

Empunya diri bernama Nur Afiqah Adlina Rosli yang berasal dari Besut, Terengganu mendedahkan, bisnesnya hanya setahun jagung tetapi sudah banyak impiannya telah tercapai.Dia yang menjual barang kecantikan iaitu produk putih seluruh badan itu berjaya membeli gelang tangan berharga RM36,000 untuk dirinya, manakala Iphone yang terbaharu iaitu Iphone12, dan dua motorsikal buat ayah serta tunangnya.

Seutas rantai tangan emas sebagai hadiah kepada diri sendiri hasil keuntungan perniagaannya.“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat.. Gelang yang saya beli itu hasil kumpul untung jual produk dalam masa sebulan sahaja iaitu pada November.

“Begitu juga motorsikal untuk ayah dan tunang, untung bulan September saya beli motor kepada ayah dan untung bulan Oktober pula buat tunang.”Hasil titik peluh saya ini semua berkat doa ibu dan ayah yang tak pernah henti,” bercerita kepada mStar.

Berkongsi rutin sehariannya, dia lebih mesra disapa Adlina berkata, dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dia akan membantu ibu dan ayahnya di kedai makan dan selepas itu barulah dia memberi tumpuan kepada bisnesnya itu.Dia juga menerima antara 1,000 hingga 2,000 WhatsApp sehari dari pelanggan untuk membeli produknya.

Adlina berkongsi foto testimoni hasil penggunaan produk pemutih kulit yang dijualnya.“Kalau pagi sampai petang saya memang ada di kedai makan ibu dan ayah, tolong mereka apa yang patut.”Balik dari kedai makan barulah saya beri tumpuan pada bisnes. Semua saya buat sendiri, ambik order, COD dan postage. Cuma kadang lepas dah ambik produk di kilang, adik beradik tolong buat packing.

“Dulu mula-mula saya jual produk ni, sehari dalam 100 ke 200 saja orang WhatsApp tapi sekarang dah sampai beribu. Kadang tu sampai pukul 4 atau 5 pagi saya masih balas mesej pelanggan.”Saya memang tak percaya orang luar sebab tu saya usaha buat semua sendiri biar saya rasa penat nak cari duit tu macam mana,” ujarnya.

Menurut bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga Mac depan, dalam tempoh sehari hasil jualannya boleh mencecah hampir 50,000 ke 100,000 botol produk.”Sekarang saya tengah buat persiapan kahwin,” ujarnya.Dalam nada sebak, anak sulung daripada empat beradik itu berkata hidupnya kini bagai mimpi.

“Modal 4,000 yang saya keluarkan itu hasil daripada kerja dengan ibu dan ayah di kedai makan.”Sejujurnya, keluarga yang banyak bantu saya selama ini dan memang niat saya lepas kahwin nak hadiahkan ibu dan ayah menunaikan umrah.

Adlina bersama keluarga yang menjadi tulang belakangnya.“Macam-macam saya kena kritik, bukan kata warganet sahaja malah adik beradik pun ada yang kata macam-macam kononnya produk saya hakis kulit, produk t1pu dan sebagainya,” ujarnya.

Katanya lagi, produk yang dijualnya itu Shinyvit Skin lagi maju jika ramai warganet yang memberi kritikan.Kalau mereka tulis komen yang bukan-bukan, esok pasti WhatsApp masuk pesanan berlipat ganda jumlahnya.Kunci kejayaan Adlina adalah sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah dirinya.

AJK Masjid Terima Duit Gulung RM100 Tapi Bila Sekali Tak Terima Orang Masjid Jadi Gelisah Menjadi Tanda Tanya Dan Rupanya Ini Sebabnya Mereka Gelisah. Penderma Misteri Ini Sering Gunakan Duit Lama Dan Akan Menderma Setiap Hari Jumaat.

Seorang remaja berkongsi pengalaman mengenai penderma misteri yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Masjid bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.

Sedekah akan menjadi lebih rancak ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma. Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.

Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat. Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung. Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya kepada mStar sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.

Duit gulung RM1 yang sering dijumpai sewaktu mengira tabung derma.

Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama. “Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100. Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya. Walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma misteri itu.

Bila tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.

Anak keempat daripada lima beradik itu bagaimanapun tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu. Aidil berkata, penderma misteri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan buruk sangka.

“Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1. Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.

Di sebalik gulung RM1, tersembunyi wang kertas RM100.

Selain identiti penderma misteri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah. “Hampir setiap Jumaat ada gulungan RM1 tu, jadi bila kami kira duit selepas solat Jumaat tetapi tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid. Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada urusan kerja. Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *