Terdapat sesuatu berwarna pink dijumpai direndam bersama sama kuah bakso. Penjual bakso ini akhirnya mengaku perbuatan dia sejak 10 tahun lalu

Viral

Bagi sesetengah orang, pemakaian ‘pelaris’ digunakan di kedai-kedai bagi menarik lebih ramai pelanggan. Walaupun tahu hukum pemakaian ‘pelaris’ ini adalah haram di sisi agama Islam disebabkan menyekutukan Allah, namun, masih terdapat lagi individu yang mempratikkan amalan ‘kuno’ ini di zaman yang serba moden untuk mendapatkan kemewahan.

Tular baru-baru ini di media sosial mengenai sebuah klip video yang dirakam oleh seorang Youtuber Paranormal dari Indonesia, Roy Kiyoshi yang telah berkunjung ke sebuah gerai makan yang menjual bakso.Berdasarkan video yang berdurasi selama beberapa saat itu, Roy kelihatan memegang sebuah kamera sambil merakam perbualannya dengan seorang wanita yang dipercayai pemilik kedai bakso tersebut.

Mesti korang ingat Roy mahu menemubual dan mempromosikan jualan hidangan bakso pemilik kedai tersebut bukan? Nah, ternyata sangkaan itu meleset sama sekali apabila Roy meminta wanita itu untuk membuka tudung periuk kuah bakso tersebut gara-gara curiga dengan ‘isi’ yang terdapat di dalamnya.Apa yang mengejutkan, terdapat sehelai seluar dalam berwarna pink dijumpai direndam bersama-sama kuah bakso dalam periuk tersebut!

Ewww what???Jadi ini dari tadi makan bakso, air rendaman seluar dalam ibu? Ia sebagai pelaris, dah 10 tahun buat.Setelah ditanya, wanita yang dikenali sebagai Siti itu mengaku telah melakukan amalan ‘terktuk’ itu untuk melariskan perniagaan baksonya. Bukan itu sahaja, dia juga mengaku telah melakukannya sejak 10 tahun yang lalu! Ujarnya lagi,Ya saya mengaku salah. Saya buat macam ni untuk jadikan sebagai pelaris. 

Difahamkan, Roy telah berkunjung ke gerai menjual bakso itu setelah dijemput sendiri oleh pemiliknya yang mengeluh gara-gara beberapa ahli keluarganya pergi buat selamanya dengan trag1s setiap 12 haribulan.Siap minta promote lagi.Bukan itu sahaja, wanita itu juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya untuk menjadi lebih laris lagi.

Aduh, ada lagi ke orang yang nak pergi? Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diluahkan daripada warganet. Ada warganet yang ternyata berasa jijik dengan perbuatan ‘keji’ wanita tersebut yang sanggup menghalalkan sesuatu yang haram. Namun ada juga warganet yang mempertikaikan kesahihan video tersebut dengan mengatakan Roy hanya mereka cerita semata-mata demi content di saluran Youtubenya.Wallahualam, sahih atau tidak, jadikan pengajaran. Sentiasa baca Bismillah sebelum makan dan minum dan amalkan ‘pendinding’ diri supaya terhindar dari sihir, pelaris dan sebagainya.

Jadikan Kicap Sebagai Ramuan Utama. Tular Satu Video Kedai Ini Gunakan Kicap Sebagai Bahan Utama Sehinggakan Dikatakan Mempunyai Chef Sendiri Mencipta Menu

Lambakan resepi makanan dan minuman hipster bukanlah sesuatu yang asing lagi pada masa kini. Biasanya makanan atau minuman ini dianggap hipster apabila dicampurkan dengan beberapa ramuan yang dianggap asing apabila disajikan bersama.

Macam pisang cheese, keropok lekor cheese, maggi boba, ais krim boba, dan nasi lemak ais krim.Tapi kalau korang rasa tu dah cukup aneh, korang patut cuba air tular yang menggunakan kicap sebagai ramuan utamanya.Es Kecap Bango!Betul-betul mahukan kelainan, gerai air yang dibuka di Indonesia ini mula tular selepas videonya dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok, @elridhani.

Menerusi perkongsian tersebut, air itu menggunakan kicap sebagai bahan utamanya, selain turut dicampurkan dengan susu, ais dan kopi. Bukan itu sahaja, kicap yang sama turut ditambah sebagai topping bagi minuman itu. Nasib baik tak ada whipped cream, kalau tak, sama level Starbucks pula nanti!

Menurut media tempatan, Kompas, idea pengeluaran produk ini terhasil daripada Unilever Food Solutions, yang mengkhususkan kepada kaedah bussiness to bussiness (B2B).Unilever juga dikatakan memilki chef sendiri untuk mencipta ramuan dan campuran daripada pebagai bahan.Maknanya air betul-betul wujud okay. Andai kata air tular ni buka dekat Malaysia, korang nak try tak?

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Bakal Pengantin Perempuan Minta Kongsi Bajet Pelamin Jurufoto.. Padahal Duit Hantaran Dah Diberi RM 13000. Bakal Suami Ungkit Mana Perginya Duit Hantaran.

Seorang lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga buntu dengan sikap tunangnya yang seolah-olah ‘demand’ melebihi kemampuannya. . Perbelanjaanuntuk sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan belanja yang bukan sedikit. Tambahan pula dengan trend terkini di mana kebanyakan pasangan lebih gemar menggunakan khidmat jurufoto atau juruvideo, katering atau perancang perkahwinan demi menjadikan hari bahagia mereka penuh bermakna. Namun bak kata pepatah, ujur baju di badan sendiri atau dengan kata mudahnya, berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing. Bagi pasangan yang memahami mungkin tidak menjadi masalah, namun tidak bagi lelaki ini apabila bakal isterinya boleh dikatakan agak ‘demand’ sehingga membuatkannya ‘pening kepala’.

“Sebenarnya tahun depan aku nak kahwin tapi aku nak buat simple je, jadi aku nak tanya perlu ke tak aku keluarkan duit untuk pelamin (RM3,500 tapi tunang minta share seorang RM1,500). Duit photographer dengan duit kad kahwin pun aku kena bayar separuh juga sedangkan aku dah bagi duit hantaran RM13,000. Lagi satu, majlis cuma buat belah perempuan je. Bukan nak cakap aku berkira tapi aku pun ada hak juga untuk bantah. Sebelum ini pun dia ada minta share buat bilik kat rumah mak ayah dia, seorang RM2,500. Aku setuju je lah sebab aku fikir nanti senang kalau balik rumah dia ada bilik nak tidur. Jadi boleh tak bagi aku pendapat?” demikian pertanyaan lelaki berkenaan. Pertanyaan itu dihantar kepada sebuah akaun Twitter, TwtWedding untuk meminta pendapat pengendali akaun berkenaan dan juga warganet.

“Kalau Lean, semua kelengkapan untuk majlis belah perempuan, biar perempuan yang tanggung, sepatutnya. Tapi jika lelaki nak support sikit, takde masalah tapi jangan sampai bebankan dia. Kalau belah lelaki takde buat majlis. Boleh je nak kongsi, tapi kena sama-sama kira bajet yang available. Lean cakap sekali lagi, jangan sampai membebankan kedua belah pihak. Lepas kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit,” demikian pendapat pengendali akaun berkenaan.

Kalau perempuan tu dah berkerja, seeloknya mudahkan urusan lelaki. Yang lelaki tu dah bagi hantaran tinggi, janganlah sampai tambah extra beban dia.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pandangan yang senada dengan meminta pasangan berkenaan berbelanja mengikut kemampuan. “Kalau perempuan tu dah berkerja, seeloknya mudahkan urusan lelaki. Yang lelaki tu dah bagi hantaran tinggi, janganlah sampai tambah extra beban dia. Perempuan ni janganlah selalu rasa diri tu betul sampai menyusahkan orang lain,” komen seorang warganet.

Antara komen warganet yang menyuarakan pandangan berdasarkan situasi yang dialami lelaki berkenaan.

“Duit hantaran itulah kau nak buat majlis nikah, bukannya pengantin laki dah bagi duit hantaran lepas tu majlis nikah sanding semua duit laki juga kena keluarkan. Takutlah tengok orang zaman sekarang nak kahwin semua benda nampak tak cukup,” komen warganet lain pula. RM13,000 tu banyak kot. Aku dulu RM10,000 je my parent minta. RM6,000 duit sendiri untuk persiapan majlis, RM4,000 lagi buat sewa rumah and beli kelengkapan rumah. Waktu musim Covid ni boleh jimat tau, jangan expect nak buat mahal-mahal,” komen warganet lain pula.

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Perginya Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *