Wanita ini mulai takut sejak usia kandungan keduanya masuk minggu ke 24 atas sebab ini. Wanita ini berkongsi cerita peristiwa hitam kehamilannya sebelum ini.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pengalaman melahirkan bayi pramatang membuatkan seorang ibu ini tr4uma dan bersungguh-sungguh menjaga kandungan seterusnya. Bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, sudah pasti mereka menginginkan zuriat sebagai penyeri dan penyambung keturunan.

Namun rezeki setiap pasangan berbeza-beza. Ada yang tidak perlu menunggu lama untuk bergelar ibu dan bapa, ada pula yang dikurniakan cahaya mata selepas lebih 10 tahun berkahwin. Ada juga wanita yang diberikan rezeki untuk hamil namun mengalami pelbagai komplikasi ketika kehamilan, sebagaimana kisah yang dilalui oleh wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ila Fyra ini. Meskipun sudah 14 tahun berlalu, apa yang dialaminya masih segar dalam ingatan dan pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

“Semasa itu saya bekerja dan masih belajar separuh masa di UKM. Ada kes pendar4han dan saya dimasukkan ke hospital. Disebabkan ini kali pertama, saya juga tiada pengalaman. Saya keluar wad dan berehat. Kemudian ada pendarahan lagi, masuk wad lagi dan kemudian keluar wad lagi. Di hospital saya dah mula rasa sakit kontraksi tetapi doktor benarkan saya balik. Sudahnya malam tersebut sakit semakin kerap dan saya kembali ke hospital. Masa tu dah buka 4cm dan doktor cuba bagi ubat untuk elakkan kontraksi datang lagi.

Pengarang jantung Ila Fyra ketika mereka masih kecil.

“Hanya sehari saya dapat bertahan, esoknya saya melahirkan bayi tersebut ketika usia kandungan 24 minggu, 6 hari seberat 635gram. Bayi kemudiannya telah pergi dua hari kemudian,” katanya kepada mStar.

Menurut wanita ini, pengalaman mengalami komplikasi ketika kehamilan sehingga kehilangan bayi yang membuatkan dirinya trauma yang bukan kepalang sehingga dia mengambil masa selama empat tahun sebelum hamil untuk kali kedua. Untuk kehamilan yang baharu, Ila Fyra berkata dia mempersiapkan diri dengan menimba sebanyak mungkin ilmu mengenai kehamilan demi mengelakkan kandungannya mengalami komplikasi yang menyebabkannya melahirkan bayi pramatang sekali lagi.

“Saya memang tr4uma dengan kehilangan anak, jadi saya berjanji pada diri sendiri yang jika hamil lagi, saya akan cuba pastikan ia tidak berlaku lagi. Dalam masa empat tahun tersebut saya memang banyak membaca dan ada berjumpa beberapa doktor untuk mendapatkan pandangan. Jadi saya faham apa yang saya perlu sekiranya saya mengandung lagi,” ujar wanita berusia 41 tahun ini.

Kedua-dua putera Ila Fyra kini berusia 10 tahun dan tujuh tahun.

Terpaksa menjalani beberapa rutin yang agak ‘ketat’ antaranya pengambilan ubat, cerclarge (j4hitan pangkal rhim) serta berehat sepenuhnya daripada kerja-kerja rumah sepanjang kehamilan seterusnya, namun menurut wanita, semuanya dilakukan demi memastikan kandungannya bertahan dan sihat.

“Hanya satu sahaja yang menguatkan diri saya iaitu untuk memastikan bayi saya sihat dan kekal di dalam kandungan sehingga cukup bulan. Pada ketika itu, hanya saya satu-satunya harapan bayi untuk bertahan. Saya juga tidak sanggup sekiranya bayi dilahirkan pramatang lagi kerana cabaran membesarkan bayi pramatang sangat sukar.

Saya memang tr4uma dengan kehilangan anak, jadi saya berjanji pada diri sendiri yang jika hamil lagi, saya akan cuba pastikan ia tidak berlaku lagi.

“Semasa mengandungkan anak kedua, saya masih lagi rasa sedih dan takut terutama bila kandungan masuk ke minggu 24. Maklumlah anak pertama dulu lahir dan pergi pada masa tersebut. Alhamdulillah doktor pakar saya banyak memberikan semangat. Memandangkan saya juga telah mengikuti semua rutin yang dicadangkan oleh doktor, saya lebih bersedia dan bertawakal,” ujarnya yang kini memiliki dua cahaya mata lelaki berusia 10 tahun dan tujuh tahun.

Menurut wanita ini lagi, dia terpanggil berkongsi pengalaman di Facebook kerana mendapat permintaan ramai kenalan agar kisahnya dijadikan panduan dan inspirasi buat wanita lain.

Pengalaman melahirkan bayi pramatang tidak akan dapat dilupakan oleh Ila Fyra. Gambar hiasan.

“Saya kesian dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama. Setiap kehamilan tidak sama. Mungkin kita boleh hamil sambil membuat aktiviti berat, kandungan selamat sahaja tetapi ada orang yang bergerak sedikit pun, ia boleh mengancam nyawa bayinya. Maka nasihat saya pada mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah semasa kehamilan, bersyukurlah dengan kelebihan kita dan sama-sama menyokong mereka yang tidak seperti kita. Selain itu jika suami tidak memahami, masih harapkan isteri buat kerja rumah, masih inginkan aktiviti seksual dan lain-lain sedangkan ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Paling penting, kuatkanlah mental dan fizikal. Fokus pada bayi dan diri kita,” katanya lagi.

Satu Ubat Ini Penting Untuk Diambil Terutamanya Pada 12 Minggu Pertama Kehamilan. Seorang Bakal Ibu Dedahkan Dia Terpaksa Terima Hakikat Bayi Yang Bakal Lahir Ada Kekurangan

Untuk ibu mengandung mesti doktor akan suruh korang makan asid folik kan? Bukan saja-saja ahli perubatan menyuruh begitu, ada sebabnya.Asid folik sangat penting untuk diambil terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Dalam 12 minggu pertama, ia dimakan sebagai usaha untuk mengelakkan masalah anencephaly (tiada pembentukan tulang kepala atau tengkorak) pada bayi, menurut Pa&Ma

Wanita menyesal tak ikut cakap doktor, kesannya pada bayi…Lumrah bagi ibu-ibu yang sedang hamil mahukan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Pelbagai usaha dilakukan termasuk mula memakan makanan berkhasiat dan memakan supplement tambahan tapi supplement paling penting bagi seorang ibu yang bakal melahirkan ialah asid folik, sebabnya seperti yang diterangkan tadi.

Seorang ibu dari Indonesia berkongsi pengalaman mengenai anak ke-4 nya yang dikatakan lain seperti biasa. Ikuti kisahnya di video ini. Lahir tanpa tempurung. Jantungnya terdetik dengan baik. Sekali buat ultrasound nampak bayi membesar tanpa tempurung kepala. Ternyata ia kerana tak memakan asid folik.Saya sedar tak pernah nak dengar saranan doktor.Makan asid folik ya demi kesihatan ibu dan anak.”

Menyesal dengan kedegilannya tak memakan asid folik mengikut saranan doktor, dia berkongsikan kisahnya di akaun Tiktok @channamix.id.Menurutnya, doktor mengatakan kes seperti ini sudah banyak berlaku di sana. Jadi, dia menasihati para ibu di luar sana supaya mendengar nasihat doktor dan makanlah asid folik demi kesihatan anak dan ibu juga.Min dengar-dengar kalau memang rancang nak dapat anak lagi dah kena makan asid folik. Betul ke?

Tukar Jadual Imunisasi Kanak Kanak Dan Makluman Jumlah Vaksin Serangkai Yang Diberikan. KKM Tampil Jelaskan Lebih Lanjut Perihal Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menukar jadual imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di Klinik Kesihatan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat bermula awal November.Bagaimanapun, penukaran penjadualan itu bergntung kepada ketersediaan bekalan vaksin di fasiliti kesihatan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sebelum ini memberikan vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak dan kini ia ditukar kepada enam serangkai.”Vaksin jenis enam serangkai ini lebih selamat dan berkesan berbanding sebelum ini serta lebih menjimatkan masa kerana jumlah suntikannya juga dikurangkan daripada tujuh suntikan ke lima sahaja.”Vaksin berkenaan meliputi difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B – Haemophilus influenzae type b (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seperti vaksin lain yang berdaftar di Malaysia, kesan advers susulan imunisasi (adverse events following immunization, AEFI) vaksin berkenaan dipantau oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM.

“Sejak ia digunakan oleh fasiliti kesihatan swasta di Malaysia, tiada sebarang isu keselamatan serius yang dilaporkan.”Vaksin ini digunakan di fasiliti kesihatan swasta di Malaysia sejak 2013 dan terbukti selamat, namun ia adalah vaksin yang baru digunakan bawah Program Imunisasi Kebangsaan di fasiliti kesihatan KKM,” katanya.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM akan menjalankan pemantauan AEFI bagi setiap kanak-kanak selepas setiap dos suntikan.”Untuk tujuan berkenaan, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan.

“Kesan yang dialami selepas mengambil suntikan itu adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.”Ibubapa boleh melaporkan kesan advers secara terus kepada NPRA melalui laman sesawang npra.gov.my dengan mengisi Consumer Side Effect Reporting Form (CONSERF),” katanya.Sebarang kemusykilan mengenai pertukaran vaksin lima serangkai kepada vaksin enam serangkai ini, boleh dibuat dengan menghubungi KKM di talian 03- 8883 4042/03-8883 4504 pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang, atau dapatkan penjelasan lanjut di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *