Tular Uqasha Senrose dilamar oleh Kamal Adli. Tiba tiba Fizo Omar pula kongsi gambar lamar Uqasha sehinggakan buat Kamal Adli panas.

artis Keluarga Uncategorized Viral

Belum hilang lagi bahangnya kisah lamaran Kamal Adli terhadap pasangannya, Uqasha Senrose, nampak Uqasha sekali telah dilamar. Wah betul la orang kata, masa single tak ada siapa pun nak try, bila dah declare berebut-rebut orang nak try. Semalam kecoh pula gambar yang dimuat naik oleh Fizo Omar  yang menunjukkan dia sedang melutut untuk ‘melamar’ Uqasha pula!

Bukan itu saja, dalam perkongsian di akaun Instagramnya itu, Fizo Omar turut memuat naik caption khusus kepada Kamal Adli yang dia kini sudah mempunyai pencabar. Wah siap bagi peringatan lagi tu!

“Berani betul ya sailang member sendiri”

Sedar akan hubungan akrab mereka, rata-rata warganet dilihat terhibur dengan gurauan Fizo itu. Ramai diantara mereka turut menyelitkan komen-komen mengusik gelagat pelakon itu. Kamal Adli pun rileks je dengan ‘lamaran’ tersebut.

Kamal Adli pun okay je korang jangan risau.

“Beraninya bro”

Aduhai, agaknya lepas ni siapa pula nak ‘lamar’ Uqasha ni, maklumlah Uqasha kan ada ramai pasangan dalam drama lakonannya…

Tular Kisah Kamal Adli Melamar Uqasha Semasa Live AME2020. Sekali PU Rahmat Tampil Minta Melamar Secara Terang Terangan Dihentikan Hanya Sebab Ini.

Anugerah Meletop Era (AME) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam nampaknya mendapat tumpuan dari lebih ramai peminat pada tahun ini. Bukan sahaja pakaian selebriti tanah air yang menjadi tumpuan peminat, namun nampaknya ada highlight lain yang berjaya mencuri spotlight anugerah tersebut.

Kamal Adli ambil langkah berani m4ti

Diganding bersama sebagai penyampai anugerah, Kamal Adli yang kini dikaitkan dengan pelakon Uqasha Senrose dikatakan mengambil langkah berani mati dengan melamar kekasihnya itu dihadapan peminat serta artis ketika anugerah tersebut ditayangkan secara langsung.

Menjadi pasangan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tindakan Kamal Adli melutut untuk melamar Uqasha pada mulanya dianggap sebagai promosi kepada drama lakonan bersama mereka. Namun ternyata, Kamal yang sering dilihat mudah bergurau itu kali ini dikatakan serius untuk memikat hati kekasihnya.

‘Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan’ – PU Rahmat

Saat dilamar kekasih sebagai pasangan hidup merupakan salah satu momen yang paling indah buat sesetengah orang. Lamaran yang dibuat sebagai tanda berani dan ikhlas lelaki untuk menghalalkan hubungan yang terjalin. Walau bagaimanapun, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan menerangkan secara ringkas mengapa agama Islam tidak menggalakkan lamaran secara terangan-terangan dilakukan.

Dari sudut Islam

Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Amin. Hanya sedikit nasihat saya yang memahami sedikit hukum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoran mahu pun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki. Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan. Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya. 2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.

Jangan diikut trend barat

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga. Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

Tumpang Gembira

Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak meng3cam. Saya menerangkan bukan menyerang. Akhukum Fillah, saudara mu dalam Islam, Rahmat Ikhsan

Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Kamal lamar Uqasha, Zizan yang trending

“MAAF saya katakan apa yang berlaku malam ini (tadi) pun bukan rancangan saya dan saya tidak tahu.” Begitulah perkongsian pelawak terkenal Zizan Razak setelah isu jodohnya kembali hangat selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara live di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) malam tadi.

Menerusi Facebook miliknya, Zizan berkata dia hanya memberikan reaksi sporting untuk menjadikan program itu lebih menarik. “Melihat apa yang berlaku malam ini menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya. Saya cuma memberi respons yang ‘sporting’ untuk memberikan program nampak ‘best’,” tulisnya.

Seolah kecewa urusan jodohnya menjadi bualan ramai, Zizan meluahkan rasa menerusi media sosial miliknya. Katanya, jodoh, ajal dan maut bukan terletak di tangan manusia namun itu urusan Allah.

“Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah seb***sat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia,” tulisnya.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, pernah bergelar
naib juara rancangan Raja Lawak musim pertama. Kini semakin sukses setelah menjadi seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Zizan ya.

Ekoran Kejutan Dari Kamal Adli Melamar Uqasha Senrose Secara Langsung Di AME 2020. Sekali Ini Respon Nelydia Dan Raysha Rizrose

Malam semalam,Selepas dilamar dari Kamal Adli rancangan secara langsung di Anugerah MeleTop 2020 (AME2020) malam tadi, adik kepada pelakon Uqasha Senrose iaitu Nelydia dan Raysha Rizrose nyata tidak dapat menyembunyikan rasa amat teruja terhadap momen bermakna buat kakak tersayangnya.

Dengan menerusi plaform media sosial diInsta Stories, kedua-duanya saling memberikan dedikasi serta tumpang gembira atas perkara tersebut.“Alhamdulillah, tahniah Sha dan Kamal. Guys, our fav dah nak kahwin,” titip Nelydia sambil menanda nama akaun Instagram ahli keluarganya yang lain yang turut terlibat dalam seni.
 
Sementara itu, Raysha juga sempat menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan selebriti itu.“Kakakku sudah dilamar. Im not crying, im not crying, im not crying. Tahniah kakakku!!,” tulis pelakon drama rantain Ryan Aralyn yang turut disertakan dengan foto lamaran.

Terdahulu, Perlakon tidak asing lagi di Malaysia iaitu Kamal Adli telah membuat satu kejutan apabila melamar Uqasha Senrose di pentas ketika siaran langsung AME2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kelihatan Sambil melutut di hadapan aktres terbabit, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan buat pelakon cantik berusia 28 tahun itu.Sambil menyatakan persetujuan apabila dilamar, pasangan pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu mendapat sokongan penonton sekali gus meleraikan teka-teki mengenai hubungan mereka berdua.Sebelum ini, hubungan baik mereka menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas keduanya digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tahun lalu.

Malah beberapa bulan lalu, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang dilaporkan secara tidak sengaja turut bertanya kepada Kamal dan Uqasha apakah mereka pernah mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, ketika penggambaran drama terbabit.Foto: Astro, Instagram Era.je, Nelydia, Raysha Rizrose. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *