Sharifah Sakinah berkongsi video kekasihnya membaca Alif Ba Ta dengan lancar dan buatkan dirinya dan warganet terkejut. Sekali ini respon dari warganet.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Memandangkan ramai sudah mempertikaikan tentang status hubungan antara pelakon Sharifah Sakinah bersama dengan kekasih hatinya dari Sweden itu, pelakon tersebut masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali menyuruh warganet untuk tunggu beberapa bulan lagi sebelum beliau mengumumkan sesuatu.

22 Disember lepas, pelakon tersebut ada memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau sedang mengajar kekasihnya iaitu Michael Hansen untuk membaca alif ba ta. Tanpa disangka Michael dapat menyebut setiap huruf dengan lancar sehingga Sakinah sendiri terkejut dengan perkara itu.

“Wah, you quite good eh. Laju, bagus dia!” Hanya segelintir sahaja yang gembira dengan perkara itu manakala selebihnya lagi mengkritik Sakinah dengan menganggap beliau hanya menunjuk-nunjuk.

Terdahulu Sharifah Sakinah mendedahkan akan menamatkan zaman j4ndanya dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan. Memilih tarikh berkenaan kerana memiliki keistimewaan tersendiri, Sakinah bagaimanapun berkata tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

“Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Covid-19 yang masih belum reda,” katanya.

Menerusi satu temu bual program televisyen, Sakinah berkata meskipun sudah berumah tangga dia akan tetap meneruskan kerjaya seninya dan tidak berhasrat untuk berpindah ke Sweden.

“Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini. Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya. Dalam pada itu, Sakinah yang dihubungi Kosmo! Online tidak menafikan apa yang dikongsikan menerusi temu bual itu dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat. “Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” ujarnya

Sumber via MediaKL

Tular Gambar Mesra Sharifah Sakinah Bersama Kekasihnya. Sharifah Sakinah Seolah-Olah Memberi Bayangan Sudah Pun Bernikah.


Selepas berpisah dengan suami Afif Adha Jamil, pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang trainer mat saleh yang dikenali sebagai Michael Hansen.Meskipun Sakinah belum pernah dengan jelas mengesahkan hubungan tersebut, namun terbaharu foto mesranya di dalam kolam renang bersama jejaka tersebut telah menarik perhatian warganet.

Michael menerusi Instagram (IG) miliknya memuat naik foto mereka berdua dengan memberitahu ia satu petang yang menyeronokkan.“Evening fun (finally a pool to swim in),” tulisnya.Menerusi tinjuan Gempak di dalam komen entri tersebut, rata-rata warganet menyangka pasangan itu sudah bernikah.

“Rasanya Sakinah ni dah kahwin. Cuma tak nak cakap,” teka salah seorang pengikutnya.“Kahwin lah kak Sakinah,” pinta salah seorang warganet.“Jangan mengundang ftnah,” tegur salah seorang warga maya.Sakinah tidak berdiam diri, malah dalam salah satu komen yang memintanya berkahwin, pelakon Bikin Filem itu seolah-olah mengiyakan.

“Maried bro,” pinta salah seorang warganet itu.“Already (gambar cincin),” jawab Sakinah.Jawapan adik kepada Shahrifah Shahira membuatkan sesetengah pengikut di Instagram terkejut dan ada juga yang megucapkan tahniah.“Wah! If it’s true, congratulations Kinah,” kata salah seorang warganet.“Alhamdulilah,dah sah patut posing gitu,” jawab salah seorang pengikutnya.Sakinah berpisah dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
 

Tak Pernah Ada Perasaan Ni Sesama Adik Beradik. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar Hubungan Adik Beradik Antara Sharifah Sakinah Dan Sharifah Shahirah Yang Dibongkarkan Baru Baru Ini.

Baru-baru ini, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah, mereka ada membincangkan topik perasaan hasad dengki sesama adik-beradik bersama pendengar. Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shahirah ada mendedahkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon, Sharifah Sakinah. Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.

“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kami dua jarak jauh. “Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak. Jadi memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsi Shahirah. Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.

Oh rupanya itu yang terjadi. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

Warganet persoalkan iddah dan kritik foto terbaru dari Sharifah Shahirah berkenaan Sharifah Sakinah. Ternyata foto tersebut meraih perhatian gara gara bergambar dengan seorang jejaka ini

Menerusi laman media sosial Instagram Sharifah Shahirah, pelakon ini ada berkongsi sekeping foto yang memaparkan adiknya, Sharifah Sakinah bersama seorang jejaka. Malah, bintang drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu dilihat kelihatan mesra bersama lelaki terbabit.

Lalu, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya warganet.“Dah habis iddah ke?,” tulis warganet .Terdahulu, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 3 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.Foto: Instagram Sharifah ShahirahApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook SimpleHijab dan Kucingasm Media.

Sumber : MH

Berpisah Atas Sebab Sakit Yang Dialami. Sharifah Sakinah Luah Rasa Sebak Dengan Anaknya Bila Anaknya Sanggup Membuat Sesuatu Ini Selepas Dia Dan Suami Berpisah

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan lima tahun sahaja selepas disahkan berpisah pada Mei lalu, Sharifah Sakinah berkata dia belum bersedia untuk bercakap mengenai soal rujuk semula dengan bekas suami. Akui kehidupannya agak huruu haraa selepas berpisah, bagaimanapun Sakinah berkata dia memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gngguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

“Sejujurnya, hidup saya agak haruu-biru kerana perpisahan baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi. Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik.“Cukuplah saya menyusahkan dia dengan masalah ADHD yang saya hidapi.

Saya lega selepas kami berpisah kerana tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan dia dayuus dan takut isteri,” katanya kepada Kosmo!Ditanya mengenai penerimaan anaknya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun, Sakinah berkata anaknya itu sangat sedih kerana sudah tidak tinggal serumah lagi dengan bapanya.

“Dia masih kecil, namun saya tahu dia sangat bersedih terutama apabila sudah tidak tinggal serumah dengan bapanya.“Setiap kali bekas suami datang melawat, Anais akan mengambil tangan saya untuk diletakkan atas tangan bapanya sambil mengalirkan air mata,” katanya.Dalam pada itu, Sakinah berkata dia kini menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri dan menjalani terapi. Malah, dia turut mengambil ubat mengikut preskripsi yang diberikan doktor.-kosmo

Gara gara jual baju berbanding sedekah. Sharifah Shahirah dedahkan satu individu ini sanggup beri komen sehinggakan dia bertindak untuk membalas komen tersebut


Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai. Begitupun, posting itu kemudian disalah erti pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Bahkan, di ruangan komennya, individu berkenaan meminta agar pelakon yang dikenali dengan panggila Shiera itu untuk tidak menjual, sebaliknya memberikan sahaja kepada mereka yang memerlukan.“Sedekah sahajalah. Sudah tak ada duit sangat ke nak jual bagai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 67544181_2574954435850931_6684275959455023104_o-346-777x437-1-300x169.jpg

“Kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai,” tulisnya.Bagaimanapun, tindakan individu tersebut kemudian mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.
Bahkan, Shiera kemudian tampil menegur individu berkenaan yang disifatkan agak kasar.

“Eh, jangan kecilkan hati orang. Kasar cakap tu. Baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang..nampak jahat orang sahaja ya.“Salah sebab kasar, tak siasat tu baju siapa, duit pergi mana, ni menuju ke arah negatif,” jawabnya.Bahkan, dalam satu entri berasingan, Shiera turut berkongsi imej paparan tangkap layar komen-komen individu berkenaan di Instagram.“Lama tak ada kes. Ada balik parasitt dalam Instagram aku.

“Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakiitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah, tapi suka kecilkan hati kita.“Dia kata IG dia orang yang kuat mengata, orang yang kurang kasih sayang, dia mengata kita, dia tak follow kita, dia kacauu kita,” sindiir Shiera.

Terdahulu, Shiera meluahkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.“Baju show nak jual…show pulak..baju pergi kenduri, pergi jalan. Di mana dan bila kita nak jual ni? Bulan ni sibuk, nanti datang bulan kita jual di Instagram,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *