Renggo pernah tidak jadi nikah dalam hidupnya. Sekali dia pilih pekerjaan ini untuk tampung keluarganya dan tak sangka mendapat pulangan lumayan.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Bukan membawa diri sebaliknya mencari peluang dan kehidupan baru luar dari kota metropolitan. Ada kisahnya penyanyi kumpulan Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 51 tahun bertapak di Kampung Sungai Petai di Pasir Puteh, Kelantan sejak lebih sebulan lalu.

Renggo ketika ditemui Astro Awani menjelaskan, beliau sebenarnya ingin mencari tapak perniagaan baru luar Kuala Lumpur selepas menyedari perniagaan kedai makan dan roti canainya di Kepong terkesan kerana persaingan perniagaan. Dalam mengintai peluang perniagaan di Pantai Timur, Renggo pada mulanya memilih Terengganu untuk bertapak.

“Saya duda ketika itu … dapat seorang wanita yang sudi nak bersuamikan saya di Terengganu, katanya mahu duduk Terengganu bersama wanita itu, takdir Allah tak jadi nikah, batal nikah tak ada jodoh” katanya ketika ditemu bual di Astro Awani, baru-baru ini. Tak jadi nikah saya buat keputusan pindah ke sini Pasir Puteh, tengok kedai di Sungai Petai ini sesuai, selepas bincang dengan bapa saudara di sini, saya buat keputusan bertapak di sini” kata vokalis Arrow, kumpulan yang sinonim dengan lagu, Aku Tak Marah itu.

Selepas mengambil bahagian dalam program realiti Kilauan Emas 4 terbitan Astro tidak lama dahulu, Renggo mengambil keputusan membuka kedai makan dan roti canai di Puchong, namun kini perniagan kedai makan di Puchong diserahkan kepada kawannya juga seorang artis dari kumpulan CRK untuk diteruskan. Pilihannya bertapak di Sungai Petai dirasakan tepat, apatah lagi kehidupan di sini aman, tenang dan mempunyai ruang masa. Di Kelantan ini tanah dia sejuk, tak berapa bimbang dalam soal sosial anak anak, bahkan beliau menyasarkan untuk berada di kampung kerana bukan sasarannya untuk capai sesuatu yang luar kemampuannya” katanya.

TIDAK PERNAH PUTUS ASA

Namun, Renggo tidak menyangka jualan hasil air tangannya menebar roti canai lumayan bahkan roti canainya kini laris dijual sekitar 200-250 keping sehari. “Tak sangka buka kedai di kawasan kampung, sambutan dia luar jangka, orang datang tak putus putus dari serata Kelantan, saya bermula seratus keping sekarang dan nak cecah 300 keping roti canai” tambahnya.

KARIER MUZIK TIDAK DIABAIKAN

Bercakap mengenai bidang nyanyian, Renggo berkata, kerja sebagai penyanyi tidak terhenti sebaliknya beliau meneruskan minatnya itu.
Baru-baru ini, Renggo telah melancarkan single album terbaharu berjudul Kekasih Syurgawi yang sudah mula berkumandang di saluran YouTube.

“Lagu ini saya buat khas untuk semua wanita, tidak kira kategori apa, janda ke, ibu ke, dara ke, lagu ini sudah mula mula bermainndi corong radio” katanya. Beliau turut menerima undangan menyanyi namun disebabkan PKP, undangan nyanyian jarang diterima.

Ringgo (Arrow) Mahu Dikenali Sebagai Zain

Bekas vokalis kumpulan Arrow iaitu Ringgo tidak mahu dibayangi dengan kumpulan tersebut dan kini mahu dikenali sebagai Zain. Ringgo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 45, berkata, sekiranya menggunakan nama komersial yang sama, dia akan masih lagi ‘tersekat’ ketika zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an.

“Saya mahu membuat penjenamaan semula nama saya dalam industri muzik tempatan dan kalau boleh saya enggan menggunakan nama Ringgo lagi. Ia akan mengingatkan saya serta peminat dengan Arrow. Lebih baik saya menggunakan nama Zain, kemunculan baru saya selepas sekian lama menyepi,” katanya kepada mStar Online.

Dia pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwa Ku, Aku Tak Marah dan Niat Di Hati Tak Nak Berpisah. Tambahnya, dia juga bersyukur, peluang sehingga mendapat tempat kedua menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat pada Rabu lalu memberikan dia peluang lebih luas untuk memulakan tapak sebagai anak seni semula. “Selepas kejayaan di Kilauan Emas, takkan saya nak sia-siakan peluang yang ada, apatah lagi isteri saya banyak berkorban sepanjang tiga bulan penglibatan diri dengan program itu.

Kain Baju Kurung Maryam Dibuat Samping Ke Majlis Nikah. Ryzal Duriankimchi Kongsi Demonstrasi Menggunakan Kain Baju Kurung Berwarna Hijau Gelap Kepunyaan Isterinya

Ryzal menunjukkan cara memakai samping menggunakan kain baju kurung sambil diperhatikan Maryam.PASANGAN Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan terus menjadi perhatian, terbaharu dengan kisah demonstrasi pemakaian samping.

Korang (anda) tiada samping untuk ke majlis kahwin? Jangan risau, guna sahaja kain kurung isteri atau mak korang!” menurut keterangan video yang dimuat naik di laman Instagram ryzalibrhm.Popular dengan gelaran Ryzal ‘duriamkimchi’, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menunjukkan demonstrasi menggunakan kain baju kurung berwarna hijau gelap kepunyaan isterinya, Maryam You Narae untuk dijadikan sebagai samping.

Video tersebut dianggap lucu dan menghiburkan sebelum warganet terkejut apabila tidak menyangka Nik Muhammad Ryzal benar-benar memakai kain baju kurung itu sebagai samping, menerusi video kedua di laman instagramnya yang dikongsi.


Ryzal (kanan) pada mulanya memakai kain baju kurung milik Maryam (kiri).Bercakap kepada mStar, Nik Muhammad Ryzal, 28, berkata, dia memakai samping menggunakan kain baju kurung berwarna krim milik isterinya ke majlis perkahwinan sepupunya di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Lebih dikenali sebagai Ryzal, dia sebelum itu telah mencari sampingnya di rumah untuk dipakai ke majlis pernikahan sepupunya di sebelah pagi di Masjid Abu Hurairah di Jalan Ipoh.”Memang hilang betul, dua jam pusing-pusing cari dalam rumah. Akhirnya jumpa kain (baju kurung Maryam) dalam almari nampak macam boleh gantikan, jadi saya cubalah.

“Sebenarnya, saiz pinggang Maryam 27 inci dan saya antara 29 dan 30 inci. Jadi kain baju kurung hijau gelap tu ketat sangat, kena tanggalkan balik dan cari yang sedikit longgar,” katanya kepada mStar.Ryzal (kiri) dan Maryam (kanan) hadir pada majlis perkahwinan sepupunya (dua, kiri). foto ihsan Nik Muhammad Ryzal

Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, kain baju kurung kedua berwarna krim milik Maryam yang dicubanya lebih padan berbanding kain pertama.”Ngam-ngam. Longgar sedikit yang kedua ni untuk dilipat dan dijadikan samping untuk pakai ke majlis kahwin.

“Mula-mula tergelak juga dan terfikir nanti orang cakap tak betul tapi bila kemaskan dan lipat kain tu sebagai samping memang langsung tak perasan ia adalah kain baju kurung.”Maryam pun mulanya kata pelik sama macam yang saya fikir, siap tanya banyak kali serius ke saya nak ke majlis dengan kain tu,” katanya.

Ryzal (kanan) dan Maryam kelihatan sedondon dengan busana biru.Setibanya di majlis pernikahan dan persandingan sepupunya, Ryzal bernasib baik kerana tiada seorang pun hadirin yang menyedari samping itu adalah kain baju kurung.”Dah sampai, tak ada seorang pun perasan, jadi Maryam pun diam sajalah,” ujarnya secara berseloroh.

Keselesaan ‘samping’ itu membuatkan Ryzal mampu bertahan memakainya sehingga tempoh enam jam, sambil menambah kain baju urung boleh dipertimbangkan lagi menjadi pengganti samping pada masa akan datang.”Saya buat video tu pun sebab ada follower nak tengok betul ke saya pakai samping guna kain Maryam tu di majlis nikah dan sanding sepupu,” tambahnya.


Ryzal selesa memakai samping menggunakan kain baju kurung isterinya.“Selesa, nak buka senang dan nak lilit balik pun senang sangat. Lebih mudah daripada samping biasa. Cuma ketat di bawah kain bila nak masuk kereta sebab kain tak terbuka jabis.

“Boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku situasi kecemasan macam ni. Kepada yang ingin cuba cara baru dan lebih jimat kos cubalah cari kain-kain isteri yang dah lama tak pakai.”Menjimatkan masa dan wang. Tak perlu pening fikir nak beli samping corak yang mana. Kalau tak muat boleh buka zip cuma bahagian kaki tu yang leceh sikit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *