Perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari diserikan dengan dua cahaya mata. Yana Samsudin kongsi detik suami sibuk uruskan dua anak sampai tak cukup tidur dan tangan

artis

KEHADIRAN cahaya mata kedua awal bulan lalu memberi kehidupan berbeza buat pelakon Yana Samsudin dan suaminya pengarah Fadzil Zahari.Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 36, berkata, jika sebelum ini suaminya mahukan anak ramai namun berubah fikiran selepas terpaksa bersengkang mata menjaga anak kedua mereka.

Menerusi laman Instagramnya, Yana berkongsi video Fadzil yang juga merupakan adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil sedang melayani anak-anak mereka ketika dia sedang berpantang.”Dulu tak cukup tidur, sekarang tak cukup tangan. Sebelum lahir… Sayang nak anak ramai… ramai baru meriah rumah kita”.

“Bila dah lahir… Sayang, yang ada ni pun dah syukur… ujar ketua rumah yang bermata panda,”kata Yana.Yana berkongsikan video suaminya, Fadzil yang komited menjaga anak mereka.Video itu juga menunjukkan Fadzil seperti tidak cukup tidur dan sedang mendodoikan anak mereka.

Pelakon Bini Bini Ku Gngster ini selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 7 November lalu di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor.”Mesti ramai macam ni kan? Tag pasangan anda yang bermata panda itu,” kata Yana berseloroh.Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Aisy Mateen, 4.

Lagi 3 Minggu Je Nak Bersalin. Yana Samsudin Dedah Dia Alami Satu Masalah Ini Dan Dia Terpaksa Terima Satu Rawatan Ini Bagi Meningkatkan Bacaan Keperluan Zat Dalam Badannya.

Pelakon Yana Samsudin yang kini sedang sarat hamil anak kedua memberitahu bahawa dia mengalami masalah bacaan hemoglobin darh (Hb) yang rendah ketika membuat pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.Ekoran masalah itu, Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 36, berkata, dia perlu mendapatkan keperluan zat besi yang cukup bagi memastikan bacaan darhnya kembali normal sebelum bersalin kira-kira tiga minggu lagi.

“Pada awal kehamilan, zat besi saya terlalu tinggi. Tiba-tiba sudah hujung-hujung tiga minggu sebelum due (tarikh jangkaan bersalin), zat besi rendah, HB (hemoglobin drah) rendah 9.9,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.Dalam entri tersebut Yana berkongsi gambar dirinya ketika sedang menjalani rawatan drip untuk meningkatkan bacaan keperluan zat dalam badannya.

Katanya, itu merupakan pilihan yang terbaik dalam memastikan bacaan zat dan darhnya kembali stabil dalam tempoh yang singkat.”Jadi, saya ambil drip multivitamin untuk rangsang vitamin D dan zat besi. Alhamdulillah kekal semula. “Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due,” katanya.

Jelas Yana lagi, sebenarnya dia juga merupakan seorang yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebelum ini.Bagaimanapun, cara pemakanan yang salah menyebabkan dirinya tidak mendapat keperluan secukupnya.”Selama ini memang makan multivitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah telah menghalang vitamin tu serap dalam darh.

“Jadi, kalau anda sedang ambil ubat atau makanan tambahan, tolong jarakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi atau susu lebih kurang dua jam sebelum dan selepas makan ubat, moga bermanfaat,” nasihatnya. Terdahulu, pada bulan lalu, suaminya Fadzil mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.Yana mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berumur empat tahun.

Setelah Lebih Tiga Tahun Berusaha Nak Tambah Zuriat. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Fadzil Zahari Dedahkan Yana Samsudin Bakal Timan Ank Kedua. Pandai Dia Sorok Perut. Dalam Diam Rupa Rupanya Ini Usia Kandungan Yana Samsudin.

Setelah lebih tiga tahun berusaha nak tambah zuriat. Mengejutkan bila tiba tiba Fadzil Zahari dedahkan Yana Samsudin bakal timan ank kedua. Pandai dia sorok perut. Dalam diam rupa rupanya ini usia kandungan Yana Samsudin.

SETELAH lebih tiga tahun berusaha menambah zuriat, akhirnya pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari bakal dikurniakan cahaya mata kedua tidak lama lagi. Fadzil memaklumkan isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan anak kedua mereka itu dijangka akan dilahirkan pada awal November ini. “Alhamdulillah nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara mara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan setelah lebih tiga tahun menunggu dan usaha.

“Terima kasih pada semua yang doakan… hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa anda semua. Aisy Mateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan,” katanya. Fadzil berkongsi berita gembira itu bersempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-36 pada Jumaat.

“Alhamdulillah… sempena hari Jumaat yang mulia ni abang ucapkan selamat hari lahir kepada isteri tersayangku Yana Samsudin. “Terima kasih kerana terima saya seadanya… sama-sama kongsi hidup lebih kurang dah lima tahun… campur tiga tahun sebelum kahwin, dah lapan tahun berkenalan,” ujarnya.

Rata-rata pengikut di Instagram turut teruja serta tidak menyangka Yana sudah hamil dan bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi. Lebih-lebih lagi pasangan ini tidak pernah memaklumkan mengenai kehamilan itu dan gambar yang dimuat naik di laman sosial tidak menampakkan seperti ibu sedang mengandung. “Terima kasih semua…. memang tak nampak (perut) sangat,” jawab Fadzil. Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Ramai Patah Hati Bila Mira Filzah Menikah. Ini Komen Padu Dari Fadzil Zahari Yang Menarik Perhatian Ramai Akan Majlis Mempelai Itu

Khamis lalu telah pun berlangsung majlis akad nikah melibatkan pelakon popular, Mira Filzah bersama pilihan hatinya, Wan Emir Astar. Dirai meriah dengan kehadiran kira-kira 250 tetamu pada majlis diijabkabul, ia turut dipancarkan secara ’live’ di kaca televisyen.

Ia sekaligus menarik perhatian ramai pihak termasuklah rakan artis. Pelakon Fadzil Zahari misalnya secara berseloroh ada memberitahu para lelaki supaya tidak perlu terlalu bersedih kerana ramai lagi wanita lain di luar sana.

“Yang lain-lain tu tak payah nak frust sangat, depa ni sama elok sama padan. “Bila hangpa rasa sedih, ingat bahawa setiap hari berbillion gadis seluruh dunia cukup umur 18 tahun. “Pilih la yang mana sesuai (yang bujang sahaja),” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu menerusi ruangan komen akaun Instagram portal berita, Mstar. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kenyataan yang dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz, Wan Emir telah pun sah bergelar suami kepada Mira dalam satu majlis yang berlangsung di Sime Derby Convention Center, Kuala Lumpur.Majlis resepsi telah pun berjalan sempurna di Hotel Le Meridien, Putrajaya.Instagram: Mstar

“Ini dugaan saya dalam menyebarkan dakwah” -Yana

PELAKON Yana Samsudin menjawab beberapa dkwaan berbentuk ftnh kononnya telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi mempromosikan aktiviti sngsng di pusat tahfiz. Yana yang juga Penerbit Eksekutif Prokuya Studios, 34, berkata, mereka tidak sepatutnya mempercayai sumber tidak sahih dan lebih baik sekiranya merujuk pihaknya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu andaian.

“Pelbagai komen positif dan negatif serta bntahan, saya percaya yang mengeeji ini ambil dari ulasan sumber tak sahih tanpa tahu sinopsis sebenar.”Sebagai manusia tak salah buat andaian tapi kalau nak buat jangan jatvh hukuum, tak salah rujuk atau tanya dulu.

“Mempromosikan kegiatan yang sering berlaku di pusat tahfiz itu satu dkwaan tak berasas, hanya andaian orang yang tak pernah tengok (telefilem ini) sebab kita tak pernah tayang lagi,” katanya.Yana menegaskan telefilem ini tidak memaparkan elemen yang tidak elok di pusat tahfiz.

Isteri kepada penerbit Fadzil Zahari ini menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Youtube miliknya Yana Samsudin.Sementara itu, Yana memberitahu bukan mudah untuk sesuatu drama menembusi siaran di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik penuh kerajaan itu.

Ini berikutan dia perlu melalui pelbagai peringkat penilaian sehinggalah mendapat kelulusan stesen untuk siaran umum.”Dalam telemovie ni tak ada satu pun babak menjurus ke arah itu sebabkan satu gambar jadi macam-macam andaian, jadi ftnh.

Yana dan suami Fadzil Zahari.“Tahu tak RTM ada panel penilaian sangat kett, semua dititikberatkan sebelum dilepaskan untuk tayangan. Sebenarnya korang tahu tapi saja je kan! Tapi tak apa, jangan pertikaikan kredibiliti panel RTM,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yana berharap masyarakat menonton terlebih dahulu telefilem tersebut yang akan bersiaran tidak lama lagi.Dia turut mengharapkan maklum balas daripada penonton supaya dapat memperbaiki lagi kualiti drama terbitan syarikatnya, Prokuya Studios.

“Insya-Allah apabila cerita ini dah tayang kami harap menerima maklum balas anda untuk jadi manusia lebih sempurna, Prokuya bukan buat promosi murahan sebegini dan ia bukan datang dari kami.Telefilem ini mengandungi banyak mesej tersirat.

“Apa pun baik atau buruk tetap promosi, mungkin ini dugaan kepada saya dalam menyebarkan dakwah, saya terima.”Yang dekat luar berjemaah kritik kami, saya, suami dan kru Demi Tuhan Aku Bersaksi kata kami kafiir dan confirm masuk neraka, saya doakan kalian masuk syurga,” katanya.

Telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan tentang seorang maknyh yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.Watak maknyh yang dipegang oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika di pusat tahfiz, dia telah dikritik sebagai pengikut kaum Luth.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu gambar dan sinopsis Demi Tuhan Aku Bersaksi ini tersebar di laman sosial sehingga ia menerima kritikan warganet kerana dianggap tidak sensitif gara-gara memilih elemen budaya hidup sngsng di dalam sebuah pusat keagamaan.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *