Antara tempat paling popular untuk Decorate rumah adalah disini. Semua pilihan anda pasti ada di sini.

Amalan ISU SEMASA tips Uncategorized

Siapa je yang tak nak rumah dan dekorasi dalam rumah sama macam pameran-pameran atau gambar yang selalu kita tengok? Nak jugak merasa bila orang datang rumah, dorang puji rumah kita! Tapi bukan senang nak hias rumah tau! Kadang-kadang tu kita rasa macam dah power nak buat sendiri tapi bila dah beli barang apa semua nak letak mana pun tak tahu. Ataupun, korang dah lama ada bayangan rumah idaman, tapi tak tahu macam mana nak realisasikan dia.

Kat sinilah Perfect Livin boleh tolong korang! Sebab ini merupakan masa terbaik untuk korang dapatkan tawaran harga yang menarik bagi barangan yang dah lama korang idamkan atau perlukan.

Dekat Perfect Livin Expo, korang boleh tengok sendiri pameran rumah, hiasan dalaman dan produk yang cantik serta dapatkan pendapat dari pakar sendiri!

So dari sini, korang boleh dapat pemahaman yang lebih mendalam tentang trend terkini hiasan dalaman digabungkan dengan idea-idea segar untuk korang dekorasi setiap bilik di rumah korang mengikut citarasa yang korang nak! Kiranya, walaupun korang ikut trend, identiti sendiri tu tetap takkan hilang. Kalau korang perlukan inspirasi untuk hias bilik tidur, bilik anak, bilik mandi, dapur atau ruang tamu, Perfect Livin memang tempat yang paling sesuai sekali untuk ni!

Mana taknya, dengan pengalaman pameran selama lebih 10 tahun, korang boleh tengok pelbagai produk yang komprehensif dari pembaikan rumah, reka bentuk, kemasan dalaman, perabot, tekstil, bilik mandi, dapur, peralatan elektrik dan banyak lagi lah! Pokoknya, semua benda korang boleh dapat dekat sini. Kalau korang tak percaya, korang boleh pergi sendiri Perfect Livin Expo cuti hujung minggu panjang ni di Pusat Pameran Mid Valley yang akan bermula pada 25-27 Disember ni!

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh dapatkan pelbagai idea dan tips menarik mengenai hiasan rumah, DIY, tengok rumah-rumah unik yang ada dekat Malaysia ni atau minta nasihat dari pakar semuanya ada di laman web PerfectLivin.com. So, apa tunggu lagi? Jom bawa isteri, suami dan anak-anak pergi Perfect Livin Expo! Rugi kalau terlepas ni!

Dekorasi Ibunya Sangat Meriah Sehingga Sanggup Untuk Mengecat Basikal Lama Untuk Jadikan Hiasan. Mereka Mendapat Perhatian Warganet Di Laman Media Sosialnya.

Keadaan di halaman dan dalam kediaman itu yang menerima pujian ramai warganet. Aktivitimenghias rumah sememangnya sinonim dengan kaum hawa khususnya bagi yang bergelar sebagai suri rumah.

Terbaharu, tular di aplikasi TikTok beberapa video memaparkan dekorasi luar biasa sebuah rumah teres di Sungai Petani, Kedah. Selain halaman dan kawasan pagar yang meriah dengan bungan-bungaan, ia turut diserikan dengan pelbagai perabot serta props sehinggalah ke dalam rumah.

Menurut Wawa Zaini, video yang dikongsi merupakan kediaman keluarganya yang mana ia dihias sendiri seratus peratus oleh ibunya, Paridah Abdullah, 54, yang turut dikenali sebagai Mak Ndak dalam kalangan kenalan terdekat.

“Kami memang dah lama menetap di rumah tu, sejak saya kecil lagi dah 20 tahun rasanya. Dulu satu unit sahaja, kemudian beli satu lagi unit sebelah dan digabungkan, sebab tu nampak luas sikit. Mak pula memang minat dekorasi. Dari zaman dia anak dara lagi. Sekarang adik-adik saya pun dah besar, boleh fokus pada hiasan. Tapi memang dah lama dia minat,” ujarnya kepada mStar.

Kata Wawa, dekorasi ini dihasilkan 100 peratus oleh ibunya.

Menurut Wawa, dia yang menetap di Kuala Lumpur sekadar berkongsi video persekitaran rumah keluarganya di TikTok dan tidak menyangka ia akan meraih perhatian ramai. Mengakui terkejut dengan reaksi yang diterima, Wawa akui bersyukur apabila pujian-pujian yang ditinggalkan turut memberi kegembiraan buat ibunya yang juga suri rumah sepenuh masa.

Dekorasi tu memang 100 peratus dia buat. Saya tolong angkat-angkat barang je.

“Ada satu je komen yang cakap dekorasi tu nampak serabut. Yang lain kebanyakan cakap cantik. Ada juga yang tanya, kanak-kanak tak usik ke? Mak dah ada lima cucu. Tapi mereka pun dah terbiasa, setakat sentuh-sentuh je lah. Tapi tak pernah sepahkan.

Wawa (kanan) dan kedua ibu bapanya.

“Bila video halaman rumah tu viral, saya tunjuk pada mak komen-komen warganet. Dia pun gembira, seronok. Lepas tu kami buat video tunjuk kawasan dalam rumah dengan dapur pula. Saya sendiri pun dah terbiasa dengan dekorasi macam tu, tapi untuk saya sendiri, saya suka hiasan moden dan simple,” ujarnya. Imbas Wawa, ibunya cukup komited dalam usaha mencantikkan rumah dan sanggup melakukan pelbagai kerja sendirian.

Hiasan-hiasan yang dibuat oleh ibu Wawa di kediaman mereka.

“Macam hiasan basikal tu. Ia sebenarnya basikal buruk. Tapi mak cat semula dengan warna putih. Kerusi pun macam tu juga. Dekorasi tu memang 100 peratus dia buat. Saya tolong angkat-angkat barang je. Ayah pun support mak buat dekorasi,” ujarnya lagi. Sehingga kini, beberapa video dekorasi kediaman ibu Wawa yang dikongsi di TikTok menerima lebih 300,000 tontonan.

Seorang Lelaki Ini Guna Cara Unik Untuk Sembunyikan Sesuatu Dari Isterinya. Sekali Isterinya Buka Kotak Kasut Penuh Dengan Wang

Biasanya kalau dah berpasangan, dan tinggal serumah agak susah sebenarnya nak rahsiakan perkara daripada pasangan kita.Iyalah nama pun dah berkongsi ruangkan, jadi privasi tu kuranglah sikit. Jadi bagi memastikan barangan peribadi tidak dicer0bohi sesiapa, kena la kreatif sikit.

Kalau dulu orang simpan duit di bawah tilam dan celah-celah baju, kali ini si suami letak di tempat yang lebih terdedah. Simpan harta dalam kotak kasut!Menerusi perkongsian dibuat oleh akaun Instagram @dunia_kaumhawa, seorang lelaki menggunakan cara unik untuk menyorokkan wang miliknya dari diketahui si isteri.

Kalau nak mencari barangan rahsia, tempat pertama kita tuju mesti dekat tempat-tempat yang tersembunyikan.Tapi tindakan si suami yang mengambil wang dari kotak di rak kasut isterinya menimbulkan syak wasangka wanita itu. Manakan tidaknya, rak kasut itu dipenuhi dengan kasut wanita, mana datang duit pula?

Tak tunggu lama, si isteri segera membuka kotak kasut itu. Ternyata harta karun yang ditemuinya…Wahhh siapa sangka betul-betul si suami simpan duit dalam kotak kasut je, berkepok-kepok pula tu! Tapi, nasib baiklah isterinya baik, selamat la duit tu dekat dalam kotak tu je.Korang ada tak tempat pelik yang dijadikan tempat simpanan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *