Tular sebuah video di media sosial ini apabila ada wanita yang ingin mengambil gambar sekali mendatangkan kerugian pada peniaga ini. Ramai warganet yang meluahkan komen tentang kejadian yang terjadi.

Amalan Semasa Uncategorized Viral

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi korang yang suka bergambar pasti akan singgah sebentar di sesuatu ‘lokasi’ yang dianggap menarik untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Walau bagaimanapun, min nasihatkan korang supaya sentiasalah peka dan ada common sense sebelum ‘syok’ nak bergambar ni supaya tidak mendatangkan musibah bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain juga.

Seperti kejadian yang tular baru-baru ini di media sosial dimana kejadian seorang wanita dari Indonesia ini yang pada awalnya niatnya hanya untuk bergambar, tetapi lain pula yang jadi apabila dia secara tidak sengaja mendatangkan masalah pula kepada orang lain. Melalui sebuah klip video yang dimuat naik di akaun Instagram @makasar_info, seorang wanita yang memakai baju belang berwarna biru lengkap bershade kelihatan cuba menaiki sebuah motosikal milik seorang peniaga cendol untuk bergambar.

Sumber: Instagram

Baru nak bergambar, tergolek jatuh motosikal

Namun, moment ‘syok’ bergambar itu tidak sempat bertahan lama apabila situasi yang tidak terjangka berlaku gara-gara sebatang kayu penyendal yang digunakan sebagai ‘stand’ untuk menegakkan motosikal itu terjatuh. Wanita itu yang kehilangan keseimbangan badan cuba untuk menstabilkan motosikal itu. Namun, usahanya itu gagal apabila motosikal tersebut ‘teroleng-oleng’ ke kiri dan kanan sebelum kedua-duanya jatuh tergolek.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Bukan setakat ‘mereka’ berdua sahaja yang tergolek, malahan hasil jualan penjual cendol itu juga turut terbalik sama dan habis jatuh berterabur ke tanah menyebabkan lelaki itu mengalami kerugian besar. Alahai, tak pasal-pasal rezeki terbang melayang. 

Warganet luah rasa bengang, buat penjual rugi

Klip video yang tular di media sosial itu berjaya menarik perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak wajar wanita itu yang ‘sakan’ hendak bergambar sehingga mendatangkan kerugian pula kepada penjual cendol. Namun, ada pula warganet yang meluahkan rasa lucu dengan insiden itu sehingga membuat jenaka dengan mengatakan bahawa hasil jualan penjual cendol itu ‘laku keras’ gara-gara wanita itu terpaksa membayar ganti rugi atas segala kerosakan yang dilakukannya itu.

Tidak Sengaja Tersedut Cendol Hidup. Gadis Ini Kongsi Peristiwa Lucu Ketika Minum Air Kosong Di Sebuah Gerai Bersama Beberapa Orang Rakannya

Keluar makan bersama rakan-rakan sememangnya kenangan yang indah. Apatah lagi sekiranya sambil menikmati juadah sambil sakan pula bercerita dengan rakan-rakan sudah pasti menyeronokkan sampai tak sedar pula dengan keadaan sekeliling.

Ye lah dah sakan berborak dan bercerita, hah main sumbat je makanan masuk dalam mulut. Tak segaja tersedut ‘cendol hidup’Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis dari Indonesia ini apabila dia yang pada awalnya gembira dapat keluar makan bersama rakan-rakannya berakhir pula dengan mimpi ‘buruk’ apabila dia secara tidak sengaja tersedut ‘cendol hidup’.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @pudssssss, gadis itu berkongsikan pengalaman lucunya ketika sedang asyik menikmati hidangan ‘Pecal Lele’ di sebuah gerai bersama beberapa orang rakannya.Walau bagaimanapun, seleranya terbantut ketika dia yang sedang ‘syok’ menyedut air kosong menggunakan straw baru perasan kewujudan objek seakan-akan cendol yang berwarna hitam sedang berenang-renang di dalam cawannya.

Muntahkan kembali ‘cendol’ rupanya cacing hidup .Bingung dengan situasi tersebut gara-gara dia hanya memesan air kosong sahaja, gadis itu memuntahkan kembali ‘cendol’ yang disedut masuk ke dalam mulutnya itu.Setelah meneliti dengan lebih dekat, objek yang disangkakan ‘cendol’ itu sebenarnya adalah cacing yang berwarna hitam! Apa yang lebih mengejutkan, cacing yang berwarna hitam itu ternyata masih hidup dan menggeliang-geliut sewaktu diluahkan kembali.

Meksipun merasa ‘kembang tekak’ dengan kejadian menjijikkan itu, gadis itu memilih untuk tidak melaporkan hal itu kepada peniaga gerai berkenaan.Ditonton 4 juta kali! Video yang dikongsikan itu berjaya meraih perhatian warganet sehingga ditonton sebanyak lebih daripada 4 juta kali! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa geli dan jijik dengan ‘penemuan’ tersebut. Malah, ada juga yang berasa risau dengan keadaan kesihatan gadis tersebut kerana cacing yang berwarna hitam tersebut dikatakan beracun. Aduhai, min yang tengok pun geli. Lepas ni korang sebelum nak makan dan minum tu, perhati dulu jangan terus sumbat je masuk mulut okay. 

Tak Sangka Pelanggan Ini Dapat Banyak Pengajaran Selepas Berjumpa Dengan Satu Tauke Kedai Makan. Warganet Puji Dengan Tindakan Yang Pelanggan Ini Buat

Seorang pelayar Facebook berkongsi pengalamannya yang sarat dengan iktibar ketika bersarapan di sebuah gerai makan milik warga emas baru-baru ini.KADANG-kadang tanpa disedari, situasi yang kita lalui dalam aktiviti seharian sebenarnya mempunyai hikmah tersembunyi.

Sebagaimana coretan seorang pelayar yang disiarkan di laman Facebook Raja Shamri, dia berkongsi cerita mengenai pengalaman dilaluinya ketika menikmati sarapan pagi baru-baru ini yang penuh dengan iktibar.Ketika sedang enak menikmati sarapan, secara tiba-tiba dia disapa pemilik kedai makan yang merupakan seorang lelaki warga emas.

“‘Maaf ganggu, nak. Anak dah sudah siap makan? Pakcik nak ke klinik sekejap… nak ambil isteri sakit.”Lihat fizikal pakcik ni dah tua, barangkali dengan buka kedai makan kecil-kecilan begini untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.”Teringat pada pesan Abang Raja (Shamri) yang selalu kita praktikkan dalam kehidupan seharian, saling bantu-membantu antara kita semua. Terus kita pelawa pada pakcik, biar kita yang jagakan untuk pakcik.

Pelayar berkenaan menawarkan diri untuk membantu menjaga gerai makan yang disinggahinya sementara pemiliknya pergi ke klinik.“Kalau pakcik tutup nanti, mana tahu ada orang yang nak datang ke kedai pakcik ingin beli nasi dan sebagainya? Sekarang ni musim-musim pandemik Covid-19, sumber pendapatan tak sama lagi dengan dulu,”demikian kongsi pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualannya bersama pemilik gerai makan tersebut.

Namun menurut pelayar ini, lelaki warga emas itu enggan menyusahkan dirinya dan menolak pelawaan berkenaan.Namun selepas meyakinkan pakcik itu termasuk ‘mencagarkan’ kunci motosikal miliknya sebagai bukti bahawa dia tidak men1pu, pelawaan itu akhirnya bersambut.”Pakcik itu akhirnya akur dan setuju. Banyak kali ucapan terima kasih diberikan olehnya kepada kita. Pakcik pergi dengan bergegas tanpa mengambil kunci motor kita. Barangkali sudah memberi kepercayaan penuh pada kita…Alhamdulillah.

“Tak sampai lima minit kemudian, pakcik tadi sampai dengan isterinya. Kelihatan isteri pakcik lemah. Sewaktu kita ingin membayar, pakcik mengatakan kita tak perlu bayar makanan kita tadi tu sebagai tanda terima kasih.warganet memuji tindakan pelayar berkenaan yang menawarkan bantuan ikhlas kepada pemilik gerai makan berkenaan.

“Tergamam sebentar kita. Walaupun bagi kita ia adalah rezeki namun berat dan jiwa memberitahu perlu dibayar juga kerana musim pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan kebanyakan orang.”Kita menolak dengan baik dan meletakkan duit di poketnya. Tak mengapa pakcik, bakinya simpan buat anak-anak pakcik. Terima kasih Ya Allah atas iktibar hari ini. Terima kasih juga kepada pakcik kedai beri kita peluang dapat pahala tolong jagakan kedai pakcik,” tulis pelayar itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *