Disebabkan tak sanggup melihat tunangnya sakit kaki. Nabil Mahir sanggup lakukan ini sehingga dipuji oleh warganet dan dikatakan sangat Gentleman.

artis Kehidupan Keluarga

Gara-gara tidak sanggup melihat Ayda Jebat sakit kaki, pengacara Nabil Mahir memberikan kasut yang dipakai kepada tunangnya selepas menyampaikan Anugerah MeleTOP ERA 2020, pada Ahad lalu. Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, meluahkan rasa terharu dan bangga mendapat pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara itu tanpa rasa malu.

“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang. Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takvt bini (isteri) tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv (panggilan manja Nabil),” kata Ayda.

Ayda berkongsi video aksi tunangnya pakaikan kasut.

Penyanyi lagu Temberang itu turut berkongsi video yang memperlihatkan aksi Nabil membuka kasut tumit tinggi yang dipakai kekasih hatinya dan menggantikan dengan kasutnya di laman Instagram. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang. Rata-rata warganet di ruang komen perkongsian tersebut memuji tindakan Nabil yang dilihat sebagai seorang lelaki yang melayan bakal isterinya seperti seorang puteri raja.

“Aksi itu sangat romantik. Anda tidak akan jumpa lelaki yang sentiasa melayan anda seperti puteri raja. Jadi, anda bertuah bertemu dengan seorang lelaki yang ikhlas menyayangi anda. So sweet… saya doakan agar Nabil akan sentiasa lebih romantik dan kekal seperti sekarang sehingga sudah berkahwin. Aamiin. Layan tengok video ini sambil dengar lagu Better Than You… Nabil seorang lelaki yang baik untuk Ayda. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin,” komen beberapa warganet.

Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menerusi laporan mStar pada 7 November lalu, Nabil dan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.

Tular Di Media Sosial Apabila Prank Ayda Jebat Dikatakan Nabil Telah Tinggalkannya Di Tepi Jalan Hanya Kerana Sesuatu Ini. Dan Akhirnya Lebih Mengejutkan Lagi Respon Dari Sheila Rusly.

Bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021, nyatanya ramai peminat yang tidak sabar menantikan penyatuan antara Ayda Jebat dan juga Nabil Mahir. Menjengah ke Instagram masing-masing, dua orang selebriti ini memang dikenali dengan perangai ‘gila-gila’ dan mungkin itulah yang membuatkan perhubungan mereka tampak serasi. Malah terbaru, mereka juga sempat membuat kemunculan dalam rancangan ‘Trek Selebriti’ yang dihoskan oleh Aliff Farhan.

Nabil kononnya tinggalkan Ayda Jebat tepi jalan sambil marah-marah

Kali ini, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mensasarkan sebuah prank kepada Mama mereka iaitu Sheily Rusly. Kononnya, Nabil telah naik angin setelah mendapati Ayda berhubung dengan lelaki lain walhal tarikh perkahwinan sudah semakin dekat. Mengetahui kejadian itu, penerbit JS Picture berkenaan juga mula risau sebelum mengatakan akan menghantar bantuan ke sana. Dengan reaksi yang cukup resah, siapa sangka semuanya hanyalah gurauan semata-mata.

Puas hati bila Aliff kena prank…Biru muka kau

Disangka akan tergelak sekali, Aliff seakan-akan ‘terciduk’ kerana dimarahi pula oleh Sheila Rusly. Setelah berkali-kali menyakat orang dalam episod sebelum ini, akhirnya dia sebagai pengacara rancangan pula yang menjadi sasaran prank. Dalam pada itu, warganet juga berpuas hati selain berseloroh muka Aliff menjadi biru gara-gara terlalu gementar.

Ayda Jebat Mengimpikan Untuk Menghadiahkan Satu Benda Ini Pada Ibunya Sebelum Berkahwin. Akhirnya Tercapai.

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata. Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

Maklum Mahu Mengumumkan Tarikh Perlangsungan Pada Malam Semalam. Ayda Jebat Mohon Maaf Setelah Dia Tak Dapat Nak Umumkan Atas Satu Sebab Ini

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.Foto: Instagram Ayda Jebat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka. Dijangka akan mengumumkan tarikh perlangsungan pada malam ini.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dijangka akan mengumumkan tarikh bagi melangsungkan pernikahan mereka dengan tunangnya Nabil Mahir pada jam 9 malam ini.Menerusi laman Instagram miliknya, difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat melalui saluran Youtube milik mereka Wuvvshow #BilAydaJatuhCinta episod pertama.

Insyaallah esok (hari ini) kita announce our special day bila. 1st episode #BilAydaJatuhCinta on Youtube Wuvvshow 9pm. Korang teka bila?,” tulisnya. Menurut Nabil, #BilAydaJatuhCinta akan ditayangkan sebanyak 10 episod istimewa yang memaparkan perjalanan kisah mereka menuju ke hari perkahwinan.

Posting itu dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para peminat dimana rata-rata cuba meneka tarikh yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri selain tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut.Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mengikat tali pertunangan dengan pengacara itu secara atas talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Masih Belum Halal Tapi Dah Buat Macam Dah Berkahwin. Ternyata Gambar Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Raih Perhatian Warganet Sanggup Kritik Perbuatan Mereka

Baru-baru ini, foto aksi mesra yang dikongsikan pelakon dan pengacara Nabil Mahir bersama tunangnya, Ayda Jebat sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di Instagram mengundang kritikan warganet. Foto berpelukan di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia itu menimbulkan rasa kurang senang warganet yang menyifatkan tindakan pasangan itu kurang sopan kerana belum lagi mempunyai ikatan yang sah.

Warganet turut memberikan cadangan daripada berpelukan sebegitu adalah lebih baik jika pasangan itu cepat-cepat mendirikan rumah tangga untuk mengelak daripada sebarang ftnh. Warganet juga turut berasa hairan mengapa kebanyakan artis tidak terus bernikah sedangkan sudah mempunyai kewangan yang stabil.

Malah, ada warganet membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baru mengikat tali pertunangan. Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberng itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Kemudian, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *