Anak ini terjadi suatu kejadian yang tak diiingini semasa berkhatan sehingga boleh menyebabkan sesuatu ini. Sekali ini sahaja reaksi daripada doktor tersebut.

Amalan Infomaklumat ISU SEMASA Keluarga Uncategorized

Kuala Lumpur: “Saya dan suami kesal dengan apa yang berlaku serta menuntut pihak klinik supaya bertanggungjawab,” luah ibu empat anak, Rosnah Musa. Rosnah, 35, yang menetap di Taman Seri Melur, Ayer Tawar, Perak memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah anak keduanya, Muhammad Adly Hadi Adzrul Effendie ,8, yang dimasukkan ke hospital Ipoh sejak 18 Disember selepas mengalami bengk4k yang serius pada bahagian alat sulitnya. Menurut Rosnah, keadaan itu berlaku selepas Muhammad Adly berkhatan dengan kaedah ‘klamp’ (penggunaan klip) di sebuah klinik swasta di Seri Manjung pada 13 Disember lalu.

“Selepas berkhatan di klinik berkenaan, saya dan suami terus membawa anak pulang ke rumah. Pada hari pertama dan kedua, kami dapati ada perubahan pada alat svlit Muhammad Adly iaitu saiznya pendek berbanding asal serta kepala z4kar kelihatan senget ke kiri. Selain itu, anak saya sering mengadu s4kit, berasa t4kut dan men4ngis setiap kali mahu membuang air kecil. Keadaan ini merisaukan saya dan suami kerana ia sesuatu yang tidak normal tetapi kami mulanya positif saja tetapi jadi tidak sedap hati apabila alat svlit Muhammad Adly mula membengk4k pada malam hari ketiga selepas klip ditanggalk4n pada paginya (16 Disember) di klinik swasta berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rosnah berkata, doktor di klinik berkenaan ada memberi ubat namun keadaan alat svlit anaknya jadi semakin membengk4k dan keluar sesuatu cecair merah. “Pada waktu itu, saya dan suami menyedari alat svlitnya tenggel4m jadi tanpa berlengah, kami terus membawanya ke hospital Seri Manjung (HSM). Pemeriksaan lanjut mendapati alat svlitnya tenggelam dan bahagian kulit (alat svlit) habis dipot0ng serta anak saya terpaksa dibius bagi membolehkan doktor membersihkan cecair merah beku di wad operasi keesokan harinya (17 Disember),” katanya.

Berikutan luka yang tidak sembuh ,Muhammad Adly kemudiannya dipindahkan ke h0spital Ipoh untuk operasi menampal kulit alat svlit. “Saya dan suami ada bertanya dengan doktor pakar dan dimaklumkan jika sembuh sekalipun, Muhammad Adly kemungkinan perlu menjalani operasi dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi bergantung keadaannya. Satu lagi kemungkinan adalah alat svlitnya cac4t kekal dan sudah tentu kami bimbang memikirkan masa depannya apabila dewasa nanti. Kami sudah pergi bersemuka dengan doktor berkenaan namun dia hanya berdiam tanpa memberi alasan dan jawapan meyakinkan,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini Muhammad Adly, Rosnah berkata, anaknya dalam keadaan sedar tetapi masih traum4 dengan apa yang berlaku. Katanya, Muhammad Adly juga akan menjalani satu lagi operasi hari ini dan berikutan apa yang terjadi,suaminya sudah membuat laporan di Balai polis Sitiawan, semalam. Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut. Tujuan saya memuat naik hantaran di Facebook (Fb) tempoh hari bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi sekadar meluahkan kekecewaan saja. Diharap, perkongsian itu memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana untuk berhati-hati terutama dalam musim berkhatan ini supaya tidak menerima nasib yang sama,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *