Peroleh inspirasi di Madinah. Seorang pengarah ini tak sangka 400 pen ajaib miswak boleh terjual dalam masa dua jam

Viral

Dalam dunia perniagaan zaman kini, peniaga perlu menjadi lebih kreatif untuk menginovasikan produk mereka menjadi satu produk lebih baik, mesra pengguna dan mengikut teknologi peredaran zaman.Seperti Pengarah Muhibbah Sinergia Resources, Noor Arjuna Abd Ghani yang berusia 52 tahun ini tidak menyangka idea daripada pemerhatian beliau terhadap penggunaan miswak atau kayu sugi secara meluas di Madinah sehingga terhasilnya Pen Ajaib Miswak atau dinamakan Mygic Miswak yang mampu dibawa hingga ke peringkat Global.

Menurut Arjuna, “Di sana, penggunaan kayu sugi atau miswak menjadi sebahagian dari rutin dan sekembali ke Malaysia saya mula membuat kajian mengenai manfaatnya terhadap penjagaan oral. Penggunaan miswak konvesional dianggap kurang menarik perhatian kerana kaedah penyimpanannya dianggap tidak bersih oleh segelintir masyarakat.”

“Bermula dari situ saya memberikan evolusi terhadap penggunaan dengan lahirnya miswak berbentuk pen dan berpenutup selain tahan lama dan mudah dibawa,” katanya baru-baru ini.Beliau pernah membawa produknya ke satu ekspo di Nanning, China dan dari situ bermula niat beliau untuk memperluaskan lagi pasaran Pen Ajaib Miswak ini ke negara ekonomi Persidangan Kerjasama Ekonomi Aisa Pasifik (APEC) 2020 yang lain. Rezeki memang tidak salah alamat kerana, dalam tempoh dua jam sahaja 400 pen ajaib ini terjual dan ini jelas menunjukkan masyarakat dunia mempunyai penalaman luas mengenai kelebihan miswak terhadap penjagaan oral.

“Menerusi eksport, saya percaya ia bukan hanya memberi sumbangan ekonomi usahawan sendiri, tapi memperluaskan kuasa perdagangan Malaysia bersama negara APEC yang lain,” katanya.APEC 2020 juga membantu meningkatkan penjanaan ekonomi. Industri Kecil Sederhana (IKS) dan keusahawanan Malaysia. Aspirasi Noor Arjuna adalah selari dengan perbincangan di APEC 2020, terutamanya di Mesyuarat Menteri-Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana

APEC pada bulan Oktober lalu yang telah menekankan kepentingan memberi peluang kepada perusahaan kecil seperti yang dimiliki Noor Arjuna untuk melibatkan diri dalam rantai bekalan dunia.Noor Arjuna berkata, sehingga kini Mygic Miswak berjaya menembusi beberapa pasaran ekonomi APEC selain China seperti Brunei dan Singapura. “Saya menyasarkan pasaran eksport lebih jauh bagi memperkukuhkan lagi jenama Mygic Miswak selain membuka peluang kerjasama dengan agensi atau organisasi lain untuk meluaskan jaringan perniagaan.

“Menerusi sokongan dan bantuan beberapa agensi kerajaan, pen ajaib ini turut memenangi pelbagai anugerah inovasi menerusi pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa,” katanya.Kisah seperti Noor Arjuna perlu diketengahkan agar lebih ramai jaduh duni dalam eksport dapat diberi perhatian. Penglibatan lebih ramai PKS dalam aktiviti ekonomi turut dicanang di persidangan APEC 2020 yang telah membuat rangkaan dasar ekonomi yang mencakupi segenap lapisan masyarakat di rantau ini .

Sebagai tuan rumah APEC 2020, Malaysia mengharapkan keutamaan agenda Kemakmuran Bersama dapat diterjemahkan ke dalam rancangan kerja bagi anggota organisasi terbabit pada tahun ini.Konsep kemakmuran bersama, diperkenalkan oleh Malaysia ketika Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC di Papua New Guinea pada 2018, sejajar dengan aspirasi global dan domestik Malaysia.

APEC menjadi forum antara 21 ekonomi di linkungan Pasifik untuk mempromosi perdagangan bebas di seluruh rantau Asia Pasifik. Penganjuran APEC 2020 telah ditutup baru-baru ini dengan kejayaan Mesyuarat Pemimpin- Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) 2020 yang dijalankan secara maya buatpertama kali dalam sejarah. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah sekretariatkebangsaan yang menganjurkan APEC 2020.

Ambil Masa 5 Hari Sahaja Untuk Siapkan Replika Bangunan. Pelajar Ini Mengikuti Sesi Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Atas Talian Dan Menghasilkan Miniatur

Izzati mengambil masa selama lima hari bagi menyiapkan replika bangunan Canselori USIM.SEJAK kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu, sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar.

Pelajar sebaliknya perlu mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian di rumah masing-masing sehingga kini.Bagi penuntut jurusan Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Izzati Mohamad Azizi, dia juga tidak terkecuali perlu belajar dari rumah.

Nur Izzati berjinak-jinak dalam seni miniatur sejak di bangku sekolah.Malah katanya, selepas beberapa kali menghadiri kuliah secara atas talian, perasaan rindu untuk kembali ke kampus semakin menebal dan berharap keadaan kembali seperti sedia kala.Bagi mengubat kerinduan terhadap kampus, Nur Izzati, 22, meluahkan perasaannya dengan menghasilkan miniatur replika bangunan canselori USIM.

“Menghasilkan miniatur canselori itu bukan sahaja mengubat kerinduaan terhadap kampus tetapi ia juga amat mencabar kerana ini merupakan yang pertama dihasilkan berkonsepkan replika bangunan.”Saya memilih bangunan itu kerana ia amat sinonim dengan USIM selain kerna reka bentuknya yang menarik,” katanya yang menyiapkan miniatur itu dalam masa lima hari.

Minat Izzati terhadap seni menghasilkan miniatur menggunakan tanah liat polimer (polymer clay) ini timbul semasa di sekolah menengah dan mula mempelajari teknik dan kemahiran seni kreatif ini menerusi video di YouTube.”Selepas tamat tingkatan lima, saya kumpul duit hasil bekerja sambilan untuk membeli bahan-bahan bagi menghasilkan miniatur ini. Bahan utamanya iaitu polymer clay tidak terlalu mahal harganya sekitar RM30 hingga RM50 mengikut saiz.

“Diperingkat awal saya mulakan dengan membuat miniatur berbentuk makanan dan figura karekter kartun dan kongsikan hasilnya di laman Instagram. Tidak sangka ramai yang berminat dan ingin menempahnya untuk dijadikan barang hiasan dan key chain,” katanya.

Anak keempat daripada lapan beradik ini mengaku keterbatasan masa kerana komitmen sebagai pelajar universiti membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak menerima tempahan atau menjadikan miniatur ini sebagai pendapatan sampingan.

Kerinduan terhadap kampus telah memberi idea kepada Nur Izzati untuk menghasilkan replika bangunan Canselori USIM.“Saya selesa untuk menjadikan kemahiran menghasilkan miniatur ini sebagai hobi buat masa ini kerana merasa lebih puas dan gembira apabila berjaya hasilkan pelbagai rekaan miniatur yang mencabar dan menarik.

“Di Malaysia, masih kurang menonjol kraf tangan miniatur ini tetapi ia mempunyai potensi yang tinggi. Saya menggalakkan sesiapa yang berminat dengan seni miniatur untuk menjadikan ia sebagai hobi kerana ia membuka peluang mendapatkan pendapatan sampingan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ia bukan hobi yang memerlukan belanja tinggi kerana dengan modal kurang RM100 sudah boleh memiliki satu set polymer clay dan peralatan sampingan lain yang boleh menghasilkan 50 miniatur bersaiz kecil.

“Miniatur yang telah siap akan dibkar di dalam ketuhar pada suhu antara 100 hingga 110 darjah Celcius selama lebih kurang lima minit. Polymer clay ini kita boleh hasilkan pelbagai bentuk miniatur mengikuti kreativiti masing-masing dan saiznya boleh dipelbagaikan,” jelasnya.

Nur Izzati turut berkongsi ilmu mengenai penghasilan miniatur di saluran YouTube miliknya.Bagi seseorang yang ingin memahirkan diri dalam menghasilkan miniatur, kata Izzati, berdasarkan pengalaman sendiri, ia mengambil sedikit masa untuk dipelajari tetapi semua itu bukannya halangan jika mempunyai minat yang tinggi.

Selain memiliki kreativiti menghasilkan miniatur, Izzati yang berbakat menghasilkan lukisan doodle dan komik online ini menyimpan hasrat untuk menghasilkan miniatur Istana Negara selepas ini.Mempunyai lebih 31,000 pengikut di akaun Instagram @nurizzatiazizi dan 2,600 subscribers di saluran YouTube, anak muda ini juga aktif berkongsi hasil seni miniatur, lukisan doodle, komik dan tip di platform media sosial ini.

Gadis Manis Berhijab Ini Berjaya Lengkapkan 230 Jam Penerbangan. Dia Juga Dedahkan Pengalamannya Dan Bakal Bergelar Pilot Nun Jauh Di Amerika

Bukan senang untuk melihat kaum hawa berkecimpung dalam bidang yang didominasi lelaki.Namun kerana minat yang mendalam terhadap dunia penerbangan, perkara itu langsung tidak menjadi halangan buat Shifa Adelia Mumtaz.

Menurut gadis berusia 20 tahun itu, dia kini dalam proses untuk mengambil lesen penerbangan komersial di Florida Flyers Flight Academy, St Augustine, Florida, Amerika Syarikat.Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Shifa percaya sesiapa sahaja boleh mengejar impian jika mempunyai minat dan kesungguhan.

“Di sekolah penerbangan ini pun majoritinya pelajar lelaki. Hanya ada beberapa perempuan termasuk saya. Semua tenaga pengajar pun lelaki.”Pada awalnya saya rasa takut, terfikir sekiranya saya mampu jadi sebagus mereka. Dan ia biasanya dilihat sebagai kerjaya untuk lelaki.

Kata Shifa, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang juga seorang juruterbang.“Tetapi sekarang saya rasa tugas menerbangkan pesawat adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.”Tak kisah lelaki atau perempuan. Jika ramai wanita di luar sana boleh buat, kenapa tidak saya?” ujarnya.Menurut gadis dari Putrajaya itu, dia yang sebelum ini sudah memiliki lesen penerbangan peribadi tidak menyangka foto yang dikongsi di Twitter miliknya menjadi tular.

Dalam posting itu, Shifa berkongsi dua foto yang dirakam sewaktu penerbangan solo pertama serta foto terbaharu sewaktu meraikan 230 jam penerbangan yang sudah dilengkapkannya.Malah, dia kelihatan cukup manis mengenakan tudung berwarna hitam dalam kedua-dua foto tersebut.

“Sejujurnya saya kongsi secara suka-suka dan tak jangka akan meraih perhatian ramai. Sebelum ni pun pernah kongsi gambar tengah terbangkan pesawat.”Nampaknya ramai yang suka dan saya rasa, kenapa tidak untuk kongsi di Twitter? Saya pun ada kongsi di Instagram.

“Sebenarnya dah lama minat nak jadi pilot, dari dulu lagi. Ayah saya pun pilot dan saya lihat kerjayanya sangat menarik. Jadi saya nak ikut jejak langkah dia,” kata Shifa lagi.Dalam pada itu, Shifa turut menitipkan pesanan khususnya kepada anak muda yang mempunyai sebarang keraguan dalam mengejar impian mereka.

Posting tular di Twitter.Ujarnya, dia percaya sesiapa sahaja mempunyai kebolehan untuk menggapai cita-cita dengan meneruskan perjuangan tanpa putus asa.”Nasihat saya, kejarlah impian itu. Ia tidaklah sukar seperti yang kita rasa. Saya percaya sesiapa sahaja mampu melakukannya.

“Kita memerlukan lebih ramai wanita dalam bidang penerbangan. Sekarang saya masih belum bersedia 100 peratus, tapi harap masanya akan tiba.”Dengan lebih masa dan pengalaman, saya akan lebih bersedia dan yakin. Lagi banyak masa saya terbangkan pesawat, makin yakin saya selepas ini,” ujarnya yang berhasrat untuk bekerja di tanah air.Di Twitter, posting Shifa menerima lebih 4,100 ulang kicau (Retweet).

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *