Noraniza Idris dan Michael Ang akhirnya sudah berdamai. Ini pesanan Noraniza Idris terhadap warganet dan peminatnya susulan isu yang tular baru baru ini

artis

SELAIN kejutan lamaran Kamal Adli terhadap teman wanitanya, pelakon Uqasha Senrose, Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) turut menjadi saksi penamat persengketaan di antara pengarah, Michael Ang dan Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris.

Kedua-dua selebriti itu mengambil peluang untuk saling bermaafan di pentas AME2020 yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.Menurut Michael Ang, sejak dari awal lagi dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu Noraniza.Bagaimanapun pengarah itu mengakui tidak selesa apabila statusnya sebagai mualaf dipermainkan oleh peminat penyanyi tersebut.

“Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk bertemu dengan dan minta maaf dengan Kak Ani (Noraniza), mungkin cara saya kasar dan kelihatan seperti ada masalah personal (dengan Kak Ani).“Tetapi apabila saya meluahkan pendapat di Twitter, ia adalah luahan jujur sebagai seorang peminat program realiti dan bukannya sebagai rakan seindustri.

Noraniza Idris meluahkan hasrat untuk bertemu Michael Ang selepas persembahan dikritik pengarah tersebut.“Lepas ini, rasanya saya tak akan berhenti berkongsi pendapat jujur itu pada masa akan datang sebab orang pun tahu mulut saya macam mana kan, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Noraniza menjelaskan, hasratnya untuk bertemu Michael bukanlah untuk berbalah atau bertikm lidah, sebaliknya dia hanya ingin mengenali peribadi pengarah drama itu secara lebih dekat.Pelantun Dikir Puteri itu menyatakan dia sudah menjelaskan kepada peminatnya agar sentiasa menjaga tutur kata dan tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam memberikan sebarang komen di media sosial.

“Saya nak jumpa Mike (Michael) sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tidak begitu seperti Azwan Ali.“Bila saya jumpa Mike, ternyata orangnya baik. Jadi saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.“Saya juga sudah menegur peminat saya mengenai perkara ini dan pastikan mereka mengawal tutur kata serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif seperti isu rasis, ” jelasnya.

Nama Noraniza Idris kembali diperkatakan selepas dia membuat kemunculan semula dalam Gegar Vaganza musim ketujuh.Terdahulu, pada peringkat separuh akhir konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan Bollywood yang dinyanyikan oleh Noraniza.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan peminat Noraniza telah menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya memeluk agama Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti daripada masyarakat.

Emosi Agak Terganggu Engan Komen Negatif Michael Ang. Noraniza Idris Ajak Michael Ang Untuk Bersemuka Gara Gara Komen Tersebut

BINTANG Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris meluahkan rasa kesal dengan sikap pengarah drama Michael Ang yang sering kali memberikan kritikan pedas terhadap persembahan sepanjang program itu berlangsung.

Menurut Noraniza atau nama sebenarnya, Nor Aniza Idris, 52, biarpun dia langsung tidak membaca komen negatif warganet namun kritikan yang dilontarkan pengarah tersebut cukup membuatkan emosinya terganggu. Malah, katanya, apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa Dosa itu telah melukakan hati ahli keluarganya.

“Saya tidak akan baca komen negatif ditulis warganet, pihak pengurusan selalunya akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.Antara komen pedas yang dilontarkan oleh Michael Ang terhadap Noraniza Idris.

“Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan perkara itu dengan saya. Kalau sekalipun dia tak suka saya, sekurang-kurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertandingan GV ini.”Saya boleh terima komen negatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh menclarkan maruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya kepada mStar.

Michael sebelum ini dilihat lantang memberikan komen dalam setiap persembahan peserta program realiti GV7 di laman Twitternya dan nama Noraniza di antara penyanyi yang sering mendapat kritikan negatif daripada pengarah tersebut.Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.

“Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau menangis (bila diri dikritik). Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia! Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.”Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Teruk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang? Walaupun saya tahu saya tidak la bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina yang boleh bantu saya untuk mengangkat genre irama Malaysia.

“Saya memang rasa terkilan sebab Michael Ang satu nama besar, dia bukan warganet dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam itu.”Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa. Bila saya baca komen negatif macam itu, saya akui ada kalanya saya tak boleh nak fokus dalam memberikan persembahan,” ujarnya.

Noraniza bersyukur mara ke final GV7.Sementara itu, Noraniza melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya melangkah ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung pada Ahad depan.Kata Noraniza, walaupun pada awalnya dia tidak berniat untuk menyertai program ini namun hatinya terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuk penyanyi lama.

“Saya melihat program GV ini seperti satu akademi inisiatif untuk penyanyi-penyanyi lama sebab kami banyak belajar benda-benda baru pada setiap minggu,” katanya lagi.Selain Noraniza, enam lagi bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir GV7 ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Umar.

Selepas Ustaz Kata Tak Haram. Akhirnya Michael Ang Nekad Buat Keputusan Untuk Lakukan Benda Ini Selepas 10 Tahun Botak.

Pengarah dan penerbit, Michael Ang memaklumkan keputusan untuk menanam rambut dibuat selepas 10 tahun kepalanya ‘botak’. Menurut Michael proses menanam rambut itu berjalan dengan lancar dan tidak mengalami sebarang ketidakselesaan.

“Sebenarnya dah lama nak tanam rambut iaitu selepas rambut di bahagian atas kepala saya semakin berkurangan. Sebelum bahagian botak itu lebih luas, saya pun mengambil keputusan untuk menanam rambut. Lagipun, sekarang masa yang sesuai kerana saya sedang bercuti rehat lebih kurang seminggu di rumah sebelum memulakan penggambaran drama baru. Proses menanam rambut mengambil masa selama 10 jam dan saya buat selepas diberi jaminan ia tidak menyakitkan. Ternyata ia tidak menyakitkan dan tiada rasa tidak selesa. Malah rupa saya pun tak berubah seperti selebriti lain yang pernah melakukan rawatan ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi melalui panggilan telefon.

Terdahulu, Michael memuat naik sekeping foto yang menunjukkan bahagian kepalanya yang telah ditanam semula rambut. Kata Michael lagi, sebagai seorang yang beragama Islam dia ada meminta nasihat seorang ustaz mengenai hukum menanam rambut. Saya bersetuju untuk melakukan rawatan ini selepas ustaz itu memberitahu ia tidak haram dan dibenarkan. Rawatan yang saya lakukan tidak haram kerana saya hanya menanam rambut saya sendiri yang dicabut dari bahagian belakang kepala,” jelasnya. Michael berharap rawatan tersebut menjadi dan seperti yang dijanjikan ia akan menampakkan hasilnya dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

“Saya difahamkan, selepas sebulan rambut saya akan tumbuh dan rambut yang ditanam itu akan gugur sebelum tumbuh rambut baru dalam masa 6 bulan lagi. Siapa tak nak nampak sempurna, saya harap selepas setahun saya sudah boleh dapatkan rambut yang tumbuh sekata dan normal,” tambahnya lagi. Mengenai perkembangan lain, Michal bakal memulakan penggambaran pada 9 Disember ini untuk Mega Drama di Astro Ria berujudul Love Elsa.

Michael Ang Marah Apabila Warganet Kerap Berkata Sesuatu Ini Sehinggakan Sanggup Direct Message. Dia Akui Dia Suka Berkongsi Gambar OOTD Di Laman Sosialnya.

Pengarah Michael Ang meluahkan rasa marah apabila warganet mempersoal tindakannya yang gemar berkongsi gambar-gambar outfit of the day (OOTD) yang dipakainya di media sosial. Menurut Michael, dia menerima banyak mesej peribadi daripada warganet di media sosialnya memintanya untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah terutamanya melakukan amal jariah kepada golongan yang terkesan ketika pandemik Covid-19 ini.

“Aku stres dengan korang, aku tak faham apa yang korang nak. Sekarang aku mula suka post OOTD sebab aku tak ada benda nak post. Takkan hari-hari nak post di set tengah penggambaran, jadi post benda lain. Korang mula DM aku, kata tahulah aku mampulah, daripada tayang aku punya OOTD, baik aku pergi dermalah,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.

Menurut Michael lagi, tiada sebab untuk dirinya menayangkan segala bentuk kebajikan yang dilakukan selama ini. “Takkan kita nak menderma pun kita nak tunjuk pada orang. Nak tunjuk aku pergi rumah anak yatim? Korang nak aku tunjuk paparan tangkap layar orang yang hutang aku tapi tak boleh bayar balik sebab tak dapat kerja dan aku kata okay. Nak tunjuk aku ni baik? Kalau nak derma itu antara dengan Allah. Kalau betul ikhlas, betul xde maknanya nak post kat Instagram beritahu korang semua. Apa masalah korang?” katanya.

Menurut Michael lagi, dia memohon agar orang ramai tidak memperlekeh seseorang hanya kerana tidak melihat kebaikan seseorang di media sosial,”Sudah-sudahlah korang nak jadi alim sangat, nak masuk di Intagram, DM. Derma tak derma itu hidup aku. Korang ingat korang bagus sangat? Korang yang cakap tu korang buat derma ke? Kita buat derma pun kita tak nak beritahu oranglah. Buat apa nak tunjuk, nak riak. Get a life!” pesannya.

Video yang dimuat naik di Instagram TV itu sudah mencatat lebih 61,000 tontonan. Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan Michael. Bahkan, meminta agar dirinya tidak mengendahkan sebarang kritikan sedemikian.

“Mike, henti layan benda-benda macam ni, takkan habis dan anda yang jadi gila nanti, kesian awak. Sabar Mike, cubaan…ramai mata merah pasal kay mampu mereka tidak, tu pasal iri hati  dah timbul mereka ini,” komen sebahagian pengikutnya.

Michael Ang Pernah Fikirkan Covid-19 Ni Adalah Propa. Akhirnya Disebabkan Ini Baru Dia Percaya.

Pengarah dan pelakon popular Michael Ang mengakui dirinya salah seorang kontak rapat kepada Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu. Sehubungan itu, Michael bertindak segera dengan menjalani ujian calit di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, Michael bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus yang boleh membawa maut tersebut selepas memperolehi keputusan pada Isnin. Berkongsi pengalamannya di laman sosial Instagram (IG), Michael turut menyampaikan pesanan kepada semua pengikutnya terutama penonton video yang dimuat naik. Michael berkata, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap virus Covid-19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dijangkiti, namun pandangan tersebut berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *