Ekoran kejutan dari Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara langsung di AME 2020. Sekali ini respon Nelydia dan Raysha Rizrose

artis

Malam semalam,Selepas dilamar dari Kamal Adli rancangan secara langsung di Anugerah MeleTop 2020 (AME2020) malam tadi, adik kepada pelakon Uqasha Senrose iaitu Nelydia dan Raysha Rizrose nyata tidak dapat menyembunyikan rasa amat teruja terhadap momen bermakna buat kakak tersayangnya.

Dengan menerusi plaform media sosial diInsta Stories, kedua-duanya saling memberikan dedikasi serta tumpang gembira atas perkara tersebut.“Alhamdulillah, tahniah Sha dan Kamal. Guys, our fav dah nak kahwin,” titip Nelydia sambil menanda nama akaun Instagram ahli keluarganya yang lain yang turut terlibat dalam seni.
 
Sementara itu, Raysha juga sempat menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan selebriti itu.“Kakakku sudah dilamar. Im not crying, im not crying, im not crying. Tahniah kakakku!!,” tulis pelakon drama rantain Ryan Aralyn yang turut disertakan dengan foto lamaran.

Terdahulu, Perlakon tidak asing lagi di Malaysia iaitu Kamal Adli telah membuat satu kejutan apabila melamar Uqasha Senrose di pentas ketika siaran langsung AME2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kelihatan Sambil melutut di hadapan aktres terbabit, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan buat pelakon cantik berusia 28 tahun itu.Sambil menyatakan persetujuan apabila dilamar, pasangan pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu mendapat sokongan penonton sekali gus meleraikan teka-teki mengenai hubungan mereka berdua.Sebelum ini, hubungan baik mereka menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas keduanya digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tahun lalu.

Malah beberapa bulan lalu, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang dilaporkan secara tidak sengaja turut bertanya kepada Kamal dan Uqasha apakah mereka pernah mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, ketika penggambaran drama terbabit.Foto: Astro, Instagram Era.je, Nelydia, Raysha Rizrose. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Kecoh Pasal Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Masa Live Malam Tadi. Tiba Tiba Jodoh Zizan Pulak Yang Jadi Perbualan Hangat Warganet. Sekali Ini Respon Dari Zizan

Memang betul-betul kejutan dan tiada siapa menjangka Kamal Adli akan melamar Uqasha ketika siaran langsung. Akhirnya Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengakhiri spekulasi hubungan asmra mereka apabila aktor itu membuat kejutan dengan melamar aktres tersebut untuk berkahwin sebentar tadi.

Lamaran tersebut dibuat Kamal Adli selepas mereka berdua menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020). ” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” tanya Kamal Adli sambil berlutut.

Meski demikian, Uqasha meminta Kamal untuk mengulang lamaran tersebut. ” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” ulang Kamal Adli. ” Yes,” jawab Uqasha yang memakai pakaian dengan warna sedondon hitam.

Diketahui, Uqasha menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels. Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan sebelum ini. Ia selepas keduanya sering berganding dalam drama, termasuk yang terkini Perempuan Tanpa Dosa.

Zizan Kena Trll

Dalam pada itu, Zizan terus jadi bahan sindiran dan meme oleh warganet di media sosial selepas Kamal melamar Uqasha. Umum mengetahui yang Zizan masih hidup membujang walapun rakan-rakan artis yang sebaya sudah pun menempuhi alam perkahwinan.

Menyedari jodoh beliau menjadi perbualan hangat di kalangan warganet, Zizan tampil memuat naik satu status yang jodoh adalah rahsia dan milik Allah. Zizan juga kelihatan tidak selesa dengan sindirin seperti itu. “Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan dimedia sosial tentang jodoh saya dimedia sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE dipentas Ame 2020 malam tadi.

Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best. Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebngst itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya dia”

Digelar ‘penjaga jodoh’ orang, warganet doakan Zizan cepat kahwin

Sebelum ini Zizan Razak  dikaitkan memandangkan sebelum ini ada gosip yang mengatakan dia pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Mira Filzah. Tolong jaga ‘jodoh orang’. Akan tetapi mengimbau kembali gosip-gosip cinta Zizan, ramai yang perasan kesemua artis wanita yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun berkahwin.

Tidak sabar juga mahu melihat Zizan menamatkan zaman bujang, rata-rata warganet mendoakan agar pelawak tersebut segera bertemu jodoh. Sebelum itu kisah pasangan sama cantik, sama padan yang sedang hangat di ulik cinta, Kamal Adli, 34, dan Uqasha Senrose, 28, sudah menghadiri kursus kahwin di sebuah negeri, baru-baru ini.

Pembongkaran dilakukan oleh pengarah, Michael Ang yang sedang melunaskan penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa membabitkan Kamal dan Uqasha menerusi entri Instagramnya. Menerusi satu video yang dimuatkan, pengarah yang terkenal dengan sikap selamba itu mendapatkan kepastian dua bintang berkenaan.

Kamal dilihat mengelak memberikan jawapan dan kepastian yang ingin diketahui Michael. Manakala, Uqasha pula selepas beberapa kali didesak terpacul perkataan berbunyi ‘kursus je…’, sekali gus mengiyakan kebenaran yang tersebar.

Ramai yang menganggap gosip cinta Kamal dan Uqasha sekadar gimik untuk menghangatkan siaran drama berkenaan yang kini bersiaran di Astro Ria. Michael berkata, dia tiada niat langsung nak bikin gimik atau menghangatkan kisah cinta mereka.

” Ceritanya, saya ada terdengar Kamal dan Uqasha pergi kursus kahwin ketika di lokasi penggambaran drama. ” Jadi, saya tanya mereka sejauh mana kebenaran cerita. Sikap saya memang selamba kalau rasa nak tanya apa sahaja.

” Jika dilihat dalam video yang dikongsi, Uqasha ada menyebut ‘kursus jer…’, rasanya betullah mereka sudah pergi kursus kahwin. ” Jika betul pun, apa salahnya. Ini untuk kebaikan mereka menambah ilmu pengetahuan, sebelum melangkah ke fasa perkahwinan. Andai betul jodoh mereka kuat dan merancang ke fasa seterusnya, doakan yang baik-baik. Percayalah, ada jodoh tak ke mana.

” Saya memerhatikan mereka ketika berlakon dalam drama arahan Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dsa. Mata dan mulut saya tidak akan menpu. ” Mereka memang menjalinkan cinta lokasi atau cinlok. Saya dengar mereka pernah putus, sambung balik. Biasalah, adat bercinta,” katanya kepada BH Online.

Muat Naik Foto Mesra Dengan Kamal Adli Sekali Ini Yang Warganet Perasan Benda Ni. Terkejut Ada Yang Sampai Komen Macam Ni.

Foto mesra pasangan Uqasha Senrose dan Kamal Adli berpelukan telah mendapat perhatian warga maya. Pasangan  yang popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu masing-masing berkongsi gambar dalam satu sesi fotografi yang sama dalam akaun Instagram masing-masing.

Menerusi foto tersebut, mereka menggayakan aksesori serta jam tangan dari sebuah jenama popular. Pun begitu masing-masing menulis kapsyen cinta dan dalam masa yang sama menyatakan ia merupakan quotes dari watak mereka dalam Perempuan Tanpa Dosa.

“A women who truly loves you will be angry with you for many things but will never leave you. – Lily,” tulis Uqasha. Sementara Kamal menyataakan ia quotes dari Rizal. “A man who truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is. – Rizal,” tulisnya. Menerusi tinjauan Gempak dalam komen-komen yang diberikan oleh pengikut mereka rata-rata mendoakan agar mereka lekas kahwin.

Warganet perasan benda lain

“Tolong lah cepat kahwin,” pinta salah seorang pengikutnya. “Macam gambar pre wedding,” teka salah seorang warganet. “Masa gambar ini lalu, ingatkan dah bertunang,” kata salah seorang warga net. Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang kini sedang ditayangkan dalam slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD setiap hari Isnin hingga Khami jam 10 malam. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *