Tular apabila Uniqlo Megastore dibuka. Tak sangka pukul 8.30 dah ada yang beratur sehinggakan pihak berkuasa buat keputusan ini.

berita Covid 19 ISU SEMASA

Hari ini, UNIQLO buka secara rasmi roadside outlet mereka yang pertama di Malaysia terletak di Damansara Avenue. Sudah tentu, ianya menarik perhatian ramai penggemar fesyen jenama UNIQLO yang sudah mempunyai banyak cawangan di negara kita ini. Jadi, tidak hairanlah apabila viral di media sosial menunjukkan gambar dan video keadaan di UNIQLO Megastore pada hari pembukaannya di mana ramai pengunjung membanjiri kawasan luar untuk beratur menunggu giliran masuk.

Bayangkan betapa ramai yang datang sampai barisan terlalu panjang hingga melebihi kawasan tempat letak kereta di situ. Banyak kereta dilihat diparkir di tepi jalan sepanjang kawasan tersebut, malah ada yang sampai double parked. Difahamkan, pihak berkuasa dan staf UNIQLO sendiri ada memantau keadaan untuk memastikan pelanggan mereka mengikut SOP penjarakan fizikal. Disebabkan terlalu ramai, pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan telah mengarahkan UNIQLO menghentikan operasi selama beberapa jam untuk meningkatkan kawalan dan menangani orang ramai yang beratur di luar.

Menurut MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sejumlah besar pengunjung yang datang itu berkumpul seawal jam 8.30 pagi meskipun pintu kedai hanya dibuka pada jam 10 pagi.

Oleh kerana hanya 50 orang dibenarkan masuk pada satu masa mengambil kira SOP PKPB, lebih 300 orang berkumpul di luar premis tanpa mematuhi penjarakan dan mereka beratur rapat sejak pagi tadi.” Operasi diarah dihentikan sementara oleh KKM untuk proses sanitasi dan persediaan rapi untuk pelaksanaan SOP sepanjang operasi apabila dibuka semula mengelak sebarang risiko pengesanan jangkitan positif dan sebagainya.” Bagaimanapun polis sejurus terima laporan berjaya ke lokasi dan mengawal keadaan tengahari tadi sebelum pelanggan diarahkan balik ke rumah dan kembali semula 4 petang.” Polis turut menasihati pengunjung supaya terus mematuhi SOP KKM ketika membeli belah untuk memerangi Covid-19 da sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelak tempat sesak.

Uniqlo Roadside Store Dibuka Secara Rasmi Hari Ini, Siap Boleh Print Tshirt Design Sendiri Lagi!

Pembukaan outlet roadside pertama Uniqlo pasti sahaja dinantikan oleh ramai pelanggan. Dikenali dengan kualiti pakaiannya yang selesa, setiap peminat pasti tidak sabar untuk serbu jenama besar Jepun itu bagi mendapatkan sale pada hari pembukaannya! Menjadi negara ke 5 yang memilki butik khas jenama tersebut, pembukaan outlet ini sebenarnya menyerupai roadside store yang ada di Jepun. Dibuka secara rasmi bermula hari ini (18 Disember), keluasan outlet ini pasti sahaja akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa. Mungkin ada yang tak nak keluar nanti.

Tawarkan servis baharu!

Walaupun lebih dikenali dengan produk pakaian berkualiti tinggi, outlet yang terletak di Bandar Sri Damansara ini turut menambah kasut sebagai koleksi baru di kedainya. Kalau pakaiannya pun dah selesa, min yakin keluaran baru ni akan sama hebat kualitinya…

Boleh print design sendiri!

Selain dari menawarkan beberapa produk baharu, keunikan Uniqlo DA Square ini juga ialah pelanggan dapat share kreativiti sendiri dengan mencetak design rekaan mereka di ruangan UTme! yang disediakan. Selain tawaran harga yang rendah sempena pembukaanya, Uniqlo juga turut menawarkan tote bag Uniqlo U secara buat pelanggan yang berbelanja sebanyak RM200 dalam satu resit.

Tak cukup dengan tu, bagi 500 pelanggan pertama pula Uniqlo akan bagi goodie bag percuma dari 18 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.  Nak kena pergi ni Jadi kalau nak ada feeling-feeling membeli-belah dekat Jepun, boleh la try datang sini. Tapi jangan lupa patuh SOP!

Pembeli Ini Borong Semua Baju Yang Dijual Hingga Mencecah Ribuan Ringgit. Lebih Menyedihkan Apabila Peniaga Itu Sehinggakan Menangis Ketika Live Di FB.

Sewaktu negara dikejutkan dengan pandemik C0vid-19 yang meragut ribuan nyawa pada tahun 2020 ini, ramai yang hilang punca pendapatan apabila diberhentikan kerja akibat kerugian yang dialami sesebuah syarikat. Ramai yang beralih ke arah bidang perniagaan, terutamanya jualan secara maya untuk mencari rezeki bagi terus melangsungkan kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga.

Cari rezeki jual ‘bundle’

Salah satu perniagaan yang semakin berkembang adalah jualan ‘bundle’ atau nama lainnya, jualan pakaian terpakai. Walaupun dilabelkan sebagai pakaian terpakai, ia semakin mendapat tempat di hati pembeli kerana bukan sahaja harganya mampu milik, malah masih lagi berkualiti untuk dipakai.

Situasi seperti itu boleh dikaitkan dengan seorang peniaga ‘bundle’, Niyyar Bakri yang juga merupakan seorang anak tunggal dan yatim piatu. Untuk mencari rezeki, Niyyar sering mempromosikan jualan pakaian bundlenya secara siaran langsung di Facebook dimana setiap hari dia bersemangat berinteraksi di hadapan kamera bagi mencuri tumpuan pelanggan. Pada satu Subuh yang hening dalam salah satu siaran langsung, dia telah mengalirkan air mata di hadapan ratusan warganet yang menonton sesi penjualan tersebut.

Eh kenapa menangis?

Niyyar mengalirkan air mata kerana seorang pembeli yang baik hati telah membeli pakaian dengan harga RM3000. Itulah kali pertama seseorang membeli barang jualannya dengan harga yang sangat tinggi. Dia sendiri tidak menyangka akan tindakan pembeli tersebut sehingga dia menangis atas rasa syukur dengan rezeki yang diperolehnya pada hari itu.

Apa yang lebih mengusik jiwa, Niyyar memberitahu bahawa hasil jualan yang diperoleh itu bukanlah digunakan untuk berbelanja buat dirinya sendiri sebaliknya dijadikan modal untuk dia pulang ke kampung di Indonesia bagi menziarahi pusara kedua ibu bapanya. Sebak sungguh tatkala mengetahui kisah dan kejujurannya itu. Korang boleh baca posting seorang pengguna Facebook, Azarinah Binti Awang yang menjelaskan tentang kisah Niyyar selanjutnya di bawah.

“Rezeki tidak pernah salah alamat, selagi Allah berkehendak selagi itu rezekimu tidak akan berhenti mencurah-curah,” tulis Azarinah dalam postingnya. Kritikan atau segala tohmahan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sudah tentu ada sahaja yang memberi tanggapan negatif terhadap peniaga bundle seperti Niyyar. Namun begitu, dia menepis segala tanggapan negatif warganet dan tetap berusaha menjalankan perniagaannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *