Sifat kawannya ini dipuji oleh warganet. Dia sering memasak makanan istimewa untuk kawan kawannya di rumah sewa mereka sehinggakan masaklah makanan apa pun dia boleh buat.

Amalan Dunia Kehidupan Uncategorized

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik.

“Dia orang Kelantan, memang rajin masak. Dulu kat universiti, saya dengan dia pernah masuk pertandingan memasak. Kami jadi juara. Saya pun boleh masak tapi tak sehebat dia. Minta masakan apa pun mesti dia boleh buat. Memang hobi dia. Dia nak masak apa-apa, kadang-kadang tak perlu tengok resepi. Rasa bertuah sangat, apa yang kita nak makan, mesti dia boleh masak. Dia belajar dengan mak dia. Antara yang paling saya suka, ayam percik Kelantan dengan spaghetti carbonara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syahmi berkata dia sama sekali tidak menyangka posting mengenai sahabatnya itu akan tular sehingga menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet). Selain komen pujian, ramai warganet turut berkongsi kisah suka duka bersama rakan serumah masing-masing.

Paparan perbualan WhatsApp antara Farizuan serta rakan serumah yang lain tular di Twitter.

“Saya pun terkejut bila ia viral. Saya cerita pada Farizuan, ada orang di Twitter minta resepi dan sebagainya. Dia seorang yang pemalu, Twitter pun dia tak ada. Hanya ada Facebook. Ramai juga yang komen cerita perangai housemate masing-masing. Semua cerita yang dikongsi tu saya anggap sebagai satu pengalaman baharu bagi saya,” ujarnya lagi.

Malah, Syahmie juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar dapat hidup harmoni bersama rakan-rakan serumah. “Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik. Semua berbalik pada diri kita sendiri. Kalau kita prihatin, InsyaAllah mereka juga akan prihatin dengan kita,” ujarnya lagi.

Persis Seorang Remaja Biarpun Usia Sebenarnya Menghampiri Angka 30. Jejaka Awet Muda Ini Dedah Rahsia Dia Rajin Ke Dapur

AKSI bersahaja jejaka ini memasak sambil tersenyum ternyata mengundang perhatian ramai.Selain Facebook dan Instagram, Mohd Shafiq Zulkarnain, 28, turut berkongsi video-video masakan ringkas menerusi aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, penjawat awam yang bertugas di ibu negara itu mengakui sudah meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah lagi.”Saya bukan tukang masak, ia sekadar hobi. Saya suka kongsi dengan orang cara memasak yang mudah, khususnya untuk orang bujang.

“Apa yang saya tunjukkan biasanya masakan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Cmpak-cmpak je.Shafiq mula belajar memasak sejak kecil lagi.“Memang dari kecil diajar memasak dan berdikari. Sewaktu saya usia 10 tahun, ayah jatuh sakit. Mak pula keluar bekerja, jadi saya kena masak sendiri. Mak ajar saya memasak,” ujarnya.

Dengan ilmu itu, dia dengan sendiri meneroka bakat yang ada sehingga mampu menghasilkan pelbagai resepi.Ujar Shafiq, sambal garing hasil air tangannya cukup digemari rakan-rakan sehingga ada yang meminta untuk membelinya.

“Paling disukai sambal garing saya. Saya buat dan bagi pada kawan-kawan pejabat, ada pula yang minta supaya dijual.”Walaupun jual, saya tetap tak lokek kongsi resipi sambal tu dengan mereka. Saya banyak hasilkan lauk-pauk kampung.”Antaranya asam pedas. Kek buah dan biskut pun saya buat. Masa raya hari tu, saya buat dalam 20 jenis biskut,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Sains DNA Forensik.

Selain aneka juadah yang mudah, video yang dikongsi jejaka berasal dari Melaka itu turut meraih tumpuan ramai kerana paras rupanya.Ada segelintir pelayar media sosial turut mengusik mengenai rupa paras dan status dirinya.Kata Shafiq, dia tidak terlepas menerima usikan manja yang bertanyakan mengenai status dirinya.

“Ada yang puji paras rupa, kata saya ada pakej lengkap sebab boleh memasak.”Saya juga terima mesej-mesej yang nak kenalkan saya dengan anak mereka, kakak mereka dan sebagainya.”Saya juga tak terlepas menerima kritikan. Ada yang tegur sebab memasak pakai seluar pendek. Ada pula yang tegur sebab saya tak pakai sarung tangan.

“Tapi saya ambil kritikan dari sudut positif, saya tak ambil hati,” ujarnya yang masih bujang.Dalam pada itu, Shafiq juga sering ditanya mengenai petua awet muda memandangkan wajahnya kelihatan persis seorang remaja biarpun usia sebenarnya menghampiri angka 30.”Tak ada rahsia. Saya jalani kehidupan dengan gembira dan ceria. Saya suka senyum. Itu sahaja amalan saya.”Sewaktu masak pun saya suka senyum sambil pandang kamera,” ujarnya lagi.

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *