Ramai tergamam apabila tengok gambar terbaru dari Zulin Aziz. Lebih mengejutkan sehingga Hafiz Mahamad sampai salah isteri.

artis Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Zulin Aziz merupakan antara selebriti yang sering menjadi perhatian menerusi laman sosial Instagram, jika sebelum ini dia menjadi pilihan warganet untuk menghiburkan diri apabila dia juga berbakat dalam menghasilkan video lucu. Kini pula bukan sahaja itu namun Zulin Aziz menjadi inspirasi buat para wanita diluar sana bagi mendapatkan berat badan ideal. Perkongsian foto-foto Zulin di Instagram peribadinya dimana dia diikuti 2.1 juta followers membuatkan warganet juga dapat melihat perubahannya yang semakin cantik.

Dapat diperhatikan pula, perkembangan terbaru Zulin adalah dia akhirnya melancarkan video muzik lagu nyanyiannya yang berjudul Followback. Ternyata, ramai peminat dan pengikut memberikan reaksi positif terhadap nyanyiannya dalam lagu tersebut dimana adanya juga pelakon, Fikry Ibrahim dalam video muziknya. Dalam pada itu, ternyata perkongsian foto terbaru Zulin Aziz dimana dia menggayakan baju putih dan mengenakan tudung berwarna kelabu membuatkan ramai memuji kecantikannya. Foto yang dikongsikan ini, mendapat perhatian peminat dan pengikut dengan menerima hampir 90 ribu tanda suka.

“Bila kau terjumpa ex kau… Eh macam mana ada kat sini? Ok laa i busy, bye” Menjenguk ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima Zulin Aziz dimana perkongsian foto itu membuatkan dia semakin menjadi inspirasi disamping tumpang gembira melihat dirinya. Komen usahawan terkenal, Hafiz Mahamad turut mencuri tumpuan peminat apabila dia menyangka Zulin adalah isterinya, Syafiqah Aina. “Ingat Syafiqah Aina tadi…” “Alhamdulillah, tercapai dah hajat Zulin nak slim…”

Sumber:HCL

Nekad ambil barang dan sedut lemak untuk kurus. Akhirnya Zulin Aziz tampil bersuara lantang bila ramai suruh buka tudung

Ramai yang terkejut dan terpukau dengan perubahan Zulin Aziz baru-baru ini yang berjaya menurunkan berat badannya sehingga 10kg dalam masa satu bulan. Kini Zulin berjaya mendapatkan badan yang lebih ‘fit’ dan langsing seperti yang diinginkannya. Selain menjaga pemakanan, Zulin juga akui menggunakan khidmat jurulatih peribadi untuk melakukan rutin senaman. Kena tudvh pergi sedut lemak, ambil barang terlarang

Bagaimanapun, menurut petikan blog Zulin berkata ramai warganet yang menvduh dia mendapatkan raw4tan sedut lemak dan menggunakan bah4n terlar4ng untuk turunkan berat badan secara drastik. Ada yang mengatakan cakap saya sedut lemak dan cakap saya ambil barang terlarang pun ada. Ikutkan sejak PKP lagi, boleh tengok video keadaan (badan) saya masih tembam lagi. Ia adalah proses.”

Dis1ndir suruh tanggal tudung

Bukan itu saja, menurut Zulin lagi ramai yang turut meny1ndir dirinya dengan menyuruh dia buka tudung kerana sudah mula berpakaian ‘fit’ sejak badannya langsing. Namun, dia tidak melatah sebaliknya akui akan memperbaiki diri serta menerima tegvran mana-mana individu tentang kekurangannya dalam hal itu. Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak m4rah, sebaliknya menghargai tegvran membina.”!

Sumber: Lobakmerah

Tular Sebuah Gambar Ni Yang Dikongsikan Oleh Zulin Aziz. Dia Mahukan Privasi Untuk Soal Cinta Kali Ni.

Akui sudah trauma berkongsikan perihal peribadi dan soal cinta kepada umum, pelakon Zulin Aziz kali ini memilih untuk lebih privasi dan hanya mahu peminat mengenalinya atas dasar karier dan perniagaan.

Ini berikutan tindakannya memuat naik foto romantik bersama seorang jejaka sambil memegang tangan masing-masing telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 31, dia ingin merahsiakan identiti lelaki tersebut selepas dinasihati ahli keluarganya. Tambahnya lagi, dia hanya berkongsi gambar tersebut sebagai kenangan dan ingin menjalani kehidupan secara privasi.

“Apa yang jadi sebelum ini merupakan satu pengajaran buat saya. Jadi saya taknak komen mengenai foto terrsebut dan saya juga mahukan privasi. Lagipun atas nasihat keluar supaya tidak terlalu mendedahkan apa-apa. Bagi saya cukuplah perkongsian saya itu dan tidak mahu ulas lebih lanjut kerana warganet sekarang ini sangat bahaya,” Rata-rata warganet telah membuat spekulasi yang mengatakan bekas penyampai radio Sinar FM itu kini sedang dilamun cinta.

Perkembangan terkini, Zulin kini sibuk menguruskan perniagaan makanan sampingan yang dijalankan secara dalam talian dan sedang menjalani penggambaran drama dan telefilem berjudul Penjara Janji dan Sabotaj Raya.

Sumber : Mstar Online

Warganet Buat Andaian Dan Syak Zulin Aziz Terlibat. Zulin Aziz Tampil Beri Keterangan Berkenaan Isu Yang Masih Menjadi Bualan Orang Ramai Sehingga Ke Harini

Zulin Aziz yang merupakan pengacara dan pelakon meluahkan rasa kecewa apabila dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM. Jelas Zulin menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kesal apabila namanya sealu dikaitkan dengan isu Mac4u Scm dan aktiviti penggubahan wang haram”Apalah salah dosa aku? Korang ftnh aku bertubi tubi,cakap memalukanlah apalah. Selagi tak disebut nama,selagi tu la warganet buat andaian sendiri.

“Di sini saya jelaskan,s aya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community. Saya tidak ada kena mengena dengan sndkt itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka,” tulisnya bengang.Menerusi ruangan kapsyen tersebut juga, Zulin turut menjelaskan mengenai perniagaan yang dijalankan olehnya bersama sebuah syarikat.

“Dmagia, bisnes yang saya usahakan ini adalah kerjasama saya dengan syarikat Sireh Emas, boleh google kalau tak tahu.“Saya tidak pernah dipanggil, terlibat dan ada kena mengena. Susulan dari kes ini, gambar saya disebarkan warganet hanya kerana saya mengenali mereka.

“Anda juga pernah ada kenalan. Kalau @emeliehanif_ ke @ayranasir_official ke kena tngkap, logiklah saya dipanggil SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia),” katanya. Bagaimanapun Zulin nerkata sekiranya dipanggil SPRM dan diminta memberi keterangan, dia sedia untuk memberi kerjasama.

“Kalau saya diminta untuk bagi keterangan, apa yang saya boleh kongsi, saya pernah pergi majlis hari jadi anaknya, saya pernah bercuti di Itali pakai duit sendiri dan saya pernah masakkan mereka asam pedas ikan pari.“Saya memang suka berkawan dan melakukan hal yang sama dengan semua. Sesiapa saja yang berkawan dengan saya, saya masak untuk mereka, saya pergi ke majlis yang dijemput dan jika diajak bercuti, sekiranya ada kelapangan, saya pergi.

“Saya juga menjaga batas pergaulan. Yang paling rapat dengan saya anda boleh tengok sendiri aktiviti harian saya di Instagram,” luahnya.agi Zulin lagi, tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana tiada kesalahan yang dilakukan.“Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yang halal dengan meniaga, berlakon, buat review, masak.

“Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana. Saya harap dengan apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak buat anda berfikir.“Tidak ada apa lagi yang nak dikatakan, cukuplah karangan ini dari saya buat netizen di luar sana,” katanya.Terdahulu, Harian Metro Online melaporkan dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara beberapa artis dijangka dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada selebriti tampil secara sukarela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *